… antara
intipati utama dalam akujanji @ manifesto BN Pahang, yang akan dilancarkan
Selasa ini.
SEHARIAN YANG 'HECTIC'... Selesai sahaja majlis di SMK Sulaiman, Dato' Sri DiRaja Adnan memenuhi jadual ketat hariannya dengan mengunjungi bilik-bilik gerakan BN di bawah DUN Pelangai. Foto ini dirakam petang Sabtu itu, pada perjumpaannya dengan masyarakat India di bilik gerakan MIC di Kampung Shafie.
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (SMK) SULAIMAN, BENTONG – Rakyat miskin Pahang di bawah Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bakal menikmati 30 meter padu air dirawat
secara percuma, setiap bulan.
Ini
sepertimana termaktub dan dijanjikan dalam akujanji atau manifesto Barisan
Nasional (BN) Negeri bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan dilancarkan
pada Selasa, 30 April ini.
Berita
gembira ini didedahkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada
persidangan media ketika beliau hadir pada Majlis Kesyukuran Sempena
Penganugerahan Sekolah Kluster Cemerlang tengah hari Sabtu, 27 April di sini.
“…in our
manifesto (that is to be launched), we are giving 30 cubic meter (of treated
water) free to all PPRT homes,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai
reaksi kepada soalan wartawan dari akhbar berBahasa Inggeris tempatan.
Wartawan
tersebut meminta reaksi beliau kepada ceramah seorang pemimpin parti pembangkang
yang membandingkan sumbangan Kerajaan Negeri ini pimpinan BN, dengan Selangor
yang di bawah Pakatan Rakyat berkaitan dengan air.
DALAM PERBINCANGAN... Foto ini pula dirakam pada petang Sabtu yang sama, ketika Dato' Sri Diraja Adnan menjengah ke bilik gerakan BN di Manchis.
AS IF FREE FOR EACH WHOLE MONTH
“… it’s as if giving
free… Because, you need about 20 cubic meter of water to be utilised by one
family of four (members), for three weeks. If I give 30 cubic meter for free, (it
means that the recipient will as if gets) the whole month (of water supply) for
free,” katanya
lagi.
Kepada
soalan wartawan yang sama menanyakan pandangan umumnya mengenai pemberian air dirawat secara percuma kepada
seluruh rakyat, beliau menjawabnya tidak wajar.
“Free water to
the rakyat? No, not to all… because there would be the cost implications (thus)
we can’t gve for free (to all),” katanya lalu merujuk saranan
pembangkang mahu menghapuskan tol di jalanraya, yang kutipan daripadanyalah
membolehkan Kerajaan membina jalan dan jalanraya yang lebih bermutu.
“But then, to
the deserving people like the poor, we can give (free services like the free 30
cubc meter of treated water). The problem is… when we give free water to poor
people, even the rich people wants to become poor. Ha… that’s the problem,” katanya
berseloroh.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya menegaskan betapa rakyat negeri ini bertuah kerana,
selain daripada tariff air yang dikenakan di negeri ini ialah antara yang
terendah, ia juga tidak disemak dan dinaikkan sejak 1982 atau sudah kira-kira
31 tahun ini.
KREATIFNYA ORANG ASLI, TUNJUK SOKONGAN KEPADA WAKIL RAKYAT MEREKA... Lihatlah kreatifnya masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Semei, yang terletak di belakang Kampung Shafie. Dengan mengandungi 28 buah rumah/keluarga, sokongan tidak berbalah-bahagi tentunya kepada BN yang dapat dilihat nyata menerusi pergaulan mesra mereka dengan Dato' Sri DiRaja Adnan yang pergi berjumpa mereka lewat petang Sabtu itu.
SUBSIDI AIR 40
KE 60 PERATUS
Dan
pula katanya, bagi setiap RM10 bil bulanan air yang sepatutnya dibayar oleh
rakyat negeri ini, mereka sebenarnya membayar cuma antara RM4 dan RM6 manakala
Kerajaan Negeri membayar selebihnya.
“… the water
tariff in Pahang has never been increased since 1982 and you look at (the
monthly) water bill, we give subsidy (of) between 40 to 60 percent.
“So (for) every
RM10 that you (have to actually) pay, the State Government is subsidizing between
RM4 and RM6. We never boast about that, we never brag about it,” katanya.
Antara
yang turut hadir pada majlis tengah hari Sabtu itu ialah calon BN bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) kawasan Ketari, Encik Wong Choo Yak, yang Dato’ Sri
DiRaja Adnan memperkenalkan kepada khalayak dalam ucapan luar teks 15-minitnya
sebagai Cikgu Wong;
Begitu juga Pengurus Besar, Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato' Jamal Nasir; Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Encik Ismail Che Mat; dan, Pengetuanya, Encik Azhar Omar. – Khabar
Begitu juga Pengurus Besar, Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato' Jamal Nasir; Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Encik Ismail Che Mat; dan, Pengetuanya, Encik Azhar Omar. – Khabar