Saturday, 28 February 2015

Cadang tubuh Biro Khas tangani hal-hal berkaitan masyarakat Cina, India



'GONG XI FA CHAI'... Dato' Sri DiRaja Adnan bersama-sama yang lain termasuk Encik Chong (duduk, tiga (3) dari kiri) dan Dato' Chow (duduk, dua (2) dari kanan) memberikan 'pose' istimewa untuk dirakamkan oleh para jurufoto.
 

STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan cadangan penubuhan sebuah biro khas bagi menangani hal-hal berkaitan masyarakat-masyarakat Cina dan India di negeri ini.

Ini berikutan ketiadaan wakil kedua-dua masyarakat tersebut dalam barisan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang boleh mengutarakan hal-hal berkaitan masyarakat-masyarakat itu untuk dibincang dan diselasaikan di dalamnya.

Ketika menyatakan ini dalam ucapan luar teks 12-minitnya pada Majlis Jamuan Perayaan Tahun Baharu Cina 2015 anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Kuantan (GPPTK) pagi Sabtu, 28 Februari di sini katanya;  

“Tadi, saya bincang sama YB Senator – memang betul, sekarang, negeri Pahang, (senarai Ahli-ahli Exco (Kerajaan Negeri) tak ada Cina. Banyak susah (mahu dengari dan bincang) Cina punya hal. Tapi selalu juga Dato’ Sri Liow, Dato’ Hoh Khai Mun sms, telefon sama saya.

“Saya ucap terima kasih kerana beri saya idea, kita sedang timbang; Kerajaan Negeri Pahang mungkin ya – saya bincang sama (KDYMM) Sultan dulu, saya bawa (dalam mesyuarat) Exco (Kerajaan Negeri), mungkin kita buat satu biro, ‘special bureau’ untuk tengok orang Cina, untuk tengok orang India,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang disusuli tepukan oleh para hadirin.

KETIBAANNYA, DISAMBUT MESRA... Sungguh mesranya sambutan yang diberikan kepada Dato' Sri DiRaja Adnan sebaik-baik beliau tiba kira-kira 11 pagi Sabtu, di luar pintu masuk utama ke Stadium Tertutup SUKPA ini.
 

BIMBANG DENGAN POLITIK SEMASA

YB Senator yang beliau maksudkan ialah Ketua Pemuda MCA Pusat, Encik Chong Sin Woon, yang turut hadir pada Majlis Jamuan Perayaan Tahun Baharu Cina ini mewakili Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA dan Ahli Parlimen Bentong.

“Ada apa hal, ada apa hal,” katanya lagi dalam lenggok bahasa bagi memudahkan hadirin memahaminya, “… orang Cina boleh kasi tahu ini biro, itu ‘chairman’ biro kasi jumpa saya (untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan)”.  

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut menyatakan kebimbangannya mengenai perkembangan politik semasa tanahair yang turut melibatkan ketiga-tiga kaum utama negara – Melayu, Cina dan India.  

“Saya selalu cakap, kita tak ada tempat (atau negara lain) lagi mau pergi. Ini Malaysia (ialah negara kita bersama). Kalau kacau, kalau gaduh ini tempat, kita tak ada lain tempat mau pergi,” katanya.

Menurutnya, ada yang mengatakan betapa mereka boleh sahaja berhijrah dan tinggal di negara asing namun, beliau memberi contoh bagaimana mereka yang berhijrah sebegitu akhirnya menyesal dengan keputusan tersebut.

PARA KENAMAAN SERTA HADIRIN SEKELIAN... 
 

‘… TAK BOLEH LAWAN MALAYSIA. MALAYSIA LAGI BAIK’

“Saya punya kawan-kawan - satu ‘family’ pergi Australia, satu orang pergi Kanada. Tapi bila balik, jumpa sama saya ada cakap, dia (mereka) sudah menyesal, banyak ‘regret’. Dia cakap, walaupun sana baik, tapi tak boleh lawan Malaysia. Malaysia lagi baik,” katanya.

Beliau turut menceritakan kisah semasa kecilnya – berusia enam (6) tahun, mempunyai rakan baik dan sebaya dari kaum Cina bernama Molly manakala neneknya berkerjaya sebagai bidan sepertimana ibu kepada Molly.  

Begitu juga persahabatan baiknya dengan kanak-kanak daripada kaum India. “Tapi kita kawan (sejak) kecil lagi. Sudah biasa. Saya tak fikir (hendak membeza-bezakan sama ada kaum) Melayu, Cina, India”.

Dan semasa beliau menjadi guru katanya, beliau turut tidak membeza-bezakan latar kaum para pelajarnya sebaliknya, sentiasa membelanja mereka yang tidak pulang ke rumah untuk mengikuti pula kelas sebelah petangnya.

“… (pelajar-pelajar sama ada daripada kaum) Cina, India, Melayupun, kalau dia (mereka) ada kelas petang, mau balik Karak jauh, mau balik Manchis jauh (untuk kembali semula ke sekolah), saya pakai itu buku 3-5,” yang sekali lagi disambut ketawa para hadirin.

DALAM KEGELAPAN SIANG... Pada pertengahan majlis ketika Encik Chong masih berucap di atas pentas, tiba-tiba stadium tertutup ini keputusan bekalan elektrik, tanpa sistem 'back-up' yang kebiasaannya diperolehi dengan mendapatkan perkhidmatan 'gen-set' TNB. 

Tanpa mahu menghampakan pihak penganjur, juga para hadirin sekelian, Dato' Sri DiRaja Adnan masih sudi menyampaikan ucapan 12-minitnya - bukan sahaja luar teks malah dalam keadaan luar jangka tanpa 'mikrofon' serta sistem PA sepertimana biasa. 
 

CIKGU NAN BELANJA PELAJAR TAK KIRA KAUM

“(Sayapun) kasi tahu orang (peniaga di) kantin, kasi ini budak mi rebus. Melayu, Cina, India – estet punya India, Cina Karak; semua saya belanja. Sampai sekarang dia orang ingat sama saya,” katanya lagi.

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut menyentuh tentang isu di Cameron Highlands dan betapa beliau telahpun mendapat persetujuan Jawatankuasa yang dipengerusikannya bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, agar Kerajaan Negeri mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementera (TOL) untuk pekebun-pekebun kecil sayur berkeluasan kurang empat (4) hektar.

Ini katanya, hanya akan dilakukan selepas selesai kerja-kerja penguatkuasaan di kawasan tanahtinggi itu, yang dikelolakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan ekonongan beberapa jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan.  

“Pasal apa, dia (pekebun-pekebun kecil) mau kasi makan dia punya anak, dia punya cucu. Tapi ini tauke besar-besar sudah bikin (penanaman secara haram dan besar-besaran hingga menjejaskan alam sekitar, ini (yang) kecil-kecil sudah susah,” katanya.

“Jadi, saya nak katakan, kita mari sama-sama jaga ini negeri, jaga ini negara. Buatlah berniaga patut-patut tapi jangan langgar undang-undang, langgar teruk sangat,” katanya lagi.

Selain Encik Chong, yang turut hadir ialah ‘host’, Dato’ Chow Liong iaitu, Pengerusi Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina ini; begitu juga Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh. – Khabar   

Thursday, 26 February 2015

Berpeganglah kepada al-Quran, as-Sunnah, selain tidak terpengaruh intepretasi mengelirukan



… saran Menteri Besar

“Kalau mereka berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, jangan menerima ajaran-ajaran berbentuk baharu, intepretasi-intepretasi yang boleh mengelirukan, in-sya-Allah, kesemua umat Islam akan selamat dunia dan akhirat”.

HADIAH KEMENANGAN BUAT YAYASAN PAHANG... KDYMM Sultan Pahang sedang menyampaikan cek olok-olok bernilai RM2,000 kepada wakil Yayasan Pahang (YP) yang menjadi johan kategori NGO, swasta dan badan-badan berkanun bagi pertandingan sepanduk terbaik.
 

DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini menyarankan agar umat Islam terus berpegang kepada al-Quran dan as_sunnah, selain tidak mudah terpengaruh dengan intepretasi-intepretasi yang mengelirukan.

“Patik berharap, umat Islam di negeri ini akan terus bersatu-padu. Peganglah ugama Islam ini sebagaimana (amanat) Rasulullah dalam khutbah yang terakhir - Kalau umat Islam berpegang kepada dua perkara – Quran dan Sunnah, in-sya-Allah, mereka selamat dunia, akhirat.

