“Tapi
kadang-kadang, al-maklum sahajalah, pembalak-pembalak, kontraktor-kontraktor (pembalakan)
ini, kebanyakan ingin memaksimakan keuntungan maka mereka tidak mematuhi (undang-undang
dan) peraturan.
“Kita
kuatkuasakan dari masa ke semasa tetapi biasalah, mereka yang melanggar
undang-undang (dan peraturan) ini terlampau ramai daripada mereka yang
menguatkuasakan undang-undang,” kata Menteri Besar.
MESRANYA... Sepertimana KDYMM Sultan Pahang, paduka isteri Baginda, DYMM Sultanah Pahang juga seorang yang mudah mesra dengan rakyat-jelata termasuk golongan kanak-kanak seperti terpancar dalam foto yang dirakam pada program tengah hari Sabtu, 18 Januari ini.
Sementara DYMM Sultanah turut mengurniakan sumbangan termasuk kepada murid perempuan ini, Baginda sempat beramah-mesra dengannya.
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SERI PELANGAI, SIMPANG PELANGAI, BENTONG – Gejala
pembalak yang mahu memaksimumkan keuntungan ialah pendorong kepada pelanggaran
undang-undang dan peraturan mengenai kerja-kerja pembalakan lestari, hingga menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar.
Inilah
‘sequel’ yang Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja beri dalam ucapan 15-minitnya pada
program pagi Sabtu, 18 Januari di sini, sebagai menjelaskan tentang kaitan
antara sikap buruk sesetengah pembalak dengan pencemaran alam sekitar di negeri
ini
Berucap
pada Karnival Pencinta Alam Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat anjuran ‘Sultan
Ahmad Shah Environment Trust’ (SASET) yang disempurnakan oleh DYMM Sultanah
Pahang mewakili KDYMM Sultan Pahang katanya, negara mempunyai sebuah
kementerian khusus – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk menjagai
alam sekitar.
Selain
itu, Kerajaan menggubal undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah
tertentu yang wajib dipatuhi agar apa-apa kerja yang dilakukan berkaitan hutan
termasuk pembalakan, tidak mencemarkan.
“… hutan perlu
juga ditebang kerana pokok-pokok yang tua jika tidak ditebang akan mati dan
akan melindungi pokok-pokok lain dari cahaya matahari (lalu merencatkan
pertumbuhan). Kaedah penebangan dan juga bagaimana caranya, had tebangannya,
telahpun ditentukan.
PENGURNIAAN SUMBANGAN... DYMM Sultanah Pahang sedang mengurniakan sumbangan sambil Dato' Sri DiRaja Adnan dan Datin Sri DiRaja Junaini menyaksikan.
HUTAN SEBAGAI
PUNCA AIR
“Tapi
kadang-kadang, al-maklum sahajalah, pembalak-pembalak, kontraktor-kontraktor (pembalakan)
ini, kebanyakan ingin memaksimakan keuntungan maka mereka tidak mematuhi (undang-undang
dan) peraturan.
“Kita
kuatkuasakan dari masa ke semasa tetapi biasalah, mereka yang melanggar
undang-undang (dan peraturan) ini terlampau ramai daripada mereka yang
menguatkusakan undang-undang,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Sedangkan,
hutan khususnya di kawasan-kawasan tadahan air katanya, merupakan punca kepada
aliran sungai-sungai yang ada yang menjadi pembekal kepada keperluan air untuk manusia.
Yang
dalam pada itupun, sungai juga perlu dipelihara dengan tidak mencemarinya
dengan buangan sampah-sarap hingga menyumbang kepada kejadian banjir lalu mengancam
kehidupan manusia, katanya.
Sehubungan
itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan meminta agar tabiat menjagai alam sekitar termasuk
memelihara hutan, sungai dan persekitaran kita, dimulakan di rumah dan di sekolah.
LAGI SUMBANGAN DIKURNIAKAN, KEPADA YANG MEMERLUKAN...
DIDIKAN JAGA
ALAM SEKITAR SEMASA DI SEKOLAH
“Saya masih
ingat lagi semasa bersekolah rendah dahulu di Sekolah Rendah Sulaiman, Sulaiman
Primary School, kemudian Sulaiman Secondary School; kita memang diajar untuk
tidak mencampak sampah merata-rata.
“Bahkan, kalau
kita lihat bungkus coklat, kertas – walaupun bukan kita membuatnya (berselerak)
tapi kita diminta untuk membawa (membersihkannya). Dan setiap orang diminta
membawa plastik kecil untuk disumbatkan sampah-sarap yang dijumpai. Begitulah
latihan yang diberikan pada masa itu.
“Tapi sayang sekali
keadaan masyarakat kita (hari ini), kalau kita pergi ke sungai-sungai, kalau
kita pergi ke tempat perkelahan; maka yang banyak dapat kita lihat bukanlah
tumbuh-tumbuhan yang segar tetapi sampah-sarap terutama sekali plastik,” katanya lagi.
Beliau
kemudian menceritakan bagaimana DYMM Sultanah Pahang sendiri perlu menitahkan
pegawal-pengawal keselamatan yang mengiringi Baginda semasa beriadah
mengeliling sebuah taman pinggiran laut di Kuantan, supaya berbekalkan plastik sampah
untuk mengutip sampah-sarap sambil melakukan aktiviti sukan di sana.
“Tuanku terpaksa
menitahkan pengawal keselamatan untuk membawa plastik sampah, plastik hitam
kerana, di sepanjang pantai itu, sampah-sarap bertaburan terutama plastik,” katanya.
SAMBUTAN MERIAH BUAT DYMM SULTANAH PAHANG...
SUNGGUHPUN MUDA-REMAJA…
“Jadi kalau
boleh, kita mulakanlah dari rumah. Jangan kita menyepahkan sampah-sarap dan
pada ketika yang sama, kita juga boleh mengajar anak kita dan kita juga
berharap guru-guru di sekolah akan menyemaikan semangat cinta kepada alam ini di
sekolah-sekolah,”
katanya lagi.
Mengenai
program tengah hari Sabtu ini, Menteri Besar memuji SASET yang di bawah
kendalian anakanda bongsu KDYMM Sultan Pahang dengan DYMM Sultanah Pahang –
YAM
Tengku Arif Temenggong Pahang, yang telah menganjurkannya.
Sungguhpun
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahad Muadzam masih muda-remaja,
tetapi katanya, YAM Tengku Fahad Muadzam telah menunjukkan kebijaksanaan hingga
lahirlah SASET, yang merupakan idea dan juga ‘brainchild’nya.
“Yang penting
ialah, kempen yang dijalankan oleh SASET ini mestilah juga diambil atau
diterima dan juga diberikan sokongan sepenuhnya oleh pertubuhan-pertubuhan yang
lain, bukan sahaja jabatan-jabatan Kerajaan tetapi juga oleh NGO-NGO yang lain.
“Patik percaya,
jika NGO-NGO yang lain bersama-sama menyokong usaha SASET ini, maka matlamat
utama SASET untuk memlihara alam sekitar, mencintai alam sekitar, insyaAllah,
akan tercapai,”
katanya lagi.
TERSERLAH, KEMESRAAN BAGINDA...
TIMBALAN MENTERI
TURUT HADIR
Selain
isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim; yang turut hadir pada program seharian
ini ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri James Davos
Damit; Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mary Yap; Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Majlis Jemaah Pangkuan Negeri;
Timbalan
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Ali Mohd Nor; Pegawai
Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; Presiden, Kelab Putera 1Malaysia,
Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim; dan, Pengarah Operasi SASET, Dato’ Aida Yusoh. –
Khabar