… termasuk lulus
enam resolusi, antaranya usaha wujudkan pelan induk bagi memperkasakan gerakan dakwah
Islamiah di Pahang
MENERIMA RESOLUSI 6-PERKARA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menerima resolusi enam perkara berkenaan daripada Prof Madya Dr Asyraf, sambil yang lain menyaksikan iaitu (dari kiri ke kanan) Dato' Abdul Rahman; Sahibus Samahah Dato' Abdul Rahman; dan, Dato' Ahmad Munawar.
NOTA
EDITOR;
Esok,
Khamis, 24 Oktober, akan berlangsunglah persidangan proses Semakan Berkala
Sejagat atau ‘Universal Periodic Review’ (UPR) mengenai hak asasi manusia di
Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
atau Human Rights Council, United Nation (UNHRC) di Geneva, Switzerland.
Beberapa
pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia telah menubuhkan apa yang dikenali
sebagai ‘the Coalition of Malaysian NGOs’ in the UPR Process (COMANGO), khusus
untuk mengemukakan beberapa tuntutan terhadap Kerajaan Negara ini, terutamanya
dalam soal kebebasan beragama dan hak asasi manusia, pada persidangan tersebut.
Sebelum
itu, pada 11 Julai lepas, ada dilaporkan betapa mereka telah mengadakan
taklimat mengenainya yang dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti
pembangkang dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO antaranya daripada Majlis Peguam
dan NGO yang dikenali sebagai Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI)
yang dikatakan memperjuangkan gejala Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).
Bertentangan
dengan COMANGO ialah gabungan NGO Melayu-Islam yang dikatakan peka dengan
implikasi dan kesan serius daripada persidangan tersebut lalu menubuhkan Muslim-Unviersal
Periodic Review Organisation (Muslim-UPRo) bagi menyanggah desakan COMANGO.
Dan
kini, 17 orang wakil Muslim-UPRo sudah berada di Geneva untuk maskud tersebut.
Maka, persidangan media oleh Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkaitan
hal yang sama pada tengah hari Rabu, 23 Oktober di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan; adalah bertepatan dengan
masanya.
Berikut
disiarkan secara ‘verbatim’, apa yang telah diluahkan oleh Dato’ Sri DiRaja
Adnan pada persidangan media yang turut dihadiri oleh kesemua anggota Exco
Kerajaan Negeri, serta, Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dato’ Abdul Rahman Osman;
Ketua Hakim Syarie, Dato’ Abdul Rahman Yunus; dan, Pengerusi, Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (YADIM), Prof Madya Dr Asyraf Dasuki.
Yang
lain ialah Pengurus Besar, Yayasan Pahang, Dato’ Saariah Saad; Ahli Lembaga Pengelola,
Yayasan Pahang, Dato’ Ahmad Munawar Abdul Jalil; serta, Presiden, Gabungan
Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Wan Emril Wan Embong.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – “Pada
hari ini, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif selaku Pengerusi, Jawatankuasa
Hal Ehwal Ugama Islam Negeri, kita akan menghadap dan memaklumkan ke sisi KDYMM
Sultan Pahang
“… tentang
tuntutan yang dibuat oleh gabungan NGO Malaysia (COMANGO) yang dalam usaha
mereka untuk mewujudkan apa yang disebutkan soal; saya sentuh satu aspek sahaja
– liberalisme di Malaysia ini, yang kita dapati tidak sesuai dengan masyarakat
kita terutamanya masyarakat Islam.
“Beberapa pihak telah mengadakan perbincangan, saya pengerusikan sekejap tadi dan kemudian Dato’ Mufti, Dato’ Ketua Hakim Syar’ie, kemudian kita juga jemput Prof Madya Dr Asyraf Dasuki, untuk bersama-sama membincangkan tentang ancaman yang akan kita hadapi jika gerakan COMANGO dibiarkan berleluasa.
“Mereka telah ke
peringkat antarabangsa iaitu ke peringkat semasa Semakan Berpenggal Sejagat
yang dibuat iaitu Universal Periodic Review. Ini dilakukan oleh Human Rights Council
(HRC) ataupun Majlis Hak Asasi Manusia, United Nations yang berpangkalan di
Geneva, yang dibuat empat tahun sekali.
“Dipendekkan cerita
seolah-olah COMANGO ini ingin melaporkan, ingin buat ‘report’ kepada HRC ini,
atau Majlis Hak Asasi Manusia ini, bahawa keadaan di Malaysia ini menindas
kebebasan termasuk juga kebebasan berugama.
KESERIUSANNYA... Wajah serius yang diperlihatkannya pada persidangan media tengah hari Rabu itu, adalah selari dengan seriusnya isu yang umat Islam negara ini hadapi dalam mendepani NGO-NGO sepertimana COMANGO.
