Saturday, 30 August 2014
Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-57... Sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-57 pada Ahad, 31 Ogos. Semoga negara dan negeri kita terus makmur, rakyatnya terus sejahtera, insya-Allah. - Khabar
Monday, 25 August 2014
Insaflah, bersatu-padulah!
… saranan
Menteri Besar kepada kita semua, dalam pada mengenang peristiwa malang yang
menimpa negara serta kehidupan sengsara umat Islam di bumi Arab
MENTERI BESAR YANG JUGA MESRA-KANAK-KANAK... Semuanya kelihatan seronok melihat gelagat Menteri Besar menyampaikan duit Raya kepada kanak-kanak kurang upaya, yang menjadi turut menjadi tetamu pada Majlis Hari Raya Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri pada pagi Isnin ini.
PERKARANGAN,
WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Insaflah! Inilah saranan Menteri Besar Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob kepada kita dalam pada mengenang peristiwa malang yang
menimpa dalam beberapa bulan ini, serta kehidupan sengsara umat Islam di bumi
Arab khususnya Gaza.
Dan
keinsafan itu pula menurutnya, mesti berasaskan kepada kesedaran betapa
semangat perpaduan sesama umat Islam itu penting yang jika tidak, bersedialah
untuk merasai akibatnya.
“Sekadar
mengimbas kembali kejadian yang menimpa negara kita – peristiwa MH 370, MH17
dan berbagai-bagai lagi; kita sepatutnya berasa insaf bagaimana kecilnya kita
ini, kita tidak tahu apa sebenarnya perkara yang berlaku.
“Kalau kita
bandingkan pula dengan negara-negara lain, kalau kita tengok apa yang berlaku
di Palestin, di Gaza, di Syria – sesama Islam berbunuh, dan di beberapa tempat yang
lain; kita sepatutnya berasa insaf,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
“Kalau (umat)
Islam tidak bersatu-padu, inilah akibatnya,” katanya dalam ucapan luar teks
8-minitnya, pada Majlis Hari Raya Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri pagi Isnin, 25 Julai bersamaan 29 Syawal, di sini.
DUIT RAYA UNTUK YANG MEMERLUKAN...
PALESTIN
DIKELILINGI NEGARA-NEGARA ARAB KAYA
Menurut
Dato’ Sri DiRaja Adnan, beliau percaya betapa jika umat Islam bersatu-padu,
tiada sebab kenapa rakyat Palestin boleh tertindas sementelah ia dikelilingi
oleh negara-negara Arab yang kaya-kaya.
Dan
negara-negara kaya ini tentu mampu membeli dan memiliki pelbagai jenis
persenjataan yang boleh membantu negara Arab Palestin dalam memperjuang serta
mempertahankan negara mereka.
“Tetapi, oleh
kerana tidak bersatu maka penduduk Arab Islam Palestin telahpun didera, diseksa
dan dizalimi. Perdana Menteri Israelpun telah menyatakan dengan jelas yang
mereka akan terus menyerang ataupun buat serangan ke atas tempat-tempat awam
termasuklah hospital, masjid.
“Dan mereka akan
membunuh seberapa ramai yang boleh. Ini telah dinyatakan oleh Perdana Menteri (Benjamin)
Netanyahu, dan disaksikan sendiri oleh Hilary Clinton,” katanya.
Dalam
pada itupun kata Menteri Besar, penduduk Islam Palestin itu sendiri yang harus
dipersalahkan kerana asalnya, ‘boleh dikatakan semua tanah di Palestin’ adalah
kepunyaan umat Islam di situ tetapi telah dijual kepada orang Yahudi.
ANTARA HADIRIN PAGI ISNIN...
ISRAEL = TANAH
ORANG ARAB YANG DIJUAL KEPADA YAHUDI
“Dan apabila
pihak British dengan Amerika dan pihak bersekutu selepas pilihanraya kedua pada
tahun 1947, hendak membentuk negara Israel, mereka telah memilih Palestin dan mereka
telah ambil tanah orang Arab yang dijual kepada orang Yahudi itu sebagai tapak negara
Israel,”
katanya.
