... Selamat Tahun Baharu Cina
BUAT RAKYAT PAHANG KAUM CINA... Inilah iklan ucap Selamat Tahun Baharu Cina daripada Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, sepertimana tersiar dalam akhbar China Press keluaran hari ini, Khamis, 30 Januari.
Siaran ini sehari lebih awal daripada tarikh sambutan pada esok, Jumaat, 31 Januari ekoran akhbar ini sepertimana juga akhbar-akhbar 'vernacular' Cina lain; tidak akan diterbitkan esok dan juga lusa, Sabtu, 1 Februari.
Ini adalah ekoran akhbar-akhbar ini - kesemuanya dimiliki oleh syarikat induknya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, menikmati 'press-holiday' selama dua (2) hari (banyak untung ma...) pada hari ini (yang menyebabkan tiada penerbitan pada esok, Jumaat, 31 Januari), dan esok (yang menyebabkan tiada penerbitan pada lusa, Sabtu, 1 Februari).
LEBIH BAIKLAH NYALAKAN LILIN DARIPADA MENYUMPAH-SERANAH KEGELAPAN... Peribahasa Cina yang boleh diambil sebagai pedoman tentang betapa, seharusnya kita mencari ramuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi daripada asyik mencari-cari kesalahan atau salah-menyalahkan, yang bukan sahaja tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan. - Khabar
Thursday, 30 January 2014
Tuesday, 28 January 2014
Pilihanraya kecil (satay) Kajang?
... perlu?
LAWAK AWAL DI MEDIA MAYA... Ini merupakan antara paparan awal yang terdapat dalam media maya yang mempersendakan gelagat puak pembangkang dari parti politik pimpinan hamba Allah ini, yang meng'orkestra'kan tindakan wakil rakyat negerinya di Kajang bagi melepaskan jawatan pada Isnin, 27 Januari untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil di situ. - Khabar
Monday, 27 January 2014
'Ang pau' RM150 bagi wargatua Cina 70-tahun ke atas
… sumbangan sama
akan menyusul bagi wargatua Melayu, India menjelang perayaan masing-masing
kelak.
MENGHULUR KEPADA YANG MEMERLUKAN... Disebalik sokongan meleset daripada masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lepas (2013), majlis seumpama ini terus juga diadakan kerana rasa pertanggungjawaban yang tinggi serta sikap budimannya Kerajaan kita.
Dan sebagaimana biasa, keramahan Menteri Besar masih terus menambat hati masyarakat Cina khususnya wargatua, sepertimana tergambar pada foto yang dirakamkan pada petang Isnin ini.
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Seramai 3,281 wargatua Cina berusia 70-tahun
ke atas, masing-masing menerima sumbangan ‘ang pau’ RM150 dari Kerajaan Negeri,
sempena Tahun Baharu Cina pada hujung bulan ini.
Mereka
ialah dari kawasan-kawasan parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar, yang
di bawahnya ialah dewan-dewan undangan negeri kawasan Tanjung Lumpur (98 penerima),
Inderapura (38 penerima), Teruntum (1,116 penerima);
Semambu
(1,188 penerima), Beserah (92 penerima); Sungai Lembing (275 penerima),
Panching (161 penerima), dan, Lepar (292 penerima).
Yang
turut menerima ialah 21 orang dari dewan undangan negeri kawasan Pulau Manis
yang di bawah kawasan parlimen Pekan.
Majlis
disempurnakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada petang
Isnin, 27 Januari, di sini.
Yang
turut hadir ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, yang juga wakil rakyat (BN –
Inderapura), Dato’ Shafik Fauzan Sharif; wakil rakyat (BN – Panching), Dato’
Mohd Zaili Besar; serta, Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad.
KE-BER'SAHAJA'ANNYA... Diringi oleh Dato' Shafik Fauzan dan Dato' Norhayad; Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan ucapan 19-minitnya penuh bersahaja, dalam lenggok bahasa yang mudah difahami oleh para penerima.
Ada kalanya, begitulah mudah bahasanya itu seperti menyebut 'titon' atau tidur, belum sempat penterjemah (kanan sekali) menterjemahkannya, para penerima yang sudah sedia faham, lebih dahulu sama ada bertepuk tangan atau ketawa riang dengan apa yang diucapkan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan.
