Thursday, 31 January 2019
Wednesday, 30 January 2019
Cuti Peristiwa pada 31 Januari
… sempena
Istiadat Melafaz dan Menanda tangani Sumpah Jawatan SPB Yang Dipertuan Agong
ke-XVI
INI KENYATAAN MEDIANYA... Dato' Sri Wan Rosdy sedang memperagakan kenyataan medianya sambil diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Sri Dr Sallehudin Ishak (kanan), dan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (kiri).
BILIK KUNGJUNG
HORMAT, PEJABAT MENTERI BESAR, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Menteri Besar
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan esok, Khamis, 31 Januari ialah cuti
peristiwa bagi seluruh negeri.
Ia
bersempena Istiadat Melafaz dan Menanda tangani Sumpah Jawatan SPB Yang
Dipertuan Agong ke-XVI oleh Kebawah KDYMM Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah di Istana
Negara, Kuala Lumpur pada esok, Khamis, 31 Januari.
“Setelah saya
mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan
Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in
Billah maka saya pada hari ini, ingin mengumumkan cuti pada hari esok, Khamis,
31 Januari 2019.
“Cuti peristiwa
ini diberi memandangkan 31 Januari ini merupakan tarikh yang penuh bersejarah
kepada negeri dan seluruh rakyat-jelata di negeri Pahang ini, dengan pelantikan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang sebagai Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong.
“Kali terakhir
detik bersejarah seumpama ini dirasai ialah kira-kira empat (4) dekad yang lalu
apabila Paduka Ayahanda, Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah Ibni Almarhum Sultan
Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Mu‘adzam Shah, dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong ke-7 untuk tempoh lima (5) tahun antara 26 April 1979 dan 25 April
1984.
CUTI SEBAGAI
TERJEMAHAN RASA KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN
“Oleh itu,
pengumuman cuti peristiwa pada esok, 31 Januari, adalah difikirkan sebagai amat
bersesuaian.
“Ini juga
sebagai terjemahan kepada rasa kesyukuran dan kegembiraan yang amat sangat oleh
Kerajaan Negeri dan rakyat-jelata sekalian, atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16.
“Moga-moga
dengan ini, tempoh lima (5) tahun pemerintahan Baginda akan disempurnakan
dengan sebaik-baiknya, demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat-jelata
seluruh Negara,”
kata Dato’ Sri Wan Rosdy pada persidangan media petang Rabu, 30 Januari di sini.
Berikut
ialah Kenyataan Media beliau sepenuhnya;
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI
BESAR PAHANG
CUTI
PERISTIWA
SEMPENA
ISTIADAT
MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG KE-XVI
OLEH
KEBAWAH
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSATAFA
BILLAH SHAH IBNI SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH
(SALAM)
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULAHI WABARAKATUH, DAN SALAM SEJAHTERA.
(UMUMKAN CUTI
PERISTIWA 31 JANUARI 2019)
01.
BERSEMPENA DENGAN ISTIADAT MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SUMPAH JAWATAN SEBAGAI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-16 OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA
MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR ESOK,
KHAMIS, 31 JANUARI 2019 BERSAMAAN 25 JAMADILAWAL 1440 HIJRAH;
SETELAH
SAYA MENDAPAT PERKENAN DARIPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG,
AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HJ AHMAD
SHAH AL-MUSTA‘IN BILLAH MAKA SAYA PADA HARI INI, INGIN MENGUMUMKAN CUTI PADA
HARI ESOK, HARI KHAMIS, 31 JANUARI 2019.
02.
CUTI PERISTIWA INI DIBERI MEMANDANGKAN 31 JANUARI INI MERUPAKAN TARIKH YANG
PENUH BERSEJARAH KEPADA NEGERI DAN SELURUH RAKYAT-JELATA DI NEGERI PAHANG INI,
DENGAN PELANTIKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN PAHANG SEBAGAI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DPERTUAN AGONG.
03.
KALI TERAKHIR DETIK BERSEJARAH SEUMPAMA INI DIRASAI IALAH KIRA-KIRA EMPAT (4)
DEKAD YANG LALU APABILA PADUKA AYAHANDA, SULTAN HJ AHMAD SHAH AL-MUSTA‘IN
BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI ‘AYATUDDIN AL-MU‘ADZAM SHAH, DILANTIK SEBAGAI
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-7 UNTUK TEMPOH LIMA (5) TAHUN ANTARA
26 APRIL 1979 DAN 25 APRIL 1984.
04.
OLEH ITU, PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA ESOK, 31 JANUARI, ADALAH DIFIKIRKAN
SEBAGAI AMAT BERSESUAIAN.
05.
INI JUGA SEBAGAI TERJEMAHAN KEPADA RASA KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN YANG AMAT
SANGAT OLEH KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT-JELATA SEKALIAN, ATAS PELANTIKAN KEBAWAH
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG, AL-SULTAN ABDULLAH RI‘AYATUDDIN AL-MUSTAFA
BILLAH SHAH, SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-16.
06.
MOGA-MOGA DENGAN INI, TEMPOH LIMA (5) TAHUN PEMERINTAHAN BAGINDA AKAN
DISEMPURNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, DEMI KEMAKMURAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT-JELATA SELURUH NEGARA.
(AJAKAN KE
PANGKALAN T.U.D.M KUANTAN)
07.
SEMPENA DENGAN CUTI PERISTIWA INI JUGA, SUKACITA SAYA MENGAJAK PARA PENJAWAT
AWAM SEKALIAN KHUSUSNYA, AGAR DAPAT HADIR BERAMAI-RAMAI KE PANGKALAN TENTERA
UDARA DIRAJA MALAYSIA (T.U.D.M) KUANTAN, PADA KIRA-KIRA 7 PAGI HARI YANG SAMA,
BERSEMPENA DENGAN ISTIADAT MEMULIAKAN KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA
MULIA TUANKU DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN PAHANG, KE KUALA
LUMPUR.
08.
SELEPAS ITU, BOLEHLAH BERADA DI KEDIAMAN MASING-MASING SAMBIL MENGIKUTI SIARAN
LANGSUNG MENERUSI STESEN-STESEN TELEVISYEN BERKENAAN, YANG DIJANGKA MENYIARKAN
ISTIADAT MELAFAZ DAN MENANDA TANGANI SUMPAH JAWATAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG KE-16 PADA PAGI YANG SAMA.
09.
DENGAN INI, DAPATLAH KITA SAMA-SAMA LEBIH MERASAI, SETERUSNYA LEBIH MENGHARGAI
DETIK-DETIK YANG PENUH BERSEJARAH INI, INSYA-ALLAH.
DATO’
SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
WISMA
SRI PAHANG
KUANTAN
30
JANUARI 2019. – Khabar
Saturday, 26 January 2019
BN benar-benar bangkit di Cameron Highlands
… calon BN,
Encik Ramli Mohd Nor menang majoriti besar 3,238 undi!
YB AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS KITA... 'The newly-minted YB'.
PENGELUARAN PERMIT PENGGUNAAN TANAH
“Kemenangan hari
ini saya dapati; Yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.
“Yang keduanya,
PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding selain itu, mereka telah memberi
kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan
Nasional.
“Yang ketiga,
isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana
isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul;
(tetapi) 80 peratus adalah tidak benar…,” kata Menteri Besar
DEWAN GEMILANG,
SMK SULTAN AHMAD SHAH, TANAH RATA – “Kemenangan hari ini saya dapati; yang
pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.
“Yang keduanya,
PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding. Selain itu, mereka telah memberi
kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan
Nasional.
“Yang ketiga,
isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana
isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul;
(tetapi) 80 peratus adalah tidak benar,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy
Wan Ismail.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas calon Barisan Nasional (BN),
Encik Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihanraya Kecil (PRK)
P078 Cameron Highlands pada malam Sabtu, 26 Januari di sini.
Encik
Ramli memperolehi 12,038 undi dengan majoriti besar, 3,238 undi (berbanding
Pilihanraya Umum Ke-14 lepas, yang calon BN ketika itu, Dato’ C.Sivarraajh menerima
cuma 597 undi), mengatasi calon-calon lain – Encik M.Manogaran dari Pakatan
Harapan (PH) dengan 8,800 undi; serta calon-calon bebas, Encik Sallehudin Ab
Talib, 314 undi; dan, Encik Wong Seng Yee, 276 undi.
PENGUNDI JADI
SAKSI KEPADA PEMBANGUNAN CAMERON HIGHLANDS
Berikut
disiarkan secara ‘verbatim’ apa yang telah diperkatakan lagi oleh Dato’ Sri Wan
Rosdy pada pertemuan dengan wartawan-wartawan berkenaan;
“Sebagai contoh,
mereka kata tidak ada pembangunan di Jelai dan Tanah Rata. Sedangkan rakyat,
pengundi-pengundi di Cameron Highlands boleh melihat sendiri pembangunan yang
berlaku.
“Sebagai
contohnya perumahan untuk Orang Asli di Sungai Ruil. Kerajaan Barisan Nasional
ketika itu memberi peruntukan sebanyak RM44 juta. Kemudian jalan ke Pos Sinderut
yang sepanjang 35 KM – kita mendapat peruntukan hampir RM40 juta.
“Jalan untuk datang
ke Cameron Highlands ini. Kalau dulunya kita terpaksa melalui Tapah, melalui
Perak; melalui Gua Musang; tetapi Kerajaan Barisan Nasional membuat jalan dari
Raub-Sungai Koyan-Ringlet-Tanah Rata.
“Jadi, apabila
tuduhan mengatakan bahawa tidak ada pembangunan, rakyat tidak yakinlah. Dan mereka
nampak bahawa di sebelah sana cuba memainkan isu-isu yang tidak betul.
PENGUNDI BIJAK
MENILAI
“Kemudian
tuduhan mereka mengatakan bahawa Kerajaan Negeri berhutang banyak. Sedangkan
tuduhan ini tak betul. Perkara ini telahpun diselesaikan dan kitapun telah
berbincang dengan Kerajaan Persekutuan.
“Banyak lagilah
perkara-perkara yang mereka kata yang tidak boleh diterima oleh pengundi. Jadi pengundi
menilai dengan bijak dan mereka merasakan bahawa janji ataupun tuduhan, isu-isu,
yang dibangkitkan itu adalah tidak relevan, tidak mempengaruhi mereka dan
adalah tidak benar.
