NOTA
EDITOR
Berikut
ialah lagi antara artikel yang dipetik daripada Khabar Pahang edisi cetak – Bil
24 Tahun 18, Tahun 2016, yang sedang dalam proses penerbitan/percetakan dan
dijangka siap untuk edaran yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan
Negeri pada bulan Januari ini.
Sama-samalah
kita memanfaatinya.
PAK
NAWI DAN PENULIS, DENGAN ANTARA PRODUK-PRODUK MADU LEBAHNYA... Selain yang
diperagakan, produk-produk keluaran Taman Lebah Pahang juga meliputi madu lebah
dalam botol 700 gram, 280 gram dan 70 gram. Juga dikeluarkan dalam ‘sachet’, ‘stick’
serta dalam ‘lip balm’ dan sabun.
KM 16.5, JALAN
PEKAN-NENASI, PEKAN
– Pengalaman pahit akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014 – kawasan ternakan
lebahnya dibanjiri hingga merosakkan kesemuanya, kemudian kawasan tanah gambut
yang sama dijilat api; telah memberi pengajaran berguna buat penternak lebah
madu itu, Pak Nawi.
Bahawa,
beliau tidak boleh terlalu lokek dengan ilmu yang dimilikinya tentang
penternakan serangga itu sebaliknya, perlu dikongsi bersama dengan yang lain
agar turut sama berjaya dalam penternakan tersebut.
“Habis
lebah-lebah saya mati akibat banjir, 100 haif (kotak) semuanya, dengan anggaran
kerugian kira-kira RM450,000 termasuk jangkaan hasil yang madunya sepatutnya
saya kumpul dan jual, dua hari sahaja selepas hari kejadian.
“Oleh sebab
yakin boleh bangkit balik, saya tempah lagi 200 haif sebagai ganti dan mahu
kembali menternaknya di tapak yang sama ketika itu, atas tanah Kerajaan seluas
suku ekar dekat sini.
“Tapi, dua bulan
sahaja selepas banjir, tapak sama terbakar pula. Mujur yang ditempah (200 haif)
belum sempat tiba. Masa itulah, saya ‘tersandar’ dan bertanya diri sendiri –
Apa salah saya hingga bertimpa-timpa dilanda bencana?
BERKONGSI,
LANGSUNG TIDAK LOKEK ILMU... Selepas memberi pengajaran di tapak, ilmu yang ada
pada Pak Nawi dikongsi lagi pada sesi taklimat dalam pondok khas yang turut
memperagakan produk-produknya.
KACUKAN LEBAH
TEMPATAN DAN AUSTRALIA
“Baharu saya
sedar, ia mungkin kerana saya terlalu kedekut dengan ilmu menternak lebah yang
saya dapat daripada pakar lebah dari negara China. Biarlah saya dan keluarga
saya sahaja yang tahu tentang ilmu penternakan ini.
“Rupa-rupanya,
itulah salah saya yang Allah hendak tunjukkan. Selepas itulah, saya bertekad
untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Peluang saya dapat secara
menyewa atas tanah Kerajaan seluas 50 ekar di sini, mahu saya jayakannya,” kata Pak Nawi.
Sementelah
pula tahun lepas, beliau menerima secara percuma, 30 haif lebah baka Apis
Mellifera dari Australia sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
yang beliau berupaya kacukkannya dengan ratu lebah tempatan miliknya.
Pak
Nawi atau nama sebenarnya Encik Mat Nawi Deraman, ialah Pengerusi
Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif, Bee Park (Pahang) Sdn Bhd. Beliau berkata
demikian ketika ditemui pada kunjungan penulis ke Taman Lebah Pahang di sini
petang Khamis, 15 Disember.
Ekoran
itulah kini, Pak Nawi lebih terbuka lalu bersedia menerima kunjungan
bakal-bakal penternak seluruh negara khususnya dalam kalangan belia, untuk
mempelajari ilmu yang ada padanya.
DERETAN
BANGSAL BERATAP NIPAH... Dengan bangsal-bangsal terbuka, beratapkan daun nipah;
ia mewujudkan suhu dan suasana sesuai bagi lebah baka kacukan tempatan dan Apis
Mellifera dari Australia, yang terdapat dalam haif (Eng; hive) atau kotak-kotak di bawah
bangsal ini.
Terdapat 500 haif kesemuanya yang setiap satu menempatkan kira-kira 15,000
ekor lebah yang dapat mengeluarkan madu sehingga 10 kilogram sebulan. Dan
menurut pasaran semasa, harga madu bagi satu (1) kilogram sahaja ialah
RM150!
