… selain perjanjian
yang telah termeterai sejak 2007, bagi pembekalan air mentah 10 sen semeter padu, menerusi
Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ke Loji Rawatan Air
Langat 2 di Selangor
SAMPAIKAN SIJIL PENYERTAAN...
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Sambil mengalu-alukan penanda
tanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Selangor bagi melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2),
Selangor yang telah lama tertangguh;
Kerajaan
Pahang meminta dipertimbangkan agar ia turut diberikan ekuti tertentu dalam
syarikat yang bakal ditubuhkan untuk menguruskan operasi rawatan air dan
membekalkannya dari LRAL2 kelak.
“Sayapun telah
menyatakan di beberapa forum dan kita akan (lakukan) ‘follow-up’, kita akan
jual air mentah tetapi pada ketika yang sama, mungkin kita juga perlukan sikit-sebanyak
kerjasama dari pihak yang berkenaan, untuk memberikan kita ekuiti dalam
syarikat yang merawat dan juga menjual air.
“Kita perlukan
juga sikit. Takkanlah, 10 sen satu meter padu (sahaja, bagi membekal air
mentah)? 10 sen satu meter padu yang akan mendatangkan hasil lebih kurang RM70 ke
RM80 juta setahun, tak banyak tu.
“Kita bayar gajipun
(untuk kakitangan kerajaan) lebih dari itu,” kata Menteri Besar, Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media sempena Majlis Penghargaan Projek
Pemodenan Lesen Perniagaan peringkat negeri, tengah hari Isnin, 3 Mac di sini.
SESI FOTO BERKUMPULAN...
MoU AKAN
MUDAHKAN PENYALURAN AIR MENTAH KE SELANGOR
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai MoU yang telah ditandatangani
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor berkaitan Penstrukuran Semula
Industri Bekalan Air Selangor pada Rabu, 26 Februari lepas.
Dengan
MoU itu antara lain dipersetujui bahawa Kerajaan Selangor akan mengeluarkan
kebenaran untuk merancang pembinaan LRAL2 serta sistem agihannya berkuatkuasa
tarikh itu, serta memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan
pembangunan LRAL2 hendaklah diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh yang
sama.
Dalam
pada itupun, Dato’ Sri DiRaja Adnan akur betapa; “Yang pentingnya, kita mengalu-alukan langkah Kerajaan Selangor dengan Kerajaan
Persekutuan, bersama-sama menandatangani MoU dan perjanjian itu.
“Ini memudahkan
lagi proses kita menyalurkan air (mentah kira-kira 1.69 juta meter padu sehari)
dari Sungai Semantan (serta empangan) ke Sungai Langat, melalui terowong bawah
tanah Karak-Kuala Langat.
“Dan ini baik
untuk rakyat Selangor. Di Selangorpun, bukan semua orang Selangor. Orang
Pahang, orang Kelantanpun ramai (menetap) di Selangor. Dan sekarang ini, krisis
air sangat memuncak di sana. Kalau ada projek (Loji Rawatan Air) Langat 2 ini
(yang sepatutnya dipersetujukan sejak dahulu), masalah tak timbul,” tegasnya.
SEBAHAGIAN KHALAYAK, TENGAH HARI ISNIN...
PELEPASAN AIR
DARI EMPANGAN REMAN CHEREH
Kepada
soalan tentang musim kemarau yang sedang negara alami dengan sesetengah negeri
khususnya Selangor, memulakan langkah catuan air hingga membebankan penduduknya
katanya, Pahang tidak menghadapi masalah itu.
“… so far, especially
for Kuantan, we don’t encounter any problem because we have Reman Chereh Dam, we
have a lot of water there. Last two weeks, the State Secretary has ordered the
release of water from the dam into the river, to be treated by the water
treatment plant in Panching,” katanya.
“Maknanya,
bersyukurlah. Banjir (yang melanda negeri ini khususnya Kuantan, akhir tahun
lepas) kita teruk. (Apabila musim) kemarau (ketika ini), kita tak kena catuan
air,”
katanya lagi.
Mengenai
jumpaan fosil dinosaur di negeri ini katanya, Kerajaan Negeri telahpun meminta Jabatan
Perhutanan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pahang supaya mengemukakan
cadangan tentang kaedah terbaik mengawal kawasan jumpaan tersebut.
“Saya telah cadangkan
supaya kalau kawasan tapak itu kecil, kita boleh pagar. Tapi kalau kawasan
tapak itu besar melibatkan tiga daerah berkenaan, besar… maka kita boleh adakan
mungkin sistem rondaan berkala, 24 jam sekali, 12 jam sekali,” katanya.
JAWATAN EXCO
KERAJAAN NEGERI SUDAH PENUH
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut melayani soalan daripada wartawan akhbar Cina mengenai
keputusan Mesyuarat Tergempar MCA baru-baru ini, bersedia untuk menerima semula
pelantikan wakil-wakilnya ke dalam Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri, serta
jawatan-jawatan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
“Kita di negeri
Pahang ini, bilangan kerusi exco telah penuh. Kalau kita hendak letak wakil
parti komponen seperti MCA, kita kena pinda Perlembagaan Negeri, ini agak
merumitkan.
“Mungkin kita
boleh isi yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, dan juga ketua-ketua
kampung.
“Saya dapati
memang merumitkan terutama sekali untuk kaum Cina, bila mereka tidak ada wakil
dalam Kerajaan Negeri sehinggakan ada hal-hal tertentu, saya terpaksa pula tanya
kawasn-kawan Cina saya dari parti komponen,” katanya.
Beliau
seterusnya mengalu-alukan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan anjuran bersama
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC) yang antara lain, melibatkan kerja-kerja memudahcarakan lagi pengeluaran lessen-lesen
perniagaan oleh pihak-piohak berkuasa tempatan.
NEGERI PAHANG
SEBAGAI PERINTIS
“Negeri Pahang
negeri yang mula-mula sekali ya, yang menjalankan insiatif ini untuk memudahkan
proses memohon dan juga meluluskan lesen-lesen perniagaan ini,” katanya lagi.
Yang
turut hadir pada majlis yang melibatkan 16 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri
termasuk kesemua 11 PBT di negeri ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan
dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman;
Penasihat
Undang-undang Negeri yang baharu, Dato’ Shamsul Bahari Ibrahim; serta, Timbalan
Ketua Pengarah, MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman, yang juga Ketua Sekretariat, Kumpulan Fokus Berkaitan Perekayasaan Pelesenan Perniagaan (FGBPR: Focus Group on Business Process Re-engineering), Pasukan
Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH). – Khabar