Inilah
jawapan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri, kepada soalan wartawan
tentang perkelahian sesama sendiri yang dikatakan berlaku dalam Parti Keadilan
Rakyat (PKR) serta Pakatan Rakyat (PR), mengenai pemilihan calon mereka bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).
PENERANGAN KEPADA MEDIA... Inilah bangunan auditorium yang kosnya RM7.5 juta akan cuba didapatkan peruntukan untuknya agar pembangunan dapat dijalankan serentak dengan elemen-elemen lain yang Kerajaan Persekutuan telah khususkan RM45 juta.
TAPAK BANGUNAN
BAHARU, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, KEMUNTING, KUANTAN – “We are not interested in the in-fighting
in the PKR or PR. We are more cautious, so that among ourselves in the Barisan
Nasional, there will be no dissatisfaction nor in-fighting.
“Others (in Parti
Keadilan Rakyat [PKR] or Pakatan Rakyat [PR]) want to fight, let them. But for
us (in the BN), let us unite,” demikian tegas Menteri Besar Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri.
Beliau
berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan tentang perkelahian sesama
sendiri yang dikatakan berlaku dalam PKR terutamanya, berhubung dengan soal
pencalonan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini
merujuk kepada peristiwa mem‘boo’ serta luahan tidak puas hati oleh ahli-ahli
PKR sendiri, pada pengumuman oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim di
Balok Makmur dekat sini, Sabtu, 30 Mac lepas, menamakan Pengerusi, PKR Negeri,
Dato’ Fauzi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua UMNO
Bahagian Kuantan, sebagai calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkota.
Dengan
pencalonan Dato’ Fauzi, yang semasa dalam UMNO dan BN, pernah menjawat jawatan
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum menyertai PKR pada Julai 2008;
bermakna, penyandang (incumbent) sekarang dari PKR, Encik Azan Ismail tidak berpeluang
untuk mempertahankan kerusinya di situ.
MENGENDALIKAN JENGKAUT... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengendalikan jengkaut untuk menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan perpustakaan baharu ini.
Sebagai seorang yang bukan sahaja boleh memandu-terbang helikopter, membawa bas ataupun menunggang skuter 'vespa', mengendalikan jengkaut ini adalah satu lagi perkara yang boleh dikatakan 'enteng' tetapi dilakukan secara hati-hati oleh Menteri Besar kita ini.
‘WE CAN WIN BACK
INDERA MAHKOTA, WITH THE RIGHT ‘CALON’
Mengenai
pencalonan Dato’ Fauzi sendiri menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia tidak akan
berupaya untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan parlimen berkenaan bagi
mengundinya.
“I’m not boasting, I’m not boasting. Dato’
Fauzi is a very experienced man but I would say that, he is (a) spent force. A
bullet already spent. I don’t think the voters will give any consideration
because he was once in the government, he was also once the wakil rakyat.
“I think we (BN)
can get back, we can win back Indera Mahkota, with the right ‘calon’. And, I (was
made to) understand that Dato’ Fauzi’s nomination was not well received even by
the PKR people,”
katanya lagi.
Pada
persidangan media yang sama, beliau turut diminta mengulas mengenai tabiat
membaca dalam kalangan rakyat serta apakah kesannya dengan kini, akan terbinanya
sebuah perpustakaan awam yang baharu.
“Tabiat ini
sebenarnya, kita tidak boleh jana atau boleh garap. Tinggal lagi, dalam
peringkat ‘in the formative years – 0 age to 4 years old and then up to
adolescent, that’s when the guidance by the parents, by the teachers; can in a
way, influence the upbringing of the children.
KHALAYAK GURU, PELAJAR DAN ORANGRAMAI... Inilah sebahagian daripada khalayak yang hadir pada pagi panas terik itu, sempena majlis pecah tanah bangunan baharu perpustakaan ini.
PERPUSTAKAAN
BAHARU DEMI KESELESAAN PENGUNJUNG
“Ha, itu boleh
mempengaruhi. Tapi kalau dah ‘kotai’, tak pernah membaca, nak suruh dia
membaca, tak dak… Buatlah perpustakaan besar manapun, cantik manapun, tak...
Mungkin dia jadikan perpustakaan tu tempat dia untuk rehat, bukan untuk dia
membaca.
“Bagaimanapun,
yang kita buat perpustakaan baharu ini ialah untuk memberikan keselesaan kepada
mereka yang memang suka membaca, dengan harapan, mereka yang suka membaca ini
akan dapat menarik kawan-kawan mereka untuk turut membaca,” katanya.
