… keputusan
Kerajaan demi tangani gejala bauksit.
“My advice is,
the public should remain calm. We are doing everything possible to assist them.
We are not in denial syndrome, we are not playing the blame game.
“But we are
doing our fullest to make sure that the welfare of the people at all times,
must supercede any other benefits including monetary benefits,” assures the
Menteri Besar.
SEDANG MENUJU MASUK BERSAMA KE BILIK SAFIR 1...
HOTEL ISTANA,
JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan tempoh
penangguhan atau moratorium selama tiga (3) bulan berkuatkuasa pertengahan
bulan ini, terhadap aktiviti bauksit khususnya aspek perlombongan dan
pengangkutannya.
Yang
dalam tempoh itulah – terutamanya bulan pertama, ‘stockpile’ dalam kawasan
Pelabuhan Kuantan perlu diambil tindakan pembersihan dengan tidak mencemarkan
alam sekitar, seterusnya dieksport atau dipindahkan ke ‘central stockpiling area’
yang akan ditentukan.
11
lagi kawasan ‘stockpile’ di luar kawasan Pelabuhan Kuantan akan dibersih
kemudian diambil tindakan sama ada untuk pengeksportan atau dipindahkan ke ‘central
stockpiling area’ yang berkenaan.
Dan
‘central stockpiling area’ yang akan diwujudkan itu akan mempunya system perparitan
(drainage), penapisan (filteration) serta pembersihan yang lebih sempurna dan berkesan;
dan pula, cuma bauksit daripada perlombongan yang sah sahaja dibenar
memasukinya.
“… kabinet telah
membuat keputusan pada 27 November, untuk melaksanakan moratorium. Moratorium
ini dilaksanakan setelah mengambil kira semua perkara;
PADA PERSIDANGAN MEDIA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Junaidi, yang turut serta pada persidangan media ini ialah Dato' Sri Azizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail (duduk, kiri sekali).
TANGGUNGJAWAB
BERSAMA – KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI
“Bahawa, orang
yang terjejas dalam industri ini, kalau moratorium dilaksanakan; dan juga
mengambil kira orang yang tidak ada kena-mengena (tetapi) terjejas oleh habuk
dan debu berlaku di kawasan-kawasan tersebut.
“Jadi , selepas
keputusan itu dibuat, saya berbincang dengan MB Pahang. Ini juga perlu difahami
secara khusus. Kita kena bertanggungjawab bersama dalam perkara ini iaitu
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, Kementerian saya dengan MB.
“Sebabnya, saya,
daripada sudut ‘environment’ sahaja. Yang kedua, daripada sudut AP, Approved
Permit. Ada juga yang mengatakan, berhentikan Approved Permit, ‘everything will stop’.
“Ya betul, kalau
Approved Permit dihentikan, mungkin lambakan beribu tan yang telah ada dalam ‘stockpile’
di seluruh kawasan Kuantan dan satu di kawasan Port (Kuantan), ini tidak akan
keluar.
“Ia juga akan
mengalir ke laut apabila hujan turun, apabila air bah atau banjir. Jadi dalam
keadaan demikian, kita berbincang dengan pihak Kementerian, berbincang dengan
pihak MB, apa tindakan yang perlu kita buat, macam mana sistem yang kita akan
laksanakan.
SERAHKAN KEPADA
INDUSTRI
“Supaya kita
kena ‘clear’ semua ‘stockpile’ ini. Untuk kita laksanakan ‘clearing of stockpile’
dengan tidak ada ‘mitigation factors’ yang kita ‘implement’, ia akan membanjiri
laut juga, akan membanjiri sungai juga.
“Jadi dalam keadaan
sedemikian, kita kena banyak berbincanglah. Maka, kita telah merancangkan satu
tindakan iaitu; tiga (3) bulan yang diputuskan oleh kabinet untuk merancangkan
perkara ini.
“Pagi tadi, kabinet
juga bermesyuarat sekali lagi memutuskan, ‘now we’ serahkan kepada industri. Kalau
industri itu mahu mengawal soal alam sekitar, boleh berlaku dalam tiga (3)
bulan (tempoh penangguhan/moratorium).
