... yang akan
siap dan mula operasi Ogos ini, dengan
kapasiti pengeluaran 160 juta liter sehari - tambahan kepada 330 juta liter
sehari yang dibekalkan oleh loji rawatan air sedia ada di Semambu, bakal
menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di daerah ini.
KHALAYAK TENTERA DAN KELUARGA MEREKA... Yang membanggakan tentang khalayak ini selain disiplin ialah, semangat mereka - kira-kira 4,500 orang anggota serta keluarga, terutamanya tatkala sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negaraku serta lagu Perajurit Kita dendangan Jalamuddin Alias; hingga bergema satu kawasan di bawah kanopi separuh bulan yang didirikan di atas padang kawad ini.
BRIGED KE-4
MEKANIS, KEM BATU 10, KUANTAN – Daerah Kuantan akan mempunyai satu (1)
lagi loji rawatan air – dengan pembekalan air dirawat kira-kira 160 juta liter
sehari; apabila siap terbina dan beroperasinya Loji Rawatan Air Panching bernilai
RM180 juta, Ogos ini.
Dengan
Loji Rawatan Air Panching, daerah Kuantan akan mempunyai dua (2) loji rawatan
air berkenaan lalu meringankan beban ke atas loji rawatan air sedia ada – satu-satunya
di Loji Rawatan Air Semambu, yang berkapasiti pengeluaran 330 juta liter sehari.
“Pada tiga tahun
yang lepas,”
kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… kita arahkan supaya dibuat pula loji rawatan air di Panching. InsyaAllah,
projek ini yang berharga RM180 juta, akan siap bulan lapan (8).
“Maka, akan ada dua
(2) loji rawatan air yang membekalkan air di Kuantan ini (untuk memenuhi
permintaan kira-kira 500,000 penduduk daerah ini)” katanya
dalam ucapan luar teks 30-minit pada Program
Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia malam Jumaat, 26 April di sini.
Berikutan
itu juga katanya, sudahpun dirancangkan supaya Loji Rawatan Air Semambu akan
tertumpu untuk membekalkan air dirawatnya ke kawasan-kawasan sebelah timur
Sungai Kuantan (Bandar Indera Mahkota hingga Gebeng, dan ke sempadan Kemaman).
MENJENGAH KE BILIK GERAKAN BN... Mengambil kesempatan berada di Kem Batu 10, Dato' Sri DiRaja Adnan meluangkan masa dari lewat malam Jumaat, 26 April hingga awal pagi Sabtu, 27 April, menjengah ke bilik gerakan-bilik gerakan BN sekitar Panching untuk meninjau kesiap-siagaan BN di kawasan-kawasan setempat.
Foto ini dirakam sejurus sebelum Dato' Sri DiRaja Adnan tiba, di bilik gerakan BN, Felda Panching Timur. Antara yang turut mengiringi beliau ialah calon BN bagi DUN kawasan Panching, Dato' Mohd Zaili Besar.
‘MASALAH BEKALAN
AIR TAK AKAN TIMBUL LAGI KECUALI…’
Manakala
Loji Rawatan Panching akan dikhususkan pembekalan air dirawat tersebut meliputi
kaswasan-kawasan ke sebelah barat Sungai Kuantan yang sama seperti Bukit Rangin
hinggalah ke sini, seterusnya ke Gambang.
“InsyaAllah lah,
masalah air ini tak akan timbul lagi. Kalau timbul (juga ialah) kerana, kerosakan
paip. Saya harap bersabarlah,” katanya sambil mengakui betapa di kem tentera
ini turut terjejas bekalan airnya dalam kejadian gangguan bekalan air di
seluruh daerah ini baru-baru ini.
Sepertimana
yang sedia maklum, gangguan tersebut ekoran satu (1) daripada tujuh (7) enjin
pam yang sedia ada di Sungai Kobat rosak. Memburukkan lagi keadaan, satu (1)
daripada dua (2) enjin pam yang baharu dipasang dan di‘commission’, turut gagal
akibat kebocoran pada sistem paipnya pula.
Ekoran
itu, berlaku tekanan rendah yang tidak membolehkan air mentah dari Empangan
Sungai Kobat, disalurkan secara cekap ke satu-satunya Loji Rawatan Air Semambu untuk
dirawat, seterusnya dibekalkan secukupnya kepada penduduk Kuantan.
“Bekalan air (mentah)
di Kuantan ini dibekalkan dari Empangan Sungai Kobat, hantar ke Loji Rawatan di
Semambu. Empangan di Sungai Kobat ini, hanya ada tujuh (7) enjin (pam). Bila
satu (1) enjin (pam) rosak, maka akan kuranglah bekalan air, akan turun ‘pressure’,
maka akan terganggu bekalan air ini.
TARIF AIR DI
PAHANG TAK PERNAH NAIK SEJAK 1982
“Apabila saya
arahkan pada lima (5) tahun yang lalu, mereka (Jabatan Bekalan Air yang kini,
Pengurusan Air Pahang Bhd [PAIP]) telah beli tiga (3) enjin (pam tambahan),
menjadikan 10.
“Satu enjin (pam
ber)harga RM1 juta. Tiga (3) enjin (pam), RM3 juta. Tetapi, untuk membuat rumah
enjin (pam) itu sendiri, sistem paip itu sendiri; perlukan satu (1) enjin (pam),
(menelan kos keseluruhannya) RM14 juta. Kita telah peruntukkan RM42 juta.
“Alhamdulillah,
sedang sibuk-sibuk ini, dua (2) enjin telah di‘commission’kan (dan telahpun
dibaiki paip yang bocor pada satu (1) daripadanya). Itu sebab insyaAllah sekarang
ni, tidak akan ada lagi gangguan air kecuali kalau paip pecah.
“Dan satu lagi
enjin (pam, daripada tiga (3) buah yang baharu dibeli itu) akan di ‘commission’kan
bulan depan,”
katanya sambil sekali lagi menafikan gangguan bekalan air tersebut ekoran penggunaannya
dalam kuantiti yang banyak oleh kilang pemprosesan tanah jarang Lynas Advanced
Materals Plant (LAMP di Gebeng.
Beliau
seterusnya mengingatkan betapa tarif air dirawat di Pahang ialah antara yang termurah
di negara ini dan pula, tidakpun berlaku kenaikan padanya sejak tahun 1982 lagi
atau sudah kira-kira 30 tahun.
KERAJAAN
TANGGUNG SUBSIDI AIR 60 PERATUS!
Akibat
ketidak-naikan itulah katanya, Kerajaan Negeri menanggung subsidi sehingga 60
peratus yakni, bagi misalnya setiap RM10 bil yang sepatutnya dibayar, rakyat cuma
membayar RM4 manakala lagi RM6 dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
Antara
yang turut hadir ialah bekas Speaker, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, Dato’
Sri Wan Razali Wan Mahussin; tuanrumah, Panglima, Briged ke-4 Mekanis, Kem Batu
10 ini, Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Rahim Abdul Mutalib;
Ketua
Polis Pahang, Dato’ Sharifuddin Abdul Ghani; Komander, Pangkalan Udara Kuantan,
Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Salleh Osman; Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri,
Encik Mohd Sabri Abdullah;
Pengarah,
Jabatan Penyiaran Negeri, Encik Zubad Ibrahim; serta, calon Barisan Nasional
(BN) bagi Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis, Encik Khairuddin Mahmud. –
Khabar