… pemberian
sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada pasukan bolasepak Pahang yang
menjuarai Piala Malaysia 2013.
“Kalau ada pihak
yang mempertikaikan kenapa beri sikit sangat? Kita katakan RM30,000 bukan
sikit.
“Tapi kalau ada
yang mengatakan, kenapa beri banyak sangat? Sebenarnya, RM30,000 bukanlah
hadiah untuk kita beri kepada pemain-pemain yang membawa balik piala ini.
“Sebenarnya,
usaha gigih ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit – bukan sahaja (usaha
gigih) pemain-pemain tetapi Presiden sendiri, YAM Tengku Muda Pahang. Tetapi,
banyak tanda berlebih, sikit tanda ingat. Kalau sikit RM30,000 itu, tanda
Kerajaan ingat kepada semua pemain-pemain,” kata Menteri Besar.
PELOPOR & PENDOKONG KEBANGKITAN BOLASEPAK NEGERI KITA... Kedua-dua tokoh negeri, YAM Tengku Muda Pahang dan Dato' Sri DiRaja Adnan, sedang melakukan 'pose' bersama-sama Piala Malaysia yang kita jadi juara buat kali ketiga selepas kejayaan tahun 1983 dan 1982; dan tahun ini.
HOTEL ZENITH,
KUANTAN
– Kerajaan Negeri menetapkan pemberian RM30,000 seorang kepada para pemain dan
mereka yang terlibat dengan pasukan bolasepak negeri, yang telah menjuarai
Piala Malaysia 2013, pada malam ‘final’ 3 November lepas.
Berita
baik ini diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, pada
majlis makan malam meraikan kejayaan pasukan Pahang selaku juara, yang turut
dihadiri YAM Tengku Muda Pahang, Selasa, 26 November di sini.
“Mulanya kita
fikir, kalau RM10,000 sikit sangat. Kalau RM50,000 seorang banyak sangat.
“Jadi kita telah
ambil jalan pertengahan iaitu, semua yang bertanggungjawab dan akan ditentukan
oleh YAM Tengku Muda Pahang – pemain-pemain, pegawai-pegawai, termasuk yang mengangkat
baldi air sebagainya, tukang balut, tukang urut semua; kita ambil
keputusanuntuk beri RM30,000 seorang,” katanya yang serentak itu menderaikan tepukan
gemuruh mereka yang hadir khususnya para pemain.
“Kalau ada pihak
yang mempertikaikan kenapa beri sikit sangat, kita katakan RM30,000 bukan
sikit.
UCAPAN LUAR TEKS 12-MINIT MENTERI BESAR KITA...
BANYAK TANDA
BERLEBIH, SIKIT TANDA INGAT
“Tapi, kalau ada
yang mengatakan, kenapa beri banyak sangat? Sebenarnya, RM30,000 bukanlah
hadiah untuk kita beri kepada pemain-pemain yang membawa balik piala ini.
“Sebenarnya,
usaha gigih ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Bukan sahaja (usaha
gigih) pemain-pemain tetapi Presiden sendiri, YAM Tengku Muda Pahang. Tetapi,
banyak tanda berlebih, sikit tanda ingat. Kalau sikit RM30,000 itu, tanda Kerajaan
ingat kepada semua pemain-pemain,” katanya lagi.
Sehubungan
itu beliau berharap, para pemain khususnya, dapat memanfaatkan pemberian
Kerajaan Negeri itu dan betapa jika dapat menjuarai lagi piala tersebut musim
depan dan pula berasaskan kepada kemampuan Kerajaan Negeri, pemberian itu
mungkin dilipat gandakan sama ada ‘double’ atau ‘tripple’.
Beliau
turut mengingatkan para pemain supaya berusaha lebih bersungguh-sungguh serta
akur betapa kejayaan yang dikecapi sekarang – selain dorongan dan bimbingan
oleh YAM Tengku Muda Pahang; ialah
kerana pemupukan disiplin diri sendiri.
