… atas sikap
ambil berat Kerajaan Negeri ekoran kenaikan mendadak harga barangan keperluan,
yang bebankan kira-kira 130 pelajar kita di sana.
MULAKAN LANGKAH... Bergerak dari sekolah berdekatan - Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, mereka berjalan kaki kira-kira 1 km sebelum berhimpun semula di Padang F.A untuk mengikuti siaran langsung ucapan Perdana Menteri, dan kemudian ucapan Menteri Besar sendiri.
PADANG F.A,
JERANTUT
– Kerajaan Negeri sedang meneliti usaha menaikkan bantuan tahunan pelajar-pelajar
tajaan Yayasan Pahang (YP) di Mesir, ekoran kenaikan mendadak harga barangan keperluan
hingga membebankan mereka di negara yang belum reda daripada pergolakan itu.
“Di Mesir sekarang
ini,”
kata Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “Kalau masa saya pergi dulupun telah naik (harga) barang. Semasa Perdana
Menteri singgah sekejap di Kaherah baru-baru ni, pelajar-pelajar kita beritahu;
dulu daging RM15 sekilo, sekarang RM45, RM50 sekilo.
“Terpaksa
Perdana Menteri termasuk juga kita di peringkat negeri, Yayasan Pahang,
fikirkan bagaimana nak naikkan elaun anak-anak ni untuk mereka berbelanja, sara
hidup seharian,”
katanya.
Beliau
berkata demikian pada penghujung ucapan luar teks 13-minitnya sempena Majlis
Pelancaran 1Malaysia Komuniti PerWani serta Program 1 Million Women Purple Walk Peringkat Negeri
pagi Ahad, 17 Mac di sini yang dihadiri wanita berbaju-T ungu, kira-kira 20,000
orang.
Pelancaran
peringkat negeri adalah serentak dengan peringkat kebangsaan yang disempurnakan
oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak di Pusat Pentabiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
CENDERAHATI BUAT 'CIKGU'... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menerima cenderahati daripada Dato' Syed Mutalib, yang bukan sahaja bekas anak muridnya, tetapi juga bekas setiausaha sulit kanannya yang kini mengetuai pentadbiran sebuah daerah yang semakin pesat membangun.
BILA KERAJAAN
JATUH, BEREBUT PULA JADI PEMIMPIN
Adalah
difahamkan, terdapat kira-kira 130 pelajar tajaan YP di Mesir era pasca gejala ‘Arab
Spring’ ketika ini, yang sedang mengikuti kursus sama ada dalam bidang Pendidikan
Islam ataupun Perubatan.
Berbanding
bantuan tahunan yang baharu lagi dinaikkan kepada pelajar-pelajar Perubatan, pelajar
Pendidikan Islamlah – yang menikmati RM6,000 setahun, yang bakal menerima
manfaat daripada kata-kata terkini Menteri Besar ini.
Dato’
Sri DiRaja Adnan kemudian mengulangi gesaannya kepada rakyat agar tidak
mudah-mudah mengambil langkah untuk menukar Kerajaan yang ada sepertimana kerajaan-kerajaan
yang telah ditukarkan di Timur Tengah termasuklah Mesir.
Apatah
pula katanya, apabila sahaja Kerajaan ditukarkan, akan berlaku perebutan kuasa
antara mereka yang ingin menduduki tampuk kepimpinan Kerajaan yang baharu
mengambil alih kuasa tersebut.
“Apabila
Kerajaan ini tukar, keamanan tidak timbul (wujud) sebab orang akan berebut. Bila
Kerajaan yang ada jatuh, maka orang akan kata dialah layak menjadi Perdana
Menteri,”
katanya.
MESRA BERSALAMAN... Dato' Sri DiRaja Adnan, disusuli isteri, Datin Sri DiRaja Junaini; sedang mesra bersalaman dengan sebahagian daripada 20,000 orang yang hadir pada majlis pagi minggu yang panas terik ini.
‘SAYA TAK KATA
BARISAN NI BAIK SANGAT, TAPI TENTU PEMBANGKANG NI JAHAT BENAR’
“Jadi tuan-tuan
dan puan-puan sekelian, fikirlah. Saya tak kata Barisan (Nasional, yang menerajui
Kerajaan yang ada) ni baik sangat, tapi tentu pembangkang ni jahat benar. Itu je,” katanya lagi
disambut ketawa hadirin tanda sokongan.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut mengulas ucapan Dato’ Sri Mohd Najib yang dapat turut
diikuti secara langsung menerusi paparan skrin besar di depan pentas di padang
ini yang menurutnya, wanita bukan sahaja perlu disayangi malah dihormati.
“Kita kena
sayangkan wanita sebab wanita ni, walaupun kita perkasakan dia, walaupun wanita
ni hatinya kuat, semangat tinggi; tapi wanita tetap wanita. Wanita ni lembut, oleh
sebab itu kita kenalah jaga dia,” katanya.
Beliau
turut menyebut tentang kejadian pencerobohan oleh pengganas di Lahad Datu,
Sabah yang masih berlaku di sebalik pasukan keselamatan negara khususnya polis
dan tentera, telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
“Maknanya, negara
kita ni, walaupun aman-tenteram tetapi akan sentiasa diancam. Oleh sebab itu
kita kena sentiasa berwaspada sama ada di Sabah, sama ada di Sarawak, sama aa
di Johor, Kelantan, Terengganu, sempadan; kita mesti sentiasa berwaspada.
'SEMPOI', BERSAHAJA MENTERI BESAR KITA... Tanpa kekok, Dato' Sri DiRaja Adnan duduk bersila di depan khemah untuk menikmati juadah/makan tengah hari dalam pek plastik yang disediakan untuk para hadirin.
Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Ir Mohd Soffi (bertopi) dan Dato' Shafik Fauzan.
SEMUA MESTI
MAINKAN PERANAN JAGA KEAMANAN
“Oleh sebab itu,
kita semua mesti mainkan peranan. Kita ada kampung masing-masing. JKKK ada
ketua masing-masing, ada pengikut, ada jawatankuasa. Perhatikan orang
keluar-masuk kampung kita.
“Kalau lain je,
kalau kita tak kenal je, eloklah kita beritahu pihak berkuasa. Beritahu pihak
polis supaya tindakan awal dapat diambil,” katanya lagi.
Antara
yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim;
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; ahli-ahli Exco
Kerajaan Negeri – Dato’ Ir Mohd Soffi Abdul Razak; Dato’ Wan Rosdy Ismail dan
Dato’ Shafik Fauzan Sharif;
Ahli
Parlimen, Dato’ Dr Mohamad Shahrum Osman (BN – Lipis); Pegawai Daerah Jerantut,
Dato’ Syed Mutalib Syed Hassan; serta, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan
Persekutuan. – Khabar