Beliau
kemudian menempelak seorang pendakwah yang dalam ceramahnya menyebut tentang, “Negara
Israel ini, negara kita (umat Islam), tanah kita (umat Islam). Patut orang
Islam ambil balik. Kalau orang Islam tak nak ambil balik, orang Islam tak tahu
sejarah’.
“Betullah tanah
orang Islam tapi tanah orang Islam (yang) dah dijual kepada orang Yahudi. Ini
kita kena faham. Macam kitalah… hari ini lulus je (permohonan) tanah, esok
jual. Lulus, esok jual,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
“Inilah
bahananya menjual harta-benda. Walaupun kita ada harta benda yang tak boleh
dibangunkan sekarang ini, jangan dijual sekurang-kurangnya untuk kemudahan
anak-cucu.
“Oleh sebab jual
harta-benda, itulah yang berlaku kepada orang Arab Palestin. Ini semua kita
kena ambil iktibar… Sampai masa, kita menyalahkan orang lain,” katanya lagi.
SPEAKER DAN
TIMBALAN TURUT HADIR
Antara
yang turut hadir pada majlis pagi Isnin ini ialah Speaker, Dewan Undangan
Negeri, Dato’ Ishak Mohamad dan timbalannya, Dato’ Mohamad Jaafar; Setiausaha
Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail;
Ketua
Polis Negeri, Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani; Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri I, Dato’ Roslan Harun; Timbalan Setiausaha Kerajaan
Negeri II, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri,
Dato’ Azizan Ahmad; dan, Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad. – Khabar
Friday, 22 August 2014
Pahang turut berkabung
... menyertai jutaan penduduk negara sempena Hari Berkabung Negara, setelah tibanya 20 jenazah rakyat negara ini yang terkorban dek insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur negara Ukraine.
TAFAKUR 1-MINIT DI PERKARANGAN WISMA SRI PAHANG... Inilah suasana murung yang dapat dikesani pada kira-kira 11 pagi Jumaat, 22 Ogos. Menepati keadaan dan masa, Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob mengenakan pakaian kebangsaan serba hitamnya.
DOA BUAT MH17...
'LIFE GOES ON'... Pada lewat petang Jumaat itu pula, Dato' Sri DiRaja Adnan berada di padang awam, Rancangan Tanah Felda Lurah Bilut, Bentong kerana merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, sempena Hari Kebangsaan ke-57 pada akhir bulan ini. - Khabar
TAFAKUR 1-MINIT DI PERKARANGAN WISMA SRI PAHANG... Inilah suasana murung yang dapat dikesani pada kira-kira 11 pagi Jumaat, 22 Ogos. Menepati keadaan dan masa, Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob mengenakan pakaian kebangsaan serba hitamnya.
DOA BUAT MH17...
'LIFE GOES ON'... Pada lewat petang Jumaat itu pula, Dato' Sri DiRaja Adnan berada di padang awam, Rancangan Tanah Felda Lurah Bilut, Bentong kerana merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, sempena Hari Kebangsaan ke-57 pada akhir bulan ini. - Khabar
Tuesday, 19 August 2014
Pentingkan soal akidah
… sepertimana
amalan dahulu hingga menguatkan akidah umat Islam/Melayu di negara ini.
APABILA MENTERI BESAR BERBICARA MENGENAI AKIDAH...
DEWAN UTAMA,
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyebut tentang baiknya nasib umat Islam/Melayu
di negara ini ekoran penegasan soal akidah yang telah diajarkan kepada mereka
sejak dahulu.
“Kita bernasib
baik kerana orang Melayu, orang Islam di negara kita ini, dahulu terutamanya,
mementingkan soal akidah. Itu sebabnya,
apabila kita pergi ke kelas ugama mengaji Quran, salah satu mata pelajaran asas
yang diajar ialah ‘maqa’id’.
“Walaupun orang
tak bersetuju dengan sifat 20 sebagainya, itu soal lain. Tapi sekurang-kurangnya
dalam ‘maqa’id’ ini, kita diajar siapakah Allah sebenarnya,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob.
Beliau
berkata demikian dalam ucapan luar teks 16-minitnya sempena merasmikan Wacana
Antarabangsa Intelek Islam anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Yayasan
Pahang pada petang Selasa, 19 Ogos di sini.