“Selain daripada
itu, sampingan sebagai contoh, mereka gagal menunaikan (janji-janji) dalam
manifesto merekalah, setelah sembilan (9) bulan menjadi kerajaan, dan banyak
lagilah”.
Beliau
juga berkata betapa, “Kejayaan inipun
bukan kejayaan saya seorang. Ia adalah kejayaan sebagai satu pasukan. Saya tak
boleh kerja seorang. Ada yang kata, ini sebab Dato’ Wan sebagai Pengarah (Pilihanraya)
sebagainya.
“Yang sebenarnya
sebab jentera, bantuan daripada semua pihak, kemudian banyak lagi yer… Bantuan
daripada Dato’ Najib; sumbangan beliau untuk membantu di dalam pilihanraya ini
ada”.
KEMENANGAN
BERASASKAN PELBAGAI FAKTOR
Mengenai
kemungkinan ‘troll’ yang sering dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib terhadap
Kerajaan Pakatan Harapan dalam laman sosialnya pula, kata Dato’ Sri Wan Rosdy;
“Ada memainkan
peranan. Sejauh mana pentingnya itu saya tak dapat nak nilailah yer. Hanya yang
boleh saya katakan bahawa, kejayaan Barisan Nasional ini adalah pelbagai faktor,
bukan ‘single factor’.
“Banyak lagi
faktor-faktornya kalau boleh saya rumuskan – PAS tidak meletakkan calonnya;
jentera kita yang bekerja kuat; kemudian tuduhan-tuduhan pembangkang yang tidak
berasas; pembangunan yang ada di Jelai dan juga di Tanah Rata; banyak, banyak
sumbangan.
“Itu yang menyebabkan
kita menang. Contohnya, kalau kita buat gulai karilah kan. Kalau kita buat kari
tak ada ikan, tak jadi. Kalau kita tak letak gulapun tak jadi. Jadi ramuan
itulah yang menyebabkan kita menang”.
Kepada
soalan tentang bagaimana pada PRK ini telah turun beberapa ‘heavyweight’
daripada Pakatan Harapan sepertimana Perdana Menteri sendiri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, begitu juga dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri Kabinet
namun PH tetap gagal, katanya;
SOAL TANAH IALAH
‘STATE MATTER’
“Kerana, tak ada
isu yang besar. Malahan isu yang dimainkan itu rakyatpun, pengundipun tahu. Sebagai
contohnya mereka mengatakan soal tanah. Soal tanah adalah ‘state matter’.
“Kemudian soal
hutang negeri. Ini telahpun dijelaskan dan telahpun diselesaikan dan telahpun
dibincangkan. Bukan satu isu baru.
“Jadi saya
fikir, apabila pengundi melihat ini, pengundi sendiri merasakan bahawa Pakatan
Harapan tidak ada isu dan tidak ada sesuatu yang baru.
“Sedangkan bagi
pihak Barisan Nasional, di Pahang ini kita Kerajaan; dan mereka dapat melihat
bahawa kita secara konsisten cuba membantu membuat yang terbaik untuk rakyat.
“Dan saya fikir,
rakyat boleh menilai, memikirkan – di satu pihak hanya menyatakan isu-isu lama,
perkara-perkara lama, perkara yang telahpun dibincangkan dan mereka rasa tidak berjaya,
tidak boleh mempengaruhi pengundi.
YB AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS KITA... 'The newly-minted YB'.
PENGELUARAN PERMIT PENGGUNAAN TANAH
“Sedangkan di
satu pihak yang lain yakni Barisan Nasional, mereka dapat melihat dan merasakan…
Saya bagi satu contoh, pengeluaran permit penggunaan hutan di mana perkara ini,
Kerajaan Negeri telah memberi penekanan yang serius untuk membantu
penanam-penanam, pekebun sayur.
“Sebab tanah ini
ialah satu perkara yang sensitif. Perkara ini telahpun dilaksanakan (selama ini)
dan bukannya ada kaitan dengan pilihanrayapun.
“Dan ianya akan
terus dilaksanakan untuk masa-masa yang akan datang jika kita fikirkan ada
tanah yang sesuai, ada faedah untuk rakyat, untuk mereka bercucuk tanam untuk
mencari makan, dan sebagainya”. – Khabar
BN bangkit di Cameron Highlands
…
calon BN, Encik Ramli Mohd Noor menang majoriti 3,238 berbanding majoriti cuma 597
pada PRU-14
“Kemenangan
hari ini saya dapati; Yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon. Yang keduanya,
PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding selain itu, mereka telah memberi
kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan
Nasional.
“Yang
ketiga, isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh
rakyat kerana isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus
mungkin tak betul; 80 peratus adalah tidak benar…,” kata Menteri Besar
KITA MENANG... Ternyata, kemenangan BN ialah kerana calonnya; sokongan PAS; serta, isu-isu yang PH bangkit tetapi tidak diterima rakyat/pengundi Cameron Highlands.
KITA MENANG... Ternyata, kemenangan BN ialah kerana calonnya; sokongan PAS; serta, isu-isu yang PH bangkit tetapi tidak diterima rakyat/pengundi Cameron Highlands.