“… SEBAB KITA
RAKYAT PAHANG”
Dalam
ucapan luar teks 19-minitnya, Dato’ Sri DiRaja Adnan secara konsisten, masih menekankan
tentang betapa Kerajaan Negeri tadbirannya, berusaha membantu rakyat tanpa
mengira kaum, agama mahupun parti politik yang mereka dokong.
“Kita hendak
tolong sikit-sebanyak, semua orang – Melayu ka, Cina ka, India ka, Benggali ka,
Orang Asli ka… Tak kira Melayu ka, Islam ka, Buddha ka, Kristian ka, Hindu ka,
tak dak ugama ka; kita tolong semua.
“Kita bantu
bukan sebab politik. Orang undi Barisan (Nasional) ka, PKR ka, PAS ka; kita
bantu. Undi DAPpun kita bantu. Sebab, kita rakyat Pahang,” katanya kepada
para penerima yang memenuhi Dewan ini.
“Kita percaya
sikit-sebanyak, bantuan ini boleh kita punya hati sikit suka,” katanya lagi
dalam lenggok bahasa bagi mudah memahamkan mereka.
“Kalau mau kira
parti, (kawasan parlimen) Kuantan PKR punya, (kawasan parlimen) Indera Mahkotapun
PKR punya (yang dimeanngi pada Pilihanraya Umum ke-13 lepas). Kira-kira dalam
Dewan ini, banyak undi PKR juga…
KHALAYAK PENERIMA YANG RAMAI... Semoga ramailah juga nanti yang berterima kasih, lalu kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan yang ada pimpinan BN Negeri.
HIDUP
BERBAIK-BAIK ANTARA PELBAGAI KAUM DAN AGAMA
“Tapi itu tak
mustahak. Saya tuhan Allah kasi saya jadi Menteri Besar untuk tengok (menjagai
kebajikan) semua orang (tanpa mengira latar kaum dan agama)…,” tegasnya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan juga secara ‘istiqamah’ menekankan tentang pentingnya
perpaduan yang terjalin erat antara pelbagai kaum dan agama di negeri dan negara
ini, terus terpelihara.
“Kita mahu ini negeri
aman ka, kaya ka, senang ka; kita sendiri boleh pilih, kita sendiri yang
tentukan,”
katanya. “Kita kena ingat, di luar negara,
satu bangsa, satu ugamapun gaduh.
“Tapi kita dari
dulu lagi – sebelum merdeka, sudah merdeka, Malaysia – Melayu, Cina, India, Orang
Asli, Benggali, Iban, Dayak, Kadazan; semua kaum, banyak ugama, kita mahu hidup
baik-baik,”
katanya disambut tepukan oleh para penerima.
“Kita mesti
fikir kita punya anak, kita punya cucu… Kita sudah tua, bila-bila boleh mati. Orang
Cina cakap, mati apa susah, ‘titon’ (tidur),” katanya bersenda, sederap itu
dituruti ketawa para penerima – belum sempatpun penterjemah menterjemahkannya.
JANGAN ‘MENANG
JADI ARANG, KALAH JADI ABU’
Beliau
seterusnya mengungkapkan peribahasa Melayu – ‘Menang jadi arang, kalah jadi abu’
bagi menekankan tentang kesan buruk yang bakal diperolehi jika pertelingkahan
pula yang berlaku, yang akan merugikan semua pihak.
“Tuan-tuan mesti
fikir apa fasal MB cakap ini macam? Saya cakap ini macam sebab, lain negeri banyak
gaduh-gaduh. Kita punya tempatpun ada orang cuba kasi kacau, kasi gaduh-gaduh,
itu sebab kita takut.
“Kalau negeri
tak dak aman, makanpun susah, keretapun tak boleh pakai, tengok wayang pun tak
boleh, main mahjungpun tak boleh, (sambutan) Gong Xi Fa Chaipun tak boleh… Apapun,
negeri mesti aman,”
tegasnya lagi.
Mengenai
sumbangan ‘ang pau’ hari ini katanya, ia diberi sementelah masyarakat Cina
khususnya wargatua 70-tahun ke atas, akan menyambut Tahun Baharu Cina hanya
beberapa hari sahaja lagi (pada 31 Januari).
