… sejak 2007
hingga kini, Pahang perolehi RM30,460 juta nilai pelaburan atau kira-kira 48
peratus daripada keseluruhan RM63,580 juta nilai pelaburan ke negeri-negeri di
bawah ECER yang turut merangkumi Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor
ALL FOR A PHOTO SHOOT... Semuanya bersedia untuk sesi berfoto kumpulan bersama-sama. Dari kiri ke kanan ialah, Dato' Jebasingam; Tan Sri Ali; Dato' Sri Abdul Wahid; Tan Sri Muhyiddin; Dato' Sri Mohd Najib; Dato' Sri DiRaja Adnan; Dato' Sri Ahmad; Dato' Ahmad; dan, Dato' Mohamad Khaled.
JABATAN PERDANA
MENTERI, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PUTRAJAYA – Pahang mencatat
kejayaan membanggakan apabila meraih nilai pelaburan terbesar sebanyak RM30,460
juta atau kira-kira 48 peratus daripada keseluruhan RM63,580 juta nilai
pelaburan yang memasuki negeri-negeri di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
sehingga kini.
Angka
ini ialah bagi tempoh kira-kira tujuh (7) tahun sejak penubuhan ECER pada tahun
2007, hinggalah ke akhir suku pertama tahun ini pada Mac lepas (2014).
Di
belakang Pahang ialah Terengganu, dengan nilai kemasukan pelaburan sebanyak RM22,777
juta atau kira-kira 36 peratus; disusuli Kelantan, cuma RM9,740 juta atau kira-kira
15 peratus; dan, daerah Mersing, Johor, hanya RM610 juta atau kira-kira satu (1)
peratus.
Angka-angka
ini ada dinyatakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak Najib
pada Majlis Penyerahan Rancangan Alam Sekitar Utama di negeri-negeri dalam ECER
pagi Jumaat, 25 April di sini.
Majlis
ini menyusul selepas Dato’ Sri Mohd Najib mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Pembangunan ECER (ECERDC). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
turut hadir, begitu juga dengan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob;
PELABURAN RM24,450
JUTA BAGI SUKU PERTAMA TAHUN INI SAHAJA
serta
juga Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Ahmad Said; Menteri Besar Kelantan,
Dato’ Ahmad Yaakob; Menteri Besar Johor, Dato’ Sri Mohamad Khaled Nordin; Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar; serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan, Ketua Pegawai
Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.
Perdana
Menteri turut mengumumkan kejayaan ECER menarik pelaburan kira-kira RM24,450
juta bagi tempoh suku pertama tahun ini sahaja lalu menyumbang kepada nilai
pelaburan keseluruhan RM63,580 juta bagi tempoh tujuh (7) tahun ini.
Kejayaan
ini menurutnya, adalah melepasi lebih daripada 57 peratus daripada sasaran
pelaburan ke negeri-negeri di bawah ECER ini yang sebanyak RM110,000 juta
menjelang tahun 2020.
“Pelaburan ini
akan mewujudkan lebih daripada 65,000 peluang pekerjaan untuk rakyat, yang
terdiri daripada 6,601 profesional, 19,800 pekerja mahir dan 39,599 pekerja
separa mahir di ECER,” kata Dato’ Sri Mohd Najib sepertimana laporan
berita oleh BERNAMA.
Dalam
kenyataan media ECERDC yang diedarkan kepada wartawan pada majlis yang sama, ada
menyebut tentang syarikat asing – Beijing Goldenway Biologi Tech Co Ltd (BGB), merancang
untuk mendirikan kilangnya bernilai RM600 juta di negeri Pahang.
CADANGAN KILANG
RM600 JUTA DI SUNGAI LEMBING
BGB
– pengeluar asid biohumik terbesar dunia, bercadang untuk menghasil dan
mengeluarkan asid humik, sejenis bioperangsang untuk pemulihan tanah di kilang
tersebut.
Sungai
Lembing dekat Kuantan, telah dikenal pasti sebagai tapak berpotensi untuk
pembinaan kilang itu dan menurut kenyataan media tersebut lagi, pertukaran
dokumen mengenai kerjasama untuk projek ini antara BGB dengan ECERDC dan Malaysian
Biotechnology Corporation Sdn Bhd, telahpun dilaksanakan. – Khabar