… demi mendengar
dan menangani sungutan dan bantahan Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri dan
Persekutuan.
Dua-tiga ‘kerat’
orang berbaju-T Himpunan Hijau 2.0, turut
berlegar dalam kalangan Orang Asli ini – usaha ‘menangguk di air yang keruh’;
tetapi tidak lagi kelihatan setelah Menteri Besar mengajak Orang Asli
berbincang dengannya di dalam kantin.
PENDEKATAN 'HANDS-ON'... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menulis sesuatu semasa sesi perbincangan. Di sebelah kanannya ialah Encik Yusri manakala berdiri di belakangnya ialah Dato' Wan Rosdy.
KANTIN, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Bermula dengan laung-laungan kecaman dan bantahan oleh kira-kira 120 Orang
Asli terhadap Kerajaan, disusuli perbincangan tanpa sekatan dengan Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sendiri.
Berakhir
dengan senyuman dan kelegaan, sambil kedua-dua pihak menaruh harapan ke arah memupuk
semangat setia-kawan yang lebih erat dan kepercayaan yang tinggi antara
kedua-duanya.
Inilah
yang dapat digambarkan pada kejadian siang Rabu, 17 Oktober, bermula di
perkarangan berdepan dengan pintu masuk ke Blok A, Wisma Sri Pahang ini di
bawah terik matahari pagi, dan berakhir dengan pertemuan yang lebih selesa di
kantin ini.
Orang
Asli berkenaan, yang menurut ‘head-count’ oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
ialah kira-kira 120 orang; dikatakan membentuk apa yang dinamakan Jaringan
Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia Pahang (JKOASMP).
Mereka
diketuai oleh Encik Yusri bin Ahon disamping 19 ahli jawatankuasanya –
Encik
Ong Cong bin Siput, Encik Roman a/l Achai, Encik Ali a/l Deris, Puan Fatimah
a/p Ban Sin, Encik Ismail bin Leh, Encik Jamal bin Tahir, Encik Sanday bin
Leman, Encik Khairil Anuar bin Leman, Encik Maarof bin Jaafar.
MAHU PERTIKAI TENTANG JUMLAH KEHADIRAN?... Foto ini dirakam dari tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang. Maka benarlah kiraan 'head-count' oleh PDRM dengan kehadiran kira-kira 120 orang, tidak termasuk dua-tiga kerat orang berbaju-T Himpunan Hijau 2.0.
MEMORANDUM
MENGENAI TANAH DAN WILAYAH ADAT
Encik
Rani bin Hamid, Encik Ismail bin Muhd, Encik Mohd Maham bin Nasir, Encik Sek
a/l Tow, Encik Atan a/l Alim, Encik Abu a/l Debut, Encik Jef a/l Yanaman, Encik
Harman a/l Daud, Encik Hanapi bin Titi, dan, Encik Faizal a/l Muharam.
Peristiwa
bermula kira-kira 10.30 pagi apabila Orang Asli ini mula berkumpul di
perkarangan Wisma Sri Pahang. Matlamat mereka ialah untuk menyerahkan sendiri
memorandum – Orang Asli Menuntut Tanah dan Wilayah Adat, kepada Menteri Besar.
Antara
kandungan memorandum berkenaan ialah tujuh tuntutan terhadap Kerajaan Negeri
dan Persekutuan, antaranya ialah;
#
Kami menuntut Kerajaan Pusat dan setiap Kerajaan Negeri mengiktiraf wilayah
adat Orang Asli sama ada ianya tanah adat, laut dan tasik dengan mengikut
proses izin-MABT iaitu dengan keizinan Maklumat Awal Bebas dan Telus kesemua
perkampungan Orang Asli berkenaan.
Dengan
berbekalkan makanan, mereka dikatakan bertekad tidak akan berundur dari situ
selagi tidak dapat menyerahkan sendiri memorandum berkenaan ke tangan Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
PENYOKONG
HIMPUNAN HIJAU ‘DICTATE’ WARTAWAN?
Dalam
pada mengamati-amati tindak-tanduk mereka sementara menunggu kehadiran Menteri
Besar, ternampak dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0
berlegar mundar-mandir dalam kalangan Orang Asli ini.
Apakah
niat mereka turut berada di situ jika tidak kerana hendak ‘menangguk di air
yang keruh’?
Selain
mereka yang dua-tiga kerat ini ialah dua (2) orang – lelaki dan wanita yang dalam
‘suit’ hitam mempunyai tanda Pemerhati daripada Jawatankuasa Peguam Negeri,
serta wartawan-wartawan dari akhbar-akhbar The Star, Sin Chew Daily, Nanyang dan
Sinar Harian, yang turut bersama.
