… jawatankuasa yang
akan ditubuhkan demi merangkul penglibatan semua kaum khususnya Cina.
Dengan Menteri
Besar sendiri mempengerusikan, menunjukkan pentingnya jawatankuasa ini apatah
pula ianya berkaitan dengan aspek perpaduan antara kaum di negeri ini.
ADUNAN SEIMBANG, LAMA DAN BAHARU... KDYMM Sultan Pahang, disamping KDYTM Tengku Mahkota dan Dato' Sri DiRaja Adnan, berfoto kumpulan dengan ahl-ahli MMK yang dilantik.
ISTANA ABU
BAKAR, BANDAR DIRAJA PEKAN – Sebuah Jawatankuasa Khas Perpaduan Negeri bakal
ditubuhkan demi mengukuhkan perpaduan antara kaum di negeri ini terutamannya, dengan
menggiatkan lagi usaha untuk merangkul penglibatan kaum Cina di dalamnya.
Sebagai
tanda menunjukkan pentingnya Jawatankuasa Khas Perpaduan Negeri ini, Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sendiri dijangka akan mempengerusikannya.
Perkara
ini disebut oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media selepas
selesainya Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tengah hari Khamis, 16 Mei di sini.
Pada
majlis ini yang disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang, diiiringi anakanda,
KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan isteri, KDYTM Tengku Puan Pahang, serta YAM Tengku
Muda Pahang; 10 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menerima suratcara pelantikan
masing-masing.
Kesemua
10 ialah dari parti UMNO iaitu muka-muka lama – Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin
(BN – Lanchang), Dato’ Ir Mohd Soffi Abdul Razak (BN – Benta), Dato’ Wan Rosdy
Wan Ismail (BN – Jelai), dan, Dato’ Shafik Fauzan Sharif (BN – Inderapura).
TITAH DIRAJA 10-MINIT BAGINDA...
50 PERATUS MUKA
BAHARU DALAM MMK NEGERI
Muka-muka
baharu pula ialah – Dato’ Abu Bakar Harun (BN – Chini), Dato’ Mohd Johari Husin
(BN – Tioman), Encik Noorul Azali Sulaiman (BN – Guai), Dato’ Shahaniza
Shamsuddin (BN – Kuala Sentul), dan, Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN – Kerdau).
Muka
lama yang kembali dilantik ke dalam MMK Negeri kali ini ialah – Dato’
Shahiruddin Ab. Moin (BN – Dong).
Bagaimanapun,
‘portfolio’ mereka belum ditentukan yang hanya akan diputuskan, menurut Dato’
Sri DiRaja Adnan, pada Mesyuarat Khas MMK pagi Isnin, 20 Mei di Kompleks Yayasan
Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
“Mungkin saya
sendiri yang akan ‘handle’. Mungkin saya jadi Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal
Orang Asli, dan juga, saya mungkin jadi Pengerusi, Jawatankuasa Khas Perpaduan
Negeri.
“Kenapa MB sendiri?
Maknanya, (Jawatankuasa Khas Perpaduan Negeri) itu penting,” katanya yang
juga Pengerusi BN Negeri serta Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri.
AHLI EXCO PALING KANAN... KDYMM Sultan Pahang sedang mengurniakan suratcara berkenaan kepada Dato' Mohd Sharkar yang mendahului sembilan (9) yang lain sempena majlis pagi Khamis itu.
DUA (2) PERATUS
CINA YANG UNDI BN NAK JAGA JUGA
Sebelum
ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan sudah membayangkan penubuhan Jawatankuasa tersebut berikutan
ketetapan MCA – parti komponen BN, tidak mahu mana-mana ahlinya dilantik ke
dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan, mahupun Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri
jika parti itu tidak menunjukkan prestasi baik pada Pilihanraya Umum ke-13
(PRU-13).
Sepertimana
peringkat Parlimen, prestasi MCA di peringkat negeri Pahang ini juga jelas merudum
apabila; daripada lapan (8) kerusi yang ia tandingi di Semambu, Teruntum, Ketari,
Bilut, Tras, Mentakab, Damak dan Ceka; cuma dua (2) kerusi terakhir dimenanginya.
