Monday, 14 April 2014

Usaha perluaskan lagi program 'Empower ECER'



... demi kecemerlangan pelajar, belia luar bandar.

Maran ialah daerah tumpuan seterusnya selepas bermula dengan Bentong, disusuli Cameron Highlands, Temerloh, Raub, Lipis dan Pekan.  

KITA YANG CEMERLANG... Dato' Sri DiRaja Adnan turut berkenan menyertai sesi foto berkumpulan dengan para pelajar cemerlang kita. Yang turut kelihatan ialah (barisan tengah, berbaju biru) Dato' Mohd Fadzli; Prof Dato' Dr Daing Nasir (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); Dato' Jebasingam; Encik Mohammad Fakhruddin; dan, Dato' Dr Mortaza. 


DEWAN ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), GAMBANG, KUANTAN – Ekoran kejayaan melahirkan pelajar dan belia luar bandar yang cemerlang dalam akademik dan kemahiran, program Empower ECER akan diperluaskan bagi meliputi seluruh daerah di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, asalnya program ini yang dikemudi dan dibiayai oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), bermula di Bentong pada tahun 2010.

Ia kemudian diluaskan ke daerah-daerah lain termasuk Pekan, katanya pada persidangan media selepas menyempurnakan Majlis Kecemerlangan Juara Empower ECER Mahkota melibatkan kira-kira 107 pelajar dari sekolah-sekolah dalam daerah Pekan, petang Isnin, 14 April, di sini.

“Saya ingin sebutkan, program Empower ini mulanya di Bentong, tahun 2010. Lepas itu Cameron Highlands, Temerloh, Raub, Lipis, Pekan, di Maran InsyaAllah (ialah tumpuan pelaksanaan program Empower ECER seterusnya).

“Akhirnya-akhirnya, (program Empower ECER ini) meliputilah (semua daerah). Tapi kawasannya tengoklah dulu. Macam Kuantan dan Indera Mahkota dah maju sangat dah… Bukan fasal dia (dikuasai oleh) PKR tahu. Sebab dia dah maju. Tunggulah dulu,” katanya.

HADIAH BUAT ADIK, PELAJAR CEMERLANG KITA... 


LIMA PELAJAR SEKOLAH ORANG ASLI DAPAT 5A

Dato’ Sri DiRaja Adnan ternyata berpuas hati dengan program Empower ECER ini, apatah lagi dengan pencapaian akademik yang baik diperolehi oleh para peserta dalam kalangan pelajar.

Beliau mengambil contoh sekolah luar bandar berhampiran kawasan pertempatan Orang Asli seperti Sekolah Kebangsaan Runchang, yang pertama kali dalam sejarah, lima (5) pelajarnya memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

“Apa maksud ini? Maksudnya… jika ada usaha bersepadu, jika ada komitmen, kesungguhan semua pihak, tidak ada benda yang tidak boleh dicapai melainkan boleh dicapai kecemerlangan.

“(Dengan adanya persepaduan) usaha guru-guru, usaha ibubapa, usaha-usaha pihak penaja; ia akhirnya membuatkan kita mencapai kejayaan,” tegas Menteri Besar lagi merujuk kepada program Juara Empower ECER Mahkota yang diusahakan bersama-sama oleh ECERDC dengan UMP.

Menurutnya, para peserta Empower ECER, sememangnya dipantau perkembangan akademik mereka termasuklah menentukan bilangan mereka yang sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti.

DALAM UCAPAN 'OFF-THE-CUFF' 16-MINITNYA... 


EXPECTING FIREWORKS?

Kepada soalan wartawan akhbar ‘the Star’ sama ada mereka yang telah menerima insentif menerusi program Empower ECER, tidak layak lagi untuk menerima insentif yang kira-kira sama anjuran Yayasan Pahang (YP) katanya, ia tidak begitu.

“In a way, the students enjoy a lot of benefits from many organisations – Yayasan (Pahang), ECERDC, the Education Office. So, the more agencies getting involve (in a particular educational programme), the better for the students,” katanya.

Wartawan yang sama turut bertanya mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang, yang akan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada Isnin, 21 April, sama ada dijangka akan ada ‘bunga api’ (fireworks) pada persidangan 6-hari kali ini.

“No, no… Compared to other states, our Pahang State’s Assembly (sitting) is very mild, very mild (affair). And, one ADUN was suspended because of his behaviour, attitude. He was stubborn for nothing, and he made false remarks, lies.

“So, he has got to be taken action. It is not me who took the action. It’s the Dewan. Otherwise okay…,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan merujuk kepada kejadian penggantungan ke atas seorang wakil rakyat parti pembangkang pada sesi persidangan lepas.   

IBUBAPA, PARA HADIRIN SEKELIAN... Dalam Dewan Astaka yang serba-baharu dan modern ini. 


ALL ISSUES RAISED SHALL BE REPLIED

“In fact, all issues (that are expected to be raised during the upcoming State Assembly) will be answered, will be replied. (Be they) regarding forestry, whatever… All we can answer,” tegasnya.

Yang turut hadir pada Majlis Kecemerlangan Juara Empower ECER Mahkota ini ialah wakil rakyat (BN – Bebar), Encik Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff; Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali;  

Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John; Naib Canselor, UMP, Prof Dato’ Dr Daing Nasir Daing Ibrahim; serta, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UMP, Dato’ Dr Mortaza Mohamed.

Kesemua 107 pelajar yang terlibat pada majlis petang Isnin ini ialah 66 pelajar yang cemerlang dalam UPSR; 29 dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR); serta, 12 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – Khabar