Saturday, 22 February 2014

Nasib rakyat terus diambil endah, diambil kisah



… dengan penerusan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0, 1,000 orang menerimanya pada majlis penyampaian peringkat perlimen Pekan.

MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN... Dato' Sri Mohd Najib, dengan Dato' Sri DiRaja Adnan di sisi; sedang menyampaikan BR1M 3.0 kepada penerima - seorang daripada kira-kira 36,000 orang yang layak menerimanya bagi parlimen kawasan Pekan.  
Yang turut kelihatan ialah (dari kiri) Dato' Abu Bakar; Dato' Ishak; Encik Mohd Fakhruddin (separuh terlindung); dan, Dato' Sheikh Mohd Puzi.  


KOLEJ AUTOMOTIF ANTARABANGSA MALAYSIA (ICAM), PERAMU, PEKAN – Seramai 1,000 orang dari parlimen kawasan Pekan ini, menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak pada majlis penyampaian pagi Ahad, 23 Februari, di sini.

Mereka (1,000 orang ini) ialah dalam kalangan 36,000 orang yang layak menerimanya bagi parlimen kawasan Pekan, yang turut diwakili oleh Dato’ Sri Mohd Najib selaku wakil rakyatnya.

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, turut hadir mengiringi Perdana Menteri pada majlis hujung minggu ini.

Yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad; serta, wakil rakyat-wakil rakyat – Dato’ Abu Bakar Harun (BN – Chini) yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri;

Dato’ Sheikh Mohd Puzi Sheikh Ali (BN – Peramu Jaya); Dato’ Khairuddin Mahmud (BN – Pulau Manis); dan, Encik Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (BN – Bebar). 

BERAMAH-MESRA... Sepertimana biasa, amalan ramah-mesra antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpin, terus menjadi amalan biasa. – Khabar