“Kejayaan kita (pemain-pemain)
sebenarnya sikit-sebanyak, adalah disebabkan oleh pemain-pemain Pahang
mempunyai disiplin, komitmen yang paling tinggi. Itu sebab kita berjaya,” katanya
disusuli tepukan sekali lagi.
DI MEJA UTAMA... Selain YAM Tengku Muda dan Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan ialah Dato' Ishak serta beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri di meja berhampiran.
‘VISION’ YANG TERCAPAI
Menurutnya,
Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan dalam apa juga bentuk yang
difikirkan sesuai, bagi memastikan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP)
yang diterajui oleh YAM Tengku Muda Pahang, dapat menguruskan pasukan negeri
dengan baik bagi menghadapi pelbagai pertandingan.
Pada
awal ucapan luar teks 12-minitnya lagi, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah memberikan
kata-kata pujian yang tinggi terhadap YAM Tengku Muda Pahang, yang disebutnya
secara ‘single-handedly’ mengemudi pasukan bolasepak negeri ini ke arah
kejayaan.
“Patik berasa
sangat bangga dan pada ketika yang sama, sangat terharu kerana patik telahpun
mengikuti kepimpinan YAM Tengku dalam Persatuan Bolasepak Negeri Pahang ini,
sejak beberapa tahun yang lalu.
“Yang lebih
membanggakan patik ialah, ‘vision’ atau pandangan jauh YAM Tengku kerana dengan
pandangan jauh ini, ‘vision’ ini, maka hasrat untuk Pahang menjadi juara
akhirnya tercapai, setelah menjadi juara kali pertama 1983, kemudian, kalau tak
silap patik, 1992, akhirnya 2013.
“Patik katakan
bahawa kejayaan ini sebenarnya boleh dikatakan ‘single-handedly’, ‘as a result
of’ Tengku Muda punya kerja-kerja,” katanya disusuli tepukan gemuruh oleh
para hadirin.
ANTARA PEMAIN-PEMAIN KEBANGGAN KITA...
ANGKAT TABIK
KEPADA YAM TENGKU MUDA PAHANG
Menurutnya,
beliau telah mengikuti bagaimana YAM Tengku Muda Pahang menubuhkan pasukan
peringhkat kelab – Shahzan Muda yang ketika itupun beliau sendiri agak ragu-ragu
dengan keberkesanannya sementelah penubuhannya turut membebankan PBNP daripada
segi kewangan dan pengurusan.
Bagaimanapun
beliau mendapati, pandangan jauh YAM Tengku Muda Pahang terbukti berjaya dengan
keupayaan menjadikan kelab Shahzan Muda sebagai ‘feeder’ serta ‘graduate’ kepada
kesebelasan pertama pasukan negeri Pahang bagi menghadapi saingan Piala
Malaysia.
“Dan akhirnya,
pada tahun 2013, nyata sekali, pandangan jauh, perancangan dan juga ‘vision’
YAM Tengku telahpun membuahkan hasil dengan Pahang menjadi juara Piala Mayalsia,”
katanya
yang sederap itu dewan bertepukan gemuruh lagi.
“Oleh sebab yang
demikian YAM Tengku, patik dengan rakan-rakan dalam Kerajaan, berasa sangat
terharu, sangat terhormat, dan patik angkat tabik kepada YAM Tengku…,” yang disusuli
tepukan lagi, “… kerana, sebenarnya
sikit-sebanyak YAM Tengku, mewarisi kebijaksanaan Paduka Ayahanda, KDYMM Tuanku
Sultan Pahang,” katanya lagi.
Antara
yang turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Speaker, Dewan Undangan
Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; Setiausaha Kerajan Negeri, Dato’ Sri Muhammad
Safian Ismail yang juga Timbalan Presiden, PBNP;
Pengerusi,
Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Johari Husin; ahli-ahli Exco
Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Norzan Ahmad; wakil
rakyat-wakil rakyat Kerajan; dan, Ketua Jurulatih pasukan, Encik Dollah Salleh.
– Khabar