Menurutnya,
dengan sistem persekolahan sekarang yang terus memberi penekanan kepada
peperiksaan, telah ‘memaksa’ pelajar-pelajar untuk membaca yang turut
sedikit-sebanyak menyumbang ke arah menjadi tabiat.
“… through
discipline, probably through compulsion – by forcing the people to read;
reading habit can be instilled into a person or persons,” katanya sambil
menambah, kegunaan hingga hampir berkapasiti penuh perpustakaan inipun kelak akan
merupakan satu kejayaan.
Perpustakaan
baharu yang bakal didirikan di atas tanah seluas 1,618 hektar ini ya ng
bersebelahan dengan bangunan ibupejabat baharu MPK yang sedang rancak dalam
pembinaan, dijangka mampu menampung pengunjung sehingga 2,500 orang pada
satu-satu masa.
'HAPPY 35TH WEDDING ANNIVERSARY SIR, AND MADAM'... Dato' Sri DiRaja Adnan dengan isteri, Datin Sri Junaini di sisi; diberi pisau plastik oleh Dato' Shahaniza bagi memotong rasmi kek sempena ulangtahun ke-35 perkahwinan mereka.
“… memanglah kita akan bina bangunan dahulu, kelengkapan tu akan datang kemudian. Yang pentingnya nikah dulu. Nak beli seluar-baju, kemudian. Janji dapat kahwin dulu, itu yang mustahak. Begitulah dengan perpustakaan ini, janji kita dapat bangunan dahulu.
“Bila sebut menikah tu, saya hari ini genaplah 35 tahun kahwin dengan Datin Sri. (yang diikuti tepukan oleh khalayak). Kahwin April Fool tahun 1978,” antara kata-kata dalam ucapan luar teks 17-minit Dato' Sri DiRaja Adnan.
PERUNTUKAN RM45
JUTA, PERLU LAGI RM7.5 JUTA
Beliau
juga memberitahu, keseluruhan kos pembinaan perpustakaan baharu 3-tingkat ini
ialah sebanyak RM45 juta yang diperolehi menerusi peruntukan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Lagi
RM7.5 juta masih diperlukan bagi pembinaan auditorium bersebelahan dan
menurutnya, beliau akan cuba mendapatkannya dengan memohon terus daripada Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.
“(Lagi) RM7.5
juta itu akan kita cari. Kita nak buat sekali (dengan bangunan lain yang
bernilai RM45 juta). Ini baharu baju sahaja. Belum rantai, gelang, belum
cincin, belum gincu,”
katanya merujuk kepada pembinaan struktur bangunan, yang tidak termasuk perkakasan
di dalamnya.
Dalam
ucapan 17-minitnya sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah menyusur-galurkan tentang
perpustakaan awam yang ada sekarang, yang terletak antara bangunan Lembaga Kemajuan
Perusahaan Pertanian (LKPP) Pahang dan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Asalnya
perpustakaan daripada binaan kayu/papan yang diduduki sejak 1985 itu katanya,
ialah Dewan Undangan Negeri sejak Allahyarham Tan Sri Yahya Seth menjadi
Menteri Besar negeri ini lagi.
DEWAN YANG MULIA, DEWAN UNDANGAN NEGERI KITA... Mungkin sudah tiba masanya kita memiliki Dewan yang lebih selesa daripada sekadar yang ada ini. Bahawa Dato' Sri DiRaja Adnan ada menyebut tentang kemungkinan membina yang baharu di KotaSAS ialah pengumuman yang tentu dialu-alukan.
DEWAN UNDANGAN NEGERI
BAHARU DI KotaSAS
“Dewan Undangan Negeri
telahpun dipindahkan ke Wisma Sri Pahang. Kalau jadi, kita akan buat pula Dewan
Undangan Negeri (yang baharu) ini di KotaSAS (berhampiran Indera Mahkota, dekat
sini). Terpulang kepada peruntukan,” katanya.
Antara
yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin
Sri DiRaja Junaini Kassim; Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Wan
Razali Wan Mahussin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian
Ismail;
Penasihat
Undang-undang Negeri, Dato’ Mat Zara’ai Alias; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’
Shafik Fauzan Sharif; wakil rakyat (BN – Kuala Sentul) yang juga Timbalan
Pengerusi, PPAP, Dato’ Shahaniza Shamsuddin; Pengarah, PPAP, Puan Faridzah
Jaafar; serta, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar