BERSAMA KITA DALAM KEMPEN HENTIKAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK...
DEWAN JUBLI PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN -
Saturday, 22 April 2017
Thursday, 20 April 2017
Orang miskin terus Kerajaan bantu
… sempena
kehadiran Perdana Menteri merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017
KECERIAAN DALAM ZIARAHI MEREKA YANG MEMERLUKAN... Dato' Sri Mohd Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah serta Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan bersahaja, duduk di atas tangga batu rumah papan, menziarahi seorang daripada penerima sumbangan di bawah program Jom Bantu Rakyat Parlimen Temerloh di Kampung Padang Kerbau.
MASJID BAHARU TEMERLOH – Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak yang berada di bandar Temerloh sempena merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 pagi Khamis, 20 April;
Turut meluangkan masa ke masjid baharu ini untuk menunaikan solat Zohor serta menyampaikan bantuan kepada 2,795 orang dalam kalangan kurang berkemampuan daerah ini.
Bantuan tersebut - bantuan bulanan Kerajaan Persekutuan, keseluruhannya bernilai RM10.269 juta yang disampaikan kepada 1,229 warga emas, 608 kanak-kanak, 508 pekerja cacat anggota, dan, 447 orang kurang upaya (OKU).
Perdana Menteri kemudian turut menyampaikan bantuan elaun sara hidup bernilai RM252,000 kepada 105 nelayan darat daerah ini, selain menyampaikan sumbangan RM14,700 kepada 49 mangsa ribut di Taman Murni, Lanchang, yang mengalami bencana tersebut Jumaat lepas (14 April).
Beliau juga menyampaikan bantuan berupa barangan, kepada 300 ahli Persatuan Pesara Kerajaan, Persatuan Pesara Polis dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).
HADIAH SEBUAH KERETA BUAT PEMENANG...
PRORAM JOM BANTU RAKYAT
Selain Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan; yang turut hadir pada majlis ringkas tetapi bermakna ini ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
Selepas majlis di sini, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Sri Rosmah Mansor, telah menghadiri Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Temerloh yang diadakan di dua buah kampung dekat sini – Kampung Tengguh dan Kampung Padang Kerbau di sini.
Ketika merasmikan MSAM 2017 tersebut sebelum itu di Dataran Temerloh, BERNAMA melaporkan betapa Dato’ Sri Mohd Najib – dalam ucapannya, telah menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak penubuhannya tahun 1981 hingga kini.
Kejayaan itu bukan setakat berjaya meningkatan taraf ekonomi Bumiputera menerusi pelbagai program dan produk saham amanah yang diperkenalkan, malah telah menebus maruah negara.
Ini menurutnya terbukti apabila syarikat-syarikat gergasi dan ternama antarabangsa yang dahulunya milik ‘negara’ yang menjajah Malaysia katanya, berjaya ‘dibawa pulang’ melalui strategi yang tepat dan kebijaksanaan mereka yang menerajui PNB.
SUNGGUH CERIA TATKALA SAMPAIKAN UCAPANNYA...
‘DAWN RAID’
“Kita tahu PNB melalui strategi peristiwa ‘Dawn Raid’ yang kita lakukan untuk membawa balik Guthrie ke Malaysia; berjaya menjadikan badan-badan korporat milik orang asing kini menjadi milik rakyat Malaysia.
“Inilah pada saya telah membuka minda kita bahawa kita memang boleh melakukan pembaharuan dan penstrukturan semula ekonomi negara. Hari ini, PNB mengendalikan lebih 200 syarikat terbesar dalam negara,” katanya.
Sebagai latar belakang, peristiwa ‘Dawn Raid’ atau serbuan waktu Subuh, merupakan kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka negara – Kumpulan Guthrie Bhd (Guthrie) dari London pada September 1981, dan diserahkan kepada PNB yang ketika itu baharu sahaja ditubuhkan.
Dato’ Sri Mohd Najib juga berkata PNB menerusi syarikat kumpulan, Sime Darby Berhad, berjaya membuktikan pencapaiannya dalam sektor perladangan dengan memiliki kira-kira 350,000 hektar di negara ini, selain kira-kira 280,000 hektar di Indonesia, dan, kira-kira 220,000 hektar di Liberia.
“PNB dilihat sebagai sebuah institusi dan instrumen untuk mencapai matlamat serta objektif Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan selepas itu kita dapat lihat bagaimana PNB berjaya dari setapak ke setapak sehinggalah hari saya anggap ia sebagai sebuah insitusi yang begitu unggul dan dibanggakan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Selain Datin Sri Rosmah dan Dato’ Sri DiRaja Adnan; antara yang turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, dan, Presiden/Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Dato’ Abdul Rahman Ahmad.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN... Tekun mendengar apa yang Perdana Menteri katakana, pada majlis perasmian di Dewan Tun Razak. – Khabar
Tuesday, 18 April 2017
MB dengan basikal baharu hadiah hari jadi ke-67nya
… kayuh
kira-kira 4 KM dari Wisma Sri Pahang, pulang sewaktu rehat tengah hari, ke
rumah rasmi sementara di Kubang Buaya.
BASIKAL BAHARUKU... Selain Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri Ishak Mohamad; yang turut kelihatan ialah Dato' Norhishamuddin serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
PERKARANGAN, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Basikal jenis ‘Nordic Track’ berwarna biru – inilah hadiah buat Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sempena majlis ringkas sambutan hari kelahirannya
ke-67 sewaktu rehat pagi, Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Selasa, 18 April
di sini.
Hadiah
penuh kejutan daripada Kolej Yayasan Pahang (KYP) itu disampaikan oleh Pengarah
Urusannya, Dato’ Norhishamuddin Yaacob, disaksikan oleh Ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri dalam kalangan parti memerintah dan pembangkang.
Menikmati
hidangan sambil beramah mesra dengan mereka yang hadir pada sambutan hari
kelahirannya untuk seketika; Dato’ Sri DiRaja Adnan kemudian mencapai basikal
baharu tersebut lalu mengayuhnya sekeliling bangunan Wisma Sri Pahang ini dalam
penuh keceriaan.
