… ‘Tak payahlah’ ialah jawapan kepada slogan pembangkang, ‘Ini kalilah’
TANDATANGAN BERHARGA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menandatangani plak perasmian sambil yang lain menyaksikan. Berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan boleh memuatkan antara 40 dan 50 pengunjung pada satu-satu masa; perpustakaan ini ialah ehsan sumbangan CSR, TNB yang menyumbang RM300,000 untuk kerja-kerja pembinaannya.
PERPUSTAKAAN DESA,
SIMPANG PELANGAI, BENTONG – Majoriti rakyat tidakpun terpengaruh dengan
slogan atau seruan ‘Ubah/Tukar’ yang diuar-uarkan menerusi bahan-bahan cetak pilihanraya
puak-puak pembangkang.
Sungguhpun
ada yang terpengaruh, ia cuma segelintir, kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob menjawab soalan wartawan tentang sejauh manakah slogan ‘Ubah/Tukar’
telah mempengaruhi rakyat.
“Saya perhatikan
pada keseluruhannya, majoriti rakyat, mereka tidak terpengaruh. Tetapi, ada
segelitintir yang agak terpengaruh sebab slogan itu memang sedap. Bunyi sedap.
“Slogan zaman
Perang Dunia II, paling sedap slogan Goebbellah, slogan Hitler. Ia akan gunakan
apa sahaja. Teringat saya zaman Allahyarham Presiden Sukarno, beliau juga
banyak menggunakan slogan. Dan sekarang ni, dengan Anwar Ibrahim dalam Pakatan
Rakyat (PR),”
katanya.
Beliau
seterusnya berkata betapa sesedap manapun slogan yang diutarakan, ‘tapi orang
tak mati dengan slogan, tak boleh kenyang dengan slogan’ lalu beliau cadangkan
pula jawapan kepada ungkapan pembangkang, ‘Ini kalilah’ dengan ‘Tak payahlah’.
POTONG RIBEN... Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Encik Nasharuddin (kiri sekali); Ir Abdul Aziz (dua dari kanan), dan Puan Faridza (kanan sekali). Dengan bahan bacaan pelbagai tajuk berjumlah 11,000 naskah, perpustakaan desa ini tentu akan dimanfaati sepenuhnya oleh penduduk Simpang Pelangai.
TUNGGU SAHAJALAH
5 MEI, HARI MENGUNDI
Sehubungan
itu juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan sarankan agar rakyat tunggulah sahaja tarikh 5
Mei ini yang tinggal tidak beberapa hari lagi, untuk mengundi bagi menentukan
kepimpinan Kerajaan.
Dato’
Sri DiRaja Adnan juga diminta mengulas lanjut tentang isu yang
diperbesar-besarkan oleh puak pembangkang, berkaitan rumah pangsa di Bukit
Tinggi, Bentong yang sudah siap tetapi pemaju, enggan serahkan kunci kepada
mereka.
Ia
ekoran perselisihan tercetus antara pemaju berkenaan dengan Kerajaan Negeri
berhubung dengan tanah yang harus diberikan kepada pihak pemaju sebagai ‘subsidi
bersilang’ ekoran siapnya rumah pangsa berkenaan.
“Kerajaan kata,
kamu patut dapat banyak ini cukuplah. Tapi kata pemaju pula, ‘Eh, kami kena (dibayar
lebih) banyak ini kerana kami keluar duit banyak ini’. Yang itu (menjadi)
pertelingkahan, itu sahaja.
“… dalam
petelingkahan itu, yang menjadi mangsa ialah pembeli-pembeli rumah. Kita sebagai
Kerajaan yang prihatin, kita tidak mahu menyusahkan ralyat tetapi pada ketika
yang sama, kita juga tidak mahu nampak seolah-olah kita menggunakan kuasa kuku
besi untuk menindas pemaju.
'WORKOUT'... Memenuhi aturcara seharian lagi yang sibuk. Jika sebelah paginya, Dato' Sri DiRaja Adnan berada di Yayasan Pahang (YP), Kuantan kerana pelbagai urusan termasuk menemui dan berbincang hal pilihanraya dengan tiga-empat calon BN; sebelah petangnya perlu berada di Simpang Pelangai, Bentong kerana merasmikan perpustakaan desa dan sebelum itu, menyampaikan dividen akhir bernilai RM22.17 juta kepada peserta Felcra seluruh negeri;
Sebelah malamnya pula hadir pada Malam Mesra Bersama Warga Penjara di Dewan Perdana, Kompleks Penjara Bentong di Mempaga. Selain makan malam, beliau juga diminta merasmikan gimnasium yang turut terletak dalam dewan ini. Kelihatan, beliau sedang mencuba satu daripada peralatan yang terdapat dalam gimnasium ini.
KUNCI SERAH
KEPADA KERAJAAN, KEPADA PEMBELI
“Jadi, kita
berunding untuk menyelesaikan amaun yang sesuai (yang di‘bayar’ dengan
menawarkan tapak tanah di tempat lain yang nilainya kira-kira sama dengan kos
yang pemaju tanggung dahulu),” katanya lagi.
Hasil
perundingan jugalah menurutnya, pemaju bersetuju untuk menyerahkan kunci-kunci
rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri, kemudian akan diserahkan kepada pembeli
berkenaan pada majlis di Bukit Tinggi juga, esok.
Antara
yang turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’
Mahadiah Mohamad; Pengurus Besar, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Wilayah 2, Ir Abdul
Aziz Majid;
Penghulu,
Mukim Pelangai, Encik Nasharuddin Ahmad yang juga Pengerusi, Jawatankuasa
Penasihat perpustakaan desa ini; Pengurus Besar, TNB Pahang, Dato’ Shahiruddin
Mohd Simin; dan, Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Puan Faridza
Jaafar. – Khabar