Berikutan
itu, timbul kebimbangan betapa hal-hal melibatkan kaum Cina tidak akan
diambil-peduli oleh Kerajaan Negeri menerusi MMKnya, sekaligus dibimbangi boleh
merencatkan lagi perhubungan seterusnya perpaduan kaum di negeri ini.
“Saya nak
nyatakan, Kerajaan, apabila kita umumkan Jawatankuasa Exco (MMK) esok, kita
akan umumkan juga Jawatanluasa Khas yang dibentuk untuk memberi perhatian
kepada orang Cina.
“Biar hampir 98 peratus
(kaum Cina) tak mengundi Barisan (menerusi calon BN dari parti MCA), tak
mengapa. Ini demokrasi. Tapi, kurang-kurang, dua (2) peratus ni (yang mengundi BN),
nak jaga juga,”
tegasnya.
MUKA BAHARU... KDYMM Sultan Pahang sedang menitah-tanyakan sesuatu kepada mjuka baharu - Syed Ibrahim (kiri sekali). Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra, ialah juga bekas Pegawai Khas kepada MB sebelum beliau dipilih dan menang pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dan sekali lagi menang di kawasan yang sama pada PRU-13.
NO MORE TIME TO
REST ON OUR LAURELS
Menjawab
soalan wartawan tentang apa-apa pesanan yang hendak diberikan kepada ahli MMK
yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada hari ini katanya, beliau akan
memberikannya pada Mesyuarat Khas MMK pagi Isnin tersebut.
“Saya akan buat Mesyuarat
Khas Exco (MMK) pada hari Isnin. Hari itu, saya akan berikan nasihat – Kita perlu
bergerak dengan mengambil kira keadaan persekitaran dan kita tengok perubahan
yang begitu mendadak dalam dunia sekarang ini.
“Kita tak boleh
lagi main-main sebab, dalam keadaan sekarang ni – propaganda, persepsi, cerita
bohong; orang (kebanyakan rakyat) percaya, kita kena cari jalan macam mana
mengatasi(nya),”
katanya.
“It’s going to be
a tough job, not so easy. Going to be tough. So,” katanya dan menambah,
“… tak ada lagi dah duduk-duduk. All these
while, we have not been warming the chair but I’m just re-emphasising;
“No more time to
rest on our laurels. We got to work very, very hard and we must serve the
people. And like the Prime Minister always said, we must be inclusive. Meaning
to say, whether the people voted for Barisan Nasional or not, they will not be
sidelined.
'A ROSE AMONG THE THORNS'... Satu-satunya calon wanita yang dilantik sebagai ahli MMK. Ini merupakan penggal kedua Dato' Shahaniza - yang juga bekas Ketua Penerangan, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia; sebagai wakil rakyat, kali ini terus dilantik ke jawatan yang lebih berat tanggungjawabnya ini.
TITAH TUANKU
PELIHARA PERPADUAN
“We will go by
priority. If for example that (a particular) constituency or that place happened
to have voted for the opposition and they have water problem which the
government can overcome, (then) the government will (try to) overcome,” katanya lagi.
Sementara
itu, Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ahli MMK
Negeri bermula kira-kira 11.05 pagi dengan keberangkatan masuk KDYMM Sultan
Pahang ke Balai Menghadap di sini.
Sebaik-baik
Baginda bersemayam, nama pertama dipanggil ialah Dato’ Mohd Sharkar, disusuli
dengan yang lain. Setiap seorang dikurniakan oleh Baginda, Suratcara berkenaan;
dibaca kemudian ditandatangani dengan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan
Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail bertindak sebagai saksi.
KDYMM
Sultan Pahang seterusnya berkenaan menyampaikan titah ucapan kira-kira 10-minitnya,
yang antara lain mengingatkan rakyat tentang pentingnya mereka untuk sentiasa
memelihara perpaduan antara kaum.
Bagi
memberkati majlis, Mufti Negeri, Sahibus Samahah, Dato’ Abdul Rahman Osman
telah membacakan doa, sebelum majlis berakhir pada kira-kira 12.25 tengah hari
yang disusuli dengan santapan/jamuan tengah hari. – Khabar