Mereka
yang hadir turut suka dan gembira menyaksikan beliau membuat kayuhan tersebut –
mula-mula dalam pakaian lengkap ‘suit’, kemudian menanggalkannya, tinggallah
kemeja lengan panjang dan tali leher.
Selepas
beberapa pusingan, Dato’ Sri DiRaja Adnan kembali menghadiri persidangan Dewan
Undangan Negeri, meneruskan sesi perbahasan atas Titah DiRaja Sempena Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang,
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah, Rabu lepas (12
April).
'ROUND' DALAM KAWASAN WISMA...
MASUKI KUBANG BUAYA...
Kayuh pulang pada sesi rehat tengah hari dengan kini, tali leher ditanggalkan.
Apabila
persidangan Dewan Undangan Negeri berhenti rehat tengah hari, tanpa disedari,
Dato’ Sri DiRaja Adnan telah sekali lagi mencapai basikal baharu itu serta
mengayuhnya pulang;
Mengambil perjalanan kira-kira 4 KM dengan kelajuan antara 25 KM sejam dan 30 KM sejm selama 19-minit, ke rumah rasmi sementara di Kubang Buaya.
Mengambil perjalanan kira-kira 4 KM dengan kelajuan antara 25 KM sejam dan 30 KM sejm selama 19-minit, ke rumah rasmi sementara di Kubang Buaya.
(Denyutan nadi yang beliau sendiri ambil setiba di rumah ialah 120 yang menandakan sihat).
Dan foto beliau mengayuh basikal dalam perjalanan pulang inilah yang tular di media sosial, kemudian turut dipetik oleh beberapa akhbar aliran perdana.
Dan foto beliau mengayuh basikal dalam perjalanan pulang inilah yang tular di media sosial, kemudian turut dipetik oleh beberapa akhbar aliran perdana.
MAJLIS RINGKAS DENGAN KEK DAN PULUT KUNING...
– Khabar
Wednesday, 12 April 2017
Jom hentikan jenayah seksual kanak-kanak...
Pahang negeri pertama anjurkan kempen seumpamanya termasuk seminar, selepas peringkat kebangsaan!
PERKARANGAN, DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah menyempurnakan pra-pelancaran (soft-launch) Kempen Hentikan Jenayah Seksual Kanak-kanak Peringkat Negeri – yang pertama selepas pelancarannya peringkat kebangsaan.
Acara santai ini menyusul selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13 yang disempurnaka oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah pagi Rabu, 12 April di sini.
Sebagai simbolik, Dato’ Sri DiRaja Adnan sendiri menurunkan tanda tangannya pada papan putih yang disediakan; disusuli isteri, yang juga Yang Dipertua, Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Pahang (Teratai), Datin Sri DiRaja Junaini Kassim.
Yang turut menurunkan tanda tangan ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad, dan timbalannya, Dato’ Sri Mohamad Jaafar; begitu juga Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta wakil rakyat-wakil rakyat negeri sekelian.
Kempen 9-hari bermula hari ini, kemuncaknya pada 22 April dengan penganjuran seminar sehari – Seminar Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah yang juga akan dirasmikan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan.
DARI SUDUT YANG SATU LAGI... To start the ball rolling.
KESINAMBUNGAN PROGRAM DI BAWAH ISTERI PERDANA MENTERI
Pada persidangan media kemudiannya, Datin Sri DiRaja Junaini yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato’ Shahniza Shamsuddin; dan, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shamsulbahri Ibrahim; berkata;
“Hari ini, kita mengambil kesempatan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, untuk melancarkan satu kempen yang sebenarnya merupakan kesinambungan program di bawah YABhg Datin Sri Paduka Rosmah Mansor sebagai peneraju BAKTI dan juga Permata Negara.
“Beliau telah mengharapkan peringkat negeri terutamanya melalui NGO, isteri wakil-wakil rakyat macam contohnya di Pahang ini – Teratai, untuk meneruskan kempen kesedaran ataupun ‘awareness’ di peringkat negeri supaya jenayah seksual kanak-kanak ini dapat kita bendung.
“Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak sudahpun diluluskan dalam Dewan Rakyat pada minggu lepas dan sekarang ini, dalam proses untukl dibawa ke Dewan Negara – untuk tujuan bacaan kali pertama, kedua dan ketiga;
“Dan setelah ianya mulus di peringkat itu, maka ia akan dibawa menghadap ke sisi Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong untuk tujuan mendapat kelulusan(perkenan) menjadi undang-undang yang boleh terus digunapakai bagi semua rakyat untuk bertibnadj bagi mencegah jenayah seksual kanak-kanak ini.
TERLANCARLAH SUDAH... Datin Sri DiRaja Junaini sedang melepaskan belon biru ke udara. Selain Dato' Sri Ishak, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pahang, Puan Fairojibanu Zainal Abidin.
‘TILL INFINITY AND BEYOND’
“Di peringkat negeri Pahang ini – kalau saya tak silaplah, Pahang merupakan negeri pertama mengambil langkah untuk menanamkan kesedaran ini ataupun ‘to create awareness’ dalam kalangan masyarakat, tidak mengira siapa,” katanya.
Selain mengumpul tanda tangan tanda sokongan, menurut Datin Sri DiRaja Junaini, aktiviti lain yang dianjurkan demi menjayakan kempen ini ialah dengan mengedarkan ‘flyers’ mengenai usaha menangani dan mengatasi jenayah seksual kanak-kanak kepada masyarakat.
Kepada soalan pemberita tentang sasaran jumlah tanda tangan yang hendak dikumpul dalam tempoh kempen 9-hari ini, beliau berkata, sasarannya tidak terhad, adalah sebanyak yang boleh.
“Kita kira ‘no limit’. Macam cucu saya cakap, ‘till infinity and beyond’…,” kata Datin Seri DiRaja Junaini dalam senda ketawa yang turut disertai oleh yang lain, merujuk kepada cucunya, Aiza, yang sungguhpun masih kecil tetapi petah bercakap terutama dalam Bahasa Inggeris.
