… selain itu,
Kerajaan Negeri juga mahu kajian menyeluruh dibuat ke arah mewujudkan ‘sedikit-sebanyak’
‘regulation’ bagi bendungi gejala fitnah dalam media maya
SINGGAH KE MAJLIS ANJURAN TERATAI... Disebalik sibuk dengan persidangan Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri DiRaja Adnan masih mahu hadir pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan kepada masjid-masjid, surau-surau - setiap satu di kesemua Dewan Undangan Negeri, serta, pusat-pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) sebanyak 39 buah di seluruh negeri; petang Isnin, 8 Julai di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.
Foto ini dirakam ketika Dato' Sri DiRaja Adnan hendak berjalan keluar selepas menyampaikan ucapannya. Beliau perlu berkejar pula ke Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur kerana menghadiri taklimat tertutup mengenai sistem baharu pemilihan bagi kepimpinan UMNO peringkat nasional.
DEWAN UNDANGAN
NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Wujudkan peruntukan tentang larangan
menghina Raja-raja dalam Akta Hasutan, dan, lakukan kajian menyeluruh bagi mengadakan peraturan demi
membendung gejala fitnah dalam media maya.
Inilah
dua (2) perkara utama yang dibawa oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob pada sesi soal-jawab sebelah pagi, dan semasa mencelah ketika
penggulungan perbahasan sebelah tengah hari, persidangan Dewan Undangan Negeri,
Isnin, 8 Julai di sini.
“… yang
pentingnya insya-Allah, Kerajaan Negeri akan menulis kepada pihak SKMM
(Kerajaan Persekutuan) supaya perbuatan menghina Raja-raja ini mesti dibuat
undang-undang khusus.
“Kalau dalam Sedition
Act itu – yang salah seorang pemimpin pembangkang (yakni) Naib Ketua PKR
cadangkan supaya dihapuskan dan telahpun dijawab oleh Menteri Keselamatan Dalam
Negeri, ianya tidak akan dihapuskan;
“Maka dalam
Sedition Act ini, Akta Hasutan ini, wajar dimasukkan satu perkara khusus iaitu
larangan menghina Raja-raja,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan ketika
menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dato’ Mohd Suhaimi Mohd Shah (BN – Sungai
Lembing).
HULUR SUMBANGAN... Isteri Menteri Besar, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim yang juga Yang Dipertua, Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Pahang (TERATAI) sedang bermesra dengan para penerima.
Yang turut kelihatan ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato' Ishak Mohamad yang sepemergian awal Menteri Besar, telah mewakili beliau menyampaikan sumbangan berupa wang tunai masing-masing RM1,000 untuk masjid dan surau, dan, RM1,200 untuk setiap PDK. Wang tunai ialah untuk kegunaan penerima menganjurkan aktiviti 'moreh' pada bulan puasa Ramadhan bermula Rabu, 10 Julai.
SKMM PERLU
BERSUNGGUH-SUNGGUH KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Dalam
pada itu katanya, SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, hendaklah
menguatkuasakan ‘dengan bersungguh-sungguh’ undang-undang yang ada berkaitan
dengan media maya.
“Kita hanya tahu
ada penguatkuasaan jika ada pendakwaan dijalankan. Setakat ini, tidak banyak
pendakwaan dijalankan. Sedangkan kita tahu, fitnah ini berleluasa,” katanya sambil
menyebut beberapa undang-undang sedia ada.
Antaranya;
Seksyen 500, Kanun Keseksaan mengenai fitnah; Seksyen 4 (1) (B) Akta Hasutan
1948 , yang menyebut tentang apa-apa perkataan yang disifatkan menghasut,
serta, Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tentang penggunaan
tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Saranan
agar Kerajaan Persekutuan lakukan kajian bagi mengadakan peraturan demi membendung
gejala fitnah dalam media maya pula ada Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut semasa
mencelah ketika Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Mohd Soffi Abdul Razak menggulung
perbahasan bagi pihak Jawatankuasa Negerinya, terhadap usul menjunjung kasih
atas titah KDYMM Sultan Pahang merasmikan Dewan Undangan Negeri ini.
“Kerajaan Negeri
akan menulis secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan, supaya media sosial,
media maya ini, diberikan sedikit-sebanyak ‘regulation’, maknanya diselaraskan;
supaya tidak membuta-tuli menghentam atas nama demokrasi, atas nama ‘fundamental
rights’.
‘GOOGLE’PUN
TIDAK DAPAT DICAPAI DI NEGARA CHINA
“Kita akan
cadangkan supaya pihak Kerajaan buat kajian sepenuhnya dan menghantar rombongan
pergi ke Amerika (Syarikat) yang terdapat luasnya, bebasnya, penggunaan media
maya ini.
“Dan pergi juga
ke Singapura dan juga negara China, bagaimana ‘googgle’pun tidak dapat ‘access’
(mudah-capai). Kita perlu hantar rombongan pergi ke Singapura, pergi ke China,
belajar bagaimana sikit-sebanyak media mayanya boleh diselaras dan dikawal,” katanya lagi. –
Khabar