Friday, 25 January 2019
Menteri Besar dan isteri mengundi awal
SEKOLAH
KEBANGSAAN TANJUNG GAHAI, LIPIS – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail dan isteri, Datin Sri Burhah Mohammed ialah antara mereka yang mengundi
awal hari ini, Sabtu 26 Januari sempena Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan P078
Cameron Highlands.
Kedua-dua
pasangan tiba di perkarangan sekolah ini pada kira-kira 8.40 pagi.
Bertegur-sapa dengan mereka yang turut hadir, kemudian ke saluran 1 beratur
seketika, sebelum menunaikan tangggung jawab masing-masing pada kira-kira 8.50
pagi.
Selain
turut menjadi Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi PRK ini, Dato’
Sri Wan Rosdy ialah juga wakil rakyat setempat (BN – Jelai), kerusi yang
dimenanginya dalam empat (4) Pilihanraya Umum (PRU) lepas bermula PRU Ke-11
tahun 2004.
Ketika
ditemui wartawan kemudian, beliau telah ditanya tentang perjalanan proses
pengundian serta juga peluang kemenangan bagi calon BN dari dalam kalangan
Orang Asli beragama Islam, Encik Ramli Mohd Noor.
“Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah SWT, pengundian pada hari ini berjalan dengan lancar. Cuacapun
baik, redup, sejuk.
YAKIN PENGUNDI
BUAT PILIHAN BIJAK
“Dan nampaknya
ramai pengundi telah keluar mengundi awal dan saya yakin, pengundi-pengundi
akan buat pilihan yang bijak (tentang) siapakah yang mereka pilih untuk menjadi
wakil mereka bagi P078 Parlimen Cameron Highlands ini,” katanya.
Mengenai
peluang kemenangan katanya, sememangnya beliau meletakkan harapan yang tinggi
namun turut menyedari betapa, “… memandangkan
keadaan, suasana pilihanraya kali ini tidak sepertimana sebelumnya”.
“Saya telah
melalui empat (4) kali Pilihanraya (Umum) di mana Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri adalah sama. Kempenpun saya nampak tidaklah hangat seperti apa yang
berlaku pada pilihanraya kecil ini kerana mereka ada mempunyai kelebihan
sebagai Kerajaan Memerintah.
“Walau
bagaimanapun saya optimis, calon Barisan Nasional insyaAllah, akan menang
kerana pengundi akan membuat penilaian yang bijak dan mereka dapat melihat
selama ini banyak pembangunan yang telah dibawa ke sini oleh Kerajaan (Pusat
pimpinan) Barisan Nsional,” katanya lagi.
Kepada
soalan tentang reaksinya jika calon BN menang katanya, “Saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada pengundi kerana
mereka telah membuat pilihan yang bijak”.
Jika
sebaliknya pula jawabnya, “Kita terima.
Kita terima. Kerana, negara kita mengamalkan demokrasi”.
SEPERTIMANA TERSIAR DALAM BULETIN 1.30 PETANG, TV3... Membantu yang memerlukan bantuan. – Khabar
SEPERTIMANA TERSIAR DALAM BULETIN 1.30 PETANG, TV3... Membantu yang memerlukan bantuan. – Khabar
Thursday, 24 January 2019
BN bangkit di Cameron Highlands
ANTARA POSTER YANG MENARIK MEMAPARKAN CALON KITA, ENCIK RAMLI...
Oleh Ahya
Alimuddin
TANAH RATA,
CAMERON HIGHLANDS
– “Saya harap pengundi-pengundi buat
keputusan yang bijak. Bagi pihak kami, Barisan Nasional (BN) telahpun
menyerahkan calon yang (menurut semakan kami adalah) paling diminati, disukai
oleh pengundi-pengundi di dalam Parlimen Cameron Highlands.
“Dan beliau
mempunyai kelulusan yang agak tinggi, banyak pengalaman, memegang jawatan
sebagai pesara Polis (pangkat) ACP. Dan saya percaya, beliau mampu mewakili
masyarakat di dalam Parlimen Cameron Highlands,” kata Menteri
Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ini
dikatakannya kepada wartawan yang menemuinya pada Majlis Pengumuman Calon BN
bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands oleh Pengerusi BN, Dato’
Sri Mohamad Hasan pada Khamis, 10 Januari lepas.
Dato’
Sri Wan Rosdy yang mula mengambil alih tampuk kepimpinan Pahang kira-kira lapan
(8) bulan lepas sejak 15 Mei 2018, ialah juga Pengarah Pilihanraya bagi BN
untuk PRK ini. Beliau juga ialah Pengerusi BN Pahang serta Ketua UMNO Bahagian
Cameron Highlands.
Setelah
dua (2) minggu tempoh berkempen sejak Hari Penamaan Calon pada 12 Januari dan Sabtu,
26 Januari ialah Hari Mengundi; kata-kata pemimpin ini yang berkongsi sama
tarikh lahir (pada 1 Oktober 1958) dengan calon – Encik Ramli Mohd Nor itu
dilihat ada kebenarannya.
KECELARUAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN PH
“Sungguhpun
Encik Ramli ialah Orang Asli beragama Islam yang sudah tentunya akan memenangi
hati 34 peratus pengundi Melayu dan 22 peratus pengundi Orang Asli; beliau juga
pandai membawa diri dengan pengundi Cina (29 peratus) dan India (15 peratus).
