… pada 2 April
ini, sejak menduduki kerusi nombor satu negara pada 3 April 2009 selepas Pilihanraya
Umum ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008. Maka, banyak yang perlu diselesaikan sebelum
‘memanggil’ serta menghadapi pilihanraya umum
SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN... Dato' Sri DiRaja Adnan yang diiringi Laksamana Muda Dato' Mohamad Roslan (dua dari kanan, bertopi) dan Encik Sabri (di belakang Dato' Sri DiRaja Adnan); sedang beramah-mesra sambil memberikan sumbangan kepada yang memerlukan.
MARKAS WILAYAH
LAUT (MAWILLA) 1, PANGKALAN TLDM, TANJUNG GELANG, KUANTAN – Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak baharu hendak menempuh genap empat (4)
tahun di jawatan itu – bukan lima (5) tahun sepertimana sangkaan sesetengah
pihak.
Dalam
tempoh sesingkat itupun – sejak menduduki jawatan tersebut pada 3 April, 2009, banyak
dasar dan program telah diperkenalkan yang tentulah memerlukan masa untuk
melaksana dan menjayakannya.
Inilah
yang dibayangkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sebagai
menjawab kepada persoalan mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang belum
diumumkan, bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).
Menurut
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), jika tidak dibubarkan dalam tempoh yang ada ini maka
Parlimen ke-12 akan terbubar secara otomatik pada Selasa, 30 April, seterusnya memberi
laluan kepada PRU-13 yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas
pembubaran.
Setakat
ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ialah yang pertama terbubar
secara otomatik, pada Khamis, 28 Mac lepas. DUN seterusnya ialah Pahang
sendiri, yang dijangkah terbubar secara begitu pada 12.01 pagi Isnin, 8 April
ini.
WIRA-WIRA YANG GUGUR DI LAHAD DATU... Diiringi Encik Sabri, Menteri Besar kita sedang melihat secara dekat, foto wajah wira-wira kita yang gugur dalam usaha menangani pencerobohan di Lahad Datu.
‘NOT A QUESTION
OF SCARED OR WHAT’
“… you must
remember, he is coming into his 4th (complete) year as the Prime
Minister, not the 5th (as
some might think). He took over from Tun Abdullah (and became the PM on April
3, 2009).
“Banyaklah perkara-perkara
yang perlu diselesaikan. Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi – semuanya menunju kepada kebaikan. Dengan adanya program(-program) ini
menunjukkan bahawa Perdana Menteri membuat sesuatu tu dengan teratur,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya menegaskan betapa, “It is not a question of scared or what (to dissolve the Parliament to
make way for the General Election) . PM being very meticulous man, he wants to
see everything are in order, in place.
“Saya tahu YAB
seorang yang begitu teliti – teliti, berhati-hati dan membuat sesuatau perkara
secara sistematik. Jangan persoalkan,” katanya pada persidangan media sempena
Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang pagi Sabtu, 30 Mac di
sini.
Kepada
soalan sama ada perjumpaannya semalam, Jumaat, 29 Mac dengan Perdana Menteri di
Putrajaya ada Perdana Menteri memberikan apa-apa petanda mengenai tarikh
pembubaran Parlimen itu, beliau menjawab tiada.
KHALAYAK D TANJUNG GELANG PADA PAGI SABTU...
SENARAI AKHIR CALON
DAH DIMUKTAMAD
“No. Only the PM
knows. We don’t know. No inkling, no indication (given by the PM on) when is
the general election,” katanya sambil mengiyakan betapa DUN Pahang mungkin
akan turut terbubar sepertimana DUN Negeri Sembilan, menjelang 8 April ini.
Apabila
terbubar kelak katanya, kerajaan sementara (caretaker government) akan meneruskan
urusan pentadbiran negeri tetapi dengan kuasa-kuasa asas (basic) lalu, tidak
lagi boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan seperti
meluluskan bajet atau menaikkan gaji kakitangannya.
“‘Caretaker
government’ ni dia tak boleh buat ‘decision’ yang melibatkan ‘financial
implication’ – luluskan bajet, nak naik gaji orang… tak boleh. Dia (kerajaan
sementara itu, akan mengendalikan) mesyuarat biasa aje,” katanya.
Tentang
soal calon pula katanya yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri, senarai
akhirnya telahpun dimuktamadkan pada perjumpaan dengan Perdana Menteri yang
juga Pengerusi BN, petang semalam itu.
“Of course there
will be some addition, subtraction, there will be some changes, (and) that is
only normal, that is to be expected. Normally, towards the end, there will
still be some changes,” katanya.
KD TERENGGANU... Berlabuh sementara menungggu untuk misi di Lahad Datu. KD Pahang yang turut berpangkalan di sini, kini sudahpun berada di Lahad Datu untuk misi yang serupa.
Sempena Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia, orangramai diberi keistimewaan untuk menaiki kapal perang KD Terengganu ini.
PROGRAM GERAK
MESRA CETUSAN MB, DIJAYAKAN SEJAK 2004 LAGI
“Saya telah
menyampaikan senarai nama kepada YAB Perdana Menteri, dah bincang – sekejap aje, 20 minit. Ada setengah
negeri setengah jam, ada sesetengah negeri 15 minit, ada sesetengah negeri 20 minit.
“Pokoknya,
semalam PM telah panggil semua pengerusi Barisan Nasional negeri untuk
memuktamadkan senarai. Tapi senarai pilihanraya ni, nama sahaja muktamad,
sebenarnya, sehinggalah (hari) penamaan calon, ianya boleh juga bertukar
mengikut kepada kesesuaian,” katanya lagi.
Mengenai
Program Gerak Mesra ini – satu lagi program kemasyarakatan yang dicetuskan oleh
Dato’ Sri DiRaja Adnan dan dianjurkan sejak tahun 2004 lagi katanya, program ini
diadakan dalam bentuk bersantai, bagi membolehkan pegawai, anggota dan juga keluarga
TLDM di sini bersama-sama dengan orangramai, demi mengeratkan lagi perpaduan antara
mereka.
Antara
yang turut hadir pada program tiga (3) hari dengan kemuncaknya hari ini ialah
tuanrumah sendiri, Panglima, Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Mohamad
Roslan Mohamad Ramli;
Pengarah
Pemangunan Negeri, Dato’ Zulki-fly Osman; Pegawai Daerah Kuantan, Dato’
Norhayad Ahmad; Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri, Encik Sabri Abdullah;
ketua-ketua jabatan serta pemimpin-pemimpin politik setempat. – Khabar