“Sebarang usaha
meninggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai keMelayuan itu sendiri,”
titah Baginda sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun
1435H/2014M
MENTERI BESAR BERSAMA-SAMA PEMENANG... Sempena Sambutan Maulidur Rasul ini, pertandingan sepanduk turut dianjurkan dan inilah antara para pemenang yang bergambar bersama-sama Menteri Besar yang diiringi Dato' Syed Ibrahim dan Dato' Mohamad Roslan (kiri dan kanan Dato' Sri DiRaja Adnan).
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – KDYMM Sultan Pahang menitahkan agar orang
Melayu di negeri ini, sedar akan keMelayuan mereka sepertimana termaktub dan
diistilahkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara
160 Perlembagaan Persekutuan mendefinasikan Melayu sebagai seseorang yang
beragama Islam, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat-resam,
budaya Melayu.
Oleh
itu titah Baginda sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri pada pagi
Selasa, 14 Januari di sini, “Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya
termasuk maruah dan keperibadian.
“Sebarang usaha
meninggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai keMelayuan itu sendiri,” titah Baginda
dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob yang turut mewakili Baginda.
Sehubungan
itu, Baginda menitahkan agar Kerajaan Negeri membantu Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) untuk memperluaskan usaha meningkatkan kefahaman Islam kepada
masyarakat di negeri ini demi membanteras apa juga bentuk ajaran sesat atau
kumpulan yang menyelewengkan akidah umat Islam.
LHDN, JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK KATEGORI JABATAN/AGENSI PERSEKUTUAN DAN NEGERI...
PERANGI IDEOLOGI
BERTENTANGAN ISLAM
“Tanpa
kerjasama, bantuan dan kesedaran daripada semua pihak, ia tidak akan berjaya.
Program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada penghayatan Islam
perlu dilaksanakan kepada masyarakat Islam di negeri ini agar mereka lebih
memahami tentang cara hidup Islam yang sebenar-benarnya,” titah Baginda
lagi.
Hanya
dengan ilmu keagamaan yang mantap, dan jatidiri yang teguh dalam kalangan
Melayu titah Baginda, dapat mengelakkan mereka terjebak dan terpengaruh dengan
ideologi-ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Baginda
kemudian memetik firman Allah SWT, dalam Surah Ali-Imran, ayat 103 yang
menitik-beratkan soal kesepakatan sesame Melayu dan umat Islam sepertimana
maksudnya; “Dan berpeganglah kamu semua
dengan tali Allah, dan jangan berpecah-belah”.
Mengenai
Sambutan Maulidur Rasul ini titah Baginda, tarikh 12 Rabiul Awal atau tarikh
kelahiran Nabi Muhammad SAW, merupakan satu detik istimewa dan bermakna buat seluruh
umat Islam lalu meraikannya.
Sementelah
ia (sambutan ini) titah Baginda, berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan
Baginda Rasulullah SAW sebagai pemimpin terunggul, yang begitu menyayangi umatNya
dengan meninggalkan al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia
sepanjang zaman.
DATANG CAHAYA
KEBENARAN – NABI MUHAMAD SAW
Baginda
turut memetik firman Allah SWT, Surah Al-Maidah, ayat 15 yang bermaksud; “Sesungguhnya telah datang kepada kamu
cahaya kebenaran yakni Nabi Muhamad dari Allah, dan sebuah kitab yakni al-Quran
yang jelas nyata keterangannya”.
Menurut
Baginda, Nabi Muhamad SAW telah diutuskan kepada umatNya, untuk memberi sinar
keimanan agar mereka patuh kepada Allah SWT, setelah begitu lama mereka berada
dalam kejahilan dan kekufuran.
Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhamad pula titah Baginda lagi, tidak menolak
pembangunan material tetapi mementingkan pembangunan material dan rohani, yang
mampu diselaraskan demi melihat kejayaan umatnya di dunia dan akhirat.
“Pada hari ini
kita dapat melihat, pembangunan material
begitu hebat dan canggih dari masa ke semasa, bertambah maju dan modern. Tetapi
apa yang berlaku, pembangunan rohaniah makin menurun, semakin merosot.
“Tidak ada lagi
kejujuran, sifat amanah, pemurah dan kasih sayang sesama insan. Perkembangan ideologi-ideologi
seperti liberalisme dan ajaran-ajaran sesat, telah mula meracuni mentaliti
masyarakat Islam yang kian mengambil mudah mengenai hukum-hukum, syariat Islam.
JADIKAN SAMBUTAN
INI SEBAGAI TITIK-TOLAK
“Malah,
sesetengah masyarakat pada hari ini, sudah tidak menitik-beratkan tuntutan
syariat hingga semakin terbawa-bawa dengan cara pemikiran terbuka yang mengikut
budaya Barat tanpa mengira halal dan haram, seterusnya mencalar kesucian ugama
Islam sebagai sebuah ugama yang mulia,” titah Baginda.
Oleh
itulah, Baginda menitahkan agar Sambutan Maulidur Rasul kali ini, dapat menjadi
titik-tolak untuk umat Islam mengambil contoh keperibadian dan perjuangan Nabi
Muhamad SAW, bagi mempertingkatkan usaha mempertahankan ugama, bangsa dan negara.
Selain
Dato’ Sri DiRaja Adnan sendiri yang hadir ditemani isteri, Datin Sri DiRaja
Junaini Kassim; antara yang turut hadir ialah YAM Tengku Besar Pahang dan
isteri; Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Muhamad dan isteri;
Timbalan
Yang DiPertua, Dewan Rakyat yang juga wakil rakyat parlimen (BN – Kuala Krau),
Dato’ Ismail Mohamad Said dan isteri; Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga
wakil rakyat parlimen (BN – Maran), Dato’ Ismail Abdul Mutalib dan isteri;
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Pengerusi, Jawatankuasa
Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan,
Pengarah, JAIP, Dato’ Mohamad Roslan Harun. – Khabar