“Malah, beliau
dilihat fasih berBahasa Mandarin dalam klip video beliau mengucapkan Selamat
Tahun Baharu Cina, terbitan MCA. Maka, atas dasar itu atau personaliti calon BN
ini sahaja, sudahpun ada ‘umph’,” kata seorang penganalisis politik yang
ditemui di sini.
Bertuahnya
BN pada PRK ini ialah, PAS menjadi rakan sekutunya yang boleh dikatakan tulen, jika
dilihat daripada segi komitmen tinggi pemimpin-pemimpin mereka dalam mengadakan
ceramah politik bersama dengan pemimpin-pemimpin BN.
Dan
PAS tidak meletakkan calonnya bertanding kali ini yang dengan itu dijangkakan,
lebih 3,000 undi yang calon PAS perlolehi dengan penyertaan parti itu pada
Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas, mungkin beralih mengundi calon BN
pula.
Yang
menyebelahi BN juga pada PRK ini ialah, segala kecelaruan dan tindakan-tindakan
para pemimpin Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat
tidak disenangi rakyat.
‘REFERENDUM’
TERJEMAHAN KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP KERAJAAN PH
Antaranya
yang utama ialah ekoran kos kehidupan yang terus meninggi, peneroka di
Rancangan Tanah Felda pula terkesan lebih teruk akibat harga kelapa sawit
merudum, serta janji-janji ‘manis’ PRU Ke-14 menerusi manifesto PH yang terus
tinggal janji.
Oleh
itulah, Dato’ Sri Mohamad, dalam ucapannya pada satu ceramah di Sungai Koyan bersama-sama
pemimpin PAS termasuk Presidennya, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang, telah lantang
berkata; “Ini merupakan ‘referendum’
terjemahan ketidak puasan hati rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pakatan Harapan”.
Sungguhpun
semua petunjuk menjurus kepada kemenangan BN namun ada kebimbangan dengan ‘penerobosan
demi penerobosan’ oleh pemimpin-pemimpin ternama PH/pemegang jawatan penting
dalam Kerajaan Persekutuan, ke kawasan-kawasan ‘putih’ BN dalam tempoh berkempen.
‘Penerobosan-penerobosan’
ini berlaku seperti ke ketiga-tiga Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1, 2 dan
3; serta, ke perkampungan-perkampungan Orang Asli; dikhuatiri boleh mempengaruhi penduduk/pengundi di sana.
Apatah
pula dengan serangan-serangan dilancarkan oleh Menteri Kewangan Encik Lim Guan
Eng dalam ceramah-ceramah politiknya di kawasan-kawasan ini, yang
mempertikaikan tentang kononnya kewangan Kerajaan Negeri BN yang tenat.
‘SAYA TAHULAH,
SAYA MENTERI KEWANGAN’
Dalam
ceramah-ceramah tersebut juga, Encik Lim suka mendabik dada dan berkata – ‘Saya tahulah, saya Menteri Kewangan’
maka beliau berharap, apa yang dikatakannya dipercayai oleh khalayak.
Misalnya,
Kerajaan Negeri Pahang pimpinan BN katanya, mempunyai defisit bajet negeri terkumpul
sebanyak RM228.37 juta bagi tempoh empat (4) tahun (2014 – 2017), yang dengan
itu tidak memungkinkan Kerajaan Negeri ini mentadbir negeri dengan baik.
Sedangkan,
dia tidak beritahu betapa defisit bajet Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tahun
2019 ini sahaja ialah kira-kira RM352.8 juta manakala defisit tahun 2018nya
ketika mana Encik Lim ialah Ketua Menteri, ialah kira-kira RM748.5 juta!
Dan
berapakah pula defisit bajet Kerajaan Persekutuan PH untuk tahun 2019 ini, yang
menteri yang bertanggung jawab mengenainya ialah Encik Lim? RM52,700 juta atau
RM52.7 billion!
Inilah
cabaran-cabaran yang harus dihadapi jentera pilihanraya BN bagi menangani dan
menghadapi tohmahan-tohmahan serta dakwaan-dakwaan ‘separuh benar’ oleh puak-puak
PH.
Moga-moga
dengan ini, penduduk/pengundi Cameron Highlands bijak menilainya lalu bijak
juga dalam membuat pilihan untuk akhirnya mengundi Encik Ramli Mohd Nor,
InsyaAllah.
SAMA-SAMA MERENUNGI MASA DEPAN... serta berserah, memohon doa kepada Yang Maha Esa. – Khabar
SAMA-SAMA MERENUNGI MASA DEPAN... serta berserah, memohon doa kepada Yang Maha Esa. – Khabar
Daulat Tuanku!
Sembah Tahniah
atas pemilihan sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16
TANAH RATA,
CAMERON HIGHLANDS
– Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyembahkan ucapan setinggi-tinggi
tahniah ke sisi KDYMM Sultan Pahang atas pemilihan dan pelantikan Baginda
sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16.
Berikut
disiarkan kenyataan media beliau sepenuhnya;
“Bagi
pihak Kerajaan Negeri serta rakyat-jelata sekalian, Patik mengutuskan
setinggi-tinggi sembah tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pemilihan sebagai Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong Ke-16.
