… kini sedang
berehat, dijangka kembali bertugas minggu depan
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob kini sudah pulih daripada
serangan jangkitan kuman, sedang berehat dan dijangka kembali bertugas pada
minggu depan.
“Alhamdulillah,” katanya, “… saya telah dikeluarkan dari ICU dan
dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih
seperti sediakala.
“Pihak hospital
bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk
terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti
biasa mulai minggu hadapan”.
Perkara
ini dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada kira-kira 3.20 petang,
Selasa, 12 November, yang dikirimkan kepada media-massa termasuk media cetak
utama dan tabloid, serta media baharu seperti blog, portal berita serta juga ‘facebook’
dan ‘twitter’.
Kenyataan
ini dilihat bertepatan ekoran spekulasi liar yang mula tersebar khususnya dalam
laman-laman blog, portal berita, ‘facebook’ dan ‘twitter’, mengenai kesihatan
pemimpin nombor 1 negeri kita ini.
PUJI SIKAP
BERTANGGUNGJAWAB MEDIA ARUS PERDANA
Ini
berbeza sama sekali dengan sikap yang lebih bertanggungjawab yang diambil oleh media
arus perdana, yang sungguhpun mengetahui tetapi tetap setia menunggu tanpa
menyiarkan apa-apa tentangnya sehinggalah kenyataan rasmi dan sahih mengenainya
dikeluarkan sepertimana hari ini.
Berikut
ialah kenyataan penuh beliau;
“Saya telah
dimasukkan ke ICU, Prince Court Medical Centre, KL (milik penuh PETRONAS) pada
petang 4 November yang lalu kerana disyaki diserang jangkitan kuman sama ada Leptospirosis
atau Melioidosis.
“Serangan bermula
semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang
lalu.
“Alhamdulillah,
saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November
yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.
“Pihak hospital
bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk
terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti
biasa mulai minggu hadapan.
“KDYMM Tuanku
Sultan dan YAB Perdana Menteri sedia maklum tentang hal ini. Terima kasih.”. – Khabar