“Kalau mereka berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, jangan menerima ajaran-ajaran berbentuk baharu, intepretasi-intepretasi yang boleh mengelirukan, in-sya-Allah, kesemua umat Islam akan selamat dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan luar teks 13-minitnya sempena Majlis Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Negeri Tahun 1436 H/2015 yang kemudian disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang pagi Khamis, 26 Februari di sini.

Asalnya, majlis ini sepatutnya diadakan pada 3 Januari lepas, yang bersamaan dengan tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW – 12 Rabiulawal, tetapi ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan.

HADIAH BUAT TOKOH KITA...  


PERKEMBANGAN ISLAM POSITIF SELEPAS TAHUN 1970-AN

Sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah menyusur-galurkan mengenai sejarah kebangkitan Islam di negara ini khususnya perkembangan positif yang berlaku bermula tahun 1970-an.

Tahun-tahun sebelum itu menurutnya, perkembangan Islam tidak meluas dan, tidak ramai yang memperkatakan mengenainya melainkan oleh tokoh-tokoh tertentu seperti mufti, kadi, imam-imam serta ‘pak lebai-pak lebai’ di kampung-kampung.

Ketika itulah juga katanya, tidak banyak karenah, kontroversi mahupun hal-hal ‘khilafiah’ mengenai Islam yang ditimbulkan sebaliknya, amalan ugama Islam ialah semata-mata semata-mata sebagai bekalan untuk menghadapi alam akhirat.

Sejak tahun 1970-an kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, minat masyarakat terhadap ugama Islam mula meningkat dengan satu petandanya ialah melihat pada aspek fizikal seperti berpakaian jubah dan serban, selain ada yang menyimpan janggut.

Bermulalah juga sejak itu juga katanya, semakin giatnya penubuhan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak atas landasan keIslaman.

SESI BERGAMBAR BERKUMPULAN... 


BERTAMBAHNYA CERDIK-PANDAI DALAM UGAMA

“Namun, pada masa itu, Ampun Tuanku, dianggap perkembangan ini sangat baik. Semua orang Melayu, semua umat Islam nampak seolah-olah begitu sedar akan pentingnya ugama.

“… dan pada masa itu jugalah, mereka yang cerdik-pandai dalam bidang ugama Islam ini telah bertambah ramai – lepasan dari universiti termasuk Al-Azhar dan universiti-universiti tempatan.

“Dan kemudian itu timbullah kata-kata yang sangat tepat iaitu Islam sebagai satu cara hidup, sebagai ‘ad-din’. Ugama Islam sebagai ‘ad-din’, satu cara hidup itu hanya ditonjolkan sejak tahun 1970-an, 1980-an sehinggalah sekarang,” katanya.

Daripada segi infrastruktur Islam pula beliau menambah kata, masjid, surau serta sekolah-sekolah ugama telah semakin banyak didirikan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kepada para pelajar.

Namun, disebalik perkembangan yang menggalakkan inilah juga katanya, gejala-gejala  berbentuk ‘khilafiah’, mempersoalkan hukum-hakam, selain memberikan intepretasi baharu terhadap beberapa perkara; telah akhirnya memecah-belahkan umat Islam.

SALAH FAHAM TERHADAP ISTILAH-ISTILAH

“Mungkin di negeri Pahang tidak begitu ketara tetapi di sesetengah tempat sangat ketara sehinggakan mempunyai masjid masing-masing dan kumpulan-kumpulan tertentu bersembahyang menggunaklan Imam masing-masing, tidak mengakui imam yang sebelah lagi.

“Ini menyebabkan timbulnya ajaran ugama Islam yang menyeleweng kemudian terus ajaran ugama Islam yang sesat,” katanya dan menambah kata betapa wujud pula salah faham terhadap istilah-istilah seperti jihad dan mati syahid.

Dan beliau turut mengambil contoh tentang apa yang telah terjhadi terhadap seorang gadis 14 tahun yang baru-baru ini telah ditahan polis ekoran hasratnya untuk ke sebuah negara demi kononnya untuk berjihad.  

