… kata Menteri
Besar merujuk kepada keputusan PRU-13 yang BN tidak dapat sokongan penuh kaum Cina
MAMBACAKAN SURAT IKRAR TAAT-SETIA... Wajah tegas namun tawadduk, pemimpin utama kita semasa berdiri, dengan tangan kanan menekap ke kitab suci al-Quran; membacakan surat ikrar taat-setia ke sisi KDYMM Sultan Pahang yang tercinta.
ISTANA ABU BAKAR,
BANDAR DIRAJA PEKAN
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menegaskan, ini bukan masanya untuk
menghukum mana-mana pihak ekoran keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang
menunjukkan kaum Cina tidak memberi sokongan besar kepada Barisan Nasional
(BN).
Sebaliknya,
beliau mengingatkan, sokongan meleset kaum Cina menerusi tindakan mereka dan rakyat
melaksanakan hak demokrasi masing-masing itu, haruslah diterima dengan hati
terbuka.
“… bukan semua
orang Cina menolak Barisan Nasional. Ada juga orang Cina yang mengundi (Barisan
Nasional). Peratus(nya yang) kecil (atau) besar tak kira tapi… We cannot blame
the whole lot.
“In any group…
if there is a mistake made, we cannot blame the whole group. We got to look at
it very openly. We won because, the majority of the Malays, Indians and Orang
Asli, voted for us.
“But, there were
still a number of Chinese – though small in number; who voted for Barisan
Nasional. So, we cannot discard them,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan kepada
wartawan ketika ditemui setelah selesai Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan
Menteri Besar pada petang Khamis, 9 Mei, di sini.
ANGKAT SEMBAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengangkat sembah, begitu juga Dato' Sri Wan Wahid di sisinya.
Mengiringi ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar, Dato' Hamdan Husein (sebelah kiri Dato' Sri DiRaja Adnan), serta, Setiausaha Sulit kepada KDYMM Sultan Pahang, Encik Ahmad Khirrizal Ab. Rahman (sebelah kanan Dato' Sri Wan Wahid).
HORMATI KEPUTUSAN
MCA UNTUK TIDAK DILANTIK JADI EXCO
“So in that
sense,”
katanya, “… the people have already
exercise their democratic rights and now we got to take it openly,” lalu
menegaskan betapa, “It’s not the time to
punish anybody (nor) any quarter”.
Kepada
soalan tentang keputusan kepimpinan anggota komponen BN, MCA untuk tidak
menerima sebarang pelantikan ke kabinet Kerajaan Pusat BN mahupun Majlis
Mesyuarat Kerajaan-kerajaan (MMK) Negeri ekoran sokongan merudum kaum Cina, katanya,
ia sedang dikaji.
Disebalik
beliau ingin sangat melantik ahli-ahli parti tersebut ke dalam MMK Negeri
pimpinannya, namun, keputusan pucuk kempimpinan parti tentang ketidak penerimaan
tersebut wajar pula dihormati.
Sambil
itu pula, beliau mengakui betapa dengan ketiadaan wakil MCA dalam MMK Negeri
kelak, boleh memberi kesan kepada usaha memulih dan menggalakkan perpaduan kaum
di negeri dan negara ini.
Sehubungan
itu, beliau membayangkan kemungkinan mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi
menangani masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh kaum Cina khususnya yang ‘bersahabat
dengan kita’.
TANDA KASIH-SAYANG DAN SETIANYA KE SISI BAGINDA...
PULIHKAN
KEADAAN, KUKUHKAN MASYARAKAT
Dato’
Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, perbincangan sudahpun
dilakukan bagi mendapatkan maklum-balas (feedback) berkaitan PRU-13, manakala ‘post-mortem’
mengenainya akan dilakukan sebaik-baik selesai pelantikan ahli-ahli MMK pada
Khamis, 16 Mei depan.
“It’s not about
Pakatan (Rakyat), (nor) about Barisan Nasional, no… It’s about the government,
about the country – the future of the country, our future generation; what is
going to happen to them.
“We cannot allow
the racial tension (that has been) going, all year round, all these racial
remarks (that have) been made, and the racial overtone (that has been floated, continues).
This is not nice.
