Inilah
permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui, pada taklimat yang Felda berikan
kepadanya pada Februari lepas.
Ia juga menjadi
sebahagian lagi intipati utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pahang
menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
DEWAN
ORANGRAMAI, FELDA LURAH BILUT, BENTONG – Atas permintaan Kerajaan Negeri dan dipersetujui
oleh Felda, keutamaan dalam pelaksanaan program perumahan generasi kedua akan diberikan
kepada rancangan tanah ini, bersandarkan hakikat ia merupakan rancangan tanah
terawal di negara ini.
Permintaan
yang disusuli dengan persetujuan ini dicapai pada pertemuan kedua-dua pihak,
pada sesi taklimat yang Felda berikan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri
pada Februari lepas (2013) lagi.
“Buat masa ini
yang saya ingat,”
kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, “… kita telahpun melaksanakan program ini di Felda Mempaga (di Bentong
ini) dan juga Felda Chini (di Pekan). Tetapi, selepas mendengar taklimat Felda
itu, kita telah mengambil beberapa keputusan iaitu;
“Pihak Felda
dengan kerjasama Kerajaan Negeri, akan membangunkan perumahan untuk generasi
kedua di kawasan-kawasan Felda berdasarkan kepada ‘sequence’ atau turutan
(tempoh tahun) kawasan Felda itu diwujudkan.
“Maknanya, kalau
misalannya Felda Lurah Bilut adalah Felda tertua di negeri Pahang dan juga
Malaysia, yang dimulakan pada tahun 1956; maka, keutamaan untuk menyediakan
perumahan untuk generasi kedua mesti diberi kepada Felda Lurah Bilut,” katanya.
MELAYANI MEDIA... Dengan Ujang di sisi (duduk di sebelah kiri), Dato' Sri DiRaja Adnan menerangkan lebih lanjut mengenai rancangan Kerajaan untuk mengadakan perumahan untuk generasi kedua dengan keutamaan kepada Felda Lurah Bilut.
Ujang atau nama sebenarnya, Zulkifli Amanlaki, ialah generasi kedua yang mewarisi tanah milik ayahnya di sini. Beliau tidak berumah, yang ekoran itulah memperjuangkannya. Dan penjelasan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan mengenai hal yang sama, tentulah diterimanya dengan hati terbuka.
PENEROKA LURAH
BILUT SUDAHPUN ADA CICIT
Dato’
Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media, ketika diminta
mengulas lanjut hal yang sama yang menjadi topik utama ucapan luar teks
33-minitnya sempena perjumpaannya dengan masyarakat peneroka pada petang Isnin,
29 April, di sini.
“Sebabnya
(keutamaan yang wajar diberikan kepada Felda Lurah Bilut ni)”, katanya, “… peneroka Felda Lurah Bilut bukan sahaja (kini
sudah) mempunyai anak, mempunyai cucu; tetapi juga mempunyai cicit.
“Hari ini saya
telah terangkan kepada peneroka-peneroka (Felda Lurah) Bilut tentang keputusan
Kerajaan itu dan kita yakin insyaAllah, kalau Kerajaan Barisan Nasional lagi
menjalankan pentadbiran di negeri Pahang ini (selepas PRU-13 ini) maka;
“… berhubung
dengan agenda untuk memberi perumahan kepada generasi kedua di kawasan Felda,
ianya akan diberikan kepada Felda (Lurah) Bilut dahulu,” katanya lagi.
Beliau
menambah kata betapa pada taklimat yang sama, Kerajaan Negeri diberi gambaran
betapa hamper kesemua rancangan tanah-rancangan tanah Felda di negeri ini akan
dibangunkan perumahan generasi kedua tersebut.
'MARRIAGE OF CONVENIENCE'... Janggal dan pelik apabila melihat Melayu - khususnya yang berbaju Melayu, bersarung kain pelekat, kopiah di kepala; megah berarak dengan bendera roket milik parti cauvanis pekat Cina, DAP. Dan perarakan ini sengaja di'tempah', melalui jalan di pinggir Dewan Orangramai lalu bersifat provokasi yang ketika itu, Menteri Besar sedang menyampaikan ucapannya.
PERUMAHAN GENERASI KEDUA UNTUK SEMUA KAUM
“Itu sebab bila
peneroka-peneroka (Lurah) Bilut dan anak-anak peneroka (Lurah) Bilut
menimbulkan soal ini, saya tidak terperanjuat sebab kita tidak buat pengumuman
dua (2) bulan yang lalu.
“Tetapi, dengan
penjelasan ini saya berharap, peneroka-peneroka di Felda (Lurah) Bilut khususnya,
dan juga di kawasan-kawasan Felda di negeri Pahang dan di seluruh negara
insya-Allah, akan berpuas hati dan bersabar menunggu projek perumahan untuk
generasi kedua ini dilaksanakan,” katanya.
