… salahkan sahaja kepada seseorang/sesuatu (bukan diri sendiri) atas kejadian yang menimpa.
kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – ‘The blame game’ – inilah yang sering dilakukan oleh kita – sedar atau tidak, bagi mudah melepaskan diri sendiri daripada dipertanggung jawabkan terhadap sesuatu perkara buruk, yang berlaku.
Mutakhir ini, ‘the blame game’ tersohor adalah berkaitan bencana banjir khususnya di daerah Kuantan yang menimpa pada awal bulan lepas (Disember, 2013) serta berkenaan bantuan-bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang menyusul selepasnya.
Mudah sahaja. Salahkan semuanya kepada Kerajaan yang ada, dan inilah yang sangat gemar dilakukan oleh pihak-pihak pencemuh Kerajaan terutamanya parti-parti pembangkang.
Yang paling tidak masuk akal antara banyak-banyak ‘blame game’ tersebut ialah mengaitkan bencana besar tersebut dengan kuasa Allah. Kononnya bencana banjir itu berlaku tanda kemurkaan Allah terhadap kononnya kelulusan Kerajaan Negeri bagi sebuah projek keagamaan bukan Islam di Gambang.
Sedangkan, Kerajaan Negeri sudah awal-awal lagi menyebut tentang tiada kelulusannya bagi projek berkenaan. Yang diluluskan hanya tanah kepada sebuah syarikat Bumiputera, yang kemudian baharu membuat perundingan dengan sebuah syarikat lain tetapi syarikat inilah telah ‘jump the gun’ mengumumkan tentang projek keagamaan tersebut.
SALAHKAN KERAJAAN
Dan masyarakat yang tanpa usul-periksapun, mudah terpesona dengan projek keagamaan yang kononnya menjanjikan nilai keuntungan yang baik; lalu melakukan pelaburan masing-masing ke dalamnya.
Apabila kemudiannya baharu menyedari kesilapan, menyesal kerana tertipu sedangkan wang telah banyak dilaburkan ke dalamnya; siapa yang dipersalahkan? Kerajaanlah juga…
Dalam membicarakan tentang ‘blame game’ ini, kita mungkin tidak lupa akan apa yang pernah dipersalahkan oleh kapten pasukan bolasepak England ketika itu, David Beckham, atas kegagalannya menjaringkan gol daripada sepakan penalti menentang Portugal pada perlawanan suku akhir Piala Euro tahun 2004.
“The earth move,” ialah alasan spontan beliau, yang diterjemahkan bermaksud, “Bumi bergerak” ketika ditanya tentang kegagalannya melakukan sepakan yang baik untuk menjaringkan gol.
Dan England tewas 5-6 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas terikat 2-2 pada perlawanan 90-minit sepenuh masa sebelum itu.
“HAND OF GOD”
‘Blame game’ oleh penyerang sensasi Argentina, Maradona pula merujuk kepada gol yang dijaringkan dengan menggunakan tangan yang tidak disedari pengadil pada perlawanan suku akhir menentang England bagi kejohanan Piala Dunia 1984.
“Hand of God,” kata Maradona, atau diterjemahkan bermaksud “Tangan Tuhan”, sebagai punca kepadanya menjaringkan gol tersebut, yang kemudian menyaksikan Argentina menang, 2-1.
Masih mengenai ‘blame game’ ini juga, seseorang ada menulisnya dalam sebuah blog sepertimana berikut;
|