TUNGGANG VESPA KE MAJLIS PENYAMPAIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan bergaya, menunggang motorsikal Vespa ke tapak majlis di Wisma Raya ini.
WISMA RAYA,
RANCANGAN TANAH FELDA JENGKA 14, MARAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob menempelak pembangkang
dengan mengumpamakan mereka sebagai
‘biawak sikat’, yang sering mengutarakan ‘cerita lawak’ hingga menjadi bahan
ketawa rakyat semata-mata.
“Sekali nak
tutup Lynas, ini tak jadi pula tutup Lynas, nak buat ‘inquiry’ baru. Ini biawak
sikat ni, ya... ‘cameleon’,” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan merujuk
kepada pendirian yang berubah-ubah oleh kepimpinan tertinggi parti itu berkaitan
projek pemprosesan tanah jarang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Beliau
ditanyakan mengenai gelagat puak-puak pembangkang tersebut pada persidangan
media sempena Majlis Penyampaian Suratan Hakmilik Tanah kepada 116 peneroka Rancangan
Tanah Felda Jengka 14 pada pagi Isnin, 18 Mac di sini.
Dalam
temubual dengan portal berita berpangkalan di Australia – The Sydney Morning
Herald baru-baru ini, ketua pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah menyebut
mengenai kesediaan beliau menyokong projek tersebut jika siasatan awam yang
mahu dibuat semula, mengesahkan kilang itu selamat.
Ini
bertentangan sama sekali dengan ucapannya pada Himpunan Hijau di Kuantan tahun
lepas, membantah operasi kilang itu sambil memberi jaminan akan menghentikannya
jika pembangkang menguasai Kerajaan kelak.
BERTANYA KHABAR SAMBIL SAMPAIKAN GERAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bertanyakan sesuatu sebelum menyerahkan suratan hakmilik kepada peneroka ini. Di sebelahnya ialah Dato' Ismail Said (berbaju biru).
BERIYA-IYA
HENDAK BAKAR, KEMUDIAN SOKONG PULA JIKA…
Begitulah
kerasnya pendirian tersebut hinggakan soal mengenai memansuhkan projek itu ada
tersebut dalam manifesto pilihanraya mereka yang telah diumumkan tidakpun
beberapa lama sebelum ini.
Pendirian
yang sama turut dikongsi oleh Encik Wong Tack – calon yang telah diumumkan oleh
Setiausaha Agung DAP sendiri, yang akan bertanding di parlimen Bentong atas
tiket parti itu, pada pilihanraya umum kali ini.
Sedangkan
Encik Wong, Pengerusi, Himpunan Hijau, ialah orangnya yang beriya-iya
mengeluarkan kenyataan untuk membakar kilang bernilai pelaburan RM2,300 juta itu,
jika Barisan Nasional (BN) masih menguasai tampuk kepimpinan negara selepas
pilihanraya ini.
Atas
sebab-sebab yang beliau sendiri tahu, Encik Wong jugalah yang kemudian telah
meminta maaf atas kata-kata berbaur ugutan berkenaan.
Nyata
sekali, Dato’ Sr DiRaja Adnan tidak pelik langsung dengan gejala puak-puak pembangkang
tersebut yang kelihatan semakin menjadi-jadi menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13
yang sedang dinanti-nantikan.
BERLATAR BELAKANGKAN KAIN RENTANG BN, IALAH SESI FOTO BERKUMPULAN PARA PENEROKA PENERIMA GERAN PADA PAGI ISNIN... Semoga ini juga melambangkan sokongan peneroka ini terhadap Kerajaan yang ada, pimpinan BN.
‘ASYIK BANGKANG
SAHAJA, BILA NAK SELESAI?’
Ketika
ditanya oleh wartawan mengenai puak-puak pembangkang yang sama yang
mempertikaikan majlis-majlis penyampaian suratan hakmilik tanah kepada peneroka
sementelahan hampirnya pilihanraya umum itu katanya;
“… memanglah
kerja dia (membangkang terhadap apa juga usaha Kerajaan termasuk menganjurkan majlis-majlis penyampaian suratan
hakimilik tanah). Sebenarnya, kita memberi geran sepanjang saya jadi M.B, yang
ini je dekat pilihanrayanya.
“Sebelum ini,
pergi ke Bera, pergi ke Jengka – banyak dah geran saya beri, jauh sebelum pilihanraya.
Memang kerja pembangkang… Sebab itu Tompel (dalam filem ‘Anak Bapak’) marah
(dengan dialognya) ‘Asyik bangkang
sahaja, bila bicara nak selesai?’.
“Saya, bila
cerita fasal pembangkang ni, saya teringatkan Allahyarham (A.R) Tompel,
Allahyarham P.Ramlee. Pendekkan cerita, macam cerita lawak aje pembangkang ni,
jadi bahan ketawa,”
katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut mengumumkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato’ Sri
Mohd Najib Abdul Razak ke Pahang pada Sabtu, 23 Mac ini untuk antara lain,
melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati (PJJD) – merupakan penutup dan yang
terakhir dalam siri PJJD ke negeri-negeri.
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN... Berada di bahagian dapur ini sungguh mengujakan, apatah lagi dengan bau dan aroma masakannya, yang menusuk ke hidung. Foto ini dirakam ketika golongan wanita sedang memasak sebagai hidangan makan tengah hari sempena Majlis Penyampaian Suratan Hakmilik pagi Isnin ini.
KUANTAN, SIRI
TERAKHIR JELAJAH JANJI DITEPATI
Sehubungan
itu, beliau menggesa orangramai khususnya penyokong-penyokong Kerajaan serta
ahli-ahli parti dalam Barisan Nasional (BN), agar dapat bersama-sama hadir pada
program tersebut yang akan diadakan di Padang MPK 2 di Kuantan.
“Pada ketika
yang sama juga, ada satu acara lain yang tidak dapat dielakkan di Stadium Darul
Makmur (bersebelahan) yang juga Perdana Menteri akan pergi sekejap, kemudian tu
akan ke PJJD.
“Silalah datang,
23 haribulan (Mac ini, hari Sabtu, pada sebelah) malam,” katanya.
Selain PJJD menurutnya, Perdana Menteri akan berada di Tanjung Besar, Lipis pada pagi Sabtu tersebut, untuk melancarkan program perumahan dan sosio-ekonomi anjuran dan biayaan Kerajaan Negeri, dikenali sebagai Rimbunan Kasih.
Program
ini katanya, disasarkan terhadap golongan miskin, dengan mereka disediakan
rumah selain kawasan tanah untuk menjalankan aktiviti ekonomi, ke arah
melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Antara
yang turut hadir pada majlis penyampaian suratan hakmilik tanah ini ialah Ahli Parlimen-Ahli
Parlimen, Dato’ Ismail Said (BN – Kuala Krau) dan Dato’ Ismail Mutalib (BN –
Maran); wakil
rakyat-wakil rakyat – Wan Salman Wan Ismail (BN – Jengka), Dato’ Ahmad Munawar
Abdul Jalil (BN – Luit), Dato’ Shahaniza Shamsuddin (BN – Kuala Sentul); Pegawai
Daerah Maran, Dato’ Fadzila Salleh; serta, Pengurus Besar, Felda Wilayah Jengka,
Dato’ Shaari Din. – Khabar