…
tanda sihatnya industri pelancongan kita
DIJENAMAKAN SEMULA... Inilah hotel yang dijenamakan semula, yang terletak di pinggir jalan protokol yang sibuk - Jalan Teluk Sisek.
DEWAN UTAMA,
HOTEL VISTANA, KUANTAN – Seramai 10.64 juta orang melawati Pahang tahun
lepas (2013), yang merupakan peningkatan 9.02 peratus berbanding 9.76 juta
orang tahun sebelumnya (2012).
Angka
ini sahaja – yang dikumpul dan disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
(PKBF), menandakan prospek yang terus kekal baik pada industri pelancongan
negeri ini.
Ini
sepertimana digambarkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam
ucapan luar teks 8-minitnya ketika melancarkan penjemanaan semula Hotel Vistana
milik YTL Hotels, pada pagi Jumaat, 14 Februari, di sini.
“We have all the
attractions here – the beaches, the hills, and all the scenic places. In other
words, we have all the products here in Pahang,” katanya sambil
mengutarakan beberapa kekangan yang merencatkan sedikit kemajuan industri pelancongan
ini, termasuk ketiadaan penerbangan terus antarabangsa ke sini.
“Nevertheless,
we are having in a way, booming time in this tourist industry as you can see in
the mushrooming of hotels, resort and so forth in Pahang,” katanya merujuk
kepada kira-kira 467 buah hotel dengan 26,095 bilik yang terdapat di negeri ini
ketika ini.
NO INTENTION TO
RAISE QUIT RENT
“And this reflects
well on the tourism industry and it is here that companies especially giants
like YTL, can tap in (further),” katanya lagi, dengan merujuk secara
khususnya kepada YTL Hotels serta syraikat induknya, YTL Corporation Bhd.
Di
sebalik Kerajaan Negeri tidak memperolehi manfaat langsung daripada industri pelancongan
kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri tetap membantu dalam memudah-carakan (facilitate)
pelabur menjayakan pelaburan mereka dalam industri ini.
Ini
mustahak kerana, dengan pelaburan mereka yang berjaya katanya, mampu memberi manfaat
tidak langsung dalam bentuk penjanaan aktiviti-aktiviti ekonomi sampingan
termasuk pengangkutan dan pengendali pemandu pelancong.
“For the
municipality (concerned), they collect the assessment rate and of course every year,
the State (Government) collect – not so much, from the quit rent (imposed on
land developed by these tourism-related entities).
“In fact now,
quit rent is the number one State’s revenue but it is not so much. Comparatively,
it is not so much and we don’t intend to raise it either because if we (do) raise
the quit rent, then I think Barisan Nasional will not (be give the mandate to) govern
the state of Pahang anymore,” katanya lagi.
MARKET FORCES WILL
ULTIMATELY DECIDE ON ROOM RATES
Dato’
Sri DiRaja Adnan memuji usaha YTL Hotels dalam menjenamakan semula Hotel
Vistana yang dilakukan, bertepatan dengan pengisytiharan Kerajaan Pusat bahawa 2014
ini sebagai Tahun Melawat Malaysia.
Penjenamaan
semula ini katanya, termasuk usaha menaikkan taraf kemudahan hotel sedia ada,
termasuklah usaha ‘refurbishing’ bilik-bilik hotel yang lebih 200-buah di Hotel
Vistana ini.
Dalam
pada itu katanya, ada ‘suara-suara’ yang mempertiakan tentang kadar bilik yang
dinaikkan, bagi menampung kos yang telah dibelanjakan oleh YTL Hotels dalam
melaksanakan kerja-kerja penjenamaan semula ini.
“I do not know,
it is up to the hotel to decide. After all, it is back to the market forces; if
people want to come, they will (still) come (despite the higher room rates).
“If the people
don’t want to come then this hotel will have no business and probably in the
end, you have to bring down the rates. It’s all up to the management,” katanya lagi tentang
hotel ini yang 35 peratus perniagaannya (bukan hartanah) turut dipegang oleh Far
East Holdings Bhd, dan lagi 15 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
(PKNP) – kedua-duanya ialah organisasi berkaitan Kerajaan Negeri.
TANGGUNGJAWAB
ANAK KEPADA IBU, PEMIMPIN KEPADA NEGERINYA
Pada
permulaan ucapannya, Dato’ Sri DiRaja Adnan memohon maaf atas kelewatannya tiba
– hanya kira-kira setengah jam, ekoran beliau perlu berada di sebuah hospital
pakar di Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana menantikan ibunya, berusia
80-an, yang sedang ‘coma’, setelah menjalani rawatan di sana.
“The reason I
was late because I got to see my mother at the hospital but at the same time, I
(still) have to discharge my duty as the Chief Minister and also as the
Chairman of SEDC (thus, rushing back to Kuantan for this event by means of a rented
helicopter),”
katanya.
Pada
persidangan media kemudian, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah ditanya beberapa
soalan berdasarkan isu semasa, antaranya ialah mengenai sungutan mangsa-mangsa
banjir yang mendakwa masih tidak menerima sebarang bantuan.
Ini
di sebalik Kerajaan telah –menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), menganjurkan
majlis penyampaian bantuan tersebut – RM500 seorang sumbangan Kerajaan Pusat,
dan RM250 sumbangan Kerajaan Negeri; di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota dekat
sini selama tiga (3) hari berturut-turut pada Selasa, 11 Februari, Rabu, 12
Februari, dan Khamis, 13 Februari lepas.
“Kita kena
faham, ini perkara yang biasa berlaku. Bukannya seorang-berdua… di Kuantan ini,
18,000 ketua isi rumah. Sabar-sabarlah sikit. Mana yang tak dapat tu berilah
tahu kita.
TABIK BUAT TAN
SRI TAIB MAHMUD
“Dan sayapun
dalam mesyuarat Exco (Kerajaan Negeri) baru-baru ini, telah arahkan supaya
bancian ini terus dibuat ke kampung sahaja. Kita bukan kira rumah, kita kira
tempat. Sebagai contohnya Sungai Isap, tak ada orang yang tak jadi mangsa.
“Tapi, kita nak
tengok juga, kadang-kadang ada rumah yang berlapis. Rumah nombor satu tapi rupanya
ada tiga (3) rumah di situ. Tapi, ada juga yang tak duduk sinipun, (tinggal) di
Kuala Lumpur, rumah buruk dia (turut terkena) banjir, takkan nak bagi juga?” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan lagi.
Mengulas
tentang keputusan Tan Sri Taib Mahmud meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri
Sarawak berkuatkuasa 28 Februari ini katanya, Tan Sri Taib telah berjasa besar
terhadap Sarawak.
“There’s no
denying. Nobody can deny that Tan Sri Taib has contributed a lot to the Sarawak
people and he has managed to maintain peace, stability especially political
stability (in the state).
“It is not easy
to govern a state like Sarawak with multi ethnic groups, so many over there but
Tan Sri Taib Mahmud has managed to unite them, make them develop Sarawak to what
it is today,”
katanya.
“Tan Sri Taib
Mahmud adalah pemimpin yang hebat. Saya tabik kepada Tan Sri Taib Mahmud. Semoga
beliau sihat, panjang umur dan berbahagia dalam masa persaraan,” katanya lagi. –
Khabar