… saranan
bersemangat Menteri Besar kepada para pemain bolasepak Pahang yang bakal hadapi
Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Menteri Besar juga
isytihar cuti peristiwa pada Isnin, 4 November bagi bolehkan penyokong tidak
tergocoh-gocoh pulang selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, Selangor pada
malam Ahad, 3 November itu.
Kesemua pemain - termasuk pemain-pemain import, Mathias Conti dan Damien Stewart, kelihatan bersemangat bersama-sama ketua eksekutif negeri kita.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menangkan Piala Malaysia sebagai
hadiah kepada Keluarga DiRaja Pahang, saranan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob kepada pemain-pemain bolasepak negeri yang bakal menghadapi
Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad, 3 November ini.
“Kurang-kurangnya
kita (para pemain) menyembahkan (Piala Malaysia sebagai) hadiah kepada Keluarga
DiRaja,”
kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Menteri
Besar dengan pemain/pegawai/penyokong pasukan Pahang petang Jumaat, 1 November
di sini.
Menurutnya,
saranannya itu demikian sementelah Keluarga DiRaja khususnya KDYMM Sultan
Pahang, serta anakanda-anakanda – KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan YAM Tengku
Muda Pahang, telah banyak mengorbankan wang ringgit sendiri demi pembangunan
dan kebaikan pasukan bolasepak negeri ini.
Menjangkakan
satu perlawanan yang sengit, dengan margin kemenangan cuma satu-dua gol, beliau
turut menyebutkan tentang insentif yang akan diberikan kepada pasukan negeri –
daripada pemain, pegawai hinggalah kepada ‘tukang angkat air’ sekalipun, jika
Pahang mengungguli Piala Malaysia tersebut.
“Seperti yang
saya katakan dalam ucapan tadi, insyaAllah, kalau Pahang mengungguli atau
menjuarai Piala Malaysia ini, kita akan timbangkan sesuatu untuk ahli-ahli
pasukan Pahang – bukan setakat pemain kesebelasan yang pertama, tetapi juga
pemain-pemain simpanan, pegawai-pegawai yang lain.
INSENTIF JIKA
UNGGULI PIALA MALAYSIA
“Kita akan beri
satu-satu bentuk ingatan kepada mereka,” katanya, yang apabila ditanya lagi
butirannya, Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, “Itu kita tengah fikir. Kalau dah kita sebut sekarang ini, bukanlah
insentif lagi”.
Ketika
diminta mengulas lanjut pengumumannya mengenai cuti peristiwa pada Isnin, 4
November dalam ucapan luar teks 15-minitnya sebelum itu katanya, ia ekoran
perbincangan serta atas pertimbangan tertentu.
“Kita telah
ambil kira semua termasuk semangat penyokong-penyokong, semangat rakyat negeri
Pahang dan yang lebih penting ,untuk kita membolehkan penyokong-penyokong yang
pergi menonton di Stadium Shah Alam dapat merancang perjalanan dengan baik,
supaya mereka tidak tergocoh-gocoh, terburu-buru balik pada malam yang sama.
“Mungkin mereka
boleh bermalam di Shah Alam, di Kuala Lumpur dan pada hari keesokannya, hari
Isnin, mereka boleh beransur-ansur untuk balik ke destinasi masing-masing,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut ditanyakan tentang kesan limpahan ekonomi kepada rakyat
khususnya golongan penggerai dan peniaga, ekoran meningkatnya minat orangramai
terhadap pasukan negeri yang menunjukkan peningkatan mutu dengan kerap
memenangi perlawanan yang berlangsung khususnya di Stadium Darul Makmur, dekat
sini.
Selayaknya jersi ini diserahkan kepada Dato' Sri DiRaja Adnan kerana, beliau juga hingga kini, masih seorang pemain bolasepak yang baik termasuk dalam permainan futsal yang menurutnya, semasa 'zamannya dahulu', lebih gemar 'goreng' atau mengelecek bola daripada amalan main sekarang yang lebih tumpukan pada soal-soal tektikal dan teknikal.
PRIHATIN YAM
TENGKU MUDA KEPADA PENGGERAI, PENIAGA TEMPATAN
“Itu kita tak dapat
nafikan. Setiap kali ada pertandingan, kita lihat contohnya di Stadium Darul
Makmur, maka banyak kesan limpahan yang dapat dinikmati oleh ramai orang – peniaga-peniaga
makanan, gerai-gerai, selain daripada itu t-shirt, selepang, ‘muffler’ dapat
dijual.
“Saya difahamkan
oleh YAM Tengku Muda Pahang, walaupun ada syarikat yang cuba membuat cadangan
untuk membekalkan barang-barang ini tapi ini telah ditolak sebab YAM Tengku
Muda memikirkan, biarlah penggerai-penggerai, peniaga-peniaga yang lain (yang
seduia ada) membuat aktiviti-aktiviti ini dan dapat mereka mencari
sikit-sebanyak peluang (ekonomia),” katanya lagi.
Selain
para pemain, antara yang turut hadir pada Majlis Ramah Mesar petang Jumaat itu
ialah Pengerusi, Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Johari Husin; ahli
Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif;
Selain Dato' Johari dan Encik Zainal, yang turut hadir dan kelihatan dalam foto ini ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato' Shafik Fauzan. - Khabar