…
atas sokongan kepada pasukan bolasepak Pahang, hingga menjuarai Piala Malaysia.
“… dan nak
menunjukkan betapa serius Dato’ Sri DiRaja menyokong perjuangan kita, dalam
demam-demam itu, (sebelah) pagi, dia melayan 50, 60 bas (yang membawa penyokong
pasukan, yang berhenti sebentar di kawasan berhampiran Plaza Tol Bentong).
“(Sebelah)
malam, sanggup lagi dalam demam, sampai dah tak bermaya betul baharu dia
‘surrender’. Itupun satu hari selepas itu, dah menang baharu dia ‘surrender’ ke
doktor.
“Ha, itu dia
Dato’ Sri Menteri Besar kita,” kata YAM Tengku Muda Pahang yang
disusuli tepukan gemuruh hadirin, menceritakan kembali peristiwa hari Ahad, 3
November, sebelum ‘final’ Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, yang
merupakan sehari sebelum Menteri Besar itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince
Court, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman.
KEDUA-DUA TOKOH NEGERI KITA, BERSAMA-SAMA PAK MAJID DENGAN PIALA MALAYSIA...
HOTEL ZENITH,
KUANTAN
– “Sebenarnya, YAB Dato’ Sri Menteri
Besar, hendak kita juara bertahan, antara satu daripada sebab-sebabnya, sebab
Dato’ Sri ‘missed’ final malam itu," YAM Tengku Muda Pahang berseloroh.
“Ya. Untuk
makluman. Dato’ Sri Menteri Besar, berlepas bersama dengan saya ke Stadium
(Shah Alam) malam tu. Tapi, sampai ke stadium sahaja, apabila sampai ke stadium,
dia letih dan terpaksa patah balik.
“… dan nak
menunjukkan betapa serius Dato’ Sri DiRaja menyokong perjuangan kita, dalam
demam-demam tu, (sebelah) pagi, dia melayan 50, 60 bas (yang membawa penyokong
pasukan, yang berhenti sebentar di kawasan berhampiran Plaza Tol Bentong).
“(Sebelah) malam,
sanggup lagi dalam demam, sampai dah tak bermaya betul baharu dia ‘surrender’.
Itupun satu hari selepas itu, dah menang baharu dia ‘surrender’ ke doktor.
“Ha, itu dia
Dato’ Sri Menteri Besar kita,” kata YAM Tengku Muda Pahang lagi, disusuli tepukan gemuruh hadirin, menceritakan kembali peristiwa hari Ahad, 3
November, sebelum ‘final’ Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, yang
merupakan sehari sebelum Menteri Besar itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince
Court, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman.
PENGHARGAAN
KEPADA KUMPULAN PENYOKONG
Kata-kata
ini dizahirkan dalam awal ucapan luar teks 13-minit YAM Tengku Muda Pahang pada
makan malam meraikan kejayaan pasukan bolasepak negeri menjuarai Piala
Malaysia, pada Selasa, 26 November di sini.
Ucapan
YAM Tengku Muda yang juga Presiden, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP)
menyusul selepas Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, memberikan ucapan
luar teks 12-minitnya.
“… tidak lengkap
rasanya kalau saya tidak menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu dan menyumbang ke arah kejayaan ini;
“Khususunya
kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri DiRaja, Dato’ Sri Hj Adnan Hj
Yaakob, Kerajaan Negeri Pahang, semua ahli-ahli YB, agensi-agensi Kerajaan dan
pihak media;
“… dan juga
kepada kumpulan penyokong Pahang yang akhirnya telah terbentuk sebagai salah
satu (kumpulan) penyokong bolasepak yang terbaik dan paling berdisiplin di
dalam negara ini.
PAK MAJID,
PEMINAT SETIA
“Kumpulan yang
saya maksudkan adalah penyokong kuat kita – Elephant Army,” katanya
disusuli tepukan tanda mengiyakan dan beliau berharap, sokongan kuat tersebut dapat
diteruskan.
“… dengan
sokongan, nyanyian daripada Elephant Army telah mempertinggikan prestasi
pemain-pemain, memberi mereka semangat yang lebih, untuk kadang-kadang mengubah
kedudukan.
“Dalam banyak
situasi, (ketika) kita berada sebagai ‘underdog’ ataupun kita (sedang) ‘trailing’ (ketinggalan);
dengan sokongan yang berterusan (oleh penyokong Elephant Army), kita dapat
mengubah situasi itu,” katanya.
Beliau
turut menyebut nama seorang penyokong atau ‘peminat setia’ – Encik Majid Abdul
Hamid atau Pak Majid, yang telah sanggup berjalan kaki dari Masjid Negeri
Sultan Ahmad 1 hingga ke Stadium Shah Alam, bagi menunaikan nazar sempena
Pahang keluar sebagai juara.
“Saya kagum,
terharu dan bangga dengan niat yang murni Pak Majid. Kita sampai nak
marahpun ada juga sebab memandangkan kita semua yang muda ini. Pak Majid
berjalan jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
SELAMAT MAJU
JAYA, DOLLAH SALLEH
“Ramai yang
muda-muda termasuk sayapun tak daya Pak Majid. Tapi Alhamdulillah, Pak Majid
telah melakukan sesuatu yang luar biasa, amat luar biasa.
“Semangat
seumpama ini saya harap, akan menaikkan lagi semangat pemain untuk bermain
dengan lebih kuat dan bertenaga,” katanya sambil bertanyakan sesuatu
kepada Pak Majid, yang turut berada dalam kalangan hadirin.
YAM
Tengku Muda juga mengucapkan ‘terima kasih istimewa kepada sahabat saya’, Ketua Jurulatih, Encik Dollah Salleh, yang
akan meninggalkan pasukan negeri untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi
bersama-sama keluarganya.
“… dan kita
doakan semoga selamat maju jaya dalam menyahut cabaran baharu yang akan datang.
“Walau
bagaimanapun, bumi Pahang, pintu PBNP sentiasa terbuka untuk Encik Dollah,” kata YAM Tengku
Muda disusuli tepukan, kemudian berseloroh,
“Kalau nak beli rumah di sinipun boleh, kita boleh bagi diskaun”. – Khabar