13,257 unit kini
dalam pelaksanaan atau 88 peratus daripada sasaran membina 15,000 unit rumah
mampu milik di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang bagi
tempoh lima tahun antara 2014 – 2018.
Kejayaan ini
hanya kira-kira setahun selepas dijanjikan serta terkandung dalam Manifesto
Barisan Nasional (BN) Negeri bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, pada
Mei tahun lepas.
DALAM UCAPAN LUAR TEKS 12-MINITNYA... Mentor kepada PR1MA Negeri Pahang sedang menyampaikan ucapannya.
TAPAK PR1MA
NEGERI, KM 23, JALAN KUANTAN-GAMBANG – Cekap, berkesan serta melangkaui
jadual dan jangkaan.
Inilah
yang boleh dikatakan mengenai projek pembinaan rumah mampu milik Perumahan
Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang – yang di dalam Manifesto Barisan
Nasional (BN) Negeri berjanji membina 15,000 unit dalam tempoh lima tahun
antara tahun 2014 dan 2018.
Namun,
hanya dalam tempoh setahun selepas PRU ke-13 itu, sebanyak 13,257 unit atau
kira-kira 88 peratus daripada sasaran 15,000 unit, telahpun bermula serta dalam
pelbagai peringkat pembinaan.
Pelaksanaan
PR1MA Negeri Pahang ini pula meliputi ke hampir setiap 11 daerah di negeri ini,
di atas 29 tapak dengan keluasan tanah keseluruhannya kira-kira 669 hektar atau
1,651 ekar.
Satu
daripada 29 tapak itu ialah di sini, berkeluasan kira-kira 22.1 hektar atau
54.6 ekar, dengan sasaran pembinaan 308 unit.
MENYEMPURNAKAN GIMIK PERASMIAN...
MENTERI BESAR
SELAKU JUGA MENTOR PR1MA NEGERI PAHANG
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob – mentor kepada PR1MA Negeri Pahang ini
– dengan setiap unit ditetapkan pada
harga jualan RM150,000; telah hadir merasmikannya pagi Khamis, 15 Mei.
Belum
cukup dengan penjelasan yang diberikan dalam ucapan luar teks 12-minitnya,
Dato’ Sri Adnan telah diminta mengulasnya lebih lanjut pada persidangan media
kemudian.
“… semasa PRU-13,
Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa kalau dipilih lagi oleh rakyat, kita
akan membina 15,000 unit rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun, 2014 –
2018.
“Rupa-rupanya,
dalam tempoh setahun ini, kita telah (mula) membina 13,000 (unit). Bermakna, ‘target’
(usaha mencapai sasaran 15,000 unit) itu berjalan (dengan baik). Mungkin
lima-enam bulan lagi, tercapailah ‘target’,” katanya.
Sehubungan
itu, beliau menjelaskan ramuan di sebalik kejayaan tersebut yang menurutnya,
disandarkan kepada pendekatan ‘menang-menang’ – baik kepada Kerajaan Negeri,
pemaju yang dilantik mahupun kepada rakyat kelak.
MENGAMATI MODEL... Selain Dato' Wan Rosdy (kiri sekali), ialah Pengarah Urusan, Dinamik Budimas Sdn Bhd, Encik Kamaruzaman Ab Koris (kanan sekali).
PROSEDUR
BIROKRASI DIRINGKASKAN
“Kerajaan
mempermudahkan segala proses birokrasi, termasuk (dengan) mengenakan premium
yang sangat rendah (terhadap pemaju, yang mengusahakan tanah Kerajaan bagi
pembinaan unit-unit PR1MA Negeri Pahang ini) maka pihak pemaju dapat jimat
kosnya,”
katanya.
Dengan
adanya prosedur birokrasi yang diringkaskan katanya, kerja-kerja sebenar di
atas tapak dapat berjalan lancar dan segera, yang seterusnya menyumbang kepada
kadar yang cepat dalam dalam kerja-kerja pelaksanaan PR1MA Negeri Pahang ini.
Dalam
pada itu katanya, Kerajaan Negeri sedia menawarkan kadar premium yang sangat
rendah atau ‘nominal’ kepada pemaju yang ingin melaksanakan PR1MA Negeri Pahang
di atas kawasan yang tidak sesuai seperti berpaya, yang memerlukan kerja-kerja
penambakan tanah.