Sumbangan
RM150 seorang yang sama katanya, akan dilanjutkan bagi meliputi kaum-kaum lain
seperti Melayu dan India, apabila menjelangnya sambutan perayaan mereka seperti
Hari Raya Puasa dan Deepavali kelak. – Khabar
Thursday, 23 January 2014
"Di mana letak barakahnya nanti, kehidupan kita...?"
… apabila nama
Allah SWTpun tidak dapat umat Islam jagainya, sanggah Menteri Besar berhubung isu
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam
HADIAH BUAT PESERTA...
HOTEL M.S.GARDEN,
KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob membangkitkan tentang barakahnya
kehidupan umat Islam hari ini dengan mengaitkan peranan mereka dalam
mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam.
“Saya takut,
dari satu sudut, Allah Ta‘ala akan murka kepada kita. Nama Allah Taalapun kita
tak boleh jaga.
“Di mana letak
barakahnya nanti, kehidupan kita…? Ini yang perlu kita fikirkan selaku orang
Islam,”
tegasnya dalam ucapan luar teks 20-minit mewakili KDYMM Sultan Pahang
merasmikan penutupan Tilawah al-Quran Saudara Baharu Peringkat Kebangsaan malam
Rabu, 22 Januari, di sini.
“Kita orang
Islam, pemimpin-pemimpin yang ada; mesti bangkit, kita mesti bertegas…,” katanya lagi.
Beliau
nyata kecewa apabila menyebut mengenai tindakan beberapa pihak termasuk
golongan profesional bukan Islam, yang mempertikaikan titah-titah oleh DYMM
Sultan Selangor kemudian SPB Yang Dipertua Agong yang juga Sultan Kedah, bertegas
tentang kalimah Allah untuk umat Islam semata-mata.
SESI FOTO BERKUMPULAN...
“KALAU DAHULU,
TAK TAHULAH APA YANG AKAN BERLAKU…”
“Kalau dahulu,” katanya, “… tak tahulah apa yang akan berlaku…” “Kita
berharap supaya pihak berkuasa, yang berkuasa untuk menguatkuasakan
undang-undang ugama ini, mesti bertegas,” katanya lagi.
Dato’
Sri DiRaja Adnan menyanggah pendapat sesetengah pihak kononnya kalimah Allah
telahpun lama digunakan termasuk sebelum Nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai
Rasul lagi.
Namun
katanya, Baginda telah telah datang serta
membetulkan kekeliruan dengan menetapkan bahawa, Tuhan yang maha esa yang
merupakan pencipta alam ini adalah dikenali sebagai Allah.
Jika
di Sabah dan Sarawak katanya, memang umat Islam dan juga penganut Kristian,
tidak menjadi masalah kepada mereka menggunakan kalimah Allah yang sama dan
mereka tahu membezakan antara kitab-kitab al-Quran dan Injil.
“… Islam telah
sampai dahulu ke Sabah dan Sarawak, kemudian (baharu) datang pendakwah-pendakwah
Kristian.
JUARA... Suaranya yang lunak, bacaannya yang lancar dan berlagu, tidak langsung dapat kita bezakannya seorang saudara baharu, dengan kita yang - meminjam istilah yang Dato' Sri DiRaja Adnan sebut -'saudara lama'. Inilah, orang Sabah ba... Encik Akop Abungkil.
SINGKAP
PERISTIWA NATRAH DI SINGAPURA
“Oleh sebab
Bumiputera di sana telahpun mengetahui Tuhan sebagai Allah dan mereka menerima
juga apabila orang Kristian menggunakan istilah Tuhan sebagai Allah; tidak
timbul perselisihan (dan) ini telah terjadi zaman-berzaman.
“Tetapi di
Semenanjung ini, dari dahulu sampai sekarang, kita tahu Allah adalah kegunaan
orang Islam. Tidak patut sebagai contoh, penganut-penganut agama Kristian,
orang lain daripada bukan Islam, yang cuba tiba-tiba muncul menggunakan istilah
Allah, semata-mata untuk menimbulkan persengketaan,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan kemudian menyingkap peristiwa Natrah – anak daripada ibubapa
berbangsa Belanda, diserah dan dijadikan anak angkat oleh keluarga Melayu/Islam
semasa Perang Dunia Kedua ketika Jepun memerintah negara termasuk Singapura.
