… Menteri Besar
saran jabatan-jabatan berkenaan, supaya lakukan pemantauan sekarang ke
kawasan-kawasan sensitif, sebelum tibanya musim tengkujuh
CENDERAMATA BUAT MB... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang membelek cenderamata yang diberikan kepadanya oleh pihak tuanrumah. Yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Ishak, Dato' Sri Muhammad Safian, dan, Dato' Wan Bakri.
SULTAN AHMAD
SHAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SASICC), KUANTAN – Saranan telahpun
dibuat kepada jabatan kerajaan-jabatan kerajaan berkenaan supaya meningkatkan
usaha pemantauan ke kawasan-kawasan sensitif sekarang, sebelum tibanya musim
tengkujuh kelak.
Ini
bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang dijangka terjejas lalu mengambil
langkah segera untuk menanganinya, sebelum tiba musim tengkujuh yang boleh
mengakibatkan kerosakan yang lebih besar.
“Saya dah beritahu
jabatan-jabatan,”
kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… (bahawa) musim tidak hujan sekarang ini, kering; elok kita pergi
tengok tempat-tempat yang mungkin (dijangka berlaku kerosakan seperti) tanah
nak runtuh ke…
“Masa inilah
kita pergi tengok. Kalau (sudah tiba musim tengkujuh lalu berlakunya) banjir
baharu nak pergi tengok, tak ada benda ler (yang tidak mendatangkan kebaikan
seperti yang diharapkan lagi).
“Kita selalu ‘wiser
after the event’, sudah terhantuk baharu tergadah,” katanya pada
persidangan media sempena Majlis Pelancaran Logo Perbadanan Kemajuan Pertanian
Pahang (PKPP) pagi Isnin, 28 November di sini.
KDYTM TENGKU
MAHKOTA PAHANG BERANGKAT KE TAKLIMAT BANJIR
Beliau
berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan dari akhbar New Straits Times
(NST) tentang persiapan Kerajaan Negeri bagi menghadapi musim tengkujuh yang
lazimnya berlaku pada hujung tahun khususnya bulan Disember, yang hanya
beberapa hari sahaja lagi.
Daripada
segi persiapan logistik menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, Setiausaha Kerajaan
Negeri Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail telahpun mengadakan mesyuarat bagi
berbincang mengenainya.
Lanjutan
itu katanya, KDYTM Tengku Mahkota Pahang akan mencemar duli, berangkat ke
Majlis Taklimat tentang persiapan menghadapi banjir di Wisma Sri Pahang ini,
pada Jumaat, 9 Disember nanti.
Selain
Dato’ Sri Muhammad Safian; yang turut hadir pada majlis pagi Isnin ini ialah
Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; Pegawai Kewangan
Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; dan tuanrumah, Ketua Pegawai Eksekutif, PKPP, Dato’
Wan Bakri Wan Ismail.
TETAP MESRA MELAYANI MEDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan yang diapit Dato' Sri MUhammad Safian (terlindung) dan Dato' Wan Bakri, sedang melayani media dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenai PKPP, serta juga berkenaan persiapan menghadapi musim tengkujuh. – Khabar