COMANGO ANGGAP
MALAYSIA TINDAS HAK ASASI, BEBAS BERUGAMA
“Kita telah ada
juga wujudkan sebuah gabungan, pertubuhan dan kita telahpun hantar wakil ke
Geneva dan mereka telahpun berada di sana sekarang; untuk memberikan hujah-hujah
mempertahankan keadaan di Malaysia.
“COMANGO memberi
anggapan seolah-olahnya Malaysia ini menindas hak asasi manusia, menindas
kebebasan berugama kemudian mereka cuba menggalakkan perkara-perkara liberal
yang bertentangan dengan ugama.
“Saya tidak mahu
mengulas lanjut tetapi antara perkara lainnya ialah soal seperti LGBT, kemudian
itu soal perkembangan syiah di Malaysia, contohnya.
“Dan kita agak
dukacita kerana dalam COMANGO juga, pertubuhan yang dianggotai oleh
cerdik-pandai Islam tapi cerdik pandai mereka itu hanya pada peringkat tertentu,
bukannya soal Islam.
“Mereka
memperjuangkan hak asasi dan tak cukup dengan itu, membuat tohmahan, melaporkan
seolah-olah kita di Malaysia ini menindas hak asasi dan juga menindas kebebasan
berugama.
AKAN SEMBAH
MAKLUM KE SISI KDYMM SULTAN PAHANG
“Atas kesedaran
itulah kita pagi tadi, ada sikit perbincangan di kalangan cerdik-pandai kita
dan mengambil keputusan kita akan menyembah maklum ke sisi KDYMM Tuanku Sultan
Pahang selaku Ketua Ugama, tentang keadaan yang boleh mengancam, boleh
mengancam kesucian ugama Islam dan mengancam akidah umat Islam di Malaysia
termasuk di Pahang.
“Saya akan
sembah-maklum ke sisi Tuanku Sultan dan pada ketika yang sama, kita juga
meluluskan resolusi untuk kita kemukakan kepada YAB Perdana Menteri supaya Kerajaan
Malaysia mengambil pertimbangan, mengambil kira bahawa, bukan sahaja COMANGO yang
boleh bersuara.
“Ada banyak lagi
di sana, NGO-NGO Islam yang merangkumi berbagai-bagai fahaman politik tetapi
semata-mata untuk mempertahankan kesucian ugama Islam; ada bersama-sama untuk
menentang gerakan COMANGO ini.
“Kita berharap,
janganlah sampai keadaan di Malaysia ini menjadi kucar-kacir, bukan sahaja
pertelingkahan antara Islam dan bukan Islam, tetapi besok, pertelingkahan
antara mazhab pula. Yang ini yang kita hendak elakkan.
“Kita telah
luluskan resolusi hasil perbincangan ini dan kita akan sembah-maklum ke sisi
Tuanku (Sultan) dan juga KDYTM Tengku Mahkota, dan resolusi ini ada enam;
JANGAN PERTIKAI
ASPEK ‘FUNDAMENTAL’
“Pertamanya,
kita memandang serius dan kita kecewa dengan sikap dan pendirian COMANGO yang
cuba mempertikaikan perkara yang menyentuh aspek ‘fundamental’ negara yang
telah dimaktub dalam Perlembagaan.
“Keduanya,
kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang memperuntukkan Perkara 3 (1)
dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah ugama rasmi dan ugama lain boleh
diamalkan dengan bebas; tidak perlu dipertikaikan.
“Ketiga,
Kerajaan Negeri Pahang mengambil pendirian menyokong lapan resolusi yang
dikemukakan oleh Muslim-UPRo – ini pertubuhan yang akan menyanggah COMANGO.
“Kita menyokong
lapan resolusi yang dikemukakan oleh Muslim-UPRo ini yang merupakan gabungan mewakili
NGO-NGO Islam yang juga membuat representasi ke Semakan Berpenggal Sejagat, Universal
Periodic Review yang sedang diadakan di Geneva, Switzerland.
“Yang keempat,
kita minta supaya sokongan terhadap Muslim-UPRo ini untuk kita menangkis hujah
COMANGO, diberi sokongan oleh semua pihak di seluruh negara.
KOMITED UNTUK
GEMBLING TENAGA ULAMA, CENDEKIAWAN, NGO ISLAM
“Kelimanya,
Kerajaan Negeri komited untuk menyelaraskan dan menggembling tenaga para ulama,
cendekiawan dan NGO-NGO Islam yang bersama-sama menyokong untuk kita meratakan
kefahaman kepada rakyat akan ancaman puak-puak seperti COMANGO ini.
“Dan yang keenamnya,
bagi merealisasikan hasrat di atas, kita akan merangka satu pelan induk. Apa
yang akan kita namakan nanti, kita akan mohon perkenan KDYMM Tuanku Sultan dulu
dan juga Tuanku Tengku Mahkota;