Mengenai seminar sehari katanya, ia akan menghimpunkan peserta pelbagai lapisan masyarakat termasuklah pengusaha-pengusaha taman didikan kanak-kanak (tadika) dan rumah-rumah asuhan serta murid-murid sekolah.
MENYEMAT RIBEN BIRU... Dato' Shahaniza sedang menyematkan riben biru - simbolik sokongan kepada kempen, ke baju Datin Sri DiRaja Junaini.
PORTAL PAHANG CAKNA AKAN TURUT DILANCAR
“… kita menggunakan acuan kita sendiri; (supaya) mereka (para peserta seminar) boleh ke depan dan berani untuk sama-sama ke arah membanteras ataupun memastikan pelaku jenayah ini akan dibawa ke pengadilan melalui undang-undang yang sudah ada,” tegasnya.
Sempena seminar pada 22 April itu juga katanya, portal ‘Pahang Cakna’ akan turut dilancarkan bagi menyediakan ‘medium’ untuk sesiapa sahaja mengemukakan apa juga maklumat yang diketuai mengenai jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Selain perasmian dan pelancaran portal berkenaan, aturcara pada seminar sehari suntuk itu juga meliputi dua (2) sesi perbincangan, setiap satu pada sebelah pagi dan petang.
Yang dibelah pagi di bawah tajuk - Bagaimana Mengenali Seksual Terhadap Kanak-kanak dan Keluarga: Simptom, Rawatan dan Pemulihan, dengan moderator, Dato' Shamsulbahri serta ahli-ahli panel -
Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), DSP Saroja A/P Egamparam; Pakar Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Dato' Dr Zahari Noor; dan, pemilik Hushim Motivational and Counseling Consultancy, Encik Hushim Salleh.
MENTERI JUGA AKAN JADI AHLI PANEL PERBINCANGAN
Yang disebelah petang di bawah tajuk - Modus Operandi Penjenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak: Apakah Undang-undang Sedia ada Dapat Mengekang dan Mengatasi?, dengan moderator, Peguambela dan Peguamcara, Dato' Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar serta ahli-ahli panel -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Azalina Othman Said; Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dato' Ahmad Rosli Mohd Sham; dan, wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – Khabar
“… projek ECRL ini seharusnya dinikmati oleh rakyat negeri Pahang khususnya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha yang berasal dari negeri Pahang,” titah KDYMM Pemangku Raja Pahang
…
sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13 pagi Rabu,
12 April 2017.
MEMASTIKAN KERAJAAN NEGERI YANG ADIL DAN BERJIWA RAKYAT
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan atas kecekapan mengendalikan persidangan Dewan.
KERAJAAN NEGERI SENTIASA SOKONG USAHA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Saya amatlah gembira dengan pelaksanaan sebanyak 141 projek baharu dan 190 projek sambungan dengan kos RM2.4 bilion di negeri saya bagi tahun 2016. Saya berharap Rancangan Malaysia Ke-11 akan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada rakyat dan kemakmuran negara.
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang sentiasa berusaha mengangkat agenda pembangunan rakyat dalam merangka rancangan pembangunan negara kita.
Saya percaya dan yakin bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, akan melaksanakan semua program di bawah Rancangan Malaysia ke-11 ini dengan lebih berkesan.
Kerajaan Negeri saya akan sentiasa memberikan sokongan atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan berharap ianya akan meningkatkan pembangunan ekonomi di negeri saya.
Saya berharap sektor pertanian dan penternakan di negeri ini akan dapat terus diperkasakan bagi menzahirkan hasrat negara memaksimakan pendapatan melalui sektor ini. Saya berharap agar sektor pertanian terus berkembang maju.
MENUNGGU KEBERANGKATAN TIBA DI LUAR DEWAN...
PENGELUARAN SUSU SEGAR MENINGKAT 18 PERATUS
Saya gembira dengan peningkatan sebanyak 18 peratus nilai pengeluaran susu segar di negeri ini bagi tahun 2016. Ini menunjukkan industri penternakan mampu menyumbang kepada peningkatan sumber ekonomi yang mampan dalam industri pertanian.
Saya juga ingin melihat negeri Pahang terus menyumbang kepada usaha untuk negara mencapai matlamat membekalkan bahan makanan yang cukup untuk negara. Ini penting bagi mencapai matlamat ‘food security’ untuk negara yang masih mengimport bahan makanan untuk rakyat.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nilai pelaburan di negeri Pahang telah meningkat kepada RM5.2 bilion pada tahun 2016 berbanding 3.9 bilion bagi tahun 2015.
Saya yakin peningkatan pelaburan ini mampu memberikan manfaat ekonomi yang berterusan kepada rakyat negeri ini.
Saya turut mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang telah berjaya mendapatkan pelaburan berimpak tinggi dari negara China dalam pembinaan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 KM yang bernilai RM55 bilion yang sangat diperlukan bagi pembangunan negeri Pahang.
Kegiatan pelaburan yang berterusan penting untuk pembangunan ekonomi negeri kerana ianya akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Pahang di negeri Pahang, disamping melahirkan kesan putaran (spin-off effect) ekonomi. Sesungguhnya ini baik untuk negeri Pahang.
BETUL TAK?
Sehubungan dengan ini – (atas) subjek ECRL, adalah harapan saya projek ECRL ini seharusnya dinikmati oleh rakyat negeri Pahang khususnya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha yang berasal dari negeri Pahang. Betul tak?
Ini saya harapkan menjadi satu cabaran kepada semua kontraktor dan pengusaha di negeri Pahang. Sambutlah cabaran ini, insya-allah, mudah-mudahan mereka dapat menikmati rezeki daripada spin-off effect ini secara lebih berkesan.
Pembangunan modal insan penting bagi negeri Pahang untuk terus berkembang dalam semua bidang kehidupan di negeri ini. Saya gembira dengan usaha-usaha Yayasan Pahang dalam peningkatan akses dan kecemerlangan pendidikan di negeri saya.