500 HAIF DENGAN
7.5 JUTA LEBAH
Malah,
selang setengah jam selepas ketibaan penulis, Pak Nawi terima panggilan
disusuli kedatangan kira-kira lapan (8) anak muda dari Lanchang, yang mahu
mempelajari selok-belok menternak lebah daripadanya.
Di
atas tapak seluas 50 ekar ini, Pak Nawi dirikan bangsal-bangsal terbuka,
beratap nipah yang selesa dan menyejukkan, yang di sinilah ditempatkan 500 haif
dengan setiap haif mempunyai kira-kira 15,000 lebah atau kira-kira 7.5 juta
lebah kesemuanya.
Di
persekitarannya ialah kawasan hutan seluas 5,000 ekar ditumbuhi secara liar dan
subur, pokok-pokok ‘Acacia Mangium’ yang menjadi sumber ‘nectar’ yang sedia
banyak buat lebah-lebahnya.
Dan
lebah-lebah ini menurut Pak Nawi, boleh sahaja mudah untuk keluar daripada
haif-haif di sini dan terbang dalam radius tiga (3) km, untuk mendapatkan
sumber makanan ‘nectar’ tersebut.
Setelah
memperolehi ‘nectar’ ini dan dalam penerbangan kembali ke haif-haif, campuran
antara ‘nectar’ dengan ‘Amylase Enzyme’ yang sedia terdapat dalam badan
lebahlah, yang menghasilkan madu.
MADU
ASLI YANG TERHASIL... Lebah baka kacukan tempatan dan Australia ini juga tidak
datangkan ancaman gigitan kepada manusia sepertimana penulis buktikan dengan
menekan jari ke sarang/bingkai tanpa gangguan, lalu mengalir keluarlah madu asli.
‘NECTAR’
DARIPADA SATU SUMBER SAHAJA
“Yang bagusnya
tentang lebah-lebah ini ialah; madu akan dipindahkan daripada lebah pertama
hinggalah lebah keempat, baharulah madu berkenaan diluahkan pada
bingkai-bingkai dalam haif.
“Ini bermakna,
berlaku empat kali saringan sebelum madu yang benar-benar tulen dan berkhasiat
diperolehi pada bingkai-bingkai dalam haif-haif berkenaan,” kata Pak Nawi
lagi.
Oleh
kerana lebah-lebah ini memperolehi ‘nectar’ daripada satu sumber sahaja
(mono-flora) yakni daripada batang-batang daun pokok Acacia Mangium, maka rasa
dan khasiat madunya sama sahaja (tidak demikian jika diperolehi daripada
pelbagai sumber (multi-flora).
Memang
hakikat bahawa jangka hayat lebah-lebah ini – ‘lebah pekerja’, tidaklah lama
cuma dalam tempoh 40 hari. Tetapi, ‘ratu lebah’ boleh hidup sehingga lima (5)
tahun yang setiap seekor boleh menghasilkan sehingga 3,500 telur sehari dengan
30 peratus daripadanya berjaya menetas lalu jadilah ‘lebah pekerja’.
Dengan
itulah, bekalan ‘lebah pekerja’ sentiasa ada lalu aktif menghasilkan madu yang
diperlukan dan menurut Pak Nawi, jangkaan dalam sebulan ialah, lebah-lebah ini
mampu menghasilkan kira-kira 10 kg madu
untuk setiap haif.
POKOK
ACACIA MANGIUM... Inilah pokok Acacia Mangium yang terdapat dengan banyaknya
di tapak 50 ekar Taman Lebah Pahang ini, malah di kawasan lebih luas kira-kira
5,000 ekar disekelilingnya.
Daripada batang daun pokok inilah, lebah-lebah Pak Nawi akan keluar dari haif setiap hari untuk memperolehi sumber ‘nectar’ yang dengan adunan ‘Amalis Enzyme’
dalam tubuh lebahlah maka terhasilnya madu.
SATU HAIF, SATU
‘RATU LEBAH’ SAHAJA
Menurut
harga pasaran semasa, setiap kg madu ialah kira-kira RM150. Dengan 10 kg madu
yang dihasilkan sebulan untuk setiap haif, dikalikan dengan 500 haif; tidakkah
hasilnya begitu lumayan sungguhpun setelah ditolak kos yang tidak sampai 10
peratus?
Permintaan
untuk madu ini pula adalah sentiasa tinggi yang menurut Pak Nawi, bagi
menampung keperluan cuma 25 peratus penduduk daerah Pekan sahaja memerlukan
hingga 10 tan atau 10,000 kg sebulan!
