Thursday, 27 November 2014

"I'll go when it's time.


“But I’m not ready to go just because my detractors want me to,” says Dato’ Sri DiRaja Adnan in a brief interview with the NST

ENJOYING GOOD LAUGHS... Dato' Sri DiRaja Adnan is seen here cracking some jokes to the amusement of (left to right) Senior Manager, Non Retail, Newspaper Sales & Distribution, NSTP, Encik Ahmad Suhairi Samsudin; Group Photo Editor, NSTP, Encik Kamarudin Ahmad; and, Manager, Resource Centre, NSTP, Encik Ramlan Ramli. 

This photo is taken during the Menteri Besar's unscheduled visit to the NSTP booth at the 2nd Level, Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur on Friday evening, November 28.   

NOTA EDITOR;

Berikut disiarkan sepenuhnya transkrip soal-jawab pada wawancara khas antara Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob (DSDRAY) yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, dengan wartawan kanan akhbar New Straits Times (NST), Encik M.Hamzah Jamaluddin bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke-68 bermula Khamis, 27 November dan berakhir Sabtu, 29 November.  

Kandungan wawancara khas ini disiarkan sepenuhnya dalam akhbar berkenaan keluaran Sabtu, 29 November pada halaman 9.


NST : The opposition has won more seats in the last General Election (GE) especially in constituencies with a sizeable Chinese voters. How will UMNO play its role to help Barisan Nasional (BN) wrest back the seats in the next GE?

DSDRAY: The State Barisan Nasional (BN) accepted the choice and verdict of the voters in the 2013 General Election. The BN State Government will continue to look after the affairs and interests of all the people in all areas regardless of the party they chose in the General Election.

UMNO is a Bumiputera and Malay-based party. But the State UMNO will look after the interest of all the people. UMNO Pahang is for all ethnic groups. We’ll try to be fair to all.

Non Party members of all races will not be left behind. If they come to UMNO for assistance of any form, we’ll try to help and facilitate. This is not mere rhetoric. Records will indicate that State UMNO leaders at all levels have rendered assistance to people of all races.

All UMNO activities in future will include all people in line with this notion of ‘Pahang UMNO is for all’.

EXECUTING PLANS TO ATTRACT YOUNG VOTERS

NST : As one of the longest-serving State Liaison Chairmen and MBs, do you think UMNO has really changed to win the hearts of young voters both in rural and urban areas?

DSDRAY : No, UMNO has not gone all out yet to win the hearts of the young voters. The move, if at all there is, is still very slow.

Hopefully and I’m sure it will happen in line with the guidance given by the President in his Keynote Address to the delegates and the Deputy President’s Address during the official opening of the Wings’ Annual General Assembly.

After this I’m sure all UMNO leaders at all levels in all States will execute the plans to attract the young voters towards UMNO. This is important as an effort to rejuvenate UMNO so as to remain relevant at all times.

As for Pahang, the State will allocate position for the young in suitable places. This will be done the soonest possible.

AM STRAIGHT-FORWARD AND FRANK PERSON
     
NST : There are those who criticise your leadership style while others claim that it is necessary for you to be firm to help maintain unity in the party and ensure smooth development in the state.

Will you change your leadership style to accommodate the new voters and young party members?

DSDRAY : Every leader has his or her own style of leadership. No two leaders have the same or similar style. This is simply impossible. A leader can’t simply change certain traits he was born with.

It’s not my intention to talk about me personally. Since the question was asked, I can say only this; I’m a straight-forward and frank person who tries to be sincere and honest at all times. I would give credit where it’s due.

I would point out a mistake or wrong there and then. I don’t think this is wrong especially in this global world where we’re talking about accountability and transparency and as long as you remain proper.

NOT PREPARED TO BE SOFT

The people of Pahang fully understand their Chief Minister.

If you want me to become soft and weak, I’m sorry I’m not prepared to be one. I will go for changes to accomodate the wishes of the people, but to change just for the sake of changing, then the answer is no.

