MENANDA TANGANI PLAK... Rasmilah, Terminal Akasia Benta.
BANDAR BENTA,
LIPIS
– Penduduk Benta dan persekitaran menikmati kemudahan pengangkutan lebih selesa
dengan wujudnya sebuah terminal bas bernilai kira-kira RM490,000 serta
perkhidmatan bas henti-henti laluan Benta-Kuala Lipis-Jerantut.
Kedua-duanya
dilancarkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada majlis
ringkas petang Jumaat, 14 Mac di sini.
Terminal
bas berkenaan – Terminal Akasia Benta, yang dibina pada 13 Mac 2011 dan siap
kira-kira tujuh (7) bulan kemudian, menyediakan petak parkir bas, ruang jualan
tiket, ruang pejabat Majlis Daeral Lipis (MDL), dua (2) unit kedai makan,
serta, tandas lelaki/wanita.
Perkhidmatan
bas henti-henti itu pula yang menyediakan perkhidmatan bas laluan Benta-Kuala
Lipis-Jerantut, dikendalikan oleh syarikat Sri Jengka Sdn Bhd yang 39 peratus
sahamnya dipegang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).
Perkhidmatan
yang sebahagian besar kos disubsidi oleh Kerajaan menerusi PKNP itu, lebih
merupakan perkhidmatan berbentuk CSR (Corporate Social Responsibility) demi
manfaat penduduk.
Atas
permintaan Menteri Besar, Sri Jengka Sdn Bhd memulakan perkhidmatan mereka
dengan laluan Janda Baik-Bentong (sejak September 2011); laluan Simpang
Pelangai-Bera-Temerloh (sejak November 2012); Kg Dada Kering-Padang
Tengku-Kuala Lipis (sejak April lepas); Kampung Sri Hamzah,
Kemayan-Bera-Temerloh (sejak Mei lepas).
LANCARLAH... Perkhidmatan bas Benta-Kuala Lipis-Jerantut. Menerusi program 'subsidi bersilang' ini, syarikat mungkin tidak untung kerana khidmat CSRnya daripada perkhidmatan ini, tetapi diimbangi dengan keuntungan hasil membangunkan tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepadanya.
11 BUAH BAS
DISEDIAKAN SETAKAT INI
Serentak
dengan pelancaran laluan Benta-Kuala Lipis-Jerantut pada hari ini, ialah juga
pelancaran laluan Mempaga-Bentong; dan, Bandar Tun Razak, Jengka-Kuala Krau-Temerloh.
Bagi
mengendalikan kesemua laluan ini, Sri Jengka Sdn Bhd menyediakan 11 buah bas
iaitu lapan (8) buah bas panjang termasuk masing-masing satu (1) setakat ini
bagi laluan-laluan Benta-Kuala Lipis-Jerantut, serta laluan-laluan
Mempaga-Bentong, dan Bandar Tun Razak, Jengka-Kuala Krau-Temerloh.
Tiga
(3) buah lagi ialah bas mini bagi laluan-laluan Janda Baik-Bentong; dan,
Kampung Dada Kering-Padang Tengku-Kuala Lipis.
Yang
turut hadir pada majlis petang Jumaat ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa
Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Ir Mohd Soffi Abdul Razak, yang
juga wakil rakyat di situ (BN – Benta);
Ahli
Exco Kerajaan Negeri yang lain – Dato’ Wan Rosdy Ismail dan Dato’ Shahiruddin
Ab.Moin; Ahli Parlimen, Dato’ Abdul Rahman Mohamad (BN – Lipis); serta wakil-wakil
rakyat, Dato’ Fong Koong Fue (BN – Cheka); Dato’ Mustapa Long (BN – Padang Tengku);
Pengerusi,
Sri Jengka Sdn Bhd, Dato’ Abdul Rahim Mohd Ali yang juga Timbalan Ketua
Eksekutif, PKNP; Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Encik Mahather Smoh;
serta, Setiausaha MDL, Encik Mohd Fauzi Abu Husaini.
'ALL ON BOARD'... Menteri Besar sebagai pemandu. Pemanduan yang licin dan lancar. – Khabar