“Kalau dia (industri)
tak dapat melaksanakan apa yang kita mahu, Kementerian mahu, Kerajaan Negeri
mahu; ‘then’ kita kena panjangkan sedikit ‘period’ (penangguhan/moratorium)
itu.
“Maknanya, kabinet
akan melulus untuk menambah (lagi tempoh) moratorium ini,” demikian kata
Menteri Sumber Asli Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada persidangan media
bersama Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada petang Rabu, 6 Januari
di sini.
AP BAHARU TELAH
DIHENTIKAN SEJAK MINGGU LEPAS
Dato’
Sri Wan Junaidi juga menyebut tentang betapa sejak minggu lepas, Kementeriannya
telah tidak lagi meluluskan permohonan baharu untuk AP bagi pengsekportan
bahan mineral bauksit itu.
“Jadi sekarang, saya
dah batalkan sejak minggu lepas, tiada pengeluaran AP lagi. Itu peringkat
pertama yang kita buat yang selaras juga dengan keputusan dalam moratorium itu,” tegasnya.
Selepas
tempoh penangguhan/moratorium tiga (3) bulan katanya, pengeluaran AP akan
dihadkan yang jumlahnya akan bergantung kepada keperluan dengan berdasarkan
keupayaan (capacity) Pelabuhan Kuantan untuk mengendalikan pengskportannya.
“Dan kita tahu ‘capacity’
Port (Kuantan, yang boleh mengendalikan setakat 26 juta tan metrik setahun).
Kalau ‘capacity’ banyak ini, banyak itulah AP dikeluarkan. Dengan sendirinya ‘stockpile’
akan hapus, dan lori (pengangkut bauksit)pun akan berkurangan,” tegasnya.
Esok
pula menurutnya , Ketua Setiausaha Kementeriannya, Dato’ Sri Azizan Ahmad, akan
mempengerusikan mesyuarat dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis
DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperekemaskan lagi kerja-kerja penguatkuasaan
berkaitan pengangkutan bauksit.
TAK BOLEH LEPAS
TANGAN
“… semua (agensi
penguatkuasaan) ini tidak akan melepas tangan, semuanya bertanggungjawab,
kerana, bidangkuasa saya dan Menteri Besar terbatas. Kuasa di tangan polis, di
tangan JPJ, di tangan SPAD,” tegasnya.
“… the
bottomline is; the rakyat interest must come first,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan yang diminta ulasannya mengenai langkah-langkah tegas yang
Kerajaan umumkan petang ini.
Beliau
seterusnya mengesahkan, terdapat 22 pengeluar bauksit yang sah (legal
operators) di negeri ini setakat ini manakala yang haram, tidak dapat
ditentukan jumlahnya.
Apabila
diminta wartawan untuk menasihati penduduk Kuantan mengenai gejala bauksit dan
tindakan-tindakan menanganinya, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan;
“My advice is,
the public should remain calm. We are doing everything possible to assist them.
We are not in denial syndrome, we are not playing the blame game.
BLESSING IN DISGUISE
TO INDUSTRY PLAYERS
“But we are
doing our fullest to make sure that the welfare of the people at all times,
must supercede any other benefits including monetary benefits.
“So, I wish to
thank them for being so kind, for being open, and also to the comments made through
social media, mainstream media. Now all these, will be given consideration in
the sense that, I will bring all these matters up in the discussion with the
relevant heads (of departments and authorities).
“We are coming
up with a grand plan, an action plan as to how to handle this problem and
hopefully, within the moratorium period, after that, we will come up with a
very comprehensive plan which can solve this problem permanently to the
satisfaction of all people, all quarters. So thank you so much to the rakyat,
netizens, for their concern,” he stressed.
Will
the imposed of moratorium gives any negative impact to the export of bauxite? asked
one of the journalist to which the Menteri Besar answered;
“When the supply
is low (due to moratorium) , what will happen? The price will go up… it is a
blessing in disguise for the players. If I were to be them, I will enjoy this
moratorium period very much. Because that will later on, push up the price”. – Khabar