Saya dimaklumkan akan pemberian biasiswa kepada mereka yang layak sebanyak RM6.9 juta melalui program Biasiswa Sekolah Rendah, manakala RM19.2 juta melalui program Biasiswa Sekolah Menengah.
Dan saya turut mengharapkan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Tenaga Kerja akan terus memainkan peranan proaktif bagi membantu usaha Kerajaan membangun dan memantapkan pembangunan modal insan di negeri ini.
AKAN BINA 21 KLINIK 1MALAYSIA
Usaha-usaha seperti bantuan pendidikan dan penyediaan kursus-kursus berkaitan hendaklah dilipatgandakan bagi tahun 2017.
Perkhidmatan kesihatan perlu terus diperkukuhkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Berikutan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang terus berusaha kuat dalam melanjutkan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik kesihatan terpilih sehingga 9.30 malam selain meningkatkan bilangan Klinik 1Malaysia ke 21 buah klinik di seluruh negeri Pahang.
Saya juga gembira dengan pendekatan menaiktaraf semua klinik kesihatan desa yang memfokuskan kepada perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak menjadi klinik kesihatan jenis 7 yang akan mempunyai perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.
Saya mengambil maklum bahawa sumber hutan terus menjadi tulang belakang kepada agen pembangunan bagi negeri Pahang Darul Makmur.
Bagi tahun 2016, industri berasas kayu dan eko-pelancongan telah menyumbang kepada hasil kerajaan negeri berjumlah RM96 juta dan dijangka akan terus meningkat bagi tahun 2017.
SOKONG SARANAN MENTERI BESAR SUPAYA TEROKAI SUMBER-SUMBER BAHARU
Walaupun hasil hutan terus meningkat, saya turut menyokong penuh saranan Orang Tua saya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, semasa membentangkan Bajet Negeri Pahang Darul Makmur 2017 supaya meneroka sumber-sumber baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil hutan dan bumi bagi meningkatkan hasil pendapatkan negeri demi pembangunan negeri tercinta ini.
Sehubungan itu, saya menyeru supaya semua pihak memberi kerjasama dalam meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri Pahang.
Saya berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, selain dapat memberikan impak positif kepada ekonomi negeri ianya hendaklah turut mengambilkira kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Saya ingin mengingatkan Kerajaan saya semula supaya memberikan keutamaan kepada pemuliharaan alam sekitar dalam melaksanakan semua rancangan pembangunan. Kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti tanahtinggi, punca air dan yang seumpamanya mestilah diambil kira dalam melaksanakan setiap rancangan pembangunan.
Ini perlu kerana negeri dan isi kandungannya bakal diwarisi oleh generasi yang akan datang. Kita wajib meninggalkan satu warisan yang berterusan dan berkekalan kepada generasi akan datang.
ALAM SEKITAR SEMPURNA BOLEH GALAKKAN PELANCONGAN
Keadaan alam sekitar yang baik dan sempurna serta dikawal rapi boleh menggalakkan kegiatan pelancongan di negeri ini. Kegiatan pelancongan yang progresif boleh membantu mewujudkan kegiatan putaran ekonomi yang baik untuk negeri ini.
Semua agensi mestilah berganding bahu dalam perkara ini dan penceroboh tanah-tanah kerajaan mestilah diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan masa depan rakyat akan sentiasa terjamin.
Agama Islam akan terus menjadi teras utama di negeri Pahang ini. Saya berharap semua agensi dan jabatan di negeri Pahang mendokong asas yang sama dalam pengurusan pembangunan Islam di negeri Pahang.
Ini mampu untuk memberi gambaran yang baik dan membina perpaduan dikalangan rakyat saya. Program-program keagamaan yang dekat di hati rakyat perlu diberi nilai tambah agar ianya dapat melahirkan masyarakat yang besatu padu dan sentiasa berkasih sayang.
Saya difahamkan terdapat pelbagai program seperti program hafazan al-Quran, program tilawah al-Quran, program latihan khas qari dan qariah serta program pembangunan al-quran telah dilaksanakan pada tahun 2016 bagi memantapkan kualiti pembacaan dan penghayatan al-Quran.
RUMAH MAKMUR DAN PR1MA PAHANG
Saya mengucapkan tahniah kepada semua agensi agama Islam yang terlibat didalam program ini semoga usaha murni ini akan terus berkekalan.
Saya amat memahami dan sangat bersimpati dengan rakyat saya yang sebilangan besarnya masih lagi dihimpit oleh tekanan sara hidup yang semakin meningkat. Kita memahami bahawa ekonomi negeri dan negara kita terkesan oleh keadaan dan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Dalam hal ini saya berharap Kerajaan saya terus memberikan perhatian dan mencari jalan bagaimana golongan rakyat yang terhimpit ini dapat dibantu. Bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan, golongan miskin, mereka yang menghidap penyakit kronik hendaklah dibantu secara berterusan sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan selama ini.
Bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat, saya sangat berbangga dan mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mewujudkan program rumah mampu milik iaitu rumah makmur dan rumah PR1MA Pahang.
Saya difahamkan sehingga kini Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebanyak 102 projek PR1MA Pahang dengan lebih 37,000 unit rumah. Manakala bagi Rumah Makmur yang mensasarkan golongan berpendapatan kurang daripada RM5,000 dan ke bawah, sebanyak lima (5) projek telah diluluskan melibatkan pembinaan sebanyak lebih kurang 1,900 unit rumah.
LIPUTAN BEKALAN AIR BERSIH
Saya turut sukacita dengan pencapaian Kerajaan saya yang telah berjaya meningkatkan liputan bekalan air bersih ke 98 peratus di seluruh negeri pahang dan 100 peratus bekalan di kawasan bandar.
Pada tahun 2017, RM89 juta telah diperuntukkan bagi tujuan menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air baharu serta menaiktaraf sistem yang sedia ada. Saya berharap dengan peruntukan ini, bekalan air bersih bagi rakyat saya di luar bandar akan dapat dipertingkatkan lagi daripada 96 peratus.
Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengingatkan semua penjawat awam negeri saya supaya sentiasa memastikan integriti di tahap tertinggi dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai penjawat awam bagi memberikan manfaat terbaik kepada rakyat saya.
Pada pagi yang berbahagia ini, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri saya dalam usaha membangunkan negeri dan membantu rakyat negeri Pahang Darul Makmur.
Saya juga melafazkan ucapan terima kasih kepada Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan awam yang terlibat dalam urusan mentadbir Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur untuk kepentingan dan faedah rakyat sekelian.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk, taufik dan hidayahnya dalam apa jua yang kita lakukan untuk kebaikan bersama negeri Pahang ini.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – Khabar
PERSIDANGAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni
Sultan Hj Ahmad Shah menitahkan agar projek RM55,000 juta bagi pembinaan Laluan
Keretapi Pantai Timur (ECRL) di negeri ini, hendaklah dimanfaati oleh rakyat Pahang
khususnya para kontraktor dan pengusaha berkenaan.
Dalam menyampaikan Titah DiRaja 21-minit sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-13 pagi Rabu, 12 April di sini, Baginda antara lain menegaskan betapa;
“Kegiatan pelaburan yang berterusan penting untuk pembangunan ekonomi negeri kerana ianya akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Pahang di negeri Pahang, disamping melahirkan kesan putaran (spin-off effect) ekonomi. Sesungguhnya ini baik untuk negeri Pahang.
“Sehubungan dengan ini – (atas) subjek ECRL, adalah harapan saya projek ECRL ini seharusnya dinikmati oleh rakyat negeri Pahang khususnya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha yang berasal dari negeri Pahang”.
Yang segera menyusul ialah pertanyaan; “Betul tak?”, seseperti mahu mengesahkan lagi kebenaran titah-kata Baginda itu, disusuli kedengaran dan kelihatan Baginda sendiri tertawa kecil seketika.

SAMBUTLAH
CABARAN
“Saya harapkan, menjadi satu cabaran kepada semua kontraktor dan pengusaha di negeri Pahang (untuk merebut peluang tersebut). Sambutlah cabaran ini, Insya-Allah, mudah-mudahan, mereka dapat menikmati rezeki daripada spin-off effect ini secara lebih berkesan,” titah Baginda lagi.
Sebelum daripada itu, Baginda ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, yang telah berjaya mendapatkan pelaburan berimpak tinggi dari negara China dalam projek pembinaan ECRL sepanjang 620 KM itu.
Berikut ialah teks penuh titah ucapan Baginda;

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia, rahmat dan i’nayah-Nya, dapat saya melafazkan Titah DiRaja
bersempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang kali
ke-13 pada pagi yang berbahagia ini.
Saya berasa amat berbesar hati kerana setiap kali persidangan dewan undangan negeri berlangsung, ianya telah berjalan dengan baik dan lancar. Ini dibantu pula oleh komitmen dan juga rasa tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa mengambil bahagian dalam perbahasan, dengan memberikan pandangan membina yang boleh meningkatkan kemakmuran negeri Pahang yang tercinta ini.
MENGAMINKAN DOA SELEPAS SELESAI...
Saya berasa amat berbesar hati kerana setiap kali persidangan dewan undangan negeri berlangsung, ianya telah berjalan dengan baik dan lancar. Ini dibantu pula oleh komitmen dan juga rasa tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa mengambil bahagian dalam perbahasan, dengan memberikan pandangan membina yang boleh meningkatkan kemakmuran negeri Pahang yang tercinta ini.
MENGAMINKAN DOA SELEPAS SELESAI...
MEMASTIKAN KERAJAAN NEGERI YANG ADIL DAN BERJIWA RAKYAT
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan atas kecekapan mengendalikan persidangan Dewan.
Kepada orang tua saya, Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan, saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kerana sentiasa komited
dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri yang adil dan berjiwa rakyat.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua jabatan yang sentiasa membantu menyalurkan maklumat-maklumat yang tepat pada setiap kali perbahasan Dewan ini berlangsung.
Saya gembira melihat pertumbuhan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur yang terus kukuh ke arah pembangunan positif. Kerajaan Negeri telah mengunjurkan prospek pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada kadar 4.6 peratus bagi tahun 2017 berbanding dengan kadar 4.3 peratus pada tahun 2016.
Saya sedia maklum bahawa, Kerajaan telah meneruskan agenda pembangunan dengan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-11 mulai tahun 2016.
SUASANA CERIA SEBELUM BERMULANYA... Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua jabatan yang sentiasa membantu menyalurkan maklumat-maklumat yang tepat pada setiap kali perbahasan Dewan ini berlangsung.
Saya gembira melihat pertumbuhan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur yang terus kukuh ke arah pembangunan positif. Kerajaan Negeri telah mengunjurkan prospek pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada kadar 4.6 peratus bagi tahun 2017 berbanding dengan kadar 4.3 peratus pada tahun 2016.
Saya sedia maklum bahawa, Kerajaan telah meneruskan agenda pembangunan dengan pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-11 mulai tahun 2016.
KERAJAAN NEGERI SENTIASA SOKONG USAHA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Saya amatlah gembira dengan pelaksanaan sebanyak 141 projek baharu dan 190 projek sambungan dengan kos RM2.4 bilion di negeri saya bagi tahun 2016. Saya berharap Rancangan Malaysia Ke-11 akan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada rakyat dan kemakmuran negara.
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang sentiasa berusaha mengangkat agenda pembangunan rakyat dalam merangka rancangan pembangunan negara kita.
Saya percaya dan yakin bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, akan melaksanakan semua program di bawah Rancangan Malaysia ke-11 ini dengan lebih berkesan.
Kerajaan Negeri saya akan sentiasa memberikan sokongan atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan berharap ianya akan meningkatkan pembangunan ekonomi di negeri saya.
Saya berharap sektor pertanian dan penternakan di negeri ini akan dapat terus diperkasakan bagi menzahirkan hasrat negara memaksimakan pendapatan melalui sektor ini. Saya berharap agar sektor pertanian terus berkembang maju.
PENGELUARAN SUSU SEGAR MENINGKAT 18 PERATUS
Saya gembira dengan peningkatan sebanyak 18 peratus nilai pengeluaran susu segar di negeri ini bagi tahun 2016. Ini menunjukkan industri penternakan mampu menyumbang kepada peningkatan sumber ekonomi yang mampan dalam industri pertanian.
Saya juga ingin melihat negeri Pahang terus menyumbang kepada usaha untuk negara mencapai matlamat membekalkan bahan makanan yang cukup untuk negara. Ini penting bagi mencapai matlamat ‘food security’ untuk negara yang masih mengimport bahan makanan untuk rakyat.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nilai pelaburan di negeri Pahang telah meningkat kepada RM5.2 bilion pada tahun 2016 berbanding 3.9 bilion bagi tahun 2015.
Saya yakin peningkatan pelaburan ini mampu memberikan manfaat ekonomi yang berterusan kepada rakyat negeri ini.
Saya turut mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang telah berjaya mendapatkan pelaburan berimpak tinggi dari negara China dalam pembinaan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 KM yang bernilai RM55 bilion yang sangat diperlukan bagi pembangunan negeri Pahang.
Kegiatan pelaburan yang berterusan penting untuk pembangunan ekonomi negeri kerana ianya akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Pahang di negeri Pahang, disamping melahirkan kesan putaran (spin-off effect) ekonomi. Sesungguhnya ini baik untuk negeri Pahang.
BETUL TAK?
Sehubungan dengan ini – (atas) subjek ECRL, adalah harapan saya projek ECRL ini seharusnya dinikmati oleh rakyat negeri Pahang khususnya kontraktor-kontraktor dan pengusaha-pengusaha yang berasal dari negeri Pahang. Betul tak?
Ini saya harapkan menjadi satu cabaran kepada semua kontraktor dan pengusaha di negeri Pahang. Sambutlah cabaran ini, insya-allah, mudah-mudahan mereka dapat menikmati rezeki daripada spin-off effect ini secara lebih berkesan.
Pembangunan modal insan penting bagi negeri Pahang untuk terus berkembang dalam semua bidang kehidupan di negeri ini. Saya gembira dengan usaha-usaha Yayasan Pahang dalam peningkatan akses dan kecemerlangan pendidikan di negeri saya.
Saya dimaklumkan akan pemberian biasiswa kepada mereka yang layak sebanyak RM6.9 juta melalui program Biasiswa Sekolah Rendah, manakala RM19.2 juta melalui program Biasiswa Sekolah Menengah.
Dan saya turut mengharapkan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Tenaga Kerja akan terus memainkan peranan proaktif bagi membantu usaha Kerajaan membangun dan memantapkan pembangunan modal insan di negeri ini.
AKAN BINA 21 KLINIK 1MALAYSIA
Usaha-usaha seperti bantuan pendidikan dan penyediaan kursus-kursus berkaitan hendaklah dilipatgandakan bagi tahun 2017.
Perkhidmatan kesihatan perlu terus diperkukuhkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Berikutan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang terus berusaha kuat dalam melanjutkan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik kesihatan terpilih sehingga 9.30 malam selain meningkatkan bilangan Klinik 1Malaysia ke 21 buah klinik di seluruh negeri Pahang.
Saya juga gembira dengan pendekatan menaiktaraf semua klinik kesihatan desa yang memfokuskan kepada perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak menjadi klinik kesihatan jenis 7 yang akan mempunyai perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.
Saya mengambil maklum bahawa sumber hutan terus menjadi tulang belakang kepada agen pembangunan bagi negeri Pahang Darul Makmur.
Bagi tahun 2016, industri berasas kayu dan eko-pelancongan telah menyumbang kepada hasil kerajaan negeri berjumlah RM96 juta dan dijangka akan terus meningkat bagi tahun 2017.
SOKONG SARANAN MENTERI BESAR SUPAYA TEROKAI SUMBER-SUMBER BAHARU
Walaupun hasil hutan terus meningkat, saya turut menyokong penuh saranan Orang Tua saya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, semasa membentangkan Bajet Negeri Pahang Darul Makmur 2017 supaya meneroka sumber-sumber baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil hutan dan bumi bagi meningkatkan hasil pendapatkan negeri demi pembangunan negeri tercinta ini.
Sehubungan itu, saya menyeru supaya semua pihak memberi kerjasama dalam meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri Pahang.
Saya berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, selain dapat memberikan impak positif kepada ekonomi negeri ianya hendaklah turut mengambilkira kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Saya ingin mengingatkan Kerajaan saya semula supaya memberikan keutamaan kepada pemuliharaan alam sekitar dalam melaksanakan semua rancangan pembangunan. Kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti tanahtinggi, punca air dan yang seumpamanya mestilah diambil kira dalam melaksanakan setiap rancangan pembangunan.
Ini perlu kerana negeri dan isi kandungannya bakal diwarisi oleh generasi yang akan datang. Kita wajib meninggalkan satu warisan yang berterusan dan berkekalan kepada generasi akan datang.
ALAM SEKITAR SEMPURNA BOLEH GALAKKAN PELANCONGAN
Keadaan alam sekitar yang baik dan sempurna serta dikawal rapi boleh menggalakkan kegiatan pelancongan di negeri ini. Kegiatan pelancongan yang progresif boleh membantu mewujudkan kegiatan putaran ekonomi yang baik untuk negeri ini.
Semua agensi mestilah berganding bahu dalam perkara ini dan penceroboh tanah-tanah kerajaan mestilah diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan masa depan rakyat akan sentiasa terjamin.
Agama Islam akan terus menjadi teras utama di negeri Pahang ini. Saya berharap semua agensi dan jabatan di negeri Pahang mendokong asas yang sama dalam pengurusan pembangunan Islam di negeri Pahang.