Yang
apabila perang tersebut tamat, Natrah dituntut kembali oleh ibubapa Belandanya
hingga mencetuskan kekacauan oleh Melayu/Islam termasuk pembunuhan, ekoran
mahkamah yang dikuasai orang Inggeris ketika itu, telah membuat keputusan
menyebelahi kedua-dua ibubapa Belanda beragama Kristian itu.
Dan
mujur katanya, keadaan sepertimana peristiwa Natrah, tidak berlaku dalam negara
ini sekarang dalam menghadapi isu kalimah Allah oleh kerana, menurutnya; “… kita terima dengan penuh kesabaran, kerana
Allah, tak apa…”.
DI MEJA UTAMA... Kelihatan bersama-sama di meja utama mengiringi Cik Puan Muda Pahang (tengah, bertudung biru) ialah Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Wahid; selain Dato' Ishak (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); YM Tengku Dato' Zulkifli (kanan sekali); dan, Dato' Abdul Rahman (kiri sekali).
KEMURTADAN JUGA
SATU ISU SEMASA UMAT ISLAM
Beliau
juga menyentuh tentang isu murtad dan menyatakan betapa, seolah-olahnya soal ini
boleh dipermain-mainkan oleh pihak-pihak tertentu. “Boleh keluar-masuk ugama dan boleh pula dikritik oleh golongan
cerdik-pandai, golongan mereka yang berpendidikan tinggi, profesional seperti
peguam-peguam.
“Walaupun kita
ada undang-undang tetapi apabila ada pihak yang cuba memperkecilkan,
memperlekehkan ekoran dari kejadian ini maka umat Islam sepatutnya sedar, bangun
daripada tidur dan sama-sama bersatu untuk mempetrtegakkan soal Islam ini,” tegasnya.
Mengenai
Tilawah al-Quran Saudara Baharu Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali
dianjurkan ini katanya, beliau bangga kerana yang menjadi peserta dan membaca al-Quran
ialah saudara-saudara baharu.
“Kita yang saudara
lama(pun) tak pandai baca macam saudara baharu baca tadi,” katanya merujuk
kepada bacaan yang diperdengarkan oleh johan qari dari Sabah, Encik Akop
Abungkil sebelum itu.
Isteri
kepada YAM Tengku Muda Pahang, Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Julita Aishah
Abdul Latif, telah turut berangkat hadir ke majlis penutupan tilawah yang
disertai oleh 38 qari dan qariah saudara baharu dari seluruh negara.
YANG TURUT HADIR…
Yang
turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam
Melayu Pahang (MUIP), Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Wan Wahid
Wan Hassan; Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Muhamad; Mufti Negeri,
Sahibus Samahah, Dato’ Abdul Rahman Osman;
Ketua
Hakim Syarie, Dato’ Abdul Rahman Yunus; YM Dato’ Setia Perkasa Pahang, Tengku
Dato’ Zulkifli Tengku Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Encik Mohd Nordin Ibrahim; ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri; ahli-ahli
Jemaah Pangkuan DiRaja Pahang; dan Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),
Dato’ Mohamad Roslan Harun. – Khabar
Wednesday, 22 January 2014
Sumbangan USD10 juta Kerajaan UAE kepada Pahang berkaitan banjir berbentuk barangan, bukan wang tunai
… ekoran perjumpaan terbaharu Menteri Besar dengan Duta Besar UAE pada Selasa, 21 Januari
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menjelaskan, sumbangan USD10 juta oleh Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kepada Pahang berkaitan banjir, akan berbentuk barangan bukannya wang tunai.
Keputusan terbaharu ini katanya dicapai, hasil pertemuannya dengan Duta Besar UAE ke negara ini, Encik Abdullah Matar Masrouei pada Selasa, 21 Januari lepas.
“Semalam, saya telah bawa rombongan Kerajaan Negeri – Dato’ Sri SS, Dato’ Syed Ibrahim, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang baharu, Dato’ Zulki-fly dan juga Dato’ Roslan; berjumpa dengan pihak Duta UAE dan juga pegawai-pegawai Bulan Sabit Merah dari UAE yang datang, wakil Kerajaan UAE.
