Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Umat Islam di negeri dan negara ini akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada
esok, Khamis, 8 Ogos bersamaa 1 Syawal 1434 Hijrah.
Ini
sepertimana diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Dato’ Sri Syed
Danial Syed Ahmad pada siaran menerusi Radio dan Telivisyen Malaysia (RTM) malam
ini.
“Bagi
menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya
mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia
ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013," katanya.
Sepertimana
kelaziman, Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob
akan diadakan pada hari esok juga, 8 Ogos, bermula 10 pagi dan berakhir 3
petang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.
Sebelum
itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan dijangka turut mengiringi KDYMM Sultan Pahang bagi
menyempurnakan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
juga.
TAKBIR RAYA DI SURAU AL-MUHAJIRIN... Foto ini dirakam semasa Imam, Encik Nasharuddin Mohd Salim yang juga bekas Setiausaha, Dewan Undangan Negeri (DUN) memimpin takbir Hari Raya sesudah selesai mengimamkan solat Isyak pada malam Rabu, 7 Ogos di Surau Al-Muhajirin, di sini. – Khabar