Daripada
segi penjagaan menurutnya, ia boleh dilakukan sekali sahaja sehari – sama ada
pada sebelah pagi atau petang, dengan antara lain memeriksa agar tidak ada
lebih daripada seekor ‘ratu lebah’ bagi setiap satu haif.
Yang
dibimbangi ialah; jika ada dua (2) ‘ratu lebah’, ia akan bergaduh sesama
sendiri sehinggalah yang menang kekal manakala yang kalah, akan terbang
meninggalkan haif berkenaan bersama-sama pengikut dalam kalangan ‘lebah
pekerja’nya sendiri.
Selain
itu menurutnya, tiga (3) musuh utama lebah-lebah ini perlu diawasi dan
ditangani dengan berkesan – tebuan, yang gemar menyerang dan mencuri madu
daripada ‘lebah pekerja’, burung penghijrah dikenali ‘bee hunter’ atau
‘berek-berek’, dan, kutu.
PRODUK-PRODUK
KELUARAN TAMAN LEBAH PAHANG... Daripada sudut pembotolan dan pembungkusan
bagaimanapun, perlu dibawa ke sebuah kilang di Negeri Sembilan untuk
melakukannya yang tentunya dengan kenaan kos tertentu.
Maka keperluan kepada kemudahan-kemudahan berkenaan - bagi proses pembotolan
dan pembungkusan, sudah tentunya ada dan menurut Pak Nawi, beliau sedang ikhtiar
dan usahakan.
MAMPU BANTU
PERBAIKI HIDUP GOLONGAN MEMERLUKAN
“Apapun, kami
ada kaedah bagi menangani musuh-musuh utama ini. Kalau tebuan, kami hanya perlu
tangkap seekor hidup-hidup, calitkan sejenis racun pada bahagian kepala dan
ekornya.
“Selepas itu
dilepaskan dan tebuan ini akan segera kembali ke sarangnya di luar kawasan ini
yang menerusi sentuhan, boleh menyebabkan seluruh koloni sarang tebuan
berkenaan, mati,”
kata Pak Nawi.
Oleh
kerana segala perkara positif tentang penternakan lebah madu inilah – dan
bahawa madu menurut Pak Nawi, tidak mudah rosak atau mempunyai ‘expiry date’;
beliau galakkan penternakan madu diperluaskan lagi.
Malah,
beliau menyarankan agar satu program khusus mengenainya diwujudkan bagi
membantu golongan-golongan yang memerlukan sepertimana mereka yang tersenarai
di bawah sistem bank data kemiskinan nasional atau ‘eKasih’. .
“Daripada
menyaksikan mereka (yang di bawah senarai eKasih) hanya memperolehi bantuan
bulanan RM300, apa kata kita libatkan mereka dalam penternakan lebah madu ini,” saran Pak Nawi.
GLC NEGERI BOLEH
BANTU TAJA
Paling
tidakpun katanya, setiap peserta diberi amanah untuk memelihara dan menjagai
lima (5) haif setiap seorang dengan kos cuma RM10,000 yang boleh
dibiayai/ditaja oleh agensi-agensi
Kerajaan Negeri seperti Yayasan Pahang.
Tempoh
tiga (3) bulan pertama menurutnya, ialah proses awal penternakan hinggalah pada
bulan keempat apabila peserta mula menuai hasil secara konsisten dengan anggaran
pulangan kira-kira RM7,500 sebulan! (atau, 5 haif X 10 kg madu satu haif X
RM150 satu kg madu).
“Mungkin sukar
untuk percayai apa yang saya kata ini tetapi, berilah peluang untuk saya
buktikan,”
kata Pak Nawi yang kerana kepakarannya, dilantik oleh Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani sebagai antara tenaga pengajar utama dalam penternakan
lebah.
Idea
Pak Nawi tidak terhenti di situ sahaja. Malah, kerana mahu berkongsi dan tidak
mahu lagi lokek ilmu, tekadnya bukan sahaja untuk terus mengajar malah mahu
melahirkan hingga seramai 500 Agropreneur Muda dalam penternakan lebah pada
tahun depan (2017).
Dengan
ilmu dan kegigihannya, dibuktikan pula dengan kewujudan Taman Lebah Pahang
dengan pengeluaran madu yang memberangsangkan ini, adalah dipercayai Pak Nawi
akan terus mengecap kejayaan seperti yang diidamkan. – Khabar