… jika ada nanti
kerja-kerja menyelamat babitkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
TANDA SIMPATI
DAN AMBIL BERATNYA KITA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menurunkan tanda
tangannya pada 'white board' yang disediakan oleh Kolej Antarabangsa IKIP dan
diletakkan di depan pintu masuk utama Kompleks Yayasan Pahang, untuk ditanda
tangani oleh pelawat sekelian.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Markas Wialayah Laut (MAWILLA) 1, Tentera
Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Tanjung Gelang dekat sini, akan dijadikan markas
operasi bagi kerja-kerja menyelamat berkaitan insiden pesawat Penerbangan
Malaysia MH370 yang hilang.
“Saya tidak mahu
menimbulkan kekeliruan dengan menambah, membuat kenyataan tetapi, Markas
Wilayah Laut (MAWILLA) 1 di Tanjung Gelang, akan dijadikan markas operasi jika ada
kerja-kerja menyelamat yang akan dilaksanakan dan perlu mengangkut peralatan ataupun
barang mereka yang dijumpai terselamat sebagainya.
“Saya telahpun
beritahu Laksamana Muda Dato’ Azhari, kita bersedia untuk membantu. Kerajaan
Negeri bersedia untuk membantu,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob pada persidangan media sempena Majlis Pelancaran Program Jelajah Informasi
Usahawan Negeri Pahang yang disempurnakannya petang Rabu, 12 Mac di sini.
Laksamana
Muda Dato’ Azhari Abdul Rashid ialah Panglima, MAWILLA 1.
Beliau
berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan wartawan tentang peranan yang mungkin
diberikan kepada negeri ini khususnya MAWILLA 1, dalam menghadapi operasi menyelamat
berkaitan dengan insiden kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 itu.
BERPERSIDANGAN MEDIA... Dato' Roslan (kanan sekali) turut serta pada persidangan petang Rabu ini.
ZIARAH BAGI
ZAHIRKAN SIMPATI
Ketika
ditanya pula tentang dirinya yang dilihat berada di sebuah hotel di Putrajaya –
Hotel Everly, yang menempatkan waris-waris kepada penumpang pesawat MH370 itu
petang semalam katanya;
“Saya pergi ke
Everly Hotel sebab pertamanya, rasa simpati sesama manusia. Dan yang keduanya,
ada kawan dengan adik saya, ada ayahnya pernah menjadi jurutera daerah Lipis,
ada yang kawan dengan anak saudara saya,
“… dan ada juga yang
kawan dengan saya, sebagai contohnya Saudara Selamat Omar, adalah ahli jawatankuasa
UMNO Bahagian Temerloh satu masa dulu, ahli
jawatankuasa Bahagian
Bera.
“Saya kenal
beliau dan beliau menunggu berita mengenai anaknya, jurutera MAS, yang dijangka
ke China untuk membaiki pesawat di sana. Itu sebab saya pergi, untuk menunjukkan
rasa simpati,”
katanya.
Beliau
yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri serta Pengerusi, Badan
Perhubungan UMNO Negeri, turut ditanya mengenai bantuan yang akan dihulurkan
bagi membantu BN dalam kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan
Kajang.
AKAN TURUT KE
KAJANG
UMNO
Pahang katanya, telahpun menghantar kumpulan pemimpin dan ahli-ahli parti kira-kira
200 orang kebanyakannya dari sayap Pergerakan Wanita dan Pemuda, untuk
membantu
dalam kempen BN di sana,
“Malam tadipun
sebagai contohnya, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Sharkar (Shamsuddin)
telahpun berceramah dalam satu ceramah.
“Saya akan ke
sana dalam sehari-dua lagi untuk menyelia, memantau dan melibatkan diri dalam
kempen di sana nanti, InsyaAllah,” katanya. – Khabar