Pada
satu ketika, kelihatan seorang daripada dua-tiga kerat berbaju-T Himpunan Hijau 2.0 tersebut, seolah-olah cuba ‘dictate’
(mempengaruhi) seorang daripada wartawan berkenaan dengan membawa wartawan tersebut
untuk bertemu seseorang dalam kalangan Orang Asli tersebut.
Bagaimanapun,
sebaik-baik Dato’ Sri DiRaja Adnan tiba pada kira-kira 11 pagi, kelibat
dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0 tersebut sudah tidak
kelihatan lagi, begitulah juga dengan dua orang yang dikatakan mewakili
Jawatankuasa Peguam Negeri tadi.
DARIPADA
BERBINCANG DI BAWAH PANAS TERIK, LEBIH BAIKLAH…
Sudah
tentu Dato’ Sri DiRaja Adnan mahu menangani peristiwa bantahan tersebut dengan
lebih sempurna, tidak di bawah panas terik matahari pagi lalu beliau silakan
mereka ke kantin berdekatan yang lebih selesa untuk perbincangan.
Selepas
dipujuk, maka beredarlah Orang Asli ini ke kantin berdekatan dan berlangsunglah
perbincangan serta dialog, hingga akhirnya tamat kira-kira tiga (3) jam
kemudian.
Dalam
sesi perbincangan tersebut, Dato’ Sri DiRaja Adnan ada menyatakan betapa
sebelum inipun, khususnya pada 7 Julai lepas, beliau telahpun menemui
sebahagian daripada Orang Asli ini pada majlis makan malam di Kediaman Rasmi
Menteri Besar dekat sini.
Beliau
mengambil maklum tentang apa yang telah disuarakan oleh mereka pada malam
tersebut khususnya tentang pencerobohan ke dalam tanah Orang Asli di negeri ini
dan tindakan susulan terus segera diambil.
Hanya
empat (4) hari selepas itu, pada 11 Julai, perkara tersebut dibawa ke dalam
mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang beliau pengerusikan, yang
kemudian mengambl ketetapan betapa;
PERLU ‘DECLASSIFY’
DOKUMEN RAHSIA
Kesemua
jabatan kerajaan berkenaan diingatkan agar, apabila mempertimbangkan permohonan
tanah bagi projek-projek tertentu, hendaklah ianya tidak bertindan-tindih dengan
antara lain kawasan tadahan air, rizab Taman Negara termasuklah tanah Orang
Asli.
Sebagai
membuktikan, Dato’ Sri DiRaja Adnan membacakan minit keputusan mesyuarat MMK
tersebut dan katanya, sesalinan akan dihantar kepada Orang Asli ini selepas
proses untuk ‘declassify’ dokumen tersebut daripada status ‘Rahsia’,
dilaksanakan.
Akhirnya
Dato’ Sri DiRaja Adnan merumuskan betapa, mana-mana bantahan atau tuntutan
mereka yang kena-mengenai serta di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, akan
dikaji untuk membuat keputusan dan diambil tindakan ke atasnya dalam kadar sesegera
yang boleh.
Manakala,
bantahan atau tuntutan mereka yang berkaitan dengan bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan, akan beliau bawa ke pengetahuan Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) untuk diuruskan.
Yang
turut hadir ialah ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Sharkar Shamsuddin dan
Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang
Asli Negeri. – Khabar
MATA KE MATA ;
*** Orang Asli berkenaan,
yang menurut ‘head-count’ oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ialah kira-kira 120
orang; dikatakan membentuk apa yang dinamakan Jaringan Kampung Orang Asli
Semenanjung Malaysia Pahang (JKOASMP).
*** Dalam pada
mengamati-amati tindak-tanduk mereka sementara menunggu kehadiran Menteri Besar,
ternampak dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0 berlegar
mundar-mandir dalam kalangan Orang Asli ini.
Apakah niat mereka
turut berada di situ jika tidak kerana hendak ‘menangguk di air yang keruh’?
*** Pada satu ketika,
kelihatan seorang daripada dua-tiga kerat berbaju-T Himpunan Hijau 2.0 tersebut, seolah-olah cuba ‘dictate’ (mempengaruhi)
seorang daripada wartawan berkenaan dengan membawa wartawan tersebut untuk
bertemu seseorang dalam kalangan Orang Asli tersebut.
Bagaimanapun,
sebaik-baik Dato’ Sri DiRaja Adnan tiba pada kira-kira 11 pagi, kelibat
dua-tiga kerat orang berbaju-T lambang Himpunan Hijau 2.0 tersebut sudah tidak
kelihatan lagi, begitulah juga dengan dua orang yang dikatakan mewakili
Jawatankuasa Peguam Negeri tadi.
*** Sudah tentu
Dato’ Sri DiRaja Adnan mahu menangani peristiwa bantahan tersebut dengan lebih
sempurna, tidak di bawah panas terik matahari pagi lalu beliau silakan mereka
ke kantin berdekatan yang lebih selesa untuk perbincangan.