SIRAMAN KE MAKAM PADUKA AYAHANDA... KDYMM Tuanku kelihatan sedih melaksanakan siraman ke makam Almarhum Paduka Ayahanda Baginda.
MAKAM DIRAJA,
PEKAN
– KDYMM Sultan Pahang telah berkenan berangkat pada Majlis Tahlil dan Ziarah
Makam Sempena Hari Hol ke-42 Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Mu‘adzam
Shah pada pagi Sabtu, 7 Mei di sini.
Keberangkatan
Baginda diiringi DYMM Sultanah Pahang Sultanah Kalsom; disambut di perkarangan makam
ini oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Al-Haj.
Yang
turut menyambut ialah Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob; Setiausaha
Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; dan, Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP), Orang Kaya Indera
Pahlawan Dato’ Sri Wan Wahid Wan Hassan.
Setibanya
Baginda ke pintu masuk makam, KDYMM Tuanku telah secara spontan menitah-sebut
salam – “Assalamualaikum”, yang
serentak itu dibalas oleh para hadirin yang sedia berada di dalam.
“Terima kasihlah
(sebab) datang,”
kedengaran Baginda menitah-sebut, dalam nada suara yang sedih, sayu seperti
dalam tangisan. “Dah 42 tahun Hari Hol
Almarhum Ayahanda saya…” titah Baginda lagi.
BERMESRA... Kemesraan KDYMM Tuanku terus terserlah sepertimana dalam foto ini ketika Baginda hendak beredar untuk keberangkatan pulang, selepas sempurnanya majlis pagi Sabtu ini.
Antara yang turut kelihatan ialah KDYTM Tengku Puan Pahang; Dato' Sri Muhammad Safian; Dato' Sri Wan Wahid; dan, Dato' Sri DiRaja Adnan.
MAJLIS TAHLIL
JUGA BUAT PADUKA BONDA, PADUKA ISTERI
Mufti
Negeri, Dato’ Sri Abdul Rahman Osman telah mengetuai Majlis Tahlil yang selain dijuruskan
buat Paduka Ayahanda Baginda; juga untuk Paduka Bonda, Almarhum Tengku Ampuan
Besar Pahang, Raja Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah;
serta
bagi Paduka Isteri Baginda, Almarhum Tengku Ampuan Pahang, Tengku Afzan Ibni
Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.
YAM
Kerabat-kerabat Bergelar; YM Kerabat-kerabat; Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri –
Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Dato’ Syed Ibrahim
Syed Ahmad, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Johari Husin, Dato' Norol Azali Sulaiman;
Pegawai
Kewangan Negeri, Dato’ Roslan Harun; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’
Shamsulbahri Ibrahim; Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Zulkifli Yaacob; wakil
rakyat-wakil rakyat Parlimen – Dato’ Sri Ismail Mutalib (BN – Maran), Dato’
Hasan Arifin (BN – Rompin), Dato’ Abdul Manan Ismail (BN – Paya Besar);
dan
wakil rakyat-wakil rakyat Negeri – Dato’ Suhaimi Mat Shah (BN – Sungai
Lembing), Dato’ Mohd Zaili Besar (BN – Panching), Dato’ Suhaimi Jusoh (BN –
Lepar), Dato’ Sri Sheikh Puzi Sheikh Ali (BN – Peramu Jaya), Dato’ Mohamad Fakhruddin
Mohd Ariff (BN – Bebar), Dato’
Khairuddin Mahmud (BN – Pulau Manis).
serta,
beberapa Pegawai Daerah dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan
telah turut hadir pada majlis ringkas tetapi bermakna besar pagi Sabtu ini.
BERDOA KEPADA ILAHI... Dato' Sri Abdul Rahman kelihatan sedang membacakan doa dan diaminkan oleh sekelian yang hadir. –
Khabar