… menghargai hanya selepas ketiadaannya, sungguhpun buat seketika.
kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Betullah kata-kata, kita akan hanya menghargai sesuatu selepas ketiadaan atau kehilangannya atau Bahasa Inggerisnya, ‘we appreciate things only after we lose them’.
Maka begitulah juga, kembalinya matahari menyinari bumi pada pagi ini, Rabu, 11 Disember, baharulah kita menghargai dan mensyukurinya, setelah negeri ini khususnya Kuantan, dilanda cuaca buruk hingga menyebabkan banjir besar baru-baru ini.
Sehubungan itu, tentu kita kecewa dengan sikap segelintir manusia – sepertimana yang dimuat-naik dalam sesetengah laman sosial seperti ‘facebook’; yang asyik gemar melihat serta mempunyai tanggapan buruk semata-mata terhadap Kerajaan yang ada, disebalik segala yang terdaya yang telah dilakukannya.
Yang paling mengececawakan ialah apabila ada yang ber‘sembang-sembang’ tentang kononnya banjir yang melanda teruk negeri ini baru-baru ini, adalah ekoran Kerajaan Negeri meluluskan projek 1Malaysia Spiritual Toursim (1MST) City, di Gambang, dekat sini.
Bahawasenya hal ini telahpun dinafikan oleh Kerajaan Negeri sejak 2 Oktober lagi dan beritanya disiarkan oleh media-media cetak dan media sosial termasuk dalam khabarpahang.blogspot.com ini, langsung tidak diambil peduli.
KISAH PEMBURU, ANJING YANG BOLEH LARI ATAS AIR; DENGAN RAKAN-RAKAN BERFIKIRAN NEGATIF
Bahawasenya syarikat asal milik Bumiputera yang Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepadanya – Waras Mekar Sdn Bhd; telah membuat laporan polis terhadap syarikat yang telah menguar-uarkan tentang 1MST itupun, tidak diambil endah.
Lalu, teringatlah akan kisah-teladan yang baharu penulis dengar dalam satu ruangan di Radio Malaysia Pahang FM pagi ini, mengenai seorang pemburu pemilik kepada anjing yang boleh berlari di atas permukaan air, dengan rakan-rakannya.
Kisahnya; seorang pemburu yang juga pemilik kepada seekor anjing, telah pergi berburu itik dengan rakan-rakannya di sebuah kawasan tanah lembab yang terdapat tasik di dalamnya.
Setiap kali pemburu ini meledakkan senapangnya lalu tertembaklah itik yang terbang bertempiaran, anjingnyapun berlari-lari di atas permukaan air tasik, lalu mendapat dan menggonggong itik berkenaan kembali kepada pemburu tersebut.
Ini berlaku berulang-ulang kali dan berulang-ulang kalilah juga, anjing istimewa yang yang boleh berlari-lari di atas permukaan air ini, menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
… KENAPA ANJING KAMU TAK BOLEH BERENANG?
Sekembalinya daripada berburuan, berkumpullah pemburu dan rakan-rakan, bercerita kembali mengenai sesi perburuan mereka. Menjangkakan rakan-rakannya mungkin terpesona dengan kehebatan anjingnya yang boleh berlari-lari atas permukaan air, lain pula yang diperolehinya;
“Yalah, kenapa anjing kamu tak boleh berenang?”. Bukan perkara positif yang dilihat, yang negatif dan buruk jugalah yang cuba diketengah, apatah pula diada-adakan! – Khabar