“So, kita di
Pahang ini, seperti titah Tuanku kepada ahli-ahli Dewan tadi, (mestilah) bersatu-padu
(serta) cuba pulihkan keadaan (dengan) kukuhkan (perpaduan dalam) masyarakat,” katanya.
Mengenai
pelantikannya sebagai Menteri Besar – bagi penggal keempat selepas penggal-penggal
1999 – 2004, 2004 – 2008, dan, 2008 – 2013; beliau menyatakan kesyukuran ke hadrat
Allah, junjungan kasih ke sisi KDYMM Sultan Pahang, serta berterima kasih kepada Perdana
Menteri; atas pelantikan ini.
SURAT IKRAR TAAT-SETIA DITANDATANGANI... Sambil KDYTM Tengku Mahkota memerhatikan sebagai saksi, Dato' Sri DiRaja Adnan menurunkan tandatangannya pada surat ikrar taat-setia.
TINGGALKAN DALAM
LIPATAN SEJARAH
Sebenarnya
kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, pelantikan ini merupakan tanggungjawab besar apatah
lagi dengan melihat kepada keadaan politik semasa khususnya dalam tempoh pasca
PRU-13 ini.
“Tapi, saya akan
cuba sedaya-upaya dengan rakan-rakan yang lain, dengan panduan daripada Perdana
Menteri dan juga dengan naungan Tuanku Sultan sendiri; untuk mencari jalan
supaya kita dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat di Pahang ini.
“… dan kita memandang ke hadapan, melipat buku,
tinggalkan lipatan sejarah yang telah terjadi dan kita memandang ke hadapan
untuk kita pertama sekali, mewujudkan perpaduan kaum, dan kedua, untuk kita
mencari jalan bagaimana masyarakat di Pahang ini boleh ditingkatkan persefahaman
mereka;
“… dan yang
lebih penting dari itu saya ingin katakan, kita kena sesuaikan dengan keadaan
politik semasa, itu saja,” katanya lagi.
Sehubungan
itu katanya, gerakan penerangan dan juga penyebaran maklumat yang lebih terkini
akan digiatkan supaya dapat menyedarkan rakyat tentang ‘trend’ yang tidak sihat
yang melanda ketika ini, yang jika tidak ditangani, boleh merosakkan keamanan negara.
MERBAHAYA BILA
UNDI ATAS GARISAN PERKAUMAN
“Kalau kita katakan,
mengundi atas dasar garisan perkauman, ini merbahaya kepada negeri dan negara.
Kita tak nafikan bahawa DAP ada dapat sokongan orang Melayu, PAS dapat sokongan
orang Cina.
“Tapi ‘trend’
ini jika berterusan, ia akan membawa kepada ketidak stabilan kepada negara. Tinggal
lagi, apa yang telah berlaku kita tinggalkan, (sebaliknya) kita padang ke
hadapan,”
katanya lagi.
Pada
majlis yang berlangsung di Balai Menghadap di sini, ia bermula dengan
keberangkatan masuk KDYMM Sultan Pahang yang diiringi KDYTM Tengku Mahkota
Pahang; KDYTM Tengku Puan Pahang; YAM Tengku Muda Pahang; serta anakanda-anakanda
Baginda, tepat jam 5 petang.
Sejurus
kemudian, Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Wan Wahid Wan Hassan,
telah membacakan isi kandungan suratcara pelantikan Dato’ Sri DiRaja Adnan
sebagai Menteri Besar.
Selepas
membacanya, suratcara berkenaan dititah-bawa dan dipersembahkan kepada KDYMM
Sultan Pahang, yang kemudian mengurniakannya kepada Dato’ Sri DiRaja Adnan.
MAJLIS 15-MINIT
PENUH MAKNA
Ini
disusuli dengan Dato’ Sri DiRaja Adnan membacakan surat ikrar taat-setia ke
sisi KDYMM Tuanku Sultan, kemudian menandatanganinya, diikuti KDYTM Tengku
Mahkota serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Sufian Ismail
turut menandatanganinya sebagai saksi.
Mengakhiri
majlis yang berlangsung kira-kira 15-minit yang penuh bemakna dan bersejarah
itu ialah bacaan doa oleh Mufti Negeri, Sahibus Samahah, Dato’ Abdul Rahman
Osman. – Khabar