“Kita telah berbincang dan telah capai kata sepakat iaitu mereka akan memberikan sumbangan dalam bentuk material. Mereka tidak bagi sumbangan kewangan. Sebab sumbangan kewangan ini mengikut merekalah, menimbulkan banyak masalah. Sama ada di Chad, samada Yaman – tempat yang mereka pergi beri sumbangan, semua timbul masalah.
“Jadi, tak hendak masalah yang sama timbul di Pahang, bantuan hanya untuk Pahang; mereka akan siapkan, belikan barangan tempatan seperti almari, ‘washing machine’, meja, kerusi, katil; dan ini (semua) yang akan didermakan,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media petang Rabu, 22 Januari di sini.
BANTUAN MUNGKIN DIAGIH DALAM SEBULAN-DUA INI
Sambil itu kata Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyenaraikan keluarga-keluarga yang terlibat banjir untuk menerima sumbangan tersebut, dan ini mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan-dua.
“Masalah sikit timbul mungkin sama ada pembekal boleh membekalkan sekian ribu unit yang kita perlukan sebab melibatkan 15,000 keluarga.
“Maknanya, tak ada bantuan kewangan (daripada sumbangan USD10 juta dari Kerajan UAE ini). Jadi, tak payahlah ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ke, nak cerita fasal duit, nak berterima kasih kepada UAE, tak payah,” katanya.
Dan beliau mengulangi betapa sumbangan oleh Kerajaan UAE ini ialah ekoran wujudnya hubungan peribadi yang sangat rapat antara Putera Mahkota Abu Dhabi negara Teluk itu, dengan KDYTM Tengku Mahkota Pahang.
Ini sementelah, kedua-duanya pernah belajar bersama di Akedemi Tentera Sandhurst di England. “Hubungan ini sampai sekarang sehinggakan pihak Yayasan Khalifa Zayed Al Nahyan boleh menghantar guru-guru Bahasa Arab ke mari; ha sekarang ini, bantaun banjir,” katanya.
ANG PAU RM150 KEKAL KEPADA WARGATUA 70 TAHUN KE ATAS
Pada persidangan media yang sama, Dato’ Sri DiRaja Adnan ditanyakan mengenai sumbangan ‘ang pau’ sempena Tahun Baharu Cina yang menurutnya, ia akan diteruskan tahun ini dengan kekal sumbangan RM150 seorang bagi warganegara berusia lebih 70 tahun.
“… dan kita akan panjangkan juga kepada umat Islam sempena Hari Raya Puasa, dan juga kepada mereka yang menyambut Deepavali. Dulupun kita buat tetapi tidak umumkan,” tegasnya.
Yang akan mengendalikan urusan pemberian ini pula katanya, ialah Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah di daerah masing-masing. “Siapa yang beri maklumat itu (tentang warganegara berumur lebih 70 tahun itu) kita akan ‘verify’, akan sahkan.
“Tak kira siapa – UMNO ke, MCA ke, DAP ke; yang mustahak maklumat itu sampai ke Pejabat Daerah. Ini kita tak fikir parti. Ini bukan soal parti. Kalau soal parti kita tak bagipun, sebab orang Cina ramai tak mengundi kita hari itu (pilihanraya umum ke-13 pada Mei 2013). Tapi kita bagi juga.
“Jadi kita… Ini soal hak dia sebagai rakyat negeri Pahang dan duit-duit Kerajaan, hasil cukai dan kita beri kepada mereka. Bukan atas ugama ke, fahaman politik ke, tidak. Ini atas (dasar) kemanusiaan,” katanya. – Khabar
Tapak 'stockpile' berpusat bagi simpanan sementara bijih besi di Gebeng, dan laluan bagi bagi mengangkutnya ke Pelabuhan Kuantan
… dua (2) keputusan Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang setujui demi elak pencemaran habuk dan lumpur di kawasan-kawasan dilaluinya sebelum ini terutamanya Kampung Selamat
“… mereka kena setuju. Kalau tidak, kita akan batalkan lesen dia. Lesennya hanya (sah untuk tempoh) dua tahun. Lepas dua tahun, dia kena datang balik kepada Kerajaan (untuk memperbaharui),” tegas Menteri Besar.
KEMESRAAN, SAMBIL KOMITMEN DIBUAT... Inilah perjumpaan mesra Menteri Besar dengan Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang pada petang Rabu, 15 Januari lepas, yang menerusinya komitmen para pelombong bijih besi ini demi tidak mencemarkan alam sekitar di sekitar Pelabuhan Kuantan khususnya laluan merentasi Kampung Selamat dekat situ, diterima.
Disamping Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (duduk sebelah kanannya), yang turut hadir dan kelihatan dalam foto ini ialah Presiden persatuan, YM Dato' Tengku Zulkifli Tengku Ahmad (duduk, paling kanan bertentangan Dato' Sri DiRaja Adnan).
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Dalam usaha mengatasi masalah pencemaran habuk dan lumpur diakibatkan oleh laluan lori-lori pengangkut bijih besi menerusi kawasan sekitar Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang dekat sini;
Kerajaan Negeri mendapat komitmen pengusaha/pengeksport bahan mineral itu menerusi persatuan mereka – Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang, terhadap dua (2) perkara iaitu, untuk menggunakan laluan lencongan sejauh 10 km tanpa lagi melalui jalan sebelumnya merentasi Kampung Selamat.
Dan, memunggah bijih besi yang diangkut ke satu tapak ‘stockpile’ berpusat simpanan sementara yang telah Kerajaan Negeri kenalpasti di Kawasan Perindustrian Gebeng yang berhampiran, sebelum pengeksportan.
Keputusan-keputusan ini dicapai hasil perjumpaan Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dengan wakil-wakil persatuan itu, petang Rabu, 15 Januari lepas.
Ini didedahkan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media petang Rabu, 22 Januari di sini.
TAK WAJAR DATANGKAN KESUSAHAN KEPADA ORANGRAMAI
“Kita telah beritahu pelombong-pelombong bahawa, mereka boleh menjalankan kegiatan mereka tetapi mereka tidak sewajarnya mendatangkan kesusahan kepada orangramai.
“Ada timbul masalah di Kampung Selamat dan juga di Pangkalan TLDM di Tanjung Gelang iaitu soal habuk, lumpur sebagainya; akibat daripada lalu-lalang (lori) yang membawa muatan bijih besi.
“Dan kita telah capai keputusan iaitu, semua lori bijih besi yang akan datang ini, serta-merta ya – hampir seminggu sudah kita kuatkuasakan; tidak lagi boleh melalui jalan Kampung Selamat dan juga jalan ke TLDM.
“Semua lori ini akan lalu, akan buat ‘detour’ , lencongan sejauh lebih kurang 10 km melalui Jalan Sungai Ular. Ini bermakna masalah habuk, lumpur sebagainya, dapat diatasi.
“Yang keduanya, Kerajaan Negeri telahpun mengenal pasti sebidang tanah dan dengan persetujuan Persatuan Pelombong (Bijih Besi Pahang), kita akan tentukan satu tempat untuk buat ‘centralized stockpiling’.
CENTRALISED STOCKPILING SITE
“Sekarang ini, ‘stockpile’ pelombong-pelombong ini mereka hantar ke merata tempat, mereka sewa tanah sebagainya. Sekarang ini kita sediakan tempat, mereka sewa daripada kita – dari Kerajaan Negeri ataupun agensi Kerajaan. Satu tempat sahaja,” katanya.
Kepada soalan wartawan sama ada pelombong-pelombong terlibat akan kesemuanya bersetuju dengan keputusan-keputusan itu khususnya mengenai laluan lencongan baharu, dengan tegas beliau menjawab;
“… mereka kena setuju. Kalau tidak, kita akan batalkan lesen dia. Lesennya hanya (sah untuk tempoh) dua tahun. Lepas dua tahun, dia kena datang balik kepada Kerajaan (untuk memperbaharui)”.
Dato’ Sri DiRaja Adnan kemudian menyingkap isu yang dihadapi pengusaha lori termasuk pengangkut bijih besi, dengan pihak penguatkuasa seperti Polis dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah beliau selesaikan sebelum ini.
“Soal ‘overweight’ sudah tidak timbul. Selepas tunjuk perasaan oleh pengusaha lori dahulu, saya telah panggil (perjumpaan dan perbincangan) dan sekarang ini, tiada masalah lagi baik SPAD, Polis dan pengusaha-pengusaha lori tak ada komplen apa-apa lagi,” katanya.
Dalam pada itu katanya, beliau telah meminta Persatuan Pelombong Bijih Besi Pahang supaya turut melaksanakan kerja-kerja CSR (Corporate Social Responsibility) yang boleh dimanfaati penduduk yang telah sekian lama terbeban dengan pencemaran habuk dan lumpur tersebut. – Khabar
Saturday, 18 January 2014
Gejala nak untung besar punca pencemaran alam sekitar
“Tapi
kadang-kadang, al-maklum sahajalah, pembalak-pembalak, kontraktor-kontraktor (pembalakan)
ini, kebanyakan ingin memaksimakan keuntungan maka mereka tidak mematuhi (undang-undang
dan) peraturan.
“Kita
kuatkuasakan dari masa ke semasa tetapi biasalah, mereka yang melanggar
undang-undang (dan peraturan) ini terlampau ramai daripada mereka yang
menguatkuasakan undang-undang,” kata Menteri Besar.
MESRANYA... Sepertimana KDYMM Sultan Pahang, paduka isteri Baginda, DYMM Sultanah Pahang juga seorang yang mudah mesra dengan rakyat-jelata termasuk golongan kanak-kanak seperti terpancar dalam foto yang dirakam pada program tengah hari Sabtu, 18 Januari ini.
Sementara DYMM Sultanah turut mengurniakan sumbangan termasuk kepada murid perempuan ini, Baginda sempat beramah-mesra dengannya.
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SERI PELANGAI, SIMPANG PELANGAI, BENTONG – Gejala
pembalak yang mahu memaksimumkan keuntungan ialah pendorong kepada pelanggaran
undang-undang dan peraturan mengenai kerja-kerja pembalakan lestari, hingga menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar.
Inilah
‘sequel’ yang Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja beri dalam ucapan 15-minitnya pada
program pagi Sabtu, 18 Januari di sini, sebagai menjelaskan tentang kaitan
antara sikap buruk sesetengah pembalak dengan pencemaran alam sekitar di negeri
ini
Berucap
pada Karnival Pencinta Alam Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat anjuran ‘Sultan
Ahmad Shah Environment Trust’ (SASET) yang disempurnakan oleh DYMM Sultanah
Pahang mewakili KDYMM Sultan Pahang katanya, negara mempunyai sebuah
kementerian khusus – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk menjagai
alam sekitar.
Selain
itu, Kerajaan menggubal undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah
tertentu yang wajib dipatuhi agar apa-apa kerja yang dilakukan berkaitan hutan
termasuk pembalakan, tidak mencemarkan.
“… hutan perlu
juga ditebang kerana pokok-pokok yang tua jika tidak ditebang akan mati dan
akan melindungi pokok-pokok lain dari cahaya matahari (lalu merencatkan
pertumbuhan). Kaedah penebangan dan juga bagaimana caranya, had tebangannya,
telahpun ditentukan.
PENGURNIAAN SUMBANGAN... DYMM Sultanah Pahang sedang mengurniakan sumbangan sambil Dato' Sri DiRaja Adnan dan Datin Sri DiRaja Junaini menyaksikan.
HUTAN SEBAGAI
PUNCA AIR
“Tapi
kadang-kadang, al-maklum sahajalah, pembalak-pembalak, kontraktor-kontraktor (pembalakan)
ini, kebanyakan ingin memaksimakan keuntungan maka mereka tidak mematuhi (undang-undang
dan) peraturan.
“Kita
kuatkuasakan dari masa ke semasa tetapi biasalah, mereka yang melanggar
undang-undang (dan peraturan) ini terlampau ramai daripada mereka yang
menguatkusakan undang-undang,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Sedangkan,
hutan khususnya di kawasan-kawasan tadahan air katanya, merupakan punca kepada
aliran sungai-sungai yang ada yang menjadi pembekal kepada keperluan air untuk manusia.
Yang
dalam pada itupun, sungai juga perlu dipelihara dengan tidak mencemarinya
dengan buangan sampah-sarap hingga menyumbang kepada kejadian banjir lalu mengancam
kehidupan manusia, katanya.
Sehubungan
itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan meminta agar tabiat menjagai alam sekitar termasuk
memelihara hutan, sungai dan persekitaran kita, dimulakan di rumah dan di sekolah.
LAGI SUMBANGAN DIKURNIAKAN, KEPADA YANG MEMERLUKAN...
DIDIKAN JAGA
ALAM SEKITAR SEMASA DI SEKOLAH
“Saya masih
ingat lagi semasa bersekolah rendah dahulu di Sekolah Rendah Sulaiman, Sulaiman
Primary School, kemudian Sulaiman Secondary School; kita memang diajar untuk
tidak mencampak sampah merata-rata.
“Bahkan, kalau
kita lihat bungkus coklat, kertas – walaupun bukan kita membuatnya (berselerak)
tapi kita diminta untuk membawa (membersihkannya). Dan setiap orang diminta
membawa plastik kecil untuk disumbatkan sampah-sarap yang dijumpai. Begitulah
latihan yang diberikan pada masa itu.
“Tapi sayang sekali
keadaan masyarakat kita (hari ini), kalau kita pergi ke sungai-sungai, kalau
kita pergi ke tempat perkelahan; maka yang banyak dapat kita lihat bukanlah
tumbuh-tumbuhan yang segar tetapi sampah-sarap terutama sekali plastik,” katanya lagi.
Beliau
kemudian menceritakan bagaimana DYMM Sultanah Pahang sendiri perlu menitahkan
pegawal-pengawal keselamatan yang mengiringi Baginda semasa beriadah
mengeliling sebuah taman pinggiran laut di Kuantan, supaya berbekalkan plastik sampah
untuk mengutip sampah-sarap sambil melakukan aktiviti sukan di sana.
“Tuanku terpaksa
menitahkan pengawal keselamatan untuk membawa plastik sampah, plastik hitam
kerana, di sepanjang pantai itu, sampah-sarap bertaburan terutama plastik,” katanya.
SAMBUTAN MERIAH BUAT DYMM SULTANAH PAHANG...
SUNGGUHPUN MUDA-REMAJA…
“Jadi kalau
boleh, kita mulakanlah dari rumah. Jangan kita menyepahkan sampah-sarap dan
pada ketika yang sama, kita juga boleh mengajar anak kita dan kita juga
berharap guru-guru di sekolah akan menyemaikan semangat cinta kepada alam ini di
sekolah-sekolah,”
katanya lagi.
Mengenai
program tengah hari Sabtu ini, Menteri Besar memuji SASET yang di bawah
kendalian anakanda bongsu KDYMM Sultan Pahang dengan DYMM Sultanah Pahang –
YAM
Tengku Arif Temenggong Pahang, yang telah menganjurkannya.
Sungguhpun
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahad Muadzam masih muda-remaja,
tetapi katanya, YAM Tengku Fahad Muadzam telah menunjukkan kebijaksanaan hingga
lahirlah SASET, yang merupakan idea dan juga ‘brainchild’nya.
“Yang penting
ialah, kempen yang dijalankan oleh SASET ini mestilah juga diambil atau
diterima dan juga diberikan sokongan sepenuhnya oleh pertubuhan-pertubuhan yang
lain, bukan sahaja jabatan-jabatan Kerajaan tetapi juga oleh NGO-NGO yang lain.
“Patik percaya,
jika NGO-NGO yang lain bersama-sama menyokong usaha SASET ini, maka matlamat
utama SASET untuk memlihara alam sekitar, mencintai alam sekitar, insyaAllah,
akan tercapai,”
katanya lagi.
TERSERLAH, KEMESRAAN BAGINDA...
TIMBALAN MENTERI
TURUT HADIR
Selain
isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim; yang turut hadir pada program seharian
ini ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri James Davos
Damit; Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mary Yap; Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Majlis Jemaah Pangkuan Negeri;
Timbalan
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Ali Mohd Nor; Pegawai
Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; Presiden, Kelab Putera 1Malaysia,
Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim; dan, Pengarah Operasi SASET, Dato’ Aida Yusoh. –
Khabar