… kata Menteri
Besar mengenai kelaziman turun-naik dalam sokongan pada pilihanraya tetapi kali
ini, beliau percaya, sokongan kembali menyebelahi BN.
MENAIKKAN SEMANGAT PENYOKONG KITA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersalaman dengan para penyokong, yang merupakan sebahagian daripada 3,500 orang yang hadir pada pagi Sabtu ini.
PERKARANGAN,
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG, BENTONG – Menjadi kelaziman dalam mana-mana
pilihanraya umum tentang sokongan turun-naik terhadap parti-parti politik yang
menyertainya;
Dan,
bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob percaya, hayunan ‘pendulum’ (bandul) atau sokongan, akan kembali menyebelahi
Barisan Nasional (BN).
“(Pilihanraya
Umum pada tahun) 2008, ia macam tsunami. Di mana-manapun, majoriti (yang
diperolehi oleh calon-calon BN) turun. Tapi kita harus ingat ya, ‘trend’
pengundian sama ada di sini, di Amerika ataupun di Britain, di Australia; ia
ada turun-naik.
“Saya ingat kali
ini, ‘the swing of the pendulum will be to this side’,” katanya sambil
menunjuk tangan sebelah kanannya, yang bermakna, menjurus kepada kemenangan
untuk BN.
Dato’
Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata demikian sebagai
menjaswan soalan wartawan pada persidangan media sempena penamaan calon bagi
kawasan Parlimen P089 Bentong, pagi Sabtu, 20 April di sini.
‘THE BEST OF
LUCK AND ALL THE BEST TO ME…’
Kepada
soalan tentang peluang BN di kawasan Parlimen Bentong ini sendiri, dengan empat
(4) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Pelangai yang akan
ditandinginya sendiri, katanya, ia (peluang tersebut) lebih mudah pada kali
ini.
Ia
berasaskan pemerhatiannya terhadap suasana penamaan calon ini yang aman serta
juga perangai dan peribadi calon-calon yang akan bertanding yang bersikap,
menurutnya, ‘very civil’.
“Dengan
demikian, kempen (yang) akan dijalankan, diharapkan dengan aman tenteram. Dan kalau ikut ‘trend’ dan
rasa, pengundi Bentong tidak akan lari dari amalan tradisi mereka, walaupun apa
juga yang berlaku dalam proses kempen.
“Itu sebab saya
katakan, laluan mudah. Jadi bila saya kata dengan kawan-kawan di pembangkang
tadi, ‘I can’t say best of luck or all the best to you, because I want the best
of luck and all the best, to me and my friends in Barisan Nasional’. Dia orang ketawa,” katanya.
Beliau
turut ditanya mengenai penyertaan Encik Wong Tack – Pengerusi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) anti-Lynas dikenali Himpunan Hijau, yang bertanding atas tiket DAP untuk
kerusi Parlimen Bentong pada kali ini.
BERTEMU LAWAN... Dengan 'sporting'nya, Dato' Sri DiRaja Adnan mendekati calon-calon pembangkang untuk bersalaman. Encik Wong Tack ialah dua (2) dari kanan.
‘MUNGKIN PERLU
KERJA LEBIH DI KETARI’
Sambil
mendedahkan tentang beliau ada menelefon Encik Wong mengajak berjumpa ‘mari
kita minum kopi’ daripada sekadar ‘mengenali menerusi suratkhabar’ dan tadi,
semasa dalam dewan bagi mengemukakan borang penamaan, duduk di meja makan bersama-sama dan
berbual-bual, katanya;
“Saya cakap
terus-terang ya. Parlimen (Bentong), kita, insya-Allah, boleh menang macam
biasa. Begitu juga empat kawasan DUN. Kita mungkin (perlu) bekerja lebih lagi
untuk (menang di) Ketari”.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
membenarkan DAP bertanding menggunakan logo roketnya sendiri disebalik berlaku
kepincangan kepada pemilihan dalam Jawatankuasa Ekesekutif Pusat (CEC) parti
itu; khususnya mengenai peluang BN dengan keputusan tersebut.
“Kalau dia (DAP)
pakai (logo) PAS, ‘affect’ (atau beri kesan kepada peluang BN untuk menang).
Kalau dia (DAP) pakai (logo) roket, ‘advantage for us’. Ya, that’s my view. I
don’t like to hide what I feel.
“If DAP uses PAS
(logo), surely the Malays can get confused. Oh, this (is) PAS… Oh, this is Islam.
So, the fencesitters or those who are uncomfortable with the government, will
swing to PAS when actually, it’s (the swing or votes to the) DAP.
TETAP ENGKAR... Disebalik arahan tidak membawa sepanduk ke dalam perkarangan lokasi penamaan calon di Majlis Perbandaran Bentong ini, penyokong parti pembangkang ini masih membawanya seperti terpancar pada foto ini. 'Rules are mend to be broken?'...
TAHNIAH KEPADA
POLIS, JAGAI KEADAAN
“But since DAP
is allowed to use its own symbol, I think, they don’t have that advantage.
“But basically it
shows that, we (the government) are very democratic. ROS can punish by not
allowing DAP to use its symbol (but) the ROS still allowed DAP to use its
symbol, and that is a reflection of the democratic process that we have in
Malaysia,”
katanya lagi.
Mengenai
penamaan calon yang berjalan hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada
penyokong kedua-dua pihak – BN ataupun Pakatan Rakyat (PR), juga terima kasih
dan tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang telah berjaya mengawal
keadaan dengan baik sekali.
“Pada saya,
tidak ada apa yang harus saya komplen tentang perjalanan pilihanraya kali ini,
ataupun proses penamaan calon di Parlimen Bentong pada hari ini. Tidak ada apa
yang boleh saya komplen,” katanya.
Bagi
Parlimen P089 Bentong ini, ia akan ditandingi oleh penyandang, Menteri
Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, dicabar oleh Wong Tack; manakala di kerusi
DUN N36 Pelangai, penyandang, Dato’ Sri DiRaja Adnan akan ditentang oleh calon
PAS, Encik Abdul Hamid Bahatim.
BEKAS PEGAWAI
KHAS MB TANDING DI SABAI
Lain-lain
ialah, DUN N33 Bilut, calon BN, Encik Leong Kim Soon ditentang oleh calon DAP,
Encik Chow Yu Hui; DUN N34 Ketari, calon BN, Encik Wong Choo Yap ditentang oleh
calon DAP, Encik Lee Chin Chen; dan, DUN N35 Sabai, calon BN, Encik R.Goonasakaren
yang juga bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar, ditentang oleh calon DAP,
Puan Kamache Doray Rajoo.
Pencalonan
ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah
Bentong, Dato’ Toantawee Mohd Lotfie pada kira-kira 10.55 pagi setelah
berlangsung tempoh penamaan antara 9 pagi dan 10 pagi. – Khabar