… sambil terus
konsisten dan menegaskan betapa, “Bukan saya tak menyokong Dato’ Sri Najib, Tan
Sri Muhyiddin”.
Ini ekoran
kenyataan beliau pada Sabtu, 8 Jun lepas mengenai perkara yang sama, telah
sengaja disalah-tafsirkan hingga dikatakan memberi tanggapan negatif terhadapnya.
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, PEKAN – Sambil mengakui kenyataannya mengenai
pucuk kepimpinan UMNO pada 8 Jun - atau dua Sabtu yang lepas, telah sengaja disalah-tafsirkan, Dato’
Sri DiRaja Adnan Yaakob terus tegas dan konsisten betapa;
“Saya hanya
menyatakan; Janganlah kita sibukkan sangat soal bertanding, tak bertanding ni. Kita
parti demokratik, itu saja. Bukan saya tak menyokong Dato’ Sri Najib, Tan Sri
Muhyiddin.
“Sebenarnya ‘emphasis’
saya pada masa itu ialah, jangan kita sibuk sangat soal bertanding, tak
bertanding ini. Kita baharu lepas pilihanraya. Walaupun UMNO menambah kerusi (daripada)
79 (pada pilihanraya umum 2008) sampai 88, tapi kerusi kita Dewan Rakyat 133
sahaja.
“Maknanya, penekanan
saya ialah, jangan kita sibuk soal bertanding, tak bertanding,” katanya pada
persidangan media sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri pagi Sabtu, 22
Jun di sini.
Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Negeri, ditanya tentang kemungkinan kenyataannya pada 8
Jun telah disalah-tafsirkan hingga memberi gambaran negatif terhadapnya.
‘TAKKAN ORANG DI
PAHANG TAK NAK DATO’ SRI NAJIB JADI PRESIDEN’
“Takkan orang di
Pahang tak nak Dato’ Sri Najib jadi Presiden… tak nak Tan Sri Muhyiddin jadi
Timbalan Presiden… Tak munasabah. Tapi ‘emphasis’ saya itu ialah, jangan kita
sibuk menunjukkan seolah-olah kita tak demokratik. Itu saja,” tegasnya.
Beliau
seterusnya menyoal balik mengenai siapa-siapakah yang difikirkan layak untuk
menduduki kedua-dua kerusi tertinggi dalam parti UMNO itu jika tidak Dato’ Sri
Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin.
“Kita tetap menyokong Dato’ Sri Najib dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cuba, cuba sebut siapa yang boleh jadi Presiden, Timbalan Presiden. Cuba sebut.
“Buat masa ini,
tak ada yang boleh jadi Presiden UMNO melainkan Dato’ Sri Najib Tun Razak, dan
juga menjadi Timbalan Presiden UMNO melainkan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ulang-tegasnya
lagi.
Dato’
Sri DiRaja Adnan menambah kata, tumpuan sekarang seharusnya dijuruskan kepada usaha
untuk mengkaji tentang sebab-sebab rakyat tidak begitu memberikan sokongan
mereka kepada Barisan Nasional (BN).
‘TARSALAH BACA
HATI ORANG’
Di
Pahang sendiri katanya, UMNO bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang
28 daripadanya. “Yang dua tu, kita nak
tawan, tak boleh tawan – Beserah dengan Semantan. Yang ‘substantive’ kita
kalah, Tanjung Lumpur. Yang lain, kita (UMNO) menang.
“Tapi tinggal
lagi, kita tak boleh seronoklah. UMNO menang; yang MCA? Lapan bertanding, kalah
enam. Gerakan, bertanding dua kalah dua. MIC, bertanding satu kalah satu.
“Apa maknanya? Jadi,
itu yang kita hendak kaji sekarang ni, kenapa rakyat menolak kita (BN, di
kawasan-kawasan berkenaan)? Itu mustahak,” katanya yang juga Pengerusi BN
Negeri.
Sehingga
kini katanya, beliau telahpun mengumpul ‘400 poin’ yang dilihatnya penyumbang kepada
ketidak-penerimaan pengundi terhadap BN di kawasan-kawasan pilihanraya
berkenaan.
“Antaranya?” tanya seorang
wartawan kanan, lalu Dato’ Sri DiRaja Adnan menjawab, “Kita tak membaca hati orang. Kita tersalah baca hati orang. Orang
bukan suka kita menunjuk-nunjuk, bergaya-gaya, berlagak-lagak.
NAIK 60 SEN PATUT,
SELARAS DENGAN PBT DI NEGERI-NEGERI LAIN
“Pesanan Perdana
Menteri dah khabar awal; jangan berlagak, jangan menunjuk. Tapi kita? Orang
meluat tengok kita… Ha itu dia antara lainnya”.
Beliau
seterusnya memberitahu, beliau akan menemui masing-masing 14 Ketua UMNO
Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda
Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian; secara berasingan minggu depan.
Hanya
selepas pertemuan-pertemuan itu katanya, baharulah beliau akan memanggil dan
mengadakan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang matlamatnya ialah bagi
mengukuhkan lagi parti.
Pada
persidangan media yang sama, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanya mengenai
keputusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menaikkan kadar tiket letak kereta dalam
kawasan pentadbirannya, daripada 45 sen sejam kepada 60 sen sejam, berkuatkuasa
1 Julai.
Kenaikan
ini berpatutan dan pula selaras dengan kadar 60 sen yang sama yang telah
dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di seluruh negara termasuklah
yang dikuasai oleh parti-parti pembangkang selama ini.
DATO’ ABDUL
HAMID IALAH TOKOH GURU PAHANG 2013
Dan
pula, adalah difahamkan bahawa, kadar 45 sen yang rendah malah paling rendah
dalam kalangan PBT-PBT di seluruh negara, telah tidak dinaikkan sejak kira-kira
tujuh tahun lepas lagi.
“Memanglah,
kalau kita tak naik langsungpun tak boleh juga. Perlu juga naik,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
“Menaikkan kadar
ini perlu untuk kita (MPK) buat belanja pengurusan sebagainya. Tinggal lagi
yang mustahaknya ialah, masa. Sebelum pilihanraya, kalau kita naikkan, kita
(akan) kalah pula pilihanraya.
“Sekarang ni,
kita tak naik(pun), kita ‘kalah’ juga. Baiklah kita naikkan. Tapi, kenaikan itu
bukan tidak berpatutan… Bukan soal pendapatan untuk MPK sangat. Tapi, masalah kesesakan
lalulintas, itu yang mustahak,” katanya.
Sempena
Sambutan Hari Guru peringkat negeri itu, Dato’ Abdul Hamid Mohd Shah telah
dinamakan sebagai Tokoh Guru Pahang 2013 dan disampaikan hadiah oleh Dato’ Sri
DiRaja Adnan kepadanya.
Isteri
kepada Dato’ Sri DiRaja Adnan – Datin Sri DiRaja Junaini Kassim yang juga
seorang guru, mengiringi suaminya ke sambutan ini. Antara yang turut hadir
ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun; Pegawai Daerah Pekan,
Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali; wakil rakyat, Dato’ Sheikh Mohd Fauzi Sheikh Ali
(BN – Peramu Jaya); serta, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Rosdi
Ismail. – Khabar