Bagi tiga (3)
tahun terakhir – 2020, 2019 dan 2018; di bawah pentadbiran Menteri Besar Dato’
Sri Wan Rosdy Wan Ismail sahaja, nilai perbelanjaannya ialah RM191.7
juta, dimanfaati oleh 391,424 pelajar.
UCAPANNYA PADA SATU PROGRAM ANJURAN YP...
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– RM1,350 juta atau, RM1.35 bilion! Inilah nilai yang telah Kerajaan Pahang belanjakan menerusi
Yayasan Pahang (YP), demi pendidikan anak negeri sejak 1983 hinggalah sekarang.
Seramai
1.74 juta pelajar kesemuanya – tanpa mengira latar kaum, agama mahupun pegangan
fahaman politik keluarga, telah mendapat manfaat daripada perbelanjaan yang
besar ini.
Bagi
tiga (3) tahun terakhir – 2020, 2019 dan 2018; di bawah pentadbiran Menteri
Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sahaja, nilai perbelanjaannya ialah
RM191.7 juta, dimanfaati oleh 391,424 pelajar.
Sasaran
yang beliau tetapkan untuk tahun 2021 ini ialah, YP akan berbelanja RM65 juta
lagi yang dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 135,000 pelajar di seluruh
negeri ini.
Nilai-nilai
perbelanjaan ini adalah secara ‘gradual’ meningkat dari setahun ke setahun,
membuktikan besarnya tahap kepedulian Kerajaan Negeri terhadap pendidikan khususnya
dalam kalangan pelajar daripada keluarga-keluarga yang memerlukan.
PADA PROGRAM HADIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR DI RAUB... Selain Dato' Sri Wan Rosdy, yang turut kelihatan dalam foto pada majlis 16 Januari 2019 ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri - Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Dato’ Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Dato’ Abd Aziz Mat Kiram; Pegawai Daerah Raub, Dato’ Hamdan Husin; dan Dato’ Mahmud.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG DIBINA GUNA WANG SENDIRI
Ini
berlaku sejak penubuhan YP oleh Menteri Besar, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak
(1982 – 1986), disusuli Tun Mohd Khalil Yaakob (1986 – 1999), dan Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob (1999 – 2018); hinggalah sekarang di bawah Dato’ Sri Wan
Rosdy.
Menteri
Besar – sepertimana termaktub dalam enakmen berkaitan dan secara tradisinya; ialah
juga Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah YP. Masing-masing dengan ‘style’ dan
pendekatan tersendiri namun akhirnya, bagi menjayakan aspek pendidikan golongan
sasaran.
Secara
fizikal, YP turut menjadi kebanggaan susulan terbina dan tersergam bangunan
6-tingkat bernilai RM35 juta dengan perbelanjaan sendiri, di Tanjung Lumpur,
Kuantan. Kos ini termasuk bagi pembinaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
bersebelahan yang keseluruhannya dikenali Kompleks YP.
Kompleks
ini disempurnakan perasmiannya oleh Almarhum KDYMM Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah pada Jun
2007 atau selepas 24 tahun Baginda merasmikan penubuhan YP pada 29 September
1983 – ketika itu hanya terletak dan beroperasi di Tingkat 19, Kompleks
Teruntum di pusat bandar Kuantan.
Malah
secara fizikal juga, YP turut mengeluarkan perbelanjaan sendiri kira-kira RM106
juta bagi membina, menyiap dan mula beroperasinya sebuah institusi pendidikan pada
2017, yang boleh menampung sehingga 2,000 pelajar dalam kawasan kompleks sama dan
kini dikenali Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP).
ARTIKEL SAMA TERSIAR DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA HALAMAN 17, 25 MEI 2021...
PELBAGAI PROGRAM
BANTUAN PENDIDIKAN DILAKSANAKAN
Sasaran
YP dalam menyalurkan bantuan pendidikan antara lain ialah untuk memastikan
sekurang-kurangnya 50 peratus dalam kalangan pelajar berusia antara 17 dan 23
tahun, memperolehi pendidikan peringkat ‘tertiary’ atau pengajian tinggi.