Ini mampu untuk memberi gambaran yang baik dan membina perpaduan dikalangan rakyat saya. Program-program keagamaan yang dekat di hati rakyat perlu diberi nilai tambah agar ianya dapat melahirkan masyarakat yang besatu padu dan sentiasa berkasih sayang.
Saya difahamkan terdapat pelbagai program seperti program hafazan al-Quran, program tilawah al-Quran, program latihan khas qari dan qariah serta program pembangunan al-quran telah dilaksanakan pada tahun 2016 bagi memantapkan kualiti pembacaan dan penghayatan al-Quran.
RUMAH MAKMUR DAN PR1MA PAHANG
Saya mengucapkan tahniah kepada semua agensi agama Islam yang terlibat didalam program ini semoga usaha murni ini akan terus berkekalan.
Saya amat memahami dan sangat bersimpati dengan rakyat saya yang sebilangan besarnya masih lagi dihimpit oleh tekanan sara hidup yang semakin meningkat. Kita memahami bahawa ekonomi negeri dan negara kita terkesan oleh keadaan dan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.
Dalam hal ini saya berharap Kerajaan saya terus memberikan perhatian dan mencari jalan bagaimana golongan rakyat yang terhimpit ini dapat dibantu. Bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan, golongan miskin, mereka yang menghidap penyakit kronik hendaklah dibantu secara berterusan sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan selama ini.
Bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat, saya sangat berbangga dan mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mewujudkan program rumah mampu milik iaitu rumah makmur dan rumah PR1MA Pahang.
Saya difahamkan sehingga kini Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebanyak 102 projek PR1MA Pahang dengan lebih 37,000 unit rumah. Manakala bagi Rumah Makmur yang mensasarkan golongan berpendapatan kurang daripada RM5,000 dan ke bawah, sebanyak lima (5) projek telah diluluskan melibatkan pembinaan sebanyak lebih kurang 1,900 unit rumah.
LIPUTAN BEKALAN AIR BERSIH
Saya turut sukacita dengan pencapaian Kerajaan saya yang telah berjaya meningkatkan liputan bekalan air bersih ke 98 peratus di seluruh negeri pahang dan 100 peratus bekalan di kawasan bandar.
Pada tahun 2017, RM89 juta telah diperuntukkan bagi tujuan menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air baharu serta menaiktaraf sistem yang sedia ada. Saya berharap dengan peruntukan ini, bekalan air bersih bagi rakyat saya di luar bandar akan dapat dipertingkatkan lagi daripada 96 peratus.
Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengingatkan semua penjawat awam negeri saya supaya sentiasa memastikan integriti di tahap tertinggi dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai penjawat awam bagi memberikan manfaat terbaik kepada rakyat saya.
Pada pagi yang berbahagia ini, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia atas segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri saya dalam usaha membangunkan negeri dan membantu rakyat negeri Pahang Darul Makmur.
Saya juga melafazkan ucapan terima kasih kepada Orang Tua saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan awam yang terlibat dalam urusan mentadbir Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur untuk kepentingan dan faedah rakyat sekelian.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk, taufik dan hidayahnya dalam apa jua yang kita lakukan untuk kebaikan bersama negeri Pahang ini.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – Khabar
Thursday, 6 April 2017
Laporkan tanah kosong di rancangan tanah-rancangan tanah Felda untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua
DALAM UCAPAN BERSAHAJA, 18-MINITNYA...
DEWAN SEMAI
BAKTI, RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI KOYAN 03, LIPIS – Pengurusan
rancangan tanah-rancangan tanah Felda di seluruh negeri diminta mengemukakan
laporan tentang kekosongan tanah untuk dipertimbang bagi dijadikan tapak rumah
generasi kedua.
Ketika
membuat saranan ini, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahukan pihak
pengurusan berkenaan mengemukakan laporan tersebut kepada Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun untuk tindakan
susulan.
“Kita memang
memberi tumpuan kepada perumahan untuk generasui kedua Felda. Lama sangat
perkara ini (berlarutan),” katanya pada persidangan media sempena Majlis
Penyampaian Surat Tawaran Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) tengah hari
Selasa, 4 April di sini.
“Kita bincang
dan baru-baru ini kita dapat satu cara mempercepatkan permohonan.
“Di Pahang ini,
Dato’ Bakar mempengerusikan Jawatankuasa Fastrack – bukan tunggu fail naik ke
atas tapi kita pergi ke bawah tengok, panggil pihak-pihak berkenaan kemudian
terus di bawa ke (Mesyuarat) Exco untuk buat keputusan,” katanya.
CERIA, SEMUANYA DALAM SUASANA PENUH KECERIAAN... Tak tahulah apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar dengan kumpulan anak muda generasi kedua ini sehingga semuanya kelihatan ceria dan gembira.
Yang turut kelihatan ialah Tan Sri Shahrir.
KERATONG 05 JADI
MODEL KELULUSAN TAPAK DIPERCEPATKAN
Baru-baru
ini menurutnya, Kerajaan Negeri telahpun meluluskan sebidang tanah kosong di
Rancangan Tanah Felda Keratong 05, Rompin sebagai tapak rumah seluas 5,000 kaki
persegi sebuah untuk 125 anak muda generasi kedua di situ.
Kejayaan
di sana menurutnya, boleh dijadikan model untuk diikuti khususnya dalam urusan kelulusan
yang dipercepatkan di tempat-tempat lain dalam rancangan tanah-rancangan tanah
Felda di negeri ini.
“(Soal untuk
mengadakan) perumahan generasi kedua Felda ini masalah utamanya tanah, tapak.
Tapi, kita dah ada model di (Rancangan Tanah Felda) Keratong (5) . Di situ,
saya telah melancarkan tapak perumahan ini (daripada asalnya tanah kosong) kawasan
lebihan kelapa sawit.
“Ini kita akan
kenal pastilah, di setiap kawasan (Rancangan Tanah) Felda; tempat mana yang
boleh kita buatkan tapak perumahan, kita akan buat,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan lagi.