Beliau
menambah kata, tanpa mengira kaum – Cina, India mahupun Orang Asli, mereka juga
akan turut diterima untuk memanfaati daripada skim perumahan generasi kedua
kelak.
Menjawab
soalan, beliau mengakui betapa perkara berkaitan perumahan untk generasi kedua
Felda ini adalah terkandung dalam akujanji atau manifesto BN Negeri yang akan
dilancarkan dalam dua-tiga hari ini.
Pada
persidangan media yang sama, beliau ditanya oleh wartawan dari akhbar berBahasa
Inggeris tempatan, tentang cabaran yang dilontarkan oleh calon DAP bagi
Parlimen kawasan Bentong, Encik Wong Tack pada persidangan medianya pagi tadi.
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA... Baguslah. Sudahlah diperkudakan, yang diperkudakan memperkudakan pula kanak-kanak yang seharusnya tumpukan kepada pelajaran daripada terbabit dalam hal-hal yang tak tentu hujung-pangkalnya.
CABARAN
Cabaran
itu dilontarkan kepada Menteri Besar sendiri, begitu juga kepada Menteri
Kesihatan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi
Parlimen kawasan Bentong; serta, calon BN bagi Parlimen kawasan Raub, Dato’ Hoh
Khai Mun.
Cabaran-cabaran
itu antara lain ialah, meminta ketiga-tiganya menyelesaikan isu penyerahan
kunci rumah bagi projek perumahan pekerja di Bukit Tinggi dekat sini; dan,
menghentikan projek pemporsesan tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant
(LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, serta, lombong emas di Bukit
Koman, Raub.
Bagi
isu penyerahan kunci rumah projek perumahan di Bukit Tinggi itu kata Dato’
DiRaja Adnan, ia telahpun selesai, malah penyerahannya ditetapkan pada 3 Mei
ini ekoran perbincangan yang dilakukan
antara Kerajaan Negeri dengan pemaju berkenaan yang berlangsung selama ini.
“We really pity
the housebuyers who (are the one that suffers), due to some misunderstanding
between the developer and the government.
“But now, we
have already resolved the issue and we are giving the key on the 3rd
(of may),” katanya sambil menegaskan, ia bukanlah ekoarn DAP membuat bising
mengenainya.
SATU LAGI UNSUR PROVOKASI YANG GAGAL... Ini kalilah? Meminjam kata-kata Imuda dalam rancangan tv lawak jenaka terkenal 'Pi Mai Tang Tu'; kita boleh katakan kepada provokator sebegini, 'Pi...rah', 'Boleh jalanlah'.
SERAH KUNCI PADA
3 MEI
“We have been
tryng to resolve this issue long way back. And, this is not an easy thing to
do. There are legal implications as well as financial implications. So, after
negotiations done by the government represented by the State Secretary and the
developer, we have come up with the understanding that, the keys can be issued on
the 3rd,” katanya
lagi.
Berkaitan
dengan cabaran supaya menutup kilang LAMP dan lombong emas kendalian Raub
Australian Gold Mine (RAGM) pula katanya, beliau tidak bercadang berbuat demikian
sementelah segala kajian yang dilakukan membuktikan kedua-duanya tidak membahayakan
kesihatan.
Lalu
beliau menempelak puak pembangkang yang mengaitkan penyakit yang dideritai oleh
seorang wanita di Raub, dengan kesan sianida dari kilang RAGM sedangkan wanita
tersebut telahpun dijangkiti penyakit itu sejak sebelum RAGM beroperasi lagi.
“Well, never
mind. Let the people decide. Once the people decide (in this 13th
General Election), then I think they can close their mouth. After all, this is
a democratic country, they can say anything.
“Despite the
fact that Karpal Singh want to send Tun Mahathir to jail – he can say a lot of (bad)
things about the present government – (including) Kit Siang, Anwar, Karpal Singh;
we have not send them to jail.
PADA PROGRAM EMPOWER... Sebelum ke Felda Lurah Bilut ini, Dato' Sri DiRaja Adnan sempat singgah ke program Empower seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kampung Baris. Selain Ketua Eksekutif, ECERDC, Dato' Jebasingam Issace John (berambut putih) ialah angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukur.
SHOW OF CRUELTY,
EVEN BEFORE POWER IN HAND
“You see, even
before getting power, Karpal Singh wants to send Tun Mahathir to jail. Is that
right? Is that a proper thing to do?” tanya Dato’ Sri DiRaja Adnan yang
ternyata bernada tempelak terhadap pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang
tersebut.
Antara
yang turut hadir pada perjumpaan yang sekali-sekali berlaku gangguan kecil oleh
perarakan kereta/trak/motorsikal oleh anak muda-anak muda puak-puak pembangkang
di atas jalan berhampiran ialah;
Dato’
Sri Liow sendiri; serta, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bilut,
Encik Leong Kim Soon; serta kepimpinan UMNO Bahagian Bentong, antaranya ialah
Timbalan Ketuanya, Dato’ Zaini Salleh. – Khabar