Selain
bantuan pendidikan yang turut diberikan di peringkat sekolah, sasarannya juga
ialah bagi melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan bagi
menambah-ramaikan anak-anak negeri melanjutkan pengajian ke menara gading.
Seterusnya,
YP juga berusaha untuk menyeimbangkan antara pemberian bantuan kewangan di bawah program-program berasaskan
akademik, dan kemahiran diri.
Oleh
itulah, pelbagai program bantuan pendidikan diperkenal dan dilaksanakannya
seperti Biasiswa Sekolah – Biasiswa Sekolah Rendah (BSR), Biasiswa Sekolah
Menengah (BSM) dan Biasiswa Kecemerlangan Sukan (BKS).
Di
bawah Biasiswa Pengajian Tinggi pula meliputi Biasiswa Kecemerlangan Menteri
Besar (BKMB), Biasiswa Tahfiz Profesional (BTP), Biasiswa Anak Yatim dan Skim
Pelajar Cemerlang.
YP MENANG BANYAK
ANUGERAH – NEGERI, NEGARA DAN ANTARABANGSA
Program-program
lain seperti bagi mengiktiraf pencapaian pendidikan pelajar sebagai daya
penggalak, serta yang melibatkan ekonomi dan kemasyarakatan turut YP laksanakan
secara konsisten.
Program-program
ini ialah seperti Anugerah Kecemerlangan Akademik, Dermasiswa Pelajar Miskin,
Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah, Program Pembangunan Mahasiswa menerusi
penubuhan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN), Program Pembangunan Tamadun
Masyarakat Asli (PETAMA) dan Program Pengajian Islam Tafaqquh Fiddin.
Demi
meningkatkan kualiti pendidikan pelajar, beberapa lagi program dilaksanakan
seperti Jawab Untuk Jaya (JUJ), Projek Intervensi Semua Subjek A (PiSSA),
Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI), Program Perancangan Harus Lulus
(PERHALUS) dan Program Peningkatan Pendidikan Khas (PrKasih).
Oleh
itu, tidak menghairankanlah apabila YP sendiri telah memenangi banyak anugerah
sama ada peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa dengan terbaharu
penerima People’s Choice Stevie Awards 2020, dan pada tahun 2017 – ‘Best Social
Services in Asia Pacific & APBEST Social Responsibility Driver of the year’
daripada APBEST Hong Kong.
Semua
kebaikan oleh YP dan kejayaan ini sebenarnya – Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang, melainkan “… semuanya adalah dirancang. Kalau tak rancang, YP tak akan jadi
berjaya macam ini,” sepertimana kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada program
Hadiah Kecemerlangan Pendidikan YP pada 15 Mei 2017.
BERMULA DENGAN
PERUNTUKAN HANYA RM1.5 JUTA
“Bermula dengan
peruntukan hanya RM1.5 juta pada tahun 1983, kini YP berjaya mendapatkan sumber
pendapatannya sendiri untuk diagihkan kepada anak-anak Pahang,” kata Dato’ Sri Wan
Rosdy pula pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pendidikan YP untuk Anak-Anak
Pahang, 10 Mac lepas.
Sepertimana
kita ‘angkat tabik’ kepada kepemimpinan tertinggi YP terdahulu – Dato’ Sri Mohd
Najib, Tun Mohd Khalil dan Dato’ Sri DiRaja Adnan serta barisan pengurusannya;
yang sama kita berikan kepada kepemimpinan sekarang diterajui Dato’ Sri Wan
Rosdy dan pihak pengurusan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Mahmud
Nawawi.
Semoga
dengan ini, YP – genap 38 tahun penubuhannya September ini, akan dapat terus dimantap
dan digerakkan, demi membela pendidikan anak negeri terutamanya dalam kalangan
mereka dan keluarga yang memerlukan. – Khabar