Selain KDYMM Sultan Pahang yang diiringi oleh DYMM Sultanah Pahang; yang turut berangkat pada majlis pagi Khamis ini ialah KDYTM Tengku Mahkota Pahang serta, KDYTM Tengku Puan Pahang.

Antara yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar

Monday, 16 February 2015

Menteri Besar puas hati dengan pencapaian 18-tahun Pahang Skills



… berjaya latih lebih 30,000 orang.

“… graduan universiti yang menganggur, buat latihan industri di sini untuk tujuan ‘re-skilling’, 85 peratus (daripada mereka) dapat pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan (selepas latihan),” kata Menteri Besar.

MERASMIKAN LOGO BAHARU PAHANG SKILLS... Kelihatan di sisi Dato' Sri DiRaja Adnan semasa melancarkan logi baharu ini ialah Dato' Lahuree (berkot hitam); Dato' Norol Azali yang juga Pengerusi, Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri; dan, Encik Khairul Rizal (di belakang Dato' Norol Azali).


KAMPUS PAHANG SKILLS, SEMAMBU, KUANTAN – Pahang Skills – nama baharu bagi Pahang Skills Development Centre (PSDC), hari ini mendapat pujian daripada Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob atas pencapaian selama 18 tahun penubuhannya.

Dengan melahirkan lebih 30,000 pelatih sebagai pekerja mahir dan separuh mahir, beliau yang menyempurnakan majlis penjenamaan semula pusat pembangunan ini pagi Isnin, 16 Februari berkata pada persidangan media;

“Kita berpuas hatilah dengan pencapaian Pahang Skills, dulunya Pahang Skills Development Centre. Tujuan ditubuhkan dahulu ialah untuk melatih pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir, untuk memenuhi keperluan industri di negeri Pahang ini khususnya di kawasan perindustrian Gebeng.

“Tapi saya lihat dari masa ke semasa, kurikulum dan juga mutu kursus yang diberi sangat meningkatlah. Dan ramai pekerja-pekerja yang sangat mahir telah dikeluarkan oleh pusat ini dan mereka ini kebanyakannya menikmati gaji yang lumayan di tempat mereka bekerja”.

“Keseluruhannya, apa yang telah dilakukan oleh Pahang Skills dengan mempunyai ahli lembaga lapan (8) orang dari industri, tujuh dari Kerajaan dan dipengerusikan oleh seorang pengerusi pada masa ini Dato’ Lahuree (Sudiran),

LOGO BAHARU PADA BAS YANG JUGA BAHARU... Dato' Sri DiRaja Adnan juga melancarkan logo baharu Pahang Skills pada bas baharu miliknya. Dengan membiayai sendiri pembelian bas berharga RM520,000 ini membuktikan betapa benar pusat ini beroperasi secara 'self-funding', tanpa membebankan kewangan Kerajaan Negeri. 

Yang turut kelihatan dalam foto ini selain Dato' Lahuree dan Dato' Norol Azali ialah Dato' Shahaniza serta wakil-wakil industri dalam Lembaga Pengurusan Pahang Skills. 


SUMBANGAN PAHANG SKILLS KEPADA TAHAP NEGARA MAJU

“… adalah sangat menyumbang kepada cita-cita YAB Perdana Menteri untuk mencapai tahap negara maju dan negara berpendapatan tinggi (menjelang tahun 2020),” katanya lagi.

Selain turut menyatakan kebanggaannya betapa operasi Pahang Skills adalah secara ‘self-funding’, beliau juga memuji pusat ini kerana berjaya menganjurkan program latihan yang dapat menjamin pekerjaan kepada graduan-graduan menganggur.

Program berkenaan – Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP: Industrial Skills Enhancement Programme), ialah program latihan bidang-bidang kejuruteraan, keselamatan dan ICT, bagi meningkatkan keboleh-pasaran mereka.

“… graduan universiti yang menganggur, buat latihan industri di sini untuk tujuan ‘re-skilling’, 85 peratus (daripada mereka) dapat pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan (selepas latihan),” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.    

Yang Pahang Skills perlukan sekarang katanya ialah – selain sokongan berterusan Kerajaan Negeri, sikap proaktif Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk sentiasa mengubah-suaikan kurikulum serta ‘module’ pusat ini bagi menepati keperluan dan perubahan semasa yang berlaku dalam industri.