Wacana
ini bertemakan, ‘Aqidah Murni Pusaka Nabi Muhammad SAW: Isu Kecelaruan Aqidah
Umat Islam Kini, Cabaran dan Penyelesaiannya’ yang menampilkan ulama Azhari,
Sheikh Dr Usama El Sayyed Mahmoud Al Azhari dan Sheikh Saed Mahmoud Foudah
selaku pembentang-pembentang kertas kerjanya.
SHEIKH SAED MAHMOUD FOUDAH... Sedang menyampaikan buah fikirannya sambil Dato' Syed Ibrahim memerhatikan.
AKIDAH DICELARUKAN
OLEH BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Menurut
Dato’ Sri DiRaja Adnan, semasa beliau masih bersekolah juga lagi, betapa antara
yang penting diajarkan kepadanya ialah untuk mengenal Allah SWT dengan
mempelajari sifat-sifatNya.
“Saya bukan (bermaksud
hendak) menunjuk saya pandai, bukan ujub, riak, takabbur. Tapi berkongsi
pengalaman. Orang dahulu memang belajar… soal akidah ini memang diutamakan,” tegasnya.
Beliau
seterusnya membandingkan dengan zaman sekarang apabila dikesani, pelbagai fahaman
sudah menular ke dalam masyarakat.
“Saya tidak
ingin menyebut mana-mana pihak tetapi hakikatnya, kita yang mendakwa sebagai
ahli sunnah wal jamaah inipun dicelarukan oleh mereka yang bukan Ahli Sunnah Wal
Jamaah, dari mazhab lain; tetapi mengakui mereka itu sebahagian daripada Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
“Itu sebabnya
seminar hari ini sangat penting, sekurang-kurangnya kita mendapat fahaman yang
jelas mengenai akidah itu sendiri. dan kita akan mengetahui apakah itu Ahli Sunnah
Wal Jamaah,”
katanya.
AKIDAH TERPESONG
SEBABKAN KESESATAN
Akidah
pula menurutnya, adalah penting yang jika terpesong atau terkeluar daripada landasan yakni tidak mengikut apa yang telah
ditentukan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah katanya, maka kita akan berada
dalam kesesatan.
“Untuk mendapatkan
akidah yang sebenarnya, tak cukup dengan kita hanya setakat belajar di sekolah
kemudian kita tinggal sdetakat itu sahaja. Bahkan, kita wajib belajar
berterusan, mendengar termasuklah seperti menghadiri majlis kita pada hari ini,”
katanya
lagi.
Nabi
Muhammad SAW katanya, ada bersabda yang mafhumnya, akidah umat Islam akan berpecah
kepada 73 puak dan hanya satu yang diiktiraf iaitulah mereka yang berpegang
kepada akidah Ahlil Sunnah Wal Jamaah.
“Oleh sebab itu
kita kena mengetahui dengan jelas maksud akidah, juga maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Antara
yang turut hadir pada wacana yang dikendalikan oleh Pengerusi, Jawatankuasa
Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad selaku
moderator ialah;
Speaker,
Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad dan timbalannya, Dato’ Mohamad
Jaafar; Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dato’ Abdul Rahman Osman; Pegawai
Kewangan Negeri, Dato’ Zul-kifly Osman; serta ketua-ketua jabatan Kerajaan
Negeri dan Persekutuan.
HADIRIN SEKELIAN... Sebahagian daripada ketua jabatan yang hadir pada majlis ilmu petang Selasa ini. – Khabar
HADIRIN SEKELIAN... Sebahagian daripada ketua jabatan yang hadir pada majlis ilmu petang Selasa ini. – Khabar
Wednesday, 6 August 2014
RM556 juta! Kutipan cukai di Pahang untuk tujuh bulan pertama tahun 2014 ini sahaja
“... jelas
menunjukkan bahawa pelbagai projek pembangunan yang telah dirancang dan
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan
dan pelbagai pihak, turut memberikan impak yang besar terhadap peningkatan
hasil kutipan cukai negara di bumi Pahang ini khasnya,” kata Menteri Besar.