Kerajaan
Negeri katanya, sedar betapa kos bagi penambakan tanah sahaja adalah besar
iaitu kira-kira RM1.5 juta bagi kerja-kerja penambakan setebal semeter untuk
keluasan tanah kira-kira 4.05 hektar atau 10 ekar sahaja.
Menerusi
langkah Kerajaan Negeri mengenakan kadar sangat rendah atau ‘nominal’ itu
menurutnya, akan membolehkan pemaju untuk turut membangunkan tanah-tanah yang
tidak sesuai berkenaan dengan projek perumahan untuk rakyat.
HADIRIN PAGI KHAMIS...
Mengenai
PR1MA Negeri Pahang di KM23 ini, Menteri Besar ucapkan tahniah kepada pihak
pemaju – Dinamik Budimas Sdn Bhd, yang telah berjaya menyiapkan beberapa unit
daripada yang disasarkan.
“Saya datang
tengok, rupa-rupanya mereka telah buat satu kerja yang sangat baik. ‘Workmanship’
bagus, ‘finishing’pun baik, kerana ada pengawasan semasa pekerja bekerja,” kata-kata
pujiannya.
Di
sini, beberapa unit telahpun siap sepenuhnya, dan dijangka 100 unit pertamanya
akan siap menjelang November 2015; manakala selebihnya, lagi 208 unit, dijangka
bermula tahun depan dan siap pada tahun 2018.
Mengenai
kemudahan pinjaman kepada bakal pembeli katanya, Kerajaan Negeri akan meminta
pihak pemaju sebagai juga pelanggan bank yang dihormati, supaya membantu
mempermudahkan pinjaman tersebut kepada mereka.
Kepada
soalan mengenai tindak-balas rakyat atau bakal pembeli terhadap PR1MA Negeri
Pahang ini katanya, “Ohh… tak menang
tangan. Terlebih borang daripada rumah (jumlah yang ditawarkan)”.
'WORKMANSHIP' SERTA 'FINISHING' YANG BAIK... Inilah gambaran luar, unit rumah PR1MA Negeri Pahang di KM23, Jalan Kuantan-Gambang ini.
Menurut
maklumat yang diperolehi pada majlis pagi Khamis ini, PR1MA Negeri Pahang
ditawarkan hanya kepada rakyat Malaysia dengan keutamaan kepada ‘rakyat Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang’;
Yang
jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; keutamaan kepada
yang berumur 40 tahun ke bawah; dan, yang telah menetap di negeri ini secara
terus-menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
Antara
spesifikasi setiap unit rumah ini pula ialah, berkeluasan minimum binaan rumah
kira-kira 1,000 kaki persegi; bersaiz tanah minimum 40 kaki X 70 kaki; rumah
jenis berkembar atau sesebuah (di Cameron Highlands ialah ‘apartment’);
Mempunyai
tiga (3) bilikm tidur, dua (2) bilik air; keluasan minimum bilik tidur utama
ialah 12 kaki X 14 kaki; rangka atap jenis ‘spandeck’/‘metal deck’; dengan
harga jualan setiap unit, RM150,000 (kecuali di Cameron Highlands).
Yang
turut hadir pada majlis ringkas tetapi bermakna ini ialah Pengerusi,
Jawatankuasa Perbandaran dan Perumahan Negeri, Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail;
serta Ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Norol Azali Sulaiman dan Dato’ Mohd
Johari Hussein;
SETIAP SOALAN, ADA JAWAPAN... Menteri Besar yang mesra-media, sedang dalam persidangan media, melayani setiap soalan yang ditujukan kepadanya. Dato' Sri DiRaja Adnan diapit kanan dan kirinya oleh Dato' Wan Rosdy dan Dato' Roslan.
Ahli
Parlimen kawasan Paya Besar, Dato’ Abdul Manan Ismail dan wakil rakyat-wakil
rakyat negeri, Dato’ Mohd Suhaimi Jusoh (BN – Lepar), Dato’ Suhami Mohd Shah
(Bn – Sungai Lembing) dan, Dato’ Mohd Zailia Besar (BN – Panching);
Pegawai
Kewangan Negeri, Dato’ Zulki-fly Osman; Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi
Negeri (B-Pen), Dato’ Roslan Harun; Pengarah Pembangunan Negeri (SDO), Dato’
Mahadiah Mohamad; dan, Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad. –
Khabar