…
kata Menteri Besar sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan
kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) beroperasi, menolak permohonan
injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang sudah diterimanya.
KETEGASAN DAN KONSISTENANNYA, DIKAGUMI... Ketegasan dan konsistennya beliau dalam mendepani serta menangani secara 'pull the bull by the horn' terhadap satu-satu isu di bumi Pahang ini, amatlah dipandang tinggi sepertimana tegas dan konsistennya beliau dalam isu Lynas.
Foto ini dirakam ketika Dato' Sri DiRaja Adnan hadir pada perjumpaan serta berdialog dengan ketua-ketua jabatan persekutuan pada petang Selasa, 9 Oktober di bangunan Wisma Persekutuan, bersebelahan Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Pada perjumpaan-perjumpaan seumpama inilah, soal ketegasan dan konsistennya beliau dapat terus dipelajari, lantas dikagumi oleh mereka yang berinteraksi dengannya.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob meminta agar kilang Lynas
Advanced Materials Plant (LAMP) milik Lynas Malaysia Sdn Bhd, diberi peluang
untuk membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa.
Dan
pula, ia – dengan jangkaan pelaburan keseluruhannya RM2,300 juta yang
daripadanya, kira-kira RM1,300 juta telahpun dibelanjakan setakat ini bagi pembinaan
dan operasi kilangnya di Gebeng, dekat sini; dapat melabur dalam bidang yang
mustahak untuk negara.
Ini
merupakan harapan Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam reaksinya kepada keputusan
Mahkamah Tinggi Kuantan pada Khamis, 8 November yang membenarkan LAMP untuk beroperasi selepas menolak permohonan injunksi
interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang telah Lembaga Pelesenan
Tenaga Atom (AELB) beri, oleh tiga penduduk Kuantan.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya dilaporkan berkata, injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya dilaporkan berkata, injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
“Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan
sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas
sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini,” katanya seperti dilaporkan oleh Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
ASASNYA SOAL EKONOMI,
JADI ISU ALAM SEKITAR, POLITIK, UNDANG-UNDANG
Menurut
Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, isu Lynas pada asasnya merupakan isu ekonomi,
kemudian menjadi isu alam sekitar, bertukar menjadi isu politik dan akhirnya menjadi
isu undang-undang.
“Banyak masa,
tenaga, wang telah habis dengan sia-sia. Banyak kajian telah dijalankan. Ramai pakar-pakar
telah membuat rumusan.
“Dengan
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini, elok kita beri
peluang Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam
bidang yang mustahak untuk negara.
“Dan boleh memberi
pulangan kepada syarikat selain memberi peluang ekonomi kepada pekerja, rakyat
setempat, negeri dan negara keseluruhannya,” katanya yang selama ini amat konsisten
dalam pendiriannya yang positif mengenai isu Lynas ini.
Berikut
ialah teks penuh reaksinya itu, sepertimana yang turut disalurkan kepada
media-massa tempatan;
TEKS PENUH
REAKSI MB
“Isu Lynas pada
asasnya adalah isu ekonomi. Ia kemudian menjadi isu alam sekitar. Ia bertukar
kemudian menjadi isu politik. Akhirnya ia menjadi isu undang-undang.
“Saya tidak mahu
menuding jari kepada sesiapa. Banyak masa, tenaga, wang telah habis dengan sia-sia.
Banyak kajian telah dijalankan. Ramai pakar-pakar telah membuat rumusan.
“Dengan
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini, elok kita beri
peluang Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam
bidang yang mustahak untuk negara,
“Dan boleh memberi
pulangan kepada syarikat selain memberi peluang ekonomi kepada pekerja, rakyat
setempat, negeri dan negara keseluruhannya. Terima kasih.” - Khabar