Banyak soalan dibangkitkan termasuk oleh ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri kita seperti; Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Dato' Shahiruddin Ab. Moin dan Dato' Noorul Azali Sulaiman; dan dijawab oleh Dato' Zaleha dengan tenang sungguhpun masih tidak begitu difahami sepenuhnya juga oleh para khalayak.
DEWAN UTAMA, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR,
KUANTAN – Satu seminar mengenai percukaian dimaklumkan betapa hasil
kutipan cukai di Pahang sahaja bagi tempoh tujuh (7) bulan pertama tahun ini,
sudah mencecah RM556 juta.
Selain turut dimaklumkan betapa dalam tempoh lapan (8) tahun antara 2006
dan 2013, hasil kutipan itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia Negeri Pahang, melonjak 267 peratus daripada cuma RM290 juta kepada
RM774 juta.
“Angka-angka
tersebut jelas menunjukkan bahawa pelbagai projek pembangunan yang telah
dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat Kerajaan
Persekutuan dan pelbagai pihak, turut memberikan impak yang besar terhadap
peningkatan hasil kutipan cukai negara di bumi Pahang ini khasnya,” kata Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
“Sehubungan
itu, diharapkan dengan pelaksanaan GST kelak akan memberikan peningkatan
kutipan hasil cukai yang lebih tinggi lagi bagi negeri Pahang dan seterusnya
dipulangkan semula manfaatnya dalam bentuk pelbagai peruntukan dan bantuan
kepada pembangunan negeri dan rakyat yang memerlukan,” katanya lagi.
Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan
oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail yang
mewakilinya pada Majlis Taklimat Khas ‘Goods & Services Tax’ (GST) peringkat
negeri petang Rabu, 6 Ogos, di sini.
KHALAYAK BARISAN UTAMA KITA... Selain Dato' Sri Muhammad Safian serta ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri kita, yang turut hadir dan kelihatan dalam foto ini ialah Mufti Negeri, Sahibus Samahah Dato' Abdul Rahman Osman; Penasihat Undang-undang Negeri, Encik Shamsulbahri Ibrahim; dan, Ketua Hakim Syari'e Negeri, Dato' Abdul Rahman Yunus.
HANYA MALAYSIA, BRUNEI DAN MYANMAR BELUM LAKSANA GST
Sepertimana semua sedia maklum, Kerajaan Persekutuan
telahpun umumkan sebelum ini, untuk menguatkuasakan sistem percukaian baharu
dikenali GST, menggantikan yang lama – Cukai Jualan dan Perkhidmatan; pada 1
April 2015.
Menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, GST bukanlah sistem cukai yang baharu. Bermula di
Perancis pada awal tahun 1950-an, kini katanya, lebih 160 negara sudah
melaksanakannya termasuk negara jiran, Indonesia – negara pertama dalam rantau
ASEAN yang mula melaksanakannya.
“Hanya tinggal Malaysia, Brunei Darussalam
dan Myanmar yang belum melaksanakannya. Negara jiran kita Singapura yang sudah
melaksanakan GST, telahpun merasai impak positifnya.
“Malah, Indonesia dan Vietnam yang
melaksanakan GST, turut menunjukkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang semakin
meningkat sejak kebelakangan ini,” tegasnya.
Pada asasnya kata Menteri Besar lagi, pelaksanaan GST ialah
langkah dalam dasar fiskal Kerajaan bagi memperluas dan mempertingkatkan lagi
sumber pendapatan negara setelah sekian lama, negara hanya bergantung pada
cukai pendapatan individu dan korporat serta dividen petroleum daripada PETRONAS.
CUMA 2 JUTA PENDUDUK LAYAK BAYAR CUKAI
PENDAPATAN
Sementelah pula katanya, kira-kira dua (2) juta orang rakyat
negara ini sahaja yang dikira layar untuk membayar cukai pendapatan, manakala
hasil daripada petroleum keluaran PETRONAS pula semakin berkurangan.
“Justeru itu, GST sebagai satu bentuk cukai
kepenggunaan dijangka akan berupaya meningkatkan hasil atau pendapatan Kerajaan.
“Peningkatan hasil Kerajaan nanti bukan
sahaja dapat digunakan untuk tujuan pembangunan tetapi kerajaan akan dapat
membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat negeri,
ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan termasuk dari badan-badan
berkanun serta syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri turut hadir pada
majlis taklimat petang Rabu ini.
