… atas alasan ia
tidak memulakan projek selepas dua (2) tahun kelulusan diberi untuk projek
pembangunan bercampur (rumah kediaman dan rumah kedai),
dan,
tidak
menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat
kelulusan, kata Menteri Besar.
“Kerajaan Negeri
Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai 1Malaysia Spiritual
Tourism City atau 1MST, dibuat di negeri Pahang Darul Makmur,” tegasnya.
ALAMAYA, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Kerajaan Negeri yang sejak 2 Oktober lepas lagi menafikan sebarang kelulusan
tanah untuk membangunkan apa yang disebut 1 Malaysia Spiritual Tourism (1MST) City,
hari ini mengumumkan akan membatalkan kelulusan tanah 250 ekar berkenaan kepada
syarikat milik Bumiputara – Waras Mekar Sdn Bhd.
Pembatalan
tersebut ekoran syarikat berkenaan (Waras Mekar Sdn Bhd) tidak juga memulakan
projek pembangunan bercampur perumahan dan perkedaian sepertimana dipersetujui,
selepas tempoh dua (2) tahun ia diluluskan.
Dan
pula, syarikat yang sama masih tidak menjelaskan bayaran premium tanah seluas
250 ekar yang terletak di Gambang dekat sini, sebanyak RM20 juta sebagaimana
syarat-syarat kelulusan.
Ini
ditegaskan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam kenyataan
akhbar yang dikeluarkan malam ini, Selasa, 10 Disember.
Pengeluaran
kenyataan ini dipercayai ada kaitan dengan desas-desus dalam media sosial, mengaitkan
kelulusan Kerajaan Negeri terhadap projek 1MST tersebut yang tidakpun benar, dengan
kejadian banjir teruk yang melanda negeri ketika ini.
KENYATAAN AKHBAR
SEPENUHNYA
“Kerajaan Negeri
Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai 1Malaysia Spiritual
Tourism City atau 1MST dibuat di negeri Pahang Darul Makmur,” tegas Dato’ Sri
DiRaja Adnan dalam kenyataan itu lagi.
Berikut
disiarkan sepenuhnya, kenyataan akhbar beliau;
“Pada bulan Mei
2011, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 250 ekar di Gambang
kepada sebuah syarikat Melayu, Waras Mekar Sdn Bhd, untuk tujuan pembangunan
bercampur (membina rumah kediaman dan rumah kedai).
“Syarikat ini
telah mencari rakan kongsi untuk tujuan ini. Salah sebuah syarikat yang
dirundingi Waras Mekar ialah Enchant Acres Sdn Bhd dengan tujuan untuk
pembangunan bercampur.
“Belumpun apa-apa
persetujuan dicapai, Enchant Acres Sdn Bhd telah membuat iklan untuk mewujudkan
1Malaysia Spiritual Tourism City dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan
satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang Cina.
ORANGRAMAI
TERTIPU DENGAN ENCHANT ACRES
“Enchant Acres
telah mengutip wang daripada bakal pembeli. Pihak Kerajaan Negeri menerima
aduan daripada ADUN PKR (kawasan) Teruntum menyatakan beliau menerima aduan
daripada ramai orang yang telah membayar wang membeli lot-lot kubur.
“Maknanya,
orangramai ini telah ditipu oleh Enchant Acres Sdn Bhd. Ini jelas satu penipuan
yang dilakukan oleh Enchant Acres Sdn Bhd. Pihak Waras Mekar Sdn Bhd telahpun
membuat laporan polis terhadap Enchant Acres Sdn Bhd.
“Kerajaan Negeri
akan membatalkan kelulusan kepada Waras Mekar Sdn Bhd atas alasan Waras Mekar
tidak memulakan projek selepas dua (2) tahun kelulusan diberi dan tidak
menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM20 juta sebagaimana syarat-syarat
kelulusan.
“Kerajaan Negeri
Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai 1Malaysia Spiritual
Tourism City atau 1MST dibuat di negeri Pahang Darul Makmur”. – Khabar