I’m sure the young will not be uncomfortable if a leader is robust or tough anyway.     

NST : Will the recent tragedies and issues in Cameron Highlands affect the party’s performance in the next GE?

DSDRAY : In all previous press conferences, I never failed to state that the State Government welcome any issues raised and any constructive criticism made. This included all issues relating to all aspects of the State Government’s administration.

We welcome all this so that we’ll be able to improve on any weaknesses thereabout. But I can’t take it when the report is false and is a lie like saying there are 30,000 illegal immigrants in Cameron Highlands when solid figure showed that there are only 11,000 legal and 2,000 illegal immigrants up there.

Issues like this will of course affect the Party if, and only if, we don’t take the necessary corrective measures. If we are serious and successfully execute the correct measures, people will not lose confidence in us. They will see the openness in the government’s attitude.

GROOMING YOUNG LEADERS

NST : Some people claim that you have ‘overstayed your welcome’ and should give way to the new leaders. Do you think that the time has come for new leaders to take over the party and state leadership in Pahang?

DSDRAY : The phrase ‘overstay your welcome’ is subjective, depending on who it comes from. If it comes from your supporters, they would ask you to carry on. If it comes from your detractors, they would ask you go immediately.

I’ve been around for quite some time. But my contemporaries have been around longer than I am. I’ll go when it’s time to. But I’m not ready to go just because my detractors want me to.

Allah has willed that only the Prime Minister and the Sultan can determine my position. More so the MB holds office at the pleasure of the Ruler. Ever since day one, I’ve groomed and introduced many young leaders to gain experience so that one day they can go up the ladder.

It’s up to them to learn and to perform. The rest remains with Allah The Almighty. In the meantime, no one should usurp the right of Allah who determines all things including pushing up and pulling down people (to and from certain positions). – NST/Khabar      

Akta Hasutan 1948 kekal, kata Presiden UMNO



“Malah, akta ini bukan sahaja akan dipertahan, tetapi akan diperkuat dan diperkukuhkan lagi…”

KOMITMEN BESAR OLEH PRESIDEN PARTI KITA... Ini ialah antara aksi menarik Dato' Sri Mohd Najib semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden selama 72-minit, 10 minit terakhir telah mengumumkan tentang pengekalan Akta Hasutan 1948.
 

DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTERA (PWTC), KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan bukan sahaja kekal tetapi diperkuat dan diperkukuhkan lagi.

Pengumuman ini dibuat pada minit ke-62 atau 10 minit sebelum berakhirnya ucapan keseluruhanya selama sejam 12 minit, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-68 pagi Khamis, 27 November di sini.

Pengumuman yang dinanti-nantikan ini terutamanya oleh keseluruhan 2,352 perwakilan yang hadir, telah secara serentak disambut tepukan gemuruh serta ‘standing ovation’ hingga menggamatkan suasana Dewan   

“Tampaknya, berdasarkan apa yang kita lihat sebentar tadi, saya mendengar pendapat dan cadangan daripada Timbalan Presiden, Wanita, Pemuda, Puteri, usul-usul daripada bahagian, keresahan suara-suara akar umbi, serta pandangan-pandangan NGO,

“Maka dengan ini saya sebagai Perdana Menteri memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948, akan terus dikekalkan,” kata Dato’ Sri Mohd Najib hingga menyebabkan ‘mood’ perhimpunan berubah secara mendadak.

PERUNTUKAN KHAS BAGI LINDUNGI KESUCIAN ISLAM

“Malah,” katanya meneruskan, “Akta ini bukan sahaja akan dipertahan, tetapi akan diperkuat dan diperkukuhkan lagi sekurang-kurangnya dalam 2 perkara. Pertamanya, kita akan masukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh dihina.

Keduanya, kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

“Ertinya lagi, apa-apa jua perkataan, perbuatan mahupun ucapan yang bersifat
menghasut serta menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja akan kita halang dan kita tentang habis-habisan,” tegasnya.