PASTI DAN BERHEMAH DALAM PEMANDUANNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menguji-pandu bas baharu jenama Hino ini.  


PERUNTUKAN UNTUK GANTI ALATAN ‘ROBOTIC’

Sehubungan itu, beliau menyatakan persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyediakan peruntukan kira-kira RM2 juta bagi menggantikan peralatan-peralatan ‘robotic’ yang ada, yang kini sudahpun ‘obsolete’ kerana usianya lebih 12 tahun.

“Saya difahamkan, soal ‘robotic’ sebagai contoh, kita agak ketinggalan sebab sistem yang ada di Pahang Skills ini sudahpun menjangkau 12 tahun dan kita perklukan RM2 juta untuk membeli peralatan baharu, dan ini kita akan lakukan segera,” katanya.

Mengenai permintaan agar Kerajaan Negeri bersetuju mewujudkan jalan masuk baharu ke pusat ini dengan melalui Kampus UIA berdekatan, yang bersebelahan dengan Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan Kuantan katanya, beliau bersetuju dengannya.

“In-sya-Allah, kita bersetuju dan kita akan cari peruntukan, tidak banyak, dalam RM2.6 juta. Kita akan dapatkan peruntukan dan kita akan ‘punch’ ataupun kita akan tusuk atau kita akan potong satu jalan melalui UIA untuk sampai ke mari,” katanya.

Ke arah pelaksanaan kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri untuk membuat kajian lanjut mengenainya termasuklah dalam menentukan jajaran dan kos sebenar.

SERTAI 'WEFIE' BERSAMA-SAMA PELATIH-PELATIH PAHANG SKILLS... Dengan 'sporting'nya, Dato' Sri Adnan turut sudi sertai acara 'wefie' bersama-sama pelatih-pelatih pusat ini. 


NAMA BAHARU UNTUK BEZAKAN DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN  

Mengenai majlis pagi ini katanya, penjenamaan semula PSDC kepada Pahang Skills perlu bagi membezakannya dengan pusat-pusat latihan kemahiran negeri-negeri lain seperti Penang Skills Development Centre dan Perak Skills Development Centre.

Yang turut hadir pada majlis ini ialah Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Norol Azali Sulaiman dan Dato’ Shahaniza Shamsuddin; Dato’ Lahuree dan Timbalannya, Dato’ Mas’ut Awang Samah; serta, Ketua Pegawai Eksekutif, Pahang Skills, Encik Khairul Rizal Ramli. – Khabar  

Wednesday, 11 February 2015

Plan to relocate Pasdec Automative Technologies plant from South Africa to neighbouring Botswana



“… Pasdec Automative Technologies supplies to world-known car brands such as Nissan, Renault and Volkswagen; with electrical wiring harnesses.

“Given our long and successful relationships with these prestigious multinational automative manufacturers, we expect our business to grow further,” says the Chief Minister giving a glimpse on the relocation exercise. 


A MOMENTO TO THE VISITING MINISTER... Dato' Sri DiRaja Adnan is seen here, handing a momento to Mr Sereste at the dinner. This will surely further strengthened the G-to-G relations between Malaysia and The Republic of Botswana.
 

21ST FLOOR, ZENITH HOTEL, KUANTAN – Pasdec Holdings Bhd’s subsidiary – Pasdec Automative Technologies (Pty) Ltd (PAT), intends to relocate it’s electrical wiring harnesses plant from the present site in Brits, South Africa, to Lobatse in the Republic of Botswana.

Announcing this in his 9-minute off-the-cuff speech at a dinner hosted for the visiting Minister of Trade and Industry (MTI) of the Republic of Botswana, Mr Vincent T.Sereste, Wednesday, February 11, Chief  Minister Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob said;

“From feedback given to the Board of Directors by Dato’ Kevin Pather, it is clear that in the government of Botswana, the Botswana Development Corporation (BDC) and the people of Botswana in general, we will surely have exceptional partners to accompany us on our journey to sustainable growth.

“The manner in which you have embraced our relocation exercise and have gone the extra mile to accomodate our operational requirements, bodes well for the future and we are very grateful for your enthusiastic participation.

“In return, I can assure you that Pasdec Automative Technologies, which has a proud track record of more than 40 years, is committed to adding value to your economy and improving the lives of your citizens”.

