Saturday, 31 August 2013

Go to hell!


… ungkapan terbaik yang boleh ditujukan kepada para pencemuh filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba

'TUN ABDUL RAZAK'... Lakonan Rushdi Ramli yang berkesan sebagai Perdana Menteri kedua negara, benar-benar menjadi. 


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN‘Go to hell’ – inilah ungkapan terbaik yang boleh ditujukan kepada para pencemuh filem Tanda Putera arahan pengarah yang juga penerbit, Persona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Ungkapan ini adalah meminjam kata-kata yang sama oleh ‘Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj’ dalam filem itu, sebagai reaksi kepada soalan bersifat sindiran oleh warwatan asing mengenai demokrasi di negara ini, ekoran pengisytiharaan darurat akibat peristiwa 13 Mei 1969.

“Do you mean to say that democracy is dead in this country?” demikianlah lebih-kurang tanya-sindir wartawan asing berkenaan terhadap ‘Tunku’, yang ketika itu sudahpun melepasi beberapa langkah daripada sekelompok kecil wartawan termasuk wartawan asing berkenaan.

Lalu, ‘Tunku’ yang juga Perdana Menteri ketika itu, kelihatan segera memalingkan muka dan hamburkan kata-kata penuh menyengat – ‘Go to hell!’ ke arah wartawan asing berkenaan.

“Ambik kau,” itulah reaksi penulis ketika tiba ke babak ini, semasa menonton filem selama kira-kira 110-minit itu bersama-saam keluarga pada Hari Merdeka, petang Sabtu, 31 Ogos di sebuah panggung wayang di kompleks membeli-belah (yang kini sudah menjadi milik sebuah GLC negara jiran di selatan tanahair) di bandar Kuantan ini.

‘INFILTRATION OF COMMUNISM’

Sepertimana wajarnya wartawan asing berkenaan dihamburkan kara-kata kesat tersebut, begitulah juga yang boleh kita katakan kepada para pencemuh filem tersebut, termasuklah terhadap sebuah Kerajaan Negeri pimpinan parti politik yang kerapkali ‘flip-flop’ hinggakan dalam soal penayangan filem ini di negeri itupun begitulah juga. Sekejap larang, kemudian ‘advisory’ pula.

(Dan penulis faham sangatlah kenapa kepimpinan Kerajaan Negeri itu begitu benci terhadap filem tersebut yang tanpa berselindung, memaparkan logo parti berkenaan sebagai latar-belakang kepada beberapa siri rusuhan tanda kebencian terhadap kaum Melayu).

Sedangkan, jika kita hendak bersifat terbuka dan rasional, filem ini ialah mengenai patriotisme tinggi kepimpinan negara – khususnya ‘Tun Abul Razak’ dan ‘Tun Dr Ismail’ terhadap negara mereka.

Dan betapa, ‘infiltration of communism’ dalam masyarakat Cina termasuklah dalam parti-parti politik berkenaan, merupakan gejala yang menyumbang kepada segala kekelam-kabutan, hingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei tersebut.

Maka atas ‘premis’ itu – dan beliau sendiri telah melakukan pelbagai penyelidikan, termasuk menemubual pihak-pihak yang ‘authoritative’ mengenai fakta serta sejarah yang telah berlaku; apakah Datin Paduka Shuhami di pihak yang salah? – Khabar