“Sesungguhnya
Patik, pacal-pacal sekalian bersyukur dan teramat bangga dengan pemilihan ini,
yang telah disempurnakan pada mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu pagi tadi.
“Patik
penuh berkeyakinan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan dapat memikul
tanggungjawap ini dengan jaya dan cemerlang.
“Seterusnya,
dapat membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada negara Malaysia yang
tercinta, insyaAllah”.
Sembah
Takzim daripada,
Dato'
Sri Wan Rosdy Wan Ismail,
Wednesday, 23 January 2019
Tambahan 153 lot rumah untuk generasi kedua Felda Sungai Koyan
“Dan hari ini
sahaja, baru diangkat kepada Exco dan kita telah meluluskan sebanyak 153 lot
hari ini.
“Maknanya Koyan
2, Koyan 3, Koyan 1; semua ada peluang untuk generasi kedua mendapatkan tapak-tapak
lot untuk dibuat perumahan,” kata Menteri Besar.
PEJABAT UMNO
BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS, SUNGAI KOYAN, LIPIS – Kerajaan
Negeri hari ini, meluluskan tambahan lagi 153 lot rumah bagi memenuhi
permintaan perumahan generasi kedua di Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda
Sungai Koyan di sini.
Tambahan
ini menurut Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ialah bagi memenuhi
permintaan lot-lot rumah generasi kedua di Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 1
pula.
Pada
9 Januari lepas, beliau telah mengumumkan kelulusan lot-lot rumah generasi
kedua untuk Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan 2 dan 3 sebanyak
223 lot tetapi kini – ekoran masalah tertentu, menjadi 210 lot.
Ketika
itu, semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri dan
Bantuan Khas Sekolah Rendah di Laman Sejahtera dekat sini, beliau telah
mengatakan bahawa, lot-lot rumah generasi kedua untuk Rancangan Tanah Felda
Koyan 1 adalah dalam proses untuk kelulusan juga.
“Dan hari ini
sahaja, baru diangkat kepada Exco dan kita telah meluluskan sebanyak 153 lot
hari ini,” katanya merujuk kepada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di Kuala Lipis pagi tadi.
LOT RUMAH
GENERASI KEDUA DI KESEMUA TIGA RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI KOYAN
“Maknanya Koyan
2, Koyan 3, Koyan 1; semua ada peluang untuk generasi kedua mendapatkan
tapak-tapak lot untuk dibuat perumahan,” katanya pada persidangan media petang
Rabu, 23 Januari di sini.
“Jadi,
mengatakan diskriminasi dan sebagainya itu adalah tidak betul. Dan bagi saya,
tidak ada asas yang kukuhlah untuk mereka berkata demikian,” katanya lagi
merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh wartawan.
Menurutnya,
usaha bagi meluluskan lot-lot rumah generasi kedua ini ialah alternatif kepada
masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam menjayakan perumahan-perumahan
generasi kedua di ketiga-tiga Rancangan Tanah Felda Sungai Koyan.
Perumahan-perumahan
itu telahpun dibina di ketiga-tiga Rancangan Tanah tersebut namun terbengkalai
yang menurutnya, adalah di luar keupayaannya untuk mengatasinya.
Ekoran
itulah katanya, beliau berbincang dengan rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK) Negeri khususnya yang berkaitan Felda lalu cadangan dibuat dan
diluluskan pemberian lot-lot rumah tersebut.
MESIN ATM
AGROBANK SEDANG DIUSAHAKAN
Dato’
Sri Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan Jelai ini, turut diajukan
rungutan oleh sesetengah penduduk di sini yang meminta agar tindakan diambil
untuk menambahkan lagi mesin ATM (Automated Teller Machine) dan CDM (Cash
Depository Machine) di Sungai Koyan ini.
Setakat
ini, menurut rungutan tersebut, kemudahan-kemudahan mesin-mesin ini cuma
disediakan oleh sebuah bank – Bank Rakyat, dan terdapat di Stesen Minyak
Petronas yang berhampiran sahaja.
“Yang Bank
Rakyatpun kita telah dapat hasil daripada rungutan orangramai juga. Dan
sekarang ini, AgroBank dalam usaha, kita sedang berusaha untuk mendapatkan satu
lagi (mesin) ATM.
“Tapi malangnya,
tak sempatlah sekarang ini. Yang itu akan diusahakan, InsyaAllah,” katanya. – Khabar
Tuesday, 22 January 2019
Lagi 22 permit penggunaan tanah dalam hutan simpan dikeluarkan kepada pekebun-pekebun kecil Cameron Highlands
“Dan insyaAllah,
sekiranya ada lagi permohonan dan Kerajaan Negeri mendapati ianya telah
dikerjakan melebihi daripada 10 tahun, tidak menyalahi mana-mana peraturan,
kawasan yang sesuai; Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan insyaAllah akan
diluluskan,” kata Menteri Besar.
TEPUKAN BUAT MB... Sebaik-baik menamatkan persidangan akhbarnya, pekebun-pekebun kecil yang turut bersama-sama di belakang Dato' Sri Wan Rosdy telah memberikan tepukan tanda penghargaan kepadanya.
PEJABAT DAERAH
DAN TANAH LIPIS, KUALA LIPIS – Kerajaan Negeri hari ini menyerahkan
22 lagi permit penggunaan tanah dalam hutan simpan kepada pekebun-pekebun kecil
Cameron Highlands.
Majlis
penyerahan permit penggunaan tanah ini dilakukan oleh Menteri Besar Dato’ Sri
Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis yang diadakan pagi Rabu, 23 Januari di sini,
sejurus sebelum bernmulanya mesyuarat mingguan, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Negeri.
Dengan
penyerahan hari ini menjadikan kesemuanya, 73 permit dikeluarkan. Sebelum ini,
pada 12 Disember lepas yang bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron
Highlands di Tanah Rata, sebanyak 51 permit diserahkan.
“Saya ingin
mengucapkan tahniah kepada pekebun-pekebun kecil sayur dan buah-buahan dari Cameron
Highlands kerana hari ini Kerajaan Negeri, setelah melihat, meneliti
bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang;
“Siri kedua kita
memberikan permit penggunaan dalam hutan simpanan kekal daerah Cameron
Highlands bagi pekebun-pekebun sayur yang telahpun menanam sayur melebihi 10
tahun,”
kata Dato’ Sri Wan Rosdy.
BAGI TANAH YANG
TELAH DIKERJAKAN SECARA HARAM LEBIH 10 TAHUN
“Dan insyaAllah,
sekiranya ada lagi permohonan dan Kerajaan Negeri mendapati ianya telah
dikerjakan melebihi daripada 10 tahun, tidak menyalahi mana-mana peraturan,
kawasan yang sesuai; Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan insyaAllah akan
diluluskan,”
katanya lagi.
Menurutnya,
kesemua 73 penerima permit ini ialah 64 orang dalam kalangan pekebun kecil Cina,
lima (5) orang pekebun kecil India; serta, masing-masing dua (2) orang pekebun
kecil Melayu dan Orang Asli.
Bagi
kesemua 22 penerima permit hari ini – setiap seorang diperuntukkan paling
maksimum lima (5) ekar (2.02 hektar), mereka akan dikenakan membayar RM3,000
kerana denda penggunaan tanah secara haram sebelum ini, serta lagi RM1,500 bagi
pembayaran pemilikan permit.
Menurut
Menteri Besar, cadangan untuk pemberian permit penggunaan ini telahpun diusahakan
sejak beliau masih lagi sebagai Ahli MMK biasa lagi, sebelum menjawat
kedudukannya sekarang.
“Dan kerana
ianya tidak boleh dibuat dengan serta-merta – perlu pengukuran tanah, perlu
kerja-kerja yang teliti kerana tanah ini adalah sesuatu yang sensitif,
lebih-lebih lagi di kawasan (tanahtinggi) Tanah Rata;
AMBIL MASA UNTUK
TELITI, PROSES DAN LULUS
“Ia kena, harus
diteliti dan diperhalusi dengan baik. Dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah, Kerajaan
Negeripun memberi pertimbangan untuk memberi kelulusan.
“Dan insyaAllah,
saya dimaklumkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri, masih lagi terdapat banyak
permohonan untuk mendapatkjan permit penggunaan dalam hutan ini dan Kerajaan
Negeri, insyaAllah, kita akan bantu,” katanya lagi.
“Jadi syabas,
tahniah kepada mereka yang mendapat permit pada hari ini. Gunakannya dengan
sebaik mungkin dan tanam sayur (dan buah-buahan) mengikut kelulusan, keluasan
yang telah ditentukan,” tegasnya.
Beliau
juga berkata betapat dengan penerimaan permit ini maka pekebun-pekebun kecil
berkenaan bolehlah melakukan kerja-kerja tanaman mereka tanpa rasa bimbang
dengan kemungkinan kerja-kerja penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
“Tapi saya nak
bagi tahu, keprihatinan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) – walaupun kita
tahu Tuan-tuan ini tanam sayur tak ada permit (sebelum ini), tetapi kita juga
tahu tujuan (hanya) untuk cari makan; kita tak usikpun,” katanya.
Bagaimanapun
menurutnya, Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dan akan hadapi
kerja-kerja penguatkuasaan terhadap pengusaha-pengusaha atau sindiket besar
yang meneroka haram, sehingga keluasan lebih 50 ekar (20.2 hektar) atau 60 ekar (24.3 hektar).
MESRANYA SEORANG MB...
– Khabar
MESRANYA SEORANG MB...
– Khabar
Saturday, 19 January 2019
Gajah di depan mata ‘buat-buat’ tak nampak?
Tentang pelaksanaan
projek Jalanraya Tanahtinggi bernilai RM806 juta - Ringlet-Sungai Koyan sejauh
79.1 KM yang siap dibina di bawah Kerajaan Persekutuan BN sejak 2010 lagi
TINJAUAN SEHARI-SUNTUK MENELUSURI JALANRAYA TANAHTINGGI RINGLET-SUNGAI KOYAN PADA 20 OGOS 2009... Dato' Sri Wan Rosdy (kanan sekali), kelihatan sedang mengiringi Menteri Besar ketika itu, Dato' Sri DiRaja Adnan dalam tinjauan berkenaan. Di belakang mereka ialah Ahli Parlimen Lipis, Dato' Abdul Rahman Mohamed.
Foto ini dipetik daripada majalah Khabar Pahang Bil 17 Tahun Ke-11 Tahun 2009.
TANAH RATA,
CAMERON HIGHLANDS
– Bak kata pepatah Melayu – ‘Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang
lautan kelihatan’.
Inilah
yang boleh dirujuk kepada tohmahan terbaharu calon Pakatan Harapan (PH) dari
DAP, Encik M.Manogaran mengenai kononnya Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan Jelai, tidak berbuat apa-apa bagi
mengadakan jalanraya yang sempurna di kawasannya itu.
(Yang
ironinya, permintaan Dato’ Sri Wan Rosdy sendiri pada Ogos 2016 dan Perdana
Menteri ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak telah meluluskan
peruntukan RM15 juta bagi pembinaan jalan 30 KM antara Pos Betau dan Pos
Lenjang, tetapi telah dihentikan oleh Kerajaan Persekutuan PH selepas
Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 yang lepas).
“Pertama-tama
saya hendak tanyakan beliau; Laluan manakah yang diambilnya dari Tanah Rata ke
Sungai Koyan dalam tempoh Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands
ini, jika tidak melalui Jalanraya Tanahtinggi Ringlet-Sungai Koyan sejauh 79.1
KM yang Kerajaan BN bina dan siap pada Mac 2010?
“Ketika itu,
saya sudahpun berada dalam penggal kedua saya sebagai Ahli Dewan Negeri Jelai,
sejak pertama kali bertanding dan memenanginya pada PRU Ke-11 lagi pada tahun
2004.
JALANRAYA
RINGLET-SUNGAI KOYAN SIAP DIBINA SEMASA PENGGAL KEDUA SEBAGAI AHLI DEWAN NEGERI
JELAI
“Saya juga
ketika itu, berada pada penggal pertama sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
(MMK) Negeri, memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang
Asli Negeri.
“Dan ketika
jalanraya ini 80 peratus siap, saya telah mengiringi Menteri Besar ketika itu,
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada 20 Ogos 2009, meninjau sehari-suntuk jalanraya
bernilai RM806 juta tersebut,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy dalam ‘entry’
terbaharu dalam laman sosial ‘Facebook’nya.
Dengan
adanya jalanraya tanahtinggi inilah katanya, telah memudahkan perjalanan darat dari
Tanah Rata, turun ke Ringlet kemudian ke Lembah Bertam, seterusnya ke Hulu
Telom, Pos Menson, Kampung Susu, Pos Betau hinggalah ke Sungai Koyan.
Dengan
adanya jalanraya tanahtinggi inilah juga maka Cameron Highlands boleh
dikunjungi menerusi daerah dalam negeri ini sendiri iaitu Lipis. Sebelumnya,
laluan ke tanahtinggi ini perlu melalui Perak menerusi sama ada Tapah atau
Simpang Pulai, serta Kelantan menerusi Gua Musang.
Menurutnya,
projek jalanraya ini yang bermula pembinaannya sejak tahun 1999 lagi,
melibatkan empat (4) pakej iaitu pakej pertama laluan Sungai Koyan-Pos Betau
(19 KM); pakej kedua, Pos Betau-Bukit Betong (22 KM); pakej ketiga, Bukit
Betong-Kampung Susu (19 KM); dan, pakej keempat, Kampung Susu-Ringlet (19.1
KM).
JUGA PERJUANGKAN
JALAN-JALAN ‘FEEDER’ SERTA KERJA-KERJA MENAIK-TARAFNYA
Pakej
ketiga laluan Bukit Betong-Kampung Susu ialah tertinggi kosnya, kira-kira RM233
juta. Sungguhpun panjangnya cuma 19 KM tetapi oleh kerana bentuk muka bumi
bergunung-ganang, hingga memerlukan pembinaan 10 jambatan untuk merentasinya.
Dan
ada sebuah jambatan daripada kesemua 10 jambatan itu katanya, panjangnya
sehingga 1 KM dengan kos bagi membinanya sahaja mencecah RM15 juta!
“Bagaimanakah
saya tahu tentang fakta-fakta ini jika bukan sebab saya turut terlibat dengannya
– sekurang-kurangnya menghadiri mesyuarat-mesyuarat serta
perbincangan-perbincangan mengenainya,” katanya lagi.
Selain
daripada jalanraya Ringlet-Sungai Koyan ini katanya, yang turut penting untuk beliau
kisah dan perjuangkan ialah pembinaan ‘feeder road’ termasuklah jalan antara
Pos Betau dan Pos Lenjang yang dipohon dan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan
BN pada tahun 2016, tetapi dihentikan sejak PH mengambil alih Kerajaan
Persekutuan pada PRU lepas.
Dalam
pada itupun, jalan-jalan ‘feeder’ yang termasuk jalan-jalan luar bandar dan
jambatan-jambatan seperti Jambatan Kuala Medang dan Jambatan Tanjung Gahai
katanya lagi, terus dibina manakala yang sedia ada, diperbaiki dan dinaik-taraf
dari masa ke semasa sepertimana jalan berhampiran simpang masuk ke Pos Senderut.
“Dan ini
merupakan ‘an ongoing process’ (proses yang dilakukan secara berterusan) yang
akan terus saya usaha dan jayakan demi kesejahteraan penduduk, InsyaAllah,” katanya lagi. –
Khabar