ALL IN THE HOLDING ROOM... Prior to the dinner at the 21st Floor, both parties had a brief, cordial meeting in a holding room at the 19th Floor of this 5-star hotel. 

Apart from Dato' Sri DiRaja Adnan and Mr Sereste, also seen in this photograph are Dato' Sri Muhammad Safian (seated, third from left); the State's Executive Councillors - Dato' Norul Azali and Dato' Shafik Fauzan (seated, respectively 1st and 2nd from left); Dato' Kevin Pather (seated, 4th from left); and members of the Botswana delegation among others is Ms Gaogane (seated, 2nd from right).  


PAT MUST CONTINUE TO PRODUCE WORLD-CLASS PRODUCTS

Dato’ Kevin Pather as mentioned by Dato’ Sri DiRaja Adnan, is presently the Chief Executive Officer cum Managing Director of PAT, who flew in from South Africa to be present at this dinner.

The Chief Minister added that, PAT is currently supplying electrical wiring harnesses to some world- and popularly-known car brands such as Nissan, Renault and Volkswagen and that;  

“Given our long and successful relationships with these prestigious multinational automative manufacturers, we expect our business to grow further (when the plant is relocated to Botswana),” he assured.

He then threw some sort of a challenge to the management of PAT to continually manufacture world-class products, hence the need for the company to keep on developing world-class skills in it’s workforce.

Thus far he said, PAT has a tremendous track record in it’s ongoing development programmes, which over the years have substantially enhanced the expertise and knowledge of the many hundreds of it’s employees.

ADMIRING THE VIEW OF KUANTAN - NIGHTTIME... This photograph is taken from the balcony of the 21st Floor, right before the dinner ends. Both Dato' Sri DiRaja Adnan and Mr Sereste are seen here, admiring the glittering view of Kuantan town.  


NO DEVIATION FROM POLICY TO PRODUCE SKILLED WORKFORCE

“Needless to say, Pasdec Automative Technologies will not deviate from this policy and through our dedication to training, we believe that we can make a meaningful contribution to the advancement of skills in the Republic of Botswana and Lobatse, in particular – the place to where our plant to be relocated to,” he added.    

Dato’ Sri DiRaja Adnan also spoke about social consciousness and commitment to performing Corporate Social Responsibility (CSR) that were not something new nor alien to PAT.

The company’s contribution to the communities where it’s plant is situated at he added, has always been to support initiatives of the local business community and to help in improving the quality of life of the people residing in these communities.

“The people of Lobatse therefore,” he said, “… will directly benefit from our presence and we look forward to being able to make a positive difference to their lives, in-sya-Allah, God-willing”.

Among those also present at this dinner were the Pahang State Secretary, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; State Executive Councillors namely Dato’ Shafik Fauzan Sharif, and, Dato’ Norul Azali Sulaiman;

SKILLED WORKERS AT PAT'S PLANT IN BRITS... Skilled workforce attending to their tasks at this PAT's plant in Brits. And PAT is said to be one of South Africa’s leading automotive component manufacturers with a proud reputation for the design and manufacture of world-class automotive wiring harnesses.


AMONG ATTENDEES AT THIS SUMPTIOUS DINNER

State Legal Adviser, Dato’ Shamsulbahri Ibrahim; Director of the State Land and Mineral, Dato’ Azizan Ahmad; State Chief Police Officer, SAC Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani;

Chairman of Pasdec Holdings Bhd, Dato’ Kamaruddin Mohamed; Chief Execitive Officer of the Pahang State Development Corporation (PKNP), Dato’ Abdul Rahim Mohd Ali; and, Chief Executive Officer of Pasdec Holdings Bhd, Dato’ Mohd Khairuddin Abdul Manan.

The visiting Mr Sereste was accompanied by Deputy Ambassador of the Republic of Botswana to the People’s Republic of China, Ms Gaogane Tiny Mothobi; Managing Director of Bostwana Development Corporation (BDC), Mr Bashi Gaetsaloe;

BDC’s Head of Marketing and Communications, Ms Boitshwarelo Lebang; BDC’s Head of Business Development, Mr Kamogelo Kesiilwe; and, Personal Assistant to Mr Seretse, Mr Uyega Banungi; who were also present at this sumptuous dinner. – Khabar