… yang
membanggakan Menteri Besar, lalu berpesan agar ‘ini perlu kita kekalkan’
DALAM UCAPAN LUAR TEKS 16-MINITNYA...
HOTEL
M.S.GARDEN, KUANTAN
– Sebanyak 14 koperasi di Pahang tergolong dalam kalangan 100 koperasi terbaik negara
maka Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan menyarankan agar prestasi cemerlang ini
terus dikekalkan.
“Yang paling
menariknya, koperasi di negeri Pahang ini ada 14 buah yang merupakan 100
koperasi teratas dalam Malaysia,” katanya disusuli secara sederap,
tepukan para hadirin.
“Maknanya, 100
koperasi yang terbaik ini, 14 dari Pahang, lebih 10 peratus dari Pahang (dan)
ini perlu kita kekalkan,” katanya lagi dalam ucapan luar teks kira-kira 16-minitnya
pada program Sembang Koperasi tengah hari Ahad, 13 Oktober di sini.
Program
anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini dihadiri sendiri oleh
menterinya – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’
Hasan Malek, serta, ahli-ahli koperasi dan orangramai yang memenuhi setiap
ruang dewan di tingkat 5, hotel milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang (MUIP) ini.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya berkata betapa, sesebuah koperasi yang diuruskan
dengan baik dan sempurna, dapat menjadi kekuatan kepada koperasi serta
ahli-ahlinya untuk menangani isu-isu seperti kenaikan harga barangan keperluan
atau kemelesetan ekonomi.
BINCANG DI MEJA MAKAN... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang berbincang sesuatu dengan Dato' Hasan, sebaik-baik tiba di meja makan. Yang turut kelihatan ialah Dato' Shahiruddin (kiri sekali).
KUKUHKAN LAGI
KOPERASI MASING-MASING
“Itu sebabnya
tuan-tuan dan puan-puan; datang pada hari ini betul… bersembang-sembang dan
lebih kurang. Tapi jangan lupa bila balik nanti, mengukuhkan lagi pergerakan
koperasi kita,”
katanya.
Beliau
turut menyebut statistik berkaitan koperasi di negeri Pahang ini iaitu terdapat
819 koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 296,799 orang atau hampir 300,000
orang.
Modal
syer atau saham terkumpul menurutnya, ialah RM240.1 juta manakala aset atau
harta terkumpul pula pada keseluruhannya, bernilai RM498.3 juta!
“Maknanya,
pergerakan koperasi di negeri Pahang ini sebenarnya adalah besar. Dan sudah
pasti, kalau koperasi itu besar, dapat buat kuntungan maka faedahnya dapat
dinikmati oleh koperasi (serta anggota-anggotanya).
“Seperti kata
Dato’ Hasan tadi, kalau ‘company’, syarikat; orang tertentu, beberapa orang
sahaja (yang akan menikmati keuntungan). Tapi kalau koperasi, kita ramai-ramai
boleh mendapat faedah,” katanya lagi.
BERMESRA DENGAN HADIRIN, SEMASA BERJALAN MASUK KE DEWAN...
TAUKE AKAN
BANGKRAP JIKA TIDAK BELI DUA MINGGU
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut menyentuh tentang gerakan kepenggunaan yang antara lain
katanya, ia (kepenggunaan) sebenarnya, ialah ‘senjata yang paling ampuh’
untuk menghadapi dan mengatasi isu kenaikan harga barangan.
Beliau
berkata betapa beliau difahamkan, pengeluar ayam misalnya, boleh jatuh muflis
sekiranya pengguna – dengan kuasa dan gerakan kepenggunaannya, tidak membeli
ayam selama cuma dua (2) minggu sebagai tindak-balas kepada kenaikan harga
ternakan tersebut.
“Begitu juga
saya difahamkan; kalau harga ikan naik, jangan beli ikan dua (2) minggu, maka
tauke ikan akan bangkrap.
“Oleh sebab itu,
kita kena bersama-sama dalam gerakan koperasi ini, bukan (setakat) soal menambah
saham sahaja. Bukan (setakat) soal menambah harta sahaja. Tetapi, untuk (turut)
menjaga kedudukan kita sebagai pengguna.
“Ini adalah satu
cara yang sangat berkesan. Dan, kita tidak mati kalau tak makan ikan dua (2)
minggu. Kita tidak mati kalau tak makan ayam dua (2) minggu,” katanya lagi.
HADIRIN, PADA MAJLIS SANTAI TENGAH HARI HUJUNG MINGGU...
HASRAT PM UNTUK
BELA RAKYAT
Beliau
seterusnya berkata, memanglah menjadi hasrat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd
Najib Abdul Razak, untuk terus membela rakyat termasuklah mereka dalam golongan
berpendapatan rendah.
Ekoran
itu katanya, banyak ikhtiar serta usaha dilakukan untuk menjana dan menggerakkan
ekonomi negara yang dengannya, rakyat termasuklah golongan berpendapatn rendah,
dapat turut menikmat kesan limpahan daripadanya.
Dalam
pada itupun beliau mengakui, betapa sebahagian tertentu rakyat yang marah
terhadap Kerajaan apabila Kerajaan mengumumkan baru-baru ini, penarikan subsidi
minyak sebanyak 20 sen dan kemarahan ini kononnya bakal diterjemahkan dalam
bentuk undian pada pilihanraya umum akan dating.
“Tapi, mereka
tidak sedar bahawa Kerajaan sekarang ini, dalam perbualan saya dengan YAB
Perdana Menteri; ialah untuk mencari satu jalan, satu mekanisme bagaimana
subsidi Kerajaan ini dapat dinikmati
oleh orang yang layak,” katanya.
“Sekarang ini,” katanya lagi, “Kalau saya menunggang motosikal dan orang (lain
khususnya yang lebih berada) punyai kereta ‘porche’, kereta ‘mercedes’; dia
dapat subsidi (minyak) juga. Ini jangan kira nelayan-nelayan asing yang datang
ke laut dalam kita dan orang kita pula pergi menjual (kepada nelayan-nelayan
asing ini) ke tengah laut, (minyak) disel dan sebagainya.
HANYA YANG LAYAK
DAPAT SUBSIDI
“Dan jangan kira
lagi, pemandu-pemandu dari negara-negara jiran (yang mengisi minyak di negara ini)
– semuanya menikmati subsidi”.
“Saya percaya,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan penuh yakin, “Kalau YAB
Perdana Menteri diberikan sokongan, apabila kaedah memberi subsidi ini dapat
diatur semula – hanya yang layak sahaja yang dapat subsidi;
“… maka subsidi
yang berjumlah RM24 bilion setahun itu (yang tidak lagi digunakan untuk
menampung subsidi untuk minyak berkenaan) boleh digunakan untuk diberikan terus
kepada rakyat”.
Selain
Dato’ Hasan, yang turut hadir pada program tengah hari cuti hujung minggu ini
ialah Pengerusi, Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri,
Dato’ Shahiruddin Ab. Moin;
Ahli
Parlimen, Dato’ Manan Ismail (BN – Paya Besar); wakil rakyat negeri, Encik
Suhaimi Jusoh (BN - Lepar); Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Nik Ali Mat Yunus;
dan, Pengarah SKM Negeri, Encik Mohamad Zawawi Mahmud. – Khabar