…
pesan Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada majlis bacaan yasin dan tahlil sempena
memperingati pulangnya ke rahmatullah ayahnya, Yaakob Awang, dan emaknya, Saadiah
Osman.
PADA PETANG PENGKEBUMIAN ARWAH SAADIAH...
DEWAN UTAMA,
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sekali lagi mengingatkan agar kita yang masih
beribu-bapa, supaya meluangkan masa untuk sentiasa menziarahi mereka.
Beliau
sendiri katanya, berbuat demikian ke atas ibunya, Saadiah Osman, dengan singgah
menjengok di rumahnya di Bentong, setiap kali dalam perjalanan berkereta dari
sini ke Kuala Lumpur atas pelbagai urusan.
Namun,
dalam pada beliau berbuat demikianpun katanya, beliau masih terasa tidak
mencukupi sesudah ibunya itu meninggal dunia pada 24 Februari lepas.
“Walaupun demikian,
apabila emak kita meninggal dunia, kita terasa, kita masih buat tak cukup,” katanya.
Yang
oleh kerana itulah juga beliau berpesan; “Kepada
semua yang ada emak-ayah, bagilah masa. Tengoklah emak, tengoklah ayah”.
ARWAH AYAHNYA
MENINGGAL 19 TAHUN LEPAS
Beliau
berkata demikian dalam ucapan ringkas luar teks 3-minitnya pada majlis bacaan
yasin dan tahlil, sempena memperingati pulangnya ke rahmatullah ayahnya, Yaakob
Awang, dan ibunya, Saadiah Osman; pada malam Jumaat, 21 Mac di sini.
Arwah
ayahnya meninggal dunia sejak 19 tahun lepas pada 16 September 1995, manakala
ibunya, baharu sahaja lagi iaitu kira-kira tiga (3) minggu lepas pada 24
Februari (2014).
Kepada
semua yang hadir pada majlis malam Jumaat ini, beliau menyatakan terima kasih setinggi-tingginya
sambil menjangkakan betapa, mereka juga akan menerima penganjuran majlis yang
serupa apabila meninggal dunia kelak.
Majlis
malam ini bermula dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli bacaan yasin dan
tahlil yang dipimpin oleh Mufti Negeri, Dato’ Abdul Rahman Osman; serta
tazkirah disampaikan oleh Pengerusi, Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan
Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad; kemudian solat Isya’ berjemaah.
Selain
Dato’ Abdul Rahman dan Dato’ Syed Ibrahim; yang turut kelihatan hadir ialah
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Ismail Mohamad yang juga wakil
rakyat Parlimen (BN – Kuala Krau);
AHLI-AHLI EXCO
KERAJAAN NEGERI TURUT HADIR
Ahli-ahli
Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Ir Mohd Soffi Abdul Razak, Dato’ Mohd Sharkar
Shamsuddin, Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail, Dato’ Abu Bakar Harun, dan Dato’
Shahaniza Shamsuddin;
serta,
Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zul-kifly Osman; ketua-ketua jabatan Kerajaan
Negeri dan Persekutuan antaranya ialah Ketua Polis Negeri, DCP Dato’
Sharifuddin Abdul Ghani; dan, Ketua Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri
Pahang (PKNP), Dato’ Lias Mohd Nor. – Khabar