Tuesday, 2 April 2013

Ketelitian Perdana Menteri serta ketentuan tarikh pembubaran Parlimen dan calon-calon Barisan Nasional (BN)



“Itulah saya kata, PM ni ‘very me-ti-cu-lous’… dengan SPRMnya, dengan ‘Official Assignee’nya, dengan (Jabatan) Insolvensi, Income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri)nya…,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

AMBIL BERATNYA... Belumpun memulakan ucapan luar teks 27-minitnya di atas pentas, oleh kerana ternampak wargatua berkerusi roda ini lalu Dato' Sri DiRaja Adnan terus menuju kepadanya, kemudian menyampaikan baucar BR1M kepadanya. 

Inilah contoh-teladan kepimpinan bersifat 'common-sense', yang tentunya dapat diterima baik oleh rakyat khususnya yang memerlukan. 
  

STADIUM TERTUTUP SUKPA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – ‘Very, very meticulous’ atau sangat-sangat teliti.

Itulah yang Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sebut, merujuk kepada telitinya Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen serta calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

“PM is very, very meticulous. No one can challlege that,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan menjawab soalan wartawan yang menanyakan tentang jangkaan tarikh pembubaran Parlimen dan senarai calon-calon BN.  

“What I know is, PM is very meticulous, very steady and very stable temperamentally. And, (he is) never driven by emotion,” katanya pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daerah Kuantan pagi Selasa, 2 April di sini.

Oleh kerana sedar akan sikap telitinya Perdana Menterilah kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, rakyat juga harus memberi kepercayaan kepada beliau untuk membuat pilihan tentang soal tarikh membubarkan Parlimen.

RAMAINYA KHALAYAK PAGI SELASA ITU... Dan mereka - 3,974 orang kesemuanya, tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh pemimpin nombor satu negeri ini. 


‘SOAL PEMUDA, PEMUDI, TUA, LAMA, BAHARU… ITU BAB KE-30’

Dan menurutnya lagi, sikap teliti inilah juga yang terserlah dalam menentukan calon-calon BN untuk menghadapi PRU-13, yang perlu melepasi pelbagai tapisan menerusi laporan oleh pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan.  

“Itulah saya kata. PM ni very ‘me-ti-cu-lous’… dengan SPRMnya, dengan Official Assigneenya, dengan (Jabatan) Insolvensi, Income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri)nya…,” katanya.

Kepada soalan mengenai komposisi calon-calon BN di negeri ini kata Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN negeri, “Kita kemukakan calon ‘winnable’. Soal pemuda, pemudi, tua, lama , baharu… itu bab ke-30”.

Beliau turut melahirkan perasaan terkejut yang menggembirakan, melihatkan jentera BN Negeri bekerja ‘sangat, sangat kuat’ manakala suara-suara tidak puas hati oleh mereka yang tidak terpilih menjadi calon adalah ‘very negligible’ atau terlalu kecil.

“BN must (continue to) work hard, must win the hearts and minds of the people. It’s no use depending on the disarray that’s happening in PR (Pakatan Rakyat). Itu tak pentinglah, siapa-siapa nak jadi calonnya (PR).

AHLI EXCO TURUT MENYAMPAIKAN... Dato' Shafik Fauzan, yang juga wakil rakyat (BN - Inderapura) turut diberi amanah menyampaikan baucar BR1M tersebut. 
  

KEJADIAN MEM‘BOO’ TERHADAP NAMA CALON PEMBANGKANG

“But my feeling is, based on the line-up announced by (Lim) Guan Eng (and, Dato’ Sri Anwar Ibrahim), we have a very big, big chance to retain and even to win back some of the seats,” katanya.

Pengumuman yang dimaksudkan ialah, oleh Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng sehari-dua lepas di Raub, yang antara lain mencalonkan bekas wakil rakyat BN di Pulau Manis, Dato’ Ariff Sabri bertanding di Parlimen Raub, serta memindahkan Pengerusi DAP Negeri, Encik Leong Ngah Ngah yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Triang di Bera, ke kerusi negeri Ketari di Bentong.

Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim pula sebelum itu mengumumkan pencalonan bekas wakil rakyat BN yang turut pernah memegang jawatan-jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum menyertai PKR, Dato’ Fauzi Abdul Rahman, bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

Pengumuman-pengumuman ini dikatakan mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan parti-parti pembangkang itu sendiri, termasuk kejadian mem‘boo’ terhadap nama calon yang dikemukakan.

“Saya, bila Guan Eng umumkan calon, Anwar umumkan calon; saya berasa lega betullah. Yang saya takut ni dia orang ubah nanti. Yang saya takut Guan Eng dengan Anwar ubah calon dia. Ha itu saya bimbang sikit.

BOLEH MENANG 3-0

“Tapi setakat ‘line-up’ yang dia kemukakan, insyaAllah rakyat akan sokong kita. Kalau saya boleh katakan permainan bola, kita tahu ‘line-up’ sana (parti pembangkang), kita punya ‘line-up’ kita, kita tahu kita (boleh) menang 3-0,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

Kepada soalan tentang ketidak puasan hati oleh sesetengah ahli parti pembangkang sendiri terhadap nama-nama yang dicalonkan katanya, beliau tidak begitu berminat untuk bercakap mengenainya.

“Pembangkang sekarang ini dalam keadaan kucar-kacir. Tapi saya (sudah) sebutkan semalam, saya tak suka, tak gembira dengan kucar-kacir pembangkang ni. Kita (lebih) gembira dengan perpaduan kita.

“Pembangkang kucar-kacir, kita (pula) tak kerja, tak ada makna… Itu sebab saya – pembangkang ada masalah sesama dia ke, kelam-kabut ke, berebut ke; to me, not important.

“(But) the more important thing is for us to work together, kita kerja sama-sama. Perpaduan kita, itu yang penting,” katanya dan menyimpulkan, “Put this waylah… In short, I don’t know… I feel very very good. I’m very happylah. Very ecstatic. No worry, nothing. Allah Ta‘ala nak tolong kitalah”.

SERAMAI 3,974 PENERIMA BR1M TERMASUK BUJANG

Yang turut hadir pada majlis penyampaian BR1M 2.0 daerah Kuantan ini melibatkan 3,974  orang termasuk yang bujang (menerima RM250 berbanding yang berkeluarga, RM500) ialah;

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif; Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad; Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Abdul Manan Ismail; wakil rakyat-wakil rakyat – Dato’ Suhaimi Mohd Shah (BN – Sungai Lembing);

Dato’ Mohd Zaili Besar (BN – Panching); Encik Mohd Suhami Yusoh (BN – Lepar); serta, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Hazmi Yusof. – Khabar