Lanjutan itu, Dato’ Sri Mohd Najib turut menyatakan pendiriannya sebagai Presiden parti, mengenai masa depan kaum Melayu dan Bumiputera.  

“Ketahuilah, saya berdiri di sini, tidak sama sekali sekadar Perdana Menteri, saya juga berdiri di hadapan ini, bukan setakat Presiden UMNO, tapi saya berdiri dan berbicara di hadapan saudara sekalian, sebagai penyambung lidah dan warisan perjuangan Melayu Bumiputera.

KOMITED PERJUANGKAN NASIB KAUM MELAYU

“Dari itu, mana mungkin, saya sanggup membiarkan keturunan dan bangsa saya melarat, terhina, hingga terbangsat menjadi celaka di tanah sendiri.

“Berkait itu, saya akan terus komited dalam memperjuangkan nasib kaum Melayu dan Bumiputera. Bukan sekadar di bibir, tapi saya dan rakan-rakan dalam parti serta Kerajaan, telah melakukan segala yang termampu untuk membuktikannya,” tegasnya.

Sehubungan itu juga katanya, ‘selagi hayat dikandung badan’, beliau bersama-sama  Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden parti serta barisan kepimpinan lain, akan terus komited untuk bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi menjamin halatuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu serta Bumiputera diteruskan.

“Bahkan, kita akan menunaikan setiap apa yang dijanjikan semasa ucapan saya di
Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM pada tahun lepas, satu persatu. Sesungguhnya Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO adalah Kerajaan yang menepati janji,” katanya. – Khabar

Monday, 24 November 2014

"Kita 'very open, very transparent. Anybody can give their opinion'.



“Tapi masalahnya, ada orang salah faham dengan saya…” kata Menteri Besar

MELAYANI SOALAN WARTAWAN... Tan Sri Muhyiddin sedang mendengar soalan wartawan semasa mengendalikan persidangan media kira-kira 27-minitnya. 

Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Menteri Besar Perak, Dato' Sri Dr Zambry; Menteri Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato' Sri G.Palanivel; 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sri Dr Maximus Ongkili; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; dan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 
 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH CAMERON HIGHLANDS, TANAH RATA – Menteri Besar Dato’ Sri Raja Adnan Yaakob mengulangi pendiriannya dan Kerajaan Negeri pimpinannya, tentang amalan keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran serta urusan membangunan negeri ini.

“Kita ‘very open, very transparent. Anybody can give their opinion’,” tegasnya mohon menjawab soalan terakhir wartawan pada persidangan media kira-kira 27-minit oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga (3) jam mengenai bencana banjir Cameron Highlands pada pagi Isnin, 24 November di sini.

“Tapi masalahnya, ada orang salah faham dengan saya,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai menjawab soalan wartawan berkenaan tentang laporan berita muka depan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin ini, mengenai kegiatan penerokaan tanah di Tasik Chini, Pekan sehingga dikatakan mencemarkan tasik berkenaan.

Pada awal bulan November ini juga, akhbar yang sama termasuk Mingguan Malaysia, telah melaporkan mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan tanahtinggi ini, termasuk berkaitan penerokaan tanah secara haram di sini.

“Kita alu-alukan di mana sahaja kalau ada isu pembangunan. Kita alu-alukan. Yang ada ada orang salah faham dengan saya ni. Kita alu-alukan kesemua pandangan supaya kita boleh menambah-baik pentadbiran kita.

MENJAWAB SOALAN AKHIR... 
 

“… BIAR LAPORAN ITU TEPAT”

“Termasuklah (tentang laporan berita mengenai) Tasik Cini ke? Tasik Bera ke? Tanah haram di Raub ke? Tanah haram di Bera ke… Kita alu-alukan,” katanya lagi.

Dato’ Sri DiRaja Adnan yang ditemui oleh wartawan-wartawan stesen-stesen telivisyen RTM, TV3 dan TV Al-Hijrah pada sebelah petang di Kelab Golf Sultan Hj Ahmad Shah dekat sini, turut mengulangi perkara yang sama.

Sambil mengalu-alukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Cameron Highlands seterusnya mempengerusikan mesyuarat dan melakukan lawatan ke beberapa lokasi di daerah ini pada Isnin ini, beliau berkata;

“Kerajaan Negeri sebenarnya memang sentiasa mengalu-alukan apa juga yang dibangkitkan mengenai apa juga isu kerana saya selalu juga sebut kita sentiasa boleh menambah-baik pentadbiran kita.

“Macam hari ini, (soal pencemaran) Tasik Cini ditimbulkan. Inipun perkara yang baik, jadi kita boleh siasat sebagai contohnya ladang kelapa sawit sekeliling itu kepunyaan Orang Asli, kepunyaan RISDA, kepunyaan Majlis Ugama Islam;

SUMBANGAN BUAT MANGSA BANJIR LUMPUR... 
 

SAMBUT BAIK LANGKAH-LANGKAH PULIHARA

“Boleh kita tengok bagaimana ia boleh diuruskan dengan baik. Lombong bijh besi satu masa dahulu (tahun) 70-an ada di situ. Kita boleh tengok secara lebih teratur lagi.  

“Yang saya berharap, itulah, biar laporan itu tepat,” katanya.

Beliau seterusnya menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam usaha memulihara dan mengembalikan Camerion Highlands kepada zaman kegemilangannya sepertimana yang telah Timbalan Perdana Menteri umumkan tadi.

“Jadi saya bagi pihak Kerajaan Negeri, mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan ini dan mudah-mudahan, Cameron Highlands dapat dipulihkan dan dijadikan satu pusat peranginan terkemuka sebagaimana pada satu masa dahulu,” katanya. – Khabar      

Usaha pulihara, kembalikan kegemilangan Cameron Highlands



… Timbalan Perdana Menteri garis pelan tindakan bagi merealisasikannya

DARI ARAH SANA... Tan Sri Muhyiddin serta yang lain, tertumpu kepada arah yang ditunjukkan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan ketika meninjau ke satu tapak penanaman di tepian anak Sungai Habu. 
 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH CAMERON HIGHLANDS, TANAH RATA – Ke arah memulihara dan mengembalikan zaman kegemilangan Cameron Highlands sebagai pusat peranginan utama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan pelan tindakan bagi merealisasikannya.

Beliau yang juga Pengerusi, Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands memaklumkan betapa pelan tindakan itu meliputi pelan jangka pendek dan panjang, termasuk tentang pengawasan projek pembangunan dan aktiviti pertanian serta gejala kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di tanahtinggi ini.

“Usaha ini bukan sahaja untuk memulihara alam sekitar malah mengembalikan zaman kegemilangan Cameron Highlands sebagai pusat peranginan dan pelancongan yang terkenal dengan kebersihan alam sekitar dan hutan semula jadi yang amat menarik,” katanya seperti dilaporkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian pada persidangan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands selama kira-kira tiga (3) jam pada pagi Isnin, 24 November, di sini.

Selain Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob; yang turut hadir menyertai mesyuarat khas ini ialah Menteri Besar Perak, Dato’ Sri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Perlimen Cameron Highlands, Dato’ Sri G.Palanivel;

DARI ATAS EMPANGAN SULTAN ABU BAKAR... Tan Sri Muhyiddin yang diiringi Dato' Sri DiRaja Adnan serta yang lain, turut meninjau dari atas Empangan Sultan Abu Bakar yang sudah terbina sejak 1968 atau kira-kira atau lebih empat (4) dekad lepas. 
 

SUDAH LEBIH 8,000 HEKTAR TANAH DITEROKAI

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Maximus Ongkili; Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Shahidan Kassim;

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail; dan, Ketua Pengarah, Jabatan Pertahanan Awam, Datuk Zaitun Ab Samad.

Bagi mengawasi pembangunan di Cameron Highlands, Tan Sri Muhyiddin berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diminta meneliti semula Pelan Tempatan yang telah diluluskan sebelum ini, supaya ia dapat diperbaiki dan disesuaikan dengan keadaan semasa.

“Contohnya bagi pembangunan hartanah yang dikemukakan, Kerajaan Negeri bolehlah pertimbangkan atau hadkan penggunaan kawasan yang hendak dimajukan,” katanya.

Mengenai aktiviti pertanian katanya, kawasan tanaman baharu tidak perlu lagi diwujudkan berikutan tanah yang diteroka untuk tujuan pertanian sudah mencapai hampir 8,600 hektar.

YANG MANA LEBIH DAHULU?... Struktur Empangan Sultan Abu Bakar sudah wujud sejak lebih 40 tahun berbanding yang terkemudian seperti kawasan tanaman ini yang sebahagiannya pula terletak dalam rizab sungai bagi laluan air yang dilepaskan oleh empangan ini. 

Maka, bila berlaku banjir di kawasan berkenaan yang lebih rendah daripadanya, empangan milik dan selenggaraan TNB ini - yang sudah lama menyumbang khidmatnya sebagai satu daripada elemen utama tebatan banjir di kawasan tanahtinggi, selain menjadi sumber elektrik hidro; yang perlu dipersalahkan?


‘ENFORCEMENT’, ‘ENFORCEMENT’, ‘ENFORCEMENT’, ‘ENFORCEMENT’

Sedangkan, ia satu kawasan yang luas yang jika menurut perancangan sebenar kawasan tanahtinggi ini menurutnya, sepatutnya hanya meliputi kawasan seluas antara 2,300 hektar dan 2,500 hektar.

“Selain itu, tanaman yang diusahakan di sinipun kita kena lihat apa yang boleh dianggap sesuai,” katanya.

Mengenai masalah PATI yang bekerja di kawasan ini pula, Tan Sri Muhyiddin berkata, semua agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada.

“Mengikut Peguam Negara, kita tidak ada masalah daripada segi undang-undang, ia sudah cukup baik (berkaitan) soal tanah dan pendatang tanpa izin atau penerokaan tanah secara haram.

“Yang penting – ‘enforcement’ (penguatkuasaan), ‘enforcement’, ‘enforcement’, ‘enforcement’,” katanya tegas.

PENERBANGAN PULANG... Helikopter yang membawa Tan Sri Muhyiddin berlepas pulang dari Kelab Golf Sultan Hj Ahmad Shah, Tanah Rata selepas mesyuarat serta lawatan siang Isninnya ke tanahtinggi ini. 


TNB BIAYAI SJKC LEMBAH BERTAM KE TAPAK BAHARU

Beliau turut memaklumkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembah Bertam akan dipindahkan ke tempat lebih selamat atas persetujuan pihak lembaga sekolah berkenaan, dengan dibiayai oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Mengenai dakwaan petani bahawa mereka telah memohon untuk Program Pemutihan 6P bagi PATI dan telah membayar yuran namun belum memperoleh dokumen pengesahan, beliau meminta majikan terlibat untuk merujuk semula masalah itu kepada Jabatan Imigresen.

“Yang penting ada bukti kalau dia kata sudah bayar, ada cap jari dan dia tidak dapat surat kerja sah, bermakna ada benda yang masih tergantung. Kalau betul dia sah, sahih, maka kita boleh timbangkan perkara itu,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan penguatkuasaan sehingga berlakunya penerokaan tanah secara berleluasa, Tan Sri Muhyiddin berkata, bukti yang cukup perlu ada sebelum sebarang tuduhan dilemparkan terhadap mereka.

“Kita kena berlaku adil kepada pegawai atau pihak mana sekalipun, kalau dia bukan pegawai kerajaan sekalipun; kita tidak boleh tuduh dan menuding jari,” katanya.

MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Beliau meminta orangramai supaya menyalurkan apa juga maklumat tentang amalan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka mempunyai maklumat mengenai dakwaan tersebut.

Sebelum persidangan media ini bermula, Tan Sri Muhyiddin telah turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands pada 5 November lepas. – BERNAMA/Khabar