Mereka diberikan taklimat mengenai GST serta bersoal-jawan
mengenainya, yang dkendalikan oleh Penasihat, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Dato’
Zaleha Hamzah. – Khabar
Tuesday, 5 August 2014
Bila otak letak ke lutut
… ditujukan kepada perakam khususnya pemuat-naik serta pen‘tweet’ foto memaparkan pemandu bas terkorban dalam keadaan mengerikan, terbabit kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur.
KEMALANGAN PETANG SELASA... Inilah foto BERNAMA yang merakamkan kejadian petang Selasa ini. Pertanggungjawaban yang tinggi berbanding perakam dan 'tweet' yang dimaksudkan.
Bahawa bas ini milik Kolej Antarabangsa IKIP memanglah tidak dapat dielakkan, yang tentunya sikit-sebanyak mencalarkan imej tetapi boleh diperbaiki sementelah kolej ini sudah terbukti jasanya kepada para pelajar khususnya dalam kalangan pelajar dari keluarga yang memerlukan di negeri ini.
Bahawa bas ini milik Kolej Antarabangsa IKIP memanglah tidak dapat dielakkan, yang tentunya sikit-sebanyak mencalarkan imej tetapi boleh diperbaiki sementelah kolej ini sudah terbukti jasanya kepada para pelajar khususnya dalam kalangan pelajar dari keluarga yang memerlukan di negeri ini.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Seperti meletakkan otak ke kepala lutut!
Inilah
yang boleh dikatakan dan ditujukan kepada perakam, khususnya pemuat-naik serta pen‘tweet’
foto memaparkan pemandu bas terkorban dalam keadaan mengerikan, setelah terbabit
kemalangan petang Selasa, 5 Ogos di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini.
Penulis
mungkin boleh menerima lagi jika foto ini dirakam oleh pihak-pihak berwajib
seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), demi menjalankan siasatan mengenai
kejadian ini.
Tetapi,
sama sekali tidak jika ia dirakam oleh orang awam, apatah lagi kemudian, tanpa
memikir panjang – demi untuk mendapat nama sebagai yang pertama; telah segera menyebarkannya
dengan men‘tweet’nya ke laman ‘tweeter’.
Dan
penulis tertanya-tanya; Apakah faedah yang diperolehi daripada gejala ini?
Dapat apa-apa ganjarankah terutamanya kewangan, daripada laku-gelagat yang
langsung tidak betul ini?
LAPORAN BERITA
DAN SIARAN FOTO YANG BERTANGGUNG JAWAB OLEH BERNAMA
Berikut
ialah laporan berita mengenainya, yang dikutip daripada Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia (BERNAMA).
Dan,
sila perhatikan juga ya betapa, sebagai sebuah organisasi berita yang
bertanggung jawab, foto yang disiarkannyapun tidaklah sepertimana yang di‘tweet’.
Penulis
percaya, jurufoto Bernama berkenaan tentu telah menyaksikan segala yang mengerikan
di tempat kejadian tetapi atas sikap bertanggungjawab, bukanlah semua dirakam
dan disiarkan.
PEJABAT BERNAMA PAHANG, JALAN BESERAH, KUANTAN – Pemandu bas Kolej IKIP maut selepas bas yang dipandunya
terbabas di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran sebuah stesen minyak dekat sini,
semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul
Aziz Salleh berkata, Wan Mohd Shah Wan Ramlee, 58, dari Lorong Kempadang
Perdana 18 dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan
parah di kepalanya.
DIBEDAH SIASAT DI HTAA
“Nahas berlaku semasa mangsa, yang memandu bas tanpa
penumpang itu, dalam perjalanan dari arah Sungai Soi menghala ke bandar
Kuantan.
“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terjatuh daripada
bas itu selepas cuba menutup pintu bas yang terbuka secara tiba-tiba sebelum
kepalanya dilenyek tayar bas.
“Bas itu hilang kawalan lalu melanggar dua buah kereta dan
sebuah van yang diletakkan di kawasan berhampiran,” katanya di sini, semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA/Khabar
Subscribe to:
Posts (Atom)