Yang
turut hadir pada majlis tengah hari Selasa ini ialah Pengerusi Felda, Tan Sri
Shahrir Samad. Begitu juga Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran
Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga wakil rakyat setempat (BN –
Jelai);
Ahli-ahli
Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Abu Bakar serta, Dato’ Shahniza Shamsuddin dan
Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pemangku Ketua Pengarah Felda, Dato’ Abdul Ghani
Ali; Pegawai Daerah Lipis, Dato’ A.Rahman Hamzah; serta, Pengarah Besar, Felda
Wilayah Mempaga, Encik Mohd Zulkifli Mohd Naam.
MENEMUI MEDIA... – Khabar
Monday, 3 April 2017
Pilih pemenang bidaan tender dengan adil (just) dan saksama (judiciously)
“Saya selalu
ingatkan rakan-rakan Exco dan juga Pengerusi Jawatankuasa Tender (supaya) memilih
mestilah dengan adil dan saksama,” kata Menteri Besar.
Sejak duduki
jawatan itu lagi (25 Mei 1999), beliau serahkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa
Tender Negeri kepada;
Pegawai Kewangan
Negeri (SFinO) – bagi bidaan projek negeri dan, Pengarah Pembangunan Negeri
(SDO) – bagi bidaan projek persekutuan.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob sentiasa menekankan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Tender Negeri
supaya melakukan pemilihan ke atas bidaan yang berjaya bagi satu-satu tender berkenaan
secara adil dan saksama.
“Saya selalu
ingatkan rakan-rakan Exco dan juga Pengerusi Jawatankuasa Tender memilih
mestilah dengan adil dan saksama,” katanya pada persidangan media sempena Persidangan
Pertama Mengenai Urus Tadbir dan Integriti 2017 tengah hari Isnin, 3 April di
sini.
“Adil dan
saksama itu maknanya – Kalau misalannya orang itu tender terbaik, sangat layak
(tetapi) dia kita (Jawatankuasa Tender) tak kenal; kita kena bagi. Tapi, kalau
dia (pembida) masuk tender, dia paling tak layak (sunggupun) dia kawan kita
(Jawatankuasa Tender); tak boleh bagi.
“Tapi, kalau dia
(pembida berkenaan) layak, dia kawan kita (Jawatankuasa Tender); kena bagilah. Ini
contoh. Maknanya, adil dan saksama itu meletakkan tempat kepada yang berhak,” katanya.
“Jadi, kena
faham (tentang) adil dan saksama. Saya selalu juga ingatkan, (jika) boleh
tolong, tolong. Jangan susahkan orang. Jangan pilih kasih, jangan (ada) kroni. Setakat
ini di Pahang tak ada masalah,” katanya lagi.
TAK MAHU LANTIK
DIRI SEBAGAI PENGERUSI ‘TENDER BOARD’
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut menjelaskan betapa sejak beliau menjadi Menteri Besar
lagi – pada 25 Mei 1999; beliau membuat keputusan untuk tidak melantik diri
sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender Negeri.
Sebaliknya,
beliau serahkan jawatan itu kepada Pegawai Kewangan Negeri (SFinO) bagi
tender-tender melibatkan projek negeri, dan, Pengarah Pembangunan Negeri (SDO)
bagi tender-tender melibatkan projek persekutuan.
“Orang ingat MB
yang Pengerusi Jawatankuasa Tender, tidak... MB bukan ‘chairman’. Bila sudah
ada (keputusan yang Jawatankuasa Tender Negeri buat), kontrak sudah siap dah
apa semua ini; orang (pembida berkenaan) sudah dapat (menang tender, kemudian
dilaksanakan) perjanjian dengan Kerajaan Negeri, baharulah MB ‘sign’,” tegasnya.
Kepada
soalan tentang sama ada beliau berpuas hati dengan amalan urus tadbir sedemikian
katanya, beliau secara keseluruhannya, memang berpuas hati tetapi percaya,
masih ada lagi ruang-ruang yang perlu terus diperbaiki daripada masa ke samasa.
Ketika
ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Paul Low yang turut hadir, dan
duduk di sebelah mencelah, mengakui betapa komitmen kepimpinan negeri adalah
tinggi dalam memastikan urus tadbir yang baik.
KEMPEN TURUT KE
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Yang
disasarkannya ialah untuk memastikan agar komitmen yang serupa dapat diturunkan
kepada peringkat bawah terutamaya di bawah pentadbiran pihak berkuasa
tempatan-pihak berkuasa tempatan.
“Saya ingat
langkah Dato’ Paul untuk nak bawa kempen ini ke majlis perbandaran, majlis daerah,
pihak berkuasa tempatan; adalah satu perkara yang baik. Sebab ia adalah juga
antara jabatan-jabatan yang paling hampir dengan masyarakat,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
Mengenai
persidangan dua (2) hari anjuran bersama Yayasan Pahang (YP), Universiti Malaysia
Pahang (UMP) menerusi Pusat Urus Tadbir dan Integriti di Fakulti Pengurusan
Indusrti (FGIC)nya dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), beliau
menyambut baiknya.
“Kita bernasib baik
kerana dapat bersama-sama dalam ‘conference’ ini kerana ia melibatkan satu
perkara yang amat penting iaitu mengenai ‘governance’ dan ‘integrity’.
“Dan kita juga
berasa bertuah dapat bersama-sama dengan Dato’ Senator Paul (Low), menteri yang
diberi tanggungjawab untuk menjaga hal-hal yang ada kaitan dengan ‘governance’
dan ‘integrity’,”
katanya.
KSU KEMENTERIAN
PENDIDIKAN TINGGI TURUT HADIR
Selain
Senator Dato’ Paul Low; yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; Ahli-ahli Exco Kerajaan
Negeri – Dato’ Norul Azali Sulaiman dan Dato’ Abu Bakar Harun;
SFinO,
Dato’ Indera Roslan Harun; Pengurus Besar YP, Dato’ Mahmud Nawawi; Naib
Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Daing Nasir Daing Ibrahim; dan, Presiden, (MICG),
Dato’ Yusli Mohd Yusof. – Khabar