… pintu masuk ke
Pulau Pinang menerusi pengangkutan feri, yang mengecewakan.
Begitu juga
dengan pelbagai isu sosio-ekonomi hingga melebarkan lagi jurang pemisah antara
yang susah/golongan menengah, dengan yang berada terutamanya yang bukan warganegara.
KEMUDAHAN TARAF KANDANG KAMBING?... Inilah ruang menunggu untuk menaiki feri ke bahagian pulau di George Town, Pulau Pinang.
MENURUNI, TANGGA KAMBING... Kemudahan yang meyambut tiba tetamu ke Pulau Mutiara. 'Another Pride of Penang'kah?
TAJUK AKHBAR MILIK MCA YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN... Takkanlah 'Pride of Penang' sahaja. Sepatutnya, ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia maka tajuknyapun seharusnya begitulah juga.
Inilah berita muka depan akhbar the Star keluaran Ahad, 2 Mac, melaporkan tentang majlis perasmian jambatan Pulau Pinang ke-2 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak pada malam Sabtu, 1 Mac.
Inilah berita muka depan akhbar the Star keluaran Ahad, 2 Mac, melaporkan tentang majlis perasmian jambatan Pulau Pinang ke-2 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak pada malam Sabtu, 1 Mac.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– ‘Another shame of Penang’. Inilah tajuk
yang boleh dirujuk kepada sistem pengangkutan air ke Pulau Pinang – baik kemudahan
jeti di kedua-dua bahagian pulau atau tanah besar di Butterworth, mahupun kemudahan
ferinya.
Kunjungan
singkat penulis ke sana pada Sabtu, 1 Mac, mengesahkannya.
Sebaik-baik
tiba di apa yang dinamakan dengan gah – Penang Sentral di Butterworth (yang cadangan
projek mega ribuan jutanya, tidak juga kunjung jelma); terus sahaja disambut
dengan kekalutan – aliran trafik, jalan tar yang sempit, tempat letak kereta serta
gerai-gerai makan yang berselerakan.
Jika
inilah rupanya, lebih baik lagilah keadaan semasa penulis bersekolah di sana
dahulu, di St Mark’s Secondary School , Bagan Ajam, dan tinggal di Seberang
Jaya (sekarang disebut Bandar Seberang Jaya), dekat Permatang Pauh, sekitar akhir
1970-an.
Ketika
itu, ada Kompleks PPC (Penang Port Commission). Selain terminal bas di bahagian
bawah, di aras atasnya ialah gerai-gerai makan termasuk sebuah yang terkenal
dengan air batu campur dan laksa Penangnya.
SEBUAH FERI DAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI BELAKANGNYA... Siapakah yang mampu membeli unit-unit yang disediakan oleh bangunan-bangunan pencakar langit ini jika tidak mereka yang berada-ada khususnya bukan warganegara dari negara jiran di sebelah selatan kita.
Masih kita katakan ia satu kebanggaan?
KEMUDAHAN MIRIP
TANGGA KAMBING
Yang
ada kini hanyalah sebuah terminal bas sementara, dengan keadannya lebih baik
sikit sahaja (mungkin agar ‘exagerated’) daripada terminal bas sementara di
Bandar Tun Razak, Jengka, Maran, yang pada hari inipun, sudah berpindah
operasinya ke bangunan sofistikated, Jengka Sentral.
Setelah
berjalan kira-kira 100 meter, perlu naik ke aras atas untuk ke jeti bagi menuggu
feri untuk ke seberang di bahagian pulau sana. Yang sedikit baik ialah, ada
tangga elektrik (escalator), naik dan turun; di situ.
Selepas
membuat bayaran RM1.20 seorang, maka tunggulah kita untuk memasuki feri yang
tempoh tunggunya dimaklumkan, antara 20 dan 30 minit. Memerhatikan persekitaran,
seolah-olah kita berada dalam laluan/tangga kambing, sebelum memasuki
kandangnya.
Masuk
ke dalam feripun tidak menggembirakan, sementelah di bahagian penumpang aras
atas ini, turut dibenarkan kenderaan meng‘huni’nya, tidak sepertimana ‘dulu-dulu’
apabila kenderaan dibenarkan di tingkat bawah sahaja.
Jika
pengalaman di sebelah tanah besar tidak menggembirakan, begitulah juga di
bahagian pulau. Yang turut tidak menggembirakan apabila terasa ke‘suram’an
tatkala melalui deretan gerai untuk ke kawasan hentian bagi menaiki bas atau
teksi, ke destinasi.
FERI 'PULAU PINANG'... Tidak ke mana-mana, 'tang tu jugak'.
LAKSANAKANLAH
APA YANG TELAH DIRANCANG
Ke‘suram’an
ini ekoran kebanyakan gerai-gerainya yang usang yang dahulu, ada yang menjual
akhbar dan malajah dengan kebanyakannya menjual makanan jeruk khususnya buah
pala, telahpun tutup.
Maka,
sesuatu harus dilakukan dan harus dilakukan segera.
Atas
kertas, projek membangunkan keseluruhan sistem pengankutan air yang turut melibatkan
pembinaan semula jeti-jeti di Butterworth dan Pulau Pinang, adalah membanggakan
tetapi, ia akan lebih membanggakan jika dapat dilaksanakan.
Jika
tidak, kata